16 Jan 2009

DOA JIHAD

Sebenarnya doa ini sudah saya paparkan di dalam blog ini pada 3 March 2008, tetapi saya merasakan ada kesesuaian sekiranya diletakkan kembali untuk tatapan dan amalan kita semua. Ia lebih panjang dari qunut nazillah dan dibaca setiap kali lepas solat.




Wahai Tuhan kami Engkau keselamatan, dan daripadaMu jua keselamatan,
Engkau Maha suci Tuhan kami dan Maha Tinggi,
Wahai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan kemuliaan.
Kami dengar dan kami taat,

Ampunkan kami wahai Tuhan kami,
dan kepadaMu jua kesudahan kami,
Wahai Tuhan tolomglah tentera-tentera islam,
dan askar-askar yang mengesakan Tuhan,
dan binasakanlah orang-orang kafir,
orang-orang degil,
pembawa-pembawa bidaah,
dan orang-orang yang mempersekutukanMu,
dan hancurkanlah musuh-musuhMu,
musuh-musuh agama islam.
Dan tolonglah kami terhadap mereka Wahai Tuhan sekalian alam.
Wahai Tuhan pecahkanlah kumpulan mereka,
dan bubarkan himpunan mereka,
dan kurangkan bilangan mereka,
dan goncangkan kaki-kaki mereka,
dan turunkanlah siksa yang pedih keatas mereka.
Dengan RahmatMu Tuhan sekalian alam,
Wahai Tuhan kami ampunkan kami terhadap dosa-dosa kami
dan matikan kami sebagai islam
dan moga2 Allah sejahterakan Penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat2nya sekalian.
Maha suci Tuhan kami,
Tuhan Yang Mulia dari sebarang sifat kekurangan
dan salam keatas sekalian rasul
dan pujian sebenar adalah bagi Allah Tuhan sekalian Alam.




14 Jan 2009

KALIAN AKU INGATKAN TENTANG ITRAHKU

Sekarang kita sibuk memperkatakan tentang keganasan Israel dan Amerika, tetapi kita kadang-kadang lupa bahawa di dalam beragamapun ada sebahagian dari kita yang menjadi penyokong kepada doktrin Yahudi dan sekutunya ini.

Slogan dan motto kembali kepada Al Quran dan As Sunnah dan Hapuskan BIDAAH yang dibawa oleh golongan wahabi adalah satu doktrin Yahudi yang sudah diserap di dalam pemikiran umat Islam melalui perancangan licik mereka sejak zaman pengasasnya, Muhammad bin Abdul Wahab.

Pada waktu itu golongan ahlulbait,para sufi dan ahli tarekat bangun memperkatakan tentang kebejatan ajaran wahabi ini dengan menulis buku, memberikan ceramah dan sebagainya namun gerakan wahabi ini memang sudah disebut oleh RSAW adalah satu FITNAH yang akan berlaku di akhir zaman. Kebangkitan ini dapat kita lihat dari tanah arab hinggalah ke tanah melayu. Ramai ulamak kita di Malaysia ini yang turut sama memperjuangkan fahaman ASWJ dari dicemari oleh fahaman wahabi ini.

Ulamak2 yang menentang wahabi ini sangat faham tentang siapakah yang berperanan di sebalik wahabi ini.

Maka kita melihat berlakulah peristiwa di mana Mekah dan Madinah dirampas dari golongan ahlulbait (Sharif Mekah) dengan bersekongkolnya golongan Wahabi ini dengan pemimpin kaum badwi dari bani Saud serta pertolongan dari tentera British dan sekutunya, dan kini membentuk kerajaan Arab Saudi. Diikuti kemudiannya oleh kejatuhan Empayar Othmaniah melalui doktrin Sekular Yahudi di Turki melalui pemimpin ciptaan mereka iaitu Musthapa Kamal Atarturk yang sudah diproses jiwanya melalui beberapa keturunan generasi anak zina.

Dikatakan 80 % pemikiran wahabi sudah dianuti oleh umat Islam sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Fahaman ini sangat mempengaruhi pelajar-pelajar agama kerana golongan wahabi ini sangat aktif menjalankan dakyah mereka dan Yahudi telah meletakkan sasaran penting kepada golongan berpendidikan agama sebagai target utama mereka di dalam hal ini. Masyarakat umum akhirnya di akhir zaman ini didoktrinkan sehingga sudah tidak mampu melihat perbezaan fahaman wahabi dengan fahaman ASWJ malah apa fahaman yang tidak menurut doktrin ini di anggap bukan ajaran ISlam dan di bidaah serta disesatkan.

Sebenarnya Yahudi sangat takut dengan kekuatan teknologi ROH yang mampu dimiliki oleh golongan ahlulbait dan ahli tarekat. Sebenarnya, pada suatu ketika dulu, golongan ahlulbait ini kesemuanya adalah ahli tarekat, dan tarekat mereka yang umumnya dipanggil tarekat alawiyin. Kekuatan yang ada pada ahlulbait yang bertarekat ini adalah satu kekuatan yang tidak akan mampu dikalahkan oleh mana-mana kekuatan sistem atau sains teknologi. Kekuatan inilah yang bersumberkan kepada teknologi ROH dari Nur Muhammad.

Konsep Nur Muhammad ini turut disesatkan dan dibidaahkan oleh Wahabi kerana antara tujuan utama wahabi digagaskan oleh Yahudi ialah untuk menghilangkan ROH keislaman di dalam jiwa umat islam. Sedangkan Nur Muhammad inilah penggerak kepada roh keislaman di dalam diri seseorang muslim itu. Syafaat dan keberkatan RSAW itu dipancarkan menerusi Nur Muhammad ini. Tawasul melalui guru mursyid adalah salahsatu kaedah mengaplikasikan Nur Muhammad ini dan itu yang dinamakan TEKNOLOGI ROH.

Wahabi menyesatkan tarekat, menyesatkan ahli sufi dan menyingkirkan ahlulbait dari menjadi pemimpin kepada umat Islam. Inilah dia doktrin Yahudi yang diaplikasikan di dalam kefahaman org Islam masa kini. Mereka mencemuh keturunan ahlulbait, dengan kononnya menggunakan hujah Al Quran dan Hadis sedangkan mereka hanya mengambil apa yg sesuai menurut nafsu mereka sahaja dan meninggalkan apa yang tidak menurut kepentingan doktrin mereka. Mereka mengambil jalan dengan menimbulkan keraguan kepada hadis-hadis dan mensihirkan umat Islam supaya memandang enteng dan menganggap hadis itu ada yang tidak perlu diikut kerana daifnya ia, sedangkan menurut ulamak ASWJ, yang daif itu periwayatnya bukan hadisnya, ia tetap hadis yang perlu digunapakai. Ia tetap kata-kata dari RSAW. Lalu mereka mendaifkan hadis-hadis yang berkaitan dengan kelebihan ahlulbait, hadis-hadis tentang Dajal, hadis-hadis tentang Imam Mahdi dan sebagainya. Lalu masyarakat umum islam sudah tidak menganggap hal ini penting dan terikut turut sama mencemuh ahlulbait RSAW dan melupakan kata-kata RSAW yang RSAW pernah sebut hingga dua kali, "Kalian aku ingatkan tentang itrahku, kalian aku ingatkan tentang itrahku, Itrahku itu adalah keturunan RSAW dari Imam Hussein RA dan Imam Hassan RA.


Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : "Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"
Dengan menyebut pesanan mengenai Ahli-Bait Nabi sebanyak dua kali, adalah sebagai suatu bentuk tekanan dan penegasan pada umat supaya perihatin terhadap apa yang menjadi hak dan kewajiban keturunan Rasulullah SAW.

Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: "Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi."

Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : "Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis."

Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :" Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa." (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir) Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala."


Jika kita faham tentang pesanan RSAW ini, tentulah kita akan cari dan gali apa maksud RSAW itu...

Sebenarnya, Yahudi dan Rajanya DAJAL takut kepada dua golongan ini, kerana setiap strategi dan langkah mereka boleh dijejak dan diketahui oleh dua golongan di bawah ini iaitu :

a) Ulama Warisatul Anbia (termasuk golongan sufi/tasauf yang TERPILIH sahaja)

b) Ahlul Bait (dari Sayyidina Hassan/Hussein r.a.) kerana Imam Al-Mahdi adalah daripada keturunan Ahlul Bait Baginda SAW.

Bagi golongan ahlulbait, mereka akan terjaga dan terselamat jika mereka benar-benar menurut jalan yang telah dituruti oleh leluhur mereka, iaitu berpegang kepada fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah, dan mereka ini akan dikumpulkan kembali oleh Imam Mahdi sebagai satu keluarga besar di akhir zaman ini.

Kita perlu sentiasa takut dan cemas kerana kita adalah umat akhir zaman, apabila Yahudi sudah menguasai Palestin, itulah tanda masanya sudah sangat hampir tiba. wallahualam.

9 Jan 2009

QURAISH BANI HASYIM

Saya tengah akses satu online book yang bertajuk Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Akhir Zaman, sebenarnya ada URLnya dalam bahagian PAUTAN ke BLOG LAIN dalam blog saya ini.

Memang saya tengah mencari fakta-fakta mengenai Bani Hasyim dan apa yang menarik hati saya adalah no kandungan topik tersebut di dalam buku itu iaitu 0204313.


(pagi ini selepas semalam saya tulis artikel ini, saya dapat lakaran potret ini pada 13 Muharram 1430 H))

[ 13 Muharram 1430 = 13 1 1 4 3 0 = 1 3 1 1 3 1 3 = 13 ]

Menurut maksud PERNOMBORAN, no. 2 membawa maksud SUARA/PERCAKAPAN/PERKHABARAN, no 4 membawa maksud PERANCANGAN dan 313 adalah merujuk kepada jumlah kumpulan pejuang kebenaran (jumlah 313 ini jumlah pejuang kebenaran di zaman Nabi Daud dan jumlah tentera perang Badar di zaman RSAW) dan jumlah 313 ini juga diberitakan sebagai jumlah yang akan melawan orang Yahudi di akhir zaman.

Maka mari kita sama-sama membaca artikel tersebut, tentu ada satu maksud tersendiri mengapa kebetulan tersebut berlaku :

02043 13. Orang Quraisy Adalah Khalifah, Pemimpin Manusia


A. Abdullah bin al-Huzail berkata,

“Ada sekumpulan orang dari kaum Rabiah berada di sisi Amru bin al-As, lalu salah seorang dari golongan Bakar bin Wail berkata, “Hendaklah golongan Quraisy berhenti (dari melakukan kezaliman, fasik dan derhaka semasa memerintah) atau Allah benar-benar akan menyerahkan urusan ini (pemerintahan) kepada (majoriti) bangsa Arab selain mereka.” Kemudian Amru bin al-As berkata, “Kamu berdusta. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Golongan Quraisy adalah pemimpin manusia dalam kebaikan (Islam) dan keburukan (Jahiliyah) sampai hari kiamat.” (At-Tarmizi)

B. Daripada Jabir bin Samurah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu seramai dua belas orang Amir (Khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu.” Kemudian aku mendengar Nabi SAW menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa jelas lalu aku bertanya kepada bapaku, “Apa yang baginda sebutkan?” Jawabnya, “Mereka semua adalah dari kaum Quraisy.” (Abu Daud)

Hal ini sebenarnya telah pun disebutkan oleh baginda SAW dengan amat jelas. Walaupun pada zahirnya mereka bukanlah pemerintah yang terbaik, urusan agama dan umat ini akan tetap terbela selagi yang memerintah itu adalah dari kalangan kaum Quraisy. Hal ini sememangnya telah menjadi suatu sunnah bagi pemerintahan umat ini. Apabila hak pemerintahan itu dirampas daripada mereka, maka Islam pun turut dirampas oleh musuh dan menjadi semakin lemah.

Apabila mereka dijauhkan dari urusan pemerintahan oleh umat Islam, maka mereka pun dijauhkan pula daripada rahmat dan pertolongan-Nya.

Apabila mereka membiarkan kaum Quraisy ini dari urusan pemerintahan, maka Allah pun akan membiarkan pula umat Islam daripada pembelaan-Nya, dan apabila umat Islam melupakan kaum Quraisy ini, maka Allah lupakan mereka dan membiarkan mereka dibantai oleh pihak musuh. Itulah yang sedang berlaku pada hari ini di seluruh dunia Islam.

Apa yang berlaku hari ini menjelaskan lagi kebenaran hadis di atas.

Kaum Quraisy bukan sahaja tidak diberikan apa-apa jawatan dalam pentadbiran, malah ramai yang dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka. Akhirnya mereka terpaksa merantau membawa diri, untuk mengelakkan tekanan dan penyeksaan dari pihak berkuasa yang memerintah negara mereka. Segala jasa dan sumbangan mereka kepada dunia Islam sejak dahulu dipejamkan mata sahaja oleh semua pemerintah, terutama pada hari ini, seolah-olahnya puak Quraisy tidak pernah berjasa apa-apa pun kepada dunia Islam sebelum ini. Yang lebih teruk, ada kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan dakyah pihak kafir Barat dengan beranggapan bahawa orang-orang Arab, termasuklah puak Quraisy adalah puak yang ganas dan militan dalam tindakan, dan terburu-buru dalam setiap tindakan mereka.

Pemimpin-pemimpin yang ada hari ini merasakan mereka cukup layak untuk memerintah dunia, dan bangsa Quraisy tidak cukup layak untuk memerintah. Mereka seperti terlupa bahawa Rasulullah SAW sudah menyebutkan kelebihan bangsa Quraisy dalam soal pemerintahan dan Islam.

Mereka juga seolah-olah tidak pernah tahu bahawa di dalam al-Quran sendiri ada satu surah yang dinamakan sempena nama bangsa Quraisy. Kelebihan bangsa Quraisy seperti inilah yang dilupakan oleh para pemerintah, dan para ulamanya pula seperti tidak tahu-menahu tentang ada satu surah di dalam al-Quran. Kalau tahu pun, huraian dan tafsirannya mereka tidak berapa tahu.

Imam Ahmad bin Hanbal RH dalam kitab musnadnya meriwayatkan hadis berikut, yang secara langsung menyebutkan kepentingan kaum Quraisy dijadikan pemimpin umat Islam.

“Para pemimpin itu adalah daripada suku Quraisy. Sesungguhnya mereka mempunyai hak ke atas kamu dan kamu juga mempunyai hak yang sama ke atas mereka. Selagi mereka mengasihani kamu, maka kasihanilah mereka. Jika kamu berjanji dengan mereka, tepatilah (janji itu) dan jika menghukum, berlaku adillah. Maka jika mereka tidak berbuat hal yang demikian dari kamu, maka laknat Allahlah ke atasnya, para malaikat dan manusia sekaliannya.” (Imam Ahmad)

Selain itu, Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.” (Al-Bukhari)

Muawiyah bin Abi Sufian RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Orang-orang Quraisy adalah pemimpin manusia, dalam hal kebaikan mahupun dalam hal keburukan sampailah ke hari kiamat.” (At-Tarmizi)

Hadis-hadis ini dan banyak lagi yang tidak dimasukkan di sini, menunjukkan perlunya seorang pemimpin yang berketurunan Quraisy untuk membawa umat Islam ke mercu kegemilangan, seperti yang pernah berlaku pada zaman Nabi SAW dan zaman Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Hadis-hadis di atas tidak menafikan hadis-hadis lain yang menyebut bahawa orang bukan Quraisy pun boleh memerintah. Perlu difahami betul-betul bahawa kepemimpinan orang yang bukan Quraisy adalah untuk urusan yang bukan bersifat keimanan tulen seperti pada zaman Rasul dahulu. Mereka ini tetap sah sebagai pemimpin, cuma Islam tidak menjamin bahawa pemimpin bukan Arab ini akan mampu memerintah dengan penuh adil dan mendapat petunjuk Allah.

Dalam hal ini, ada beberapa buah hadis yang menyebutkan keharusan mengangkat orang yang bukan Arab Quraisy sebagai pemimpin, antaranya adalah,

A. Sabda Nabi SAW,

“Kamu semua dengarlah dan taatilah walaupun yang memimpin kamu itu seorang hamba Habsyi, seolah-olah di atas kepalanya ada wangian kasturi.” (Al-Bukhari)

B. Kata Sayidina Umar RA,

“Sekiranya Salim, hamba Abu Huzaifah masih hidup, pasti akan kuangkatkannya sebagai pemimpin, kerana aku takut datang kepadaku tuduhan orang.” (Imam Ahmad)

Kesimpulannya, di akhir zaman ini dikhabarkan bahwa pemipin yang ditunggu itu adalah dari keturunan quraish bani hasyim yang membawa maksud golongan ahlulbait RSAW.(keturunan Saidina Ali KWJ dan Saidatina Fatimah RA) dan Yahudi dari dulu hingga sekarang sangat-sangat membenci keturunan ini kerana mereka sangat tahu tentang kelebihan keturunan ini dan tahu mereka hanya akan dikalahkan oleh Islam apabila pemerintahan Islam bersatu dan dikembalikan kepada keturunan ini.

wallahualam.

8 Jan 2009

APA YANG MENJAMIN KEKUATAN UMAT ISLAM?

Telah agak lama saya tidak menulis kerana kesibukan kerja yang menghambat masa. Sehingga menyebabkan blog ini sepi tanpa sebarang artikel. Cuma ada laman web yang memerlukan komitmen istiqamah sahaja yang sempat saya updatekan dengan artikel-artikel terkini. Ya, blog peribadi hanyalah wadah sampingan sahaja, tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita perlu di dahulukan.

Ok, sedikit yang ingin saya sentuh. Beberapa hari ini di media massa perdana, banyak kisah-kisah tentang kekejaman Israel dan penderitaan rakyat Palestin dipaparkan. Gambar-gambar yang menyentuh jiwa terpampang di dada akhbar, mengusik simpati dan menikam perasaan kita. Berbaur 1001 rasa yang tidak terungkap dengan kata bicara. Hanya bahasa hati sahaja yang mampu diluahkan dalam kelu.

Kita lhat para pemimpin negara-negara Arab kebanyakannya seperti di ikat kaki, tangan dan mulut untuk mengambil langkah yang sewajarnya membantu bangsa mereka dan saudara seagaman mereka dan bersatu di dalam menentang ISrael dan sekutunya Amerika dan beberapa negara Eropah yang bersekongkol. Mereka ini diberi Allah SWT kekayaan dan kemewahan tetapi rupanya dengan segala kesenangan dunia itu telah menjadi ISTIDRAJ untuk mereka. Inilah sikap umat islam akhir zaman, dan janganlah kita hanya menuding jari kepada pemimpin-pemimpin sahaja tetapi eloklah kita semua muhasabah dengan berhalus kepada diri kita sendiri terlebih dahulu. Kita semua termasuk umat Islam akhir zaman juga yang mempunyai saham di dalam memartarbatkan agama Islam, tetapi di manakah peranan kita?



Apa sebenarnya yang menjamin kemenangan untuk umat Islam?

Apakah pada kekuatan senjata dan ketenteraan?
Apakah pada pembangunan ekonomi yang positif?
Apakah pada kekayaan umat Islam ?


Tepuk dada tanya iman masing-masing. Atau selalu-selalulah kita menggunakan hening malam yang sepi untuk bermunajat kepada Allah SWT, mengadu dan merintih padaNya kerana Dialah tempat kita bersandar harap dan tempat terbaik memohon bantuan. Bukan pada kekuatan senjata atau material untuk umat islam mendapatkan kemenangan hakiki.Jangan sampai kita tergelincir tentang hakikat kekuasaaan Allah SWT.

Sebenarnya, kekuatan umat Islam adalah pada ketaqwaan mereka. Allah SWT di dalam Al Quran tidak pernah menjamin keselamatan dan kemenangan hakiki kepada umat Islam tetapi Allah SWT bejanji akan memberi keselamatan dan kemenangan hakiki kepada umat Islam yang beriman dan bertaqwa.

Ini adalah faktor kerohanian bukan soal material seperti kekuatan senjata, kekuatan ekonomi dsbnya.

Jadi ia berkaitan dengan penguasaan umat Islam terhadap TEKNOLOGI ROH dan SISTEM MUTLAK ALLAH SWT bukan TEKNOLOGI SAINS atau SISTEM CIPTAAN MANUSIA yang digunapakai oleh kita dalam alam realiti hari ini.

Mungkin pernyataan saya ini akan membuat saudara/i termenung untuk memahami maksudnya, kerana untuk memahami tentang TEKNOLOGI ROH ini perlukan pimpinan ROHANI yang ada adab dan tertib di dalam memahami, menghayati dan mengamalkannya.

wallahualam.

1 Jan 2009

KEMBARA DI RANAH MINANG (3)

Sepeninggalan saya dari Ranah Minang, nampaknya beberapa hal berlaku, kemangkatan Yang Dipertuan Negeri Sembilan dan di ikuti dengan rentetan gempabumi pula, terkini adalah hari semalam. Hermm, mujur juga semasa saya di sana tidak ada berlaku gempa bumi. Saya ini sedikit sensitif dengan gegaran gempabumi sebab saya akan merasa sedikit kepeningan apabila ia berlaku walaupun ia berlaku jauh di Indonesia sana. Cuma kadang-kadang ingatkan mata saya sahaja yang buat hal kerana ketidakseimbangan yang berlaku di dalam badan seperti yang saya rasai semalam.

Tiba-tiba saya rasa ingin bertanya kepada pembaca, pernah melihat dan merenung bulan?...hehehe..apa yang saudara-saudari nampak? Lain orang lain jawapannya. Bergantung kepada perspektif masing-masing, betulkan?

Mungkin kalau saudara/i amati betul-betul, ada wajah yang kelihatan jika dilihat ke bulan tersebut..cuba tanya kanak-kanak, apa yang mereka nampak di bulan tersebut...tentu jawapannya ada nampak wajah manusia...hehehe...cuba tenung betul-betul, ada wajah yang memandang ke kanan...seperti potret di bawah ini, cumanya di dalam bulan itu, gambarnya memakai serban biasa dan janggutnya tidaklah sepanjang janggut di dalam potret tersebut dan ia jauh lebih muda dari gambar di potret tersebut. Yang sama hanyalah gaya wajahnya memandang.





cubalah renung dan tenung...insyaAllah saudara/i akan dapat lihat seperti mana yang saya diizinkan melihatnya. hehe..saya bergurau ke?...tepulanglah pada persepsi masing-masingkan...

ok kita sambung lagi Kembara di Ranah Minang itu.

Nampaknya jalan-jalan di ranah minang ini memang berkelok-kelok..Pak Erdy kata, gelek penyanyi Indon si Inul pun kalah dengan kelok di ranah minang...bayangkanlah..jadi kalau saudara/i memang jenis yang tak biasa dengan jalan yang selekohnya tajam-tajam, yang sempit, dan dikiri kanannya ada jurang, maka pengembaraan anda di ranah minang akan terbatas...

Mujurlah kami semua di dalam van itu, jenis yang tahan lasak...heheh..tak ada siapa yang muntah dan tak larat, jadi perjalanan kami tidak bermasalah. Semua sibuk melayan pemandangan indah yang terbentang di depan mata.

Perjalanan menerusi atas bukit yang berlembah, di bawahnya adalah desa Paya Kumbuh.



Perjalanan ke Danau Meninjau melalui 44 kelok.



Ini gambar di Danau Singkarak, sebuah lagi Danau atau Tasek di Sumatera Barat.


ok..nanti saya sambung lagi.

30 Dis 2008

KEMBARA DI RANAH MINANG (2)

meh kita sambung lagi..ramai yang minta untuk tahu kisah yang sepenuhnya...ringkas-ringkas sahajalah ye..ni semester dah buka semula..kuliah dah jalan semula..bermula rutin balik..agak sibuk sekarang...

hari pertama dibumi minang aka pagar ruyung...

kami di bawa oleh pak supir dan pak erdy, melawat ke ngarai sianok, ke tasik singkarang, tabek patah, paya kumbuh dan pandai sikek. Jadi ada dua agenda pada hari tersebut, melawat tempat sulaman dan melawat tempat-tempat bersejarah.

Pagi bermula seawal 7 pagi dengan breakfast di Royal Denai Hotel Bukit Tinggi. Pukul 8 pagi kami bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ke kedai sulaman Hajjah Rosma di Kampung Baso. Di sepanjang jalan ke sana, kami melalui jalanraya yang terletak ditengah-tengah dua gunung yang terkenal iaitu Gunung Singgalang (2880m) and Gunung Merapi (2891m) Pemandangan memang sangat indah hingga saya kehilangan kata-kata untuk menceritakan keindahan pemandangan bumi pagar ruyung ini.





Mungkin gambar yang bisu dapat memberi jawapan kepada pembaca semua tentang keindahan pemandangan yang telah saya lihat disana. Malangnya saya bukan jurugambar yang berbakat yang dapat memantulkan keindahan itu ke dalam kamera yang digunakan.



Boleh juga akses di url ini untuk lihat gambar bumi minang dari jurugambar profesional.




Saya memang tertarik dengan sulaman yang terdapat di Kedai Hajjah Rosma ini kerana kehalusan dan keunikan corak sulamannya yang berbeza dari tempat-tempat lain. Orang minang memang terkenal dengan kepakaran dan bakat mereka di dalam sulam menyulam fabrik. Memang kalau pembaca datang ke sini, belilah barang sehelai dua hasil kerta tangan sulaman orang minang ini kerana bakat yang mereka warisi ini bukan bakat setahun dua tetapi warisan yang dipusakai ratusan tahun lamanya. Mungkin juga kerana bumi minang yang sejuk dan indah ini membentuk peribadi mereka hingga menyebabkan mereka hebat di dalam kerjatangan sulaman ini.

Sayang sekali gambar sulaman mereka tidak dapat saya pertontonkan di dalam blog ini kerana saya sibuk mengambil gambar-gambar sulama tersebut menggunakan handy cam sehingga saya terlupa menggunakan kamera untuk snap sulaman-sulaman tersebut. Saya cukup tertarik dengan sulaman yang dihasilkan, cukup halus dan berseni dan harganya untuk sehelai kain yang boleh dibuat baju kurung atau kebaya adalah di sekitar RM150-300 sepasang. Nampaknya saya hanya beli kain tersebut ke dalam handy cam saya sahajalah. Walaupun cantik, tetapi saya kira membazir pula untuk menghabiskan sehingga beratus-ratus ringgit hanya untuk sehelai baju...hehehe..Bukan apa, yang saya minat tu harganya lebih daripada itu..jadi, saya hanya membeli sehelai telekung yang harganya tidak sampai rm100 pun walaupun di Malaysia, telekung solat seperti itu harganya menjangkau rm150. Cukuplah sehelai untuk dijadikan kenang-kenangan dari sulaman Hajjah Rosma. Hajjah Rosma ini merupakan perintis awal perusahaan sulaman di Bukit Tinggi ini.




Perjalanan diteruskan lagi menyusuri desa paya kumbuh untuk ke tabek patah di mana di situ ada diusahakan perusahaan membuat kopi dan makanan ringan seperti pisang salai, kerepek, sagun, dan sebagainya.

Perjalanan ke tempat ini memang indah sekali kerana van kami menyusuri bukit-bukit dengan di bawahnya kelihatan lembah-lembah yang subur dengan tanaman terutamanya sawah padi yang di airi oleh sungai-sungai yang jernih airnya. Saya sempat turun menikmati pemandangan desa paya kumbuh.





mengapa saya mengambil gambar di depan kayu api?...sebenarnya itulah kayu kulit kayu manis yang banyak terdapat di bumi minang ini...mereka juga gunakan pokok ini sebagai kayu api untuk memasak. Mungkin juga kerana itu masakan rendang mereka memang cukup enak dan berlainan sedikit rasanya dengan rendang kita di Malaysia. Kalau orang Arab memasak menggunakan kayu zaitun, orang minang pula dengan kayu kulit manis.

Cuaca memang sejuk, sebab itu pashmina itu tidak bercerai dari saya..hehehe..

27 Dis 2008

KEMBARA DI RANAH MINANG

Nampaknya, saya terpaksa hentikan dulu sambungan artikel TEKNOLOGI ROH vs TEKNOLOGI SAINS kerana saya ingin menceritakan kisah kembara saya di RANAH MINANG secara ringkas sahaja adanya.

Perjalanan bermula pada 23 Disember 2008, dengan menaiki AIR ASIA ke Padang, Sumatera Barat. Bagaimanapun berlaku kelewatan penerbangan hingga menyebabkan tertunda selama hampir 3 jam di LCCT Airport. Sebenarnya tidak ada penerbangan terus ke Padang jika menggunakan MAS Airlines, jadi AIR ASIA adalah satu-satunya pilihan yang kita ada jika hendak ke bumi minang ini.

Kami sampai di Padang pada jam 3.15 (mungkin 3.13??) waktu Sumatera, ini bermakna di Malaysia adalah pada pukul 4.15 petang. Sesampainya di Bandara International Airport Padang, Pak Erdy sudah menunggu kami, beliau adalah pemandu pelancong kami selama 4 hari di sana, dan merupakan staf di RaunSumatra Travel Agency. Terus menaiki van KIA PREGIO ke Bukit Tinggi, perjalanan adalah selama 1 jam setengah. haha, PREGIO pulak, ...bukan PREGIO (itu jenama sos spagheti) tapi KIA PERGIO..

Dingin sudah terasa dan syukur ada pashmina yang menjadi teman setia sepanjang di bukit tinggi...jika tidak, memang sejuk di sini...namun begitu, nyaman sekali cuacanya...tidak perlu aircond di bilik hotel kerana suasana sekitar memang sudah semulajadi berhawa dingin...memang sesuai untuk tempat berhoneymoon...hehehe..

Ini makanan yang disajikan kepada kami di tengah perjalanan ke Bukit Tinggi, nama restorannya Pak Datuk Restoran, pernah dikunjungi oleh Presiden Indonesia, Pak Bambang. Jadi restoran ini sudah terkenal dan memang masakan minangnya memang enak sekali...terutama ikan bilis goreng, babat dan rendang dagingnya...tengok tu bukan main banyak makanan yang disajikan, dan kami apa lagi, bismillah, syukur pada Allah yang memberikan kami rezekiNya.



Sebelum itu, kami sempat singgah untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah dan solat di restoran LAMUN OMBAK. Di restoran ini ada murtabak yang sangat enak yang dinamakan MURTABAK MESIR..memang enak sekali...pencicahnya memang marbeles...ada juga jus adpokat aka avocado...inipun enak jua deh...alamak, mungkin selama 4 hari di sumatera, berat saya sudah bertambah 4 kilo lagi..hehhe..satu kilo sehari...



Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi saya dapat menikmati pemandangan yang sangat indah..dengan air sungai yang mengalir di celah bukit bukau dapat saya lihat dari kenderaan. Bagaimanapun, waktu itu hari hampir malam, suasana sedikit gelap...kami sempat singgah di air terjun Lembah Anai pada waktu maghrib...jadi gamabr-gambar yang diambil di situ agak gelap...dan yang sedikit memelikkan saya ada objek-objek pelik yang kelihatan di dalam gambar tersebut..mungkin biasan flash kamera dan percikan air membentuk objek2 tersebut.



Apapun, saya sempat merasai kedinginan air terjun tersebut dengan membasuh muka...kata Pak Erdy, nanti bisa awet muda kalo dbasuhkan muka...hehehe...memang segar air tersebut kerana ia merupakan air terjun yang turun dari gunung...maaflah gambar dah kabur sebab dah malam.



Kami sampai di hotel Royal Denai Bukit Tinggi hampir pukul 9.00 malam waktu sana. Hotel ini 2 star sahaja tetapi cantik juga, saya rasa lebih cantik dari hotel bertaraf tiga bintang yang ada di Malaysia ini, kalau mahu dibanding dengan De Palma Hotel atau Seri Malaysia, hotel ini lebih cantik dan selesa lagi. Ini gambar hotelnya.




Nampaknya perjalanan kami pada hari itu sampai kepenghujungnya dengan selamat. Syukur kepada Allah SWT kerana memelihara hamba-hambaNya. Hotel yang saya ini menginap ini tidak ada aircond malah kipaspun tak ada, tapi selesa juga, kerana suasana udara di sana memang dingin. Swimming pool hotel ini langsung tidak pernah saya nampak ia digunