19 Jan 2009

PERANAN MUSLIM DI AKHIR ZAMAN

Segala yang berlaku sekarang ini adalah kemuncak kepada kekuasaan dan kezaliman Yahudi Zionis ke atas umat Islam. Di dalam hal ini, kita tidak boleh seratus peratus menyalahkan Yahudi dan musuh Islam kerana kesalahan juga sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri dan masyarakai islam umumnya.

Allah SWT berfirman :

Terjemahannya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. (Ar- Rad: 11)

Apa yang ada di dalam diri kita itu adalah apa yang ada di dalam hati kita iaitu iman dan taqwa kita.

Apa yang kita perlu buat bukan sahaja mengutuk Yahudi tetapi apa yang lebih penting membangunkan lagi jiwa keislaman dalam diri kita sendiri. Membina jiwa dan roh keislaman dalam diri bererti menghayati dengan sepenuh jiwa dan raga, sehingga seluruh kehidupan kita, seluruh pancaindera kita dapat menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT. Jiwa kita sensitif dengan Allah, merasa kewujudan Allah di hati kita setiap saat dan waktu, walaupun mungkin kita hanya duduk-duduk sahaja, atau sedang berjalan atau sedang berbaring tetapi hati kita sentiasa berzikir kepada Allah tidak putus-putus, sentiasa beristighfar, sentiasa berselawat kepada RSAW, walaupun bukan dimasjid atau ditikar sejadah.

Jika ini kita dapat lakukan, maka akan turunlah rahmat dan barokah dari Allah kepada kita semua. Dunia ini akan selamat hanya bila umat Islam menerima sepenuhnya sistem Tuhan bukan lagi mengggunakan sistem demokrasi, sistem kapitalisme, sistem riba, sistem pendidikan sekular, dan berbagai lagi sistem yang dicipta oleh Yahudi. Segenap kehidupan kita mesti menggunakan sistem yang benar-benar berlandaskan kepada syariat Allah dalam segala segi yang meliputi sistem politik, ekonomi dan sosial. Inilah yang dinamakan menerima Islam secara SYUMUL dalam kehidupan.

Jika kita bersiasah/berpolitik , janganlah kita menyokong politik yang berdasarkan sistem demokrasi. Apa yang ada di dalam sistem politik demokrasi itu adalah pemilihan pemimpin menurut undian oleh kesemua lapisan masyarakat. Sedangkan di dalam Islam, sistem pemilihan pemimpin dilakukan di dalam majlis SYURA yang dianggotai oleh individu yang sudah dikenal pasti sebagai seorang yang boleh dipercayai dalam agamanya iaitu orang yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia, bukan sekadar mempunyai pengetahuan agama sahaja. Yahudi sengaja memperkenalkan system demokrasi ini utk menaikkan manusia yg tidak ketentuan keturunannya, tidak pasti akhlak dan budinya supaya senanglah mereka mempengaruhi sst pemerintahan di sesebuah negara itu spt apa yg berlaku sekrg ini.


Sistem demokrasi berpilihanraya dapat menaikkan pemimpin yang jahat dan sangat mencintai kuasa dan dunia, jadi jenis pemimpin beginilah yang mahu dicipta oleh Yahudi utk jadi boneka mereka. Jadi mengapa kita perjuangkan islam dgn masih menggunapakai system demokrasi ciptaan Yahudi ini?..Bukankah itu satu tindakan yg hanya dicintai dan disokong oleh orang2 yang ada ciri munafik sahajaj di dalam diri mereka? Orang munafik itu di depan manusia lain, cukup BERGAYA dan BERSEMANGAT memperkatakan ttg perjuangan Islam tetapi zahirnya dpt dikesan kemunafikan mereka itu kerana mereka ini membawa kebencian, menghasut dan memecahkan perpaduan sesama orang Islam itu sendiri.

Mereka dengan senang mengkafirkan sesama islam, menyesatkan sesama islam, tetapi dalam masa yang sama membawa masyarkat umum utk menyokong mereka memperjuangkan Islam. Semuga di ketika ini, Allah akan tunjukkan siapa golongan munafik ini dan menaikkan perjuangan Islam yang lurus yang membawa kasih sayang dan keamanan kepada sesama islam.

Allah SWT telah memberitahu hal ini melalui firman-Nya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.

Mereka sesungguhnya telah bersumpah: “Kami tidak mengehendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).
(Surah At-Taubah : 107)

Bagaimanapun perlu juga terselit di hati kita rasa cemas kerana sifat munafik terlalu banyak dan ada di antaranya sangat seni sehingga memungkinkan seseorang Muslim tidak dapat bebas daripadanya. Sering terjadi campur aduk antara kekafiran dan iman yang sentiasa berbolak-balik dalam jiwa seseorang.

Apabila ini terjadi, dia disifatkan sebagai orang yang mempunyai “tanda-tanda munafik.” Justeru itulah, para sahabat Rasulullah saw sangat bimbang dengan tanda-tanda munafik yang mungkin terselit dalam hati mereka.

Sesungguhnya, Sistem demokrasi pilihanraya berasaskan UNDI tanpa mengira siapa yang mengundi adalah sistem yang direkacipta oleh Yahudi untuk merosakkan masyarakat dunia kerana mereka tahu dengan menggunakan sistem ini akan lahirlah pemimpin yang gila kuasa, yang sanggup menjual bangsa, agama malah negara untuk mendapat kuasa. Mereka ini apabila memerintah akan berlaku zalim, berakhlak buruk, mengamalkan rasuah, menindas orang lain dan sebagainya. Sistem demokrasi seperti ini juga melahirkan manusia2 munafik yang berlagak baik dan alim di hadapan rakyat tetapi kehidupan disebaliknya sangatlah menjijikkan. Inilah BUAH HASIL perjuangan Yahudi sejak ratusan tahun lalu, sejak sistem khalifah Islam dimusnahkan oleh mereka.

Yahudi sangat memusuhi umat Islam, kejayaan dan fitnah mereka yang terhebat adalah menguasai pemahaman agama orang Islam itu sendiri. Roh keislaman dalam jiwa orang islam sudah terhakis dan kebanyakan hanya menjadi ritual sahaja kerana tidak ada penghayatan atau kekhusyukan lagi apabila melakukan ibadat. Sedangkan jika roh islam itu hidup dalam jiwa, hati akan rasa tenang, damai, hati tidak pernah putus beristighfar dan mensyukuri nikmat Allah hatta melihat makanan di depan matapun, kita boleh menangis kerana merasakan betapa Allah itu menyayangi kita dan memberikan segala nikmatNya yang sangat banyak itu, tidak akan kita mampu membalas anugerah dan nikmat Allah ini walaupun kita beribadah selama 1000 tahun sekalipun. Perasaan ini hanya dapat dirasai jika kita benar-benar menghayati ibadah yang dilakukan bukan hanya sekadar mengambil fadilatnya sahaja. Tidak salah memikirkan fadilat kerana itu guideline kita untuk meletakkan prioriti dalam melakukan ibadah tetapi untuk mendapat penghayatan dan roh ibadah itu perlukan rasa berTuhan dan rasa kehambaan yang tinggi.

Pengalaman saya melihat situasi di sebuah universiti luar Negara di timur Tengah yang paling terkenal melahirkan sarjana-sarjana Islam di seluruh dunia membuatkan saya kehairanan dan tercengang. Saya bertanya kepada diri sendiri apakah ini gaya dan corak pelajar di universitinya?. Salahkah tempat aku pergi ini? Tidak, memang tidak salah malah itulah realitinya. Majoriti pelajar-pelajar tersebut lebih berbangga berpakaian stail Barat daripada berpakaian seperti ulamak-ulamak Islam begitu juga dengan tenaga pengajarnya. Inilah bakal-bakal pelapis yang akan kembali kepada negara masing-masing untuk menjadi pemimpin yang berpendidikan tinggi Islam di negara mereka yang akan menjadi mufti, menjadi kadi, menjadi pegawai agama, menjadi pensyarah/ustaz di negara mereka. Golongan ini boleh dikenali dengan cara mereka berpakaian, kita kdg2 menyaksikan mereka-mereka ini cukup inferiority dgn berpakaian cara as sunnah tetapi lebih cenderung utk meniru gaya barat di dalam berpakaian. Inilah penzahiran yang sgt jelas kepada golongan berpendidikan agama yg sudah tercemar dengan fahaman wahabi ini. Mereka adalah generasi pengikut Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Jamaluddin Al Afghani yang ditonjolkan oleh Yahudi melalui barat sebagai reformer Islam. Nama-nama ini amatlah ditonjolkan oleh Barat malah jika diteliti di dalam buku pendidikan di persekolahan di Malaysia ini, nama-nama ini turut dilagangkan sebagai reformer islam atau dalam istilah arabnya sebagai mujaddid islam.

Rupanya benarlah fakta yang saya terima bahawa Yahudi sudah mencemari sistem pendidikan di universiti tersebut. Ia tidak berlaku dengan sekelip mata tetapi bagaimana jarum Yahudi merosakkan sistem pendidikan islam di universiti tersebut adalah satu rentetan sejarah yang panjang. Tidak semua orang yang akan memahami apakah kemusnahan yang telah dilakukan oleh Yahudi dan bagaimana cara mereka merosakkan universiti ini tetapi dengan rahmat Allah SWT tetap ada segelintir hambaNya yang masih diberi kefahaman tentang kerosakan dan strategi Yahudi tersebut.

Sebutlah sudut apa sahaja di dalam kehidupan kita ini, Yahudi sudah mempengaruhi kita 100 %. Jika Yahudi sekarang cuba menjajah Palestin, itu adalah kemuncak kejayaan mereka di atas kejayaan mereka menjajah pemikiran dan jiwa umat Islam. Yahudi berani berbuat demikian kerana mereka sangat tahu betapa daifnya pemikiran dan jiwa umat Islam sekarang. Apa yang berlaku di Palestin hari ini adalah manifestasi dari KEDAIFAN dan KELEMAHAN umat Islam semuanya. Akuilah, kita juga termasuk di dalam golongan itu dan menyumbang kepada penghinaan yang berlaku kepada umat Islam. Marilah kita segera bertaubat di atas kealpaan kita kerana jika sekarang kita belum sedar tentang HAKIKAT penjajahan minda Yahudi di dalam kehidupan kita, di dalam beragama dan berduniawi, maka selagi itulah kita akan melihat kemusnahan akan berlaku kepada Islam dan umatnya.

Ben Gurion perdana menteri Israel yang pertama, yang merupakan orang penting di dalam merangka penjajahan Israel ke atas Palestin , pernah menyebut: "Tidak ada apa yang aku akan takuti selain daripada lahirnya MUHAMMAD KEDUA di dunia ini"

Apakah maksud Pemimpin Tertinggi Zionis Yahudi ini?

Sebenarnya, Yahudi sangat tahu tentang Peristiwa Akhir Zaman. Mereka kaji dan gali maksud dalam Al Quran dan hadis RSAW serta Atsar dari para sahabat RA. Mereka tahu, jika lahirnya Imam Mahdi yang di dalam hadis disebut namanya adalah seperti nama RSAW, iaitu Muhammad bin Abdullah dan nama ibunya juga turut sama iaitu Aminah , maka itulah Muhammad kedua yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu. Yahudi masakini sangat kenal Imam Mahdi seperti juga nenek moyang mereka sangat kenal dan tahu bahawa Nabi Muhammad SAW akan lahir ke dunia ini membawa ajaran yang dinamakan Islam.

Yahudi tahu, Imam Mahdi akan memerintah dengan sistem Kekhalifahan maka mereka bersekongkol dengan umat Islam munafik yang berfahaman wahabi dan memilih pemimpin dari kaum Badwi iaitu Bani Saud untuk meruntuhkan dan merampaskan pemerintahan ahlulbait RSAW di Mekah dan Madinah. Lalu mereka wujudkan kerajaan Arab Saudi yang masih kekal hingga ke hari ini. Jadi, tidak perlu terkejut mengapa kerajaan Arab Saudi sekarang ini berdiam diri dengan kezaliman Yahudi ke atas Palestin, mereka ini adalah munafik dan mereka mempergunakan Islam dan mencemarkannya dengan fahaman wahabi.

Sesungguhnya kita sendiri melihat bagaimana Raja Arab Saudi dihina oleh Allah SWT dengan pengebumian yang sangat daif walaupun pihak wahabi mendakwa itulah ajaran Islam yang sebenar. Hanya yang faham tentang HAKIKAT betapa Allah sangat murka kepada pemimpin bani Saud ini akan faham mengapa berlaku kejadian itu. Mereka ini (Bani Saud) adalah pembunuh kepada ahlulbait RSAW, sangat membenci kepada penghormatan umat Islam kepada RSAW, keluarga dan para sahabatnya lalu mengeluarkan fatwa untuk meruntuhkan segala bangunan, makam, yang memaparkan sejarah perjuangan RSAW, keluarga dan para sahabatnya. Mereka bersekongkol dengan wahabi menyesatkan umat Islam yang menziarahi makam dan menfitnah mereka menyembah kubur, semata-mata mengikut telunjuk arahan dari Yahudi yang membantu mereka merampas Mekah dan Madinah dari diperintah oleh sistem kekhalifahan. Inilah kekejaman mereka yang lebih KEJAM dari ISrael itu sendiri.

