7 Nov 2008

OBAMA CHANGE


Sekurang-kurangnya Obama Change sudah memperlihatkan satu kejayaan membuat perubahan iaitu Presiden Amerika pertama dari kulit hitam. Perubahan dan pembaharuan lain masih menjadi tanda tanya. Memperkatakan sesuatu perubahan sebagai bahan kempen memang mudah. Dan selalunya akan lebih mudah menjadi halwa telinga, amat sedap didengar.

Namun perlu diingat bahawa Obama Change bukan Aladin yang membawa lampu ajaib. Dasar-dasar Amerika tidak bebas dari memperhitungkan untung rugi Israel. Presiden Bush berjaya menggantung Saddam, dan menghuru harakan Iraq sehingga kini. Selepas itu Bush menggertak negara-negara Islam lain seperti Syria, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Gertakan itu dibuat sebenarnya bagi pihak Israel. Kalau Obama Change mampu membebaskan dirinya dan dasar-dasar Amerika dari pengaruh serta kepentingan Israel, waktu itu barulah kempen Change dianggap berjaya.

Ekonomi dunia dijangka pulih akhir 2009. Itu pun sangat bergantung kepada pulihnya ekonomi Amerika. Bagimana agaknya kalau dalam tempuh pemulihan ekonomi era Obama, Israel tawar hati dengan Amerika dan berubah selera lalu bersekongkol dengan negara-negara lain? Umpamanya Israel berganding dengan Eropah dan Cina bagi melumpuhkan Amerika. Ini bukan mustahil berlaku kerana sudah sampai masanya Tuhan mahu hancurkan induk demokrasi kapitalis. Tuhan lakukan melalui tangan-tangan mereka sendiri. Runtuhnya ‘empayar’ Soviet dulu pun bermula dengan angin perubahan yang diperkenalkan oleh Presiden Gorvechev. Mungkinkah laungan Change Obama juga sengaja Tuhan buat sebagai isyarat awal bahawa AS bakal menjunam keseluruhannya. Maka bermulalah jatuhnya sebuah lagi ‘empayar’ zalim yang selama ini terlalu banyak dosa dalam menjadikan dunia huru hara. Selama ini sudah berbagai bentuk bencana yang menimpa AS, silih berganti tanpa henti, namun belum cukup untuk menjadi iktibar. Seperti Firaun sebelum kejatuhannya Tuhan datangkan berbagai bencana, namun tidak dihiraukan oleh Firaun.

Begitulah caranya yang mungkin Tuhan lakukan. Dan selepas itu giliran Israel pula Tuhan lumpuhkan melalui gandingan Cina dan negara-negara Islam. Jongkang jongkit ini sedang dan terus berlaku hingga akhirnya Tuhan perlihatkan keajaibanNya menjadikan dunia aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

Hari ini dunia telah menyaksikan AS berubah, bermula dengan kempen Change. Obama naik pun sudah dianggap satu perubahan. Selepas ini dunia bakal menyaksikan berbagai keajaiban yang lebih besar lagi yang Tuhan lakukan. Bukankah Tuhan itu Maha Ajaib. Waktu itu barulah Change yang di bawa Obama benar-benar terjadi. Tetapi bukan ditangan Obama, tetapi ditangan orang yang Tuhan pilih kepada siapa yang Tuhan kehendaki. Bukan pilihan menusia tetapi pilihan Tuhan. Pada waktu ini kuasa politik dan kuasa ekonomi beralih ke Timur. Hanya perlu difahami bahawa apabila induk demokrasi kapitalis musnah maka yang lain akan turut musnah. Bersedialah untuk mengganti sistem yang musnah itu dengan sistem yang membawa kedamaian dan keharmonian kepada dunia, iaitu sistem Tuhan.

ShareThis : www.eratimur.com

Tiada ulasan: