9 Jan 2009

QURAISH BANI HASYIM

Saya tengah akses satu online book yang bertajuk Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Akhir Zaman, sebenarnya ada URLnya dalam bahagian PAUTAN ke BLOG LAIN dalam blog saya ini.

Memang saya tengah mencari fakta-fakta mengenai Bani Hasyim dan apa yang menarik hati saya adalah no kandungan topik tersebut di dalam buku itu iaitu 0204313.


(pagi ini selepas semalam saya tulis artikel ini, saya dapat lakaran potret ini pada 13 Muharram 1430 H))

[ 13 Muharram 1430 = 13 1 1 4 3 0 = 1 3 1 1 3 1 3 = 13 ]

Menurut maksud PERNOMBORAN, no. 2 membawa maksud SUARA/PERCAKAPAN/PERKHABARAN, no 4 membawa maksud PERANCANGAN dan 313 adalah merujuk kepada jumlah kumpulan pejuang kebenaran (jumlah 313 ini jumlah pejuang kebenaran di zaman Nabi Daud dan jumlah tentera perang Badar di zaman RSAW) dan jumlah 313 ini juga diberitakan sebagai jumlah yang akan melawan orang Yahudi di akhir zaman.

Maka mari kita sama-sama membaca artikel tersebut, tentu ada satu maksud tersendiri mengapa kebetulan tersebut berlaku :

02043 13. Orang Quraisy Adalah Khalifah, Pemimpin Manusia


A. Abdullah bin al-Huzail berkata,

“Ada sekumpulan orang dari kaum Rabiah berada di sisi Amru bin al-As, lalu salah seorang dari golongan Bakar bin Wail berkata, “Hendaklah golongan Quraisy berhenti (dari melakukan kezaliman, fasik dan derhaka semasa memerintah) atau Allah benar-benar akan menyerahkan urusan ini (pemerintahan) kepada (majoriti) bangsa Arab selain mereka.” Kemudian Amru bin al-As berkata, “Kamu berdusta. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Golongan Quraisy adalah pemimpin manusia dalam kebaikan (Islam) dan keburukan (Jahiliyah) sampai hari kiamat.” (At-Tarmizi)

B. Daripada Jabir bin Samurah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu seramai dua belas orang Amir (Khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu.” Kemudian aku mendengar Nabi SAW menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa jelas lalu aku bertanya kepada bapaku, “Apa yang baginda sebutkan?” Jawabnya, “Mereka semua adalah dari kaum Quraisy.” (Abu Daud)

Hal ini sebenarnya telah pun disebutkan oleh baginda SAW dengan amat jelas. Walaupun pada zahirnya mereka bukanlah pemerintah yang terbaik, urusan agama dan umat ini akan tetap terbela selagi yang memerintah itu adalah dari kalangan kaum Quraisy. Hal ini sememangnya telah menjadi suatu sunnah bagi pemerintahan umat ini. Apabila hak pemerintahan itu dirampas daripada mereka, maka Islam pun turut dirampas oleh musuh dan menjadi semakin lemah.

Apabila mereka dijauhkan dari urusan pemerintahan oleh umat Islam, maka mereka pun dijauhkan pula daripada rahmat dan pertolongan-Nya.

Apabila mereka membiarkan kaum Quraisy ini dari urusan pemerintahan, maka Allah pun akan membiarkan pula umat Islam daripada pembelaan-Nya, dan apabila umat Islam melupakan kaum Quraisy ini, maka Allah lupakan mereka dan membiarkan mereka dibantai oleh pihak musuh. Itulah yang sedang berlaku pada hari ini di seluruh dunia Islam.

Apa yang berlaku hari ini menjelaskan lagi kebenaran hadis di atas.

Kaum Quraisy bukan sahaja tidak diberikan apa-apa jawatan dalam pentadbiran, malah ramai yang dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka. Akhirnya mereka terpaksa merantau membawa diri, untuk mengelakkan tekanan dan penyeksaan dari pihak berkuasa yang memerintah negara mereka. Segala jasa dan sumbangan mereka kepada dunia Islam sejak dahulu dipejamkan mata sahaja oleh semua pemerintah, terutama pada hari ini, seolah-olahnya puak Quraisy tidak pernah berjasa apa-apa pun kepada dunia Islam sebelum ini. Yang lebih teruk, ada kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan dakyah pihak kafir Barat dengan beranggapan bahawa orang-orang Arab, termasuklah puak Quraisy adalah puak yang ganas dan militan dalam tindakan, dan terburu-buru dalam setiap tindakan mereka.

Pemimpin-pemimpin yang ada hari ini merasakan mereka cukup layak untuk memerintah dunia, dan bangsa Quraisy tidak cukup layak untuk memerintah. Mereka seperti terlupa bahawa Rasulullah SAW sudah menyebutkan kelebihan bangsa Quraisy dalam soal pemerintahan dan Islam.

Mereka juga seolah-olah tidak pernah tahu bahawa di dalam al-Quran sendiri ada satu surah yang dinamakan sempena nama bangsa Quraisy. Kelebihan bangsa Quraisy seperti inilah yang dilupakan oleh para pemerintah, dan para ulamanya pula seperti tidak tahu-menahu tentang ada satu surah di dalam al-Quran. Kalau tahu pun, huraian dan tafsirannya mereka tidak berapa tahu.

Imam Ahmad bin Hanbal RH dalam kitab musnadnya meriwayatkan hadis berikut, yang secara langsung menyebutkan kepentingan kaum Quraisy dijadikan pemimpin umat Islam.

“Para pemimpin itu adalah daripada suku Quraisy. Sesungguhnya mereka mempunyai hak ke atas kamu dan kamu juga mempunyai hak yang sama ke atas mereka. Selagi mereka mengasihani kamu, maka kasihanilah mereka. Jika kamu berjanji dengan mereka, tepatilah (janji itu) dan jika menghukum, berlaku adillah. Maka jika mereka tidak berbuat hal yang demikian dari kamu, maka laknat Allahlah ke atasnya, para malaikat dan manusia sekaliannya.” (Imam Ahmad)

Selain itu, Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.” (Al-Bukhari)

Muawiyah bin Abi Sufian RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Orang-orang Quraisy adalah pemimpin manusia, dalam hal kebaikan mahupun dalam hal keburukan sampailah ke hari kiamat.” (At-Tarmizi)

Hadis-hadis ini dan banyak lagi yang tidak dimasukkan di sini, menunjukkan perlunya seorang pemimpin yang berketurunan Quraisy untuk membawa umat Islam ke mercu kegemilangan, seperti yang pernah berlaku pada zaman Nabi SAW dan zaman Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Hadis-hadis di atas tidak menafikan hadis-hadis lain yang menyebut bahawa orang bukan Quraisy pun boleh memerintah. Perlu difahami betul-betul bahawa kepemimpinan orang yang bukan Quraisy adalah untuk urusan yang bukan bersifat keimanan tulen seperti pada zaman Rasul dahulu. Mereka ini tetap sah sebagai pemimpin, cuma Islam tidak menjamin bahawa pemimpin bukan Arab ini akan mampu memerintah dengan penuh adil dan mendapat petunjuk Allah.

Dalam hal ini, ada beberapa buah hadis yang menyebutkan keharusan mengangkat orang yang bukan Arab Quraisy sebagai pemimpin, antaranya adalah,

A. Sabda Nabi SAW,

“Kamu semua dengarlah dan taatilah walaupun yang memimpin kamu itu seorang hamba Habsyi, seolah-olah di atas kepalanya ada wangian kasturi.” (Al-Bukhari)

B. Kata Sayidina Umar RA,

“Sekiranya Salim, hamba Abu Huzaifah masih hidup, pasti akan kuangkatkannya sebagai pemimpin, kerana aku takut datang kepadaku tuduhan orang.” (Imam Ahmad)

Kesimpulannya, di akhir zaman ini dikhabarkan bahwa pemipin yang ditunggu itu adalah dari keturunan quraish bani hasyim yang membawa maksud golongan ahlulbait RSAW.(keturunan Saidina Ali KWJ dan Saidatina Fatimah RA) dan Yahudi dari dulu hingga sekarang sangat-sangat membenci keturunan ini kerana mereka sangat tahu tentang kelebihan keturunan ini dan tahu mereka hanya akan dikalahkan oleh Islam apabila pemerintahan Islam bersatu dan dikembalikan kepada keturunan ini.

wallahualam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,apa saudari,saya amat tertarik dengan hujah-hujah yang saudari keluarkan,sy menyokong apa yg saudari perkatakan tentang perlunya kita melantik pemimpin dari golongan quraisy ini.untuk makluman saudari lambang peribadi keluarga saya adalah 313..dan saya dari al-idrus al-hasyimy.insyAllah jika imam mahdi as muncul keluarga kami akan jadi pembantunya..wasalam

PUTERI berkata...

Wsm al idrus ;

Terimakasih kerana sudi memberi komen di sini.

Kalau boleh sampaikan semampu boleh kepada ahlulbait2 yang lain tentang perkhabaran perjuangan akhir zaman ini.

Pada pendapat saya, jika kita mencintai RSAW, maka wajib juga kita mencintai ahlulbaitnya.

Apa yang saya sampaikan dlm blog ini adalah berdasarkan gerak hati saya tentang perlunya umat Islam semua mengembalikan kuasa pemerintahan kepada pemimpin yang berasal dari bani Hasyim.

Untuk pengetahuan al idrus, Yang Dipertuan Agong juga dari keturunan Al Idrus Al Hasyimi.

wallahualam.

jom minum! berkata...

salam putri nafisah.. pembetulan..

Yang dipertuan agong tidak bernasabkan sayyid atau alaydrus di terengganu tetapi bersaudarakan alaydrus di sebelah sharifah (perempuan). semenjak zaman tokku makam lama, tokku paloh..alaydrus di ganu ada yg di gelar Engku/Tokku.