Fahaman Wahabi telah menodai ajaran Islam yang sebenar, walaupun mereka sering mendakwa merekalah pembawa reformasi kembali kepada Islam. Yahudi telah menjalankan strateginya yang halus dan licik di dalam mempopularkan fahaman ini kepada umat Islam dan target mereka adalah kepada para sarjana Islam bukan kepada masyarakat biasa yang kurang berpengetahuan agama. Ajaran islam yang sebenar adalah ajaran atau fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika di Tanah Melayu ini, antara ulamak ASWJ adalah seperti Tok Kenali, Tok Pulau Manis, Tokku Paloh, Habib Nuh, Wali Songo, para-para Sayyid dan Habib ahlubait RSAW dan sebagainya. Mereka adalah para wali Allah yang menyinari islam di tanah melayu ini satu ketika dulu dan masih ada golongan yang tetap LURUS di dalam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah ini sehingga ke hari ini. Mereka ini kebanyakannya pengamal tarekat tidak kira mereka ahli agama atau profesional.


Zikrullah itu hidup segar di dalam jiwa mereka dan menerangi ROH islam yang ada di dalam jiwa mereka. Mereka adalah orang yang sangat tawaduk dengan Allah walaupun kadang-kadang mereka tidakpun dikenali dan diketahui oleh masyarakat umum. Sayang sekali, fahaman wahabi dengan pimpinan gurunya Yahudi laknatullah telah menyesatkan golongan ini. Tarekat dan tasawuf bagi mereka (wahabi), tidak ada di dalam ajaran Islam, tidak ada di dalam ajaran Nabi Muhammad. Yahudi dan Wahabi melabelkan definisi dan maksud yang SONGSANG terhadap tasawuf dan tarekat lalu menDOGMAkan masyarakat umum Islam dengan fatwa kesesatan, membidaahkan mereka sedangkan masyaAllah itulah perjalanan yang LURUS, yang di bawa oleh RSAW diteruskan oleh keturunannya dan para sahabatnya.


ومضو على قصد السبيل الى العلى# قدما على قدم بجد أوزع


Mereka tetap dalam jejak Nabi dan sahabat-sahabatnya
Juga para tabi'in. Maka tanyakan kepadanya dan ikutilah jejaknya_

Mereka menelusuri jalan menuju kemulyaan dan ketinggian
Setapak demi setapak (mereka telusuri) dengan kegigihan dan kesungguhan_


Membezakan dan mengenal fahaman Wahabi ini sangat mudah sebenarnya tetapi tidak semudah itu untuk semua orang. Jika kita seorang yang berpendidikan dan bijak, belum tentu kita dapat kenal fahaman Wahabi ini, mungkin tanpa sedar kita sendiri adalah penyokong dan penyebar fahaman tersebut.

Jadi, peranan umat Islam akhir zaman ini adalah mengembalikan roh keislaman di dalam diri mereka dengan mengaplikasikan sistem Tuhan di dalam keseluruhan aspek kehidupan sama ada di dalam politik, sosial, dan ekonomi.

Banyak perubahan mindset yang perlu dilakukan kerana kita sudah terlalu jauh diperangkap oleh Yahudi di dalam sistemnya tetapi berdoalah agar Muhammad yang kedua akan muncul dan menjadi pemimpin di akhir zaman ini. Jika kita sentiasa mengikuti jadual perjalanan Akhir Zaman yang diberitakan di dalam hadis dan atsar paa sahabat, kita akan tahu bahwa masa kezahirannya sangat dekat.

Mutiara kalam Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (shohibur ratib):

"Berpegang tegunglah pada Al-Quran dan ikutilah sunnah Rasul, dan ikutilah jejak para aslaf niscaya Allah akan memberimu hidayah."


Wallahualam.

Tiada ulasan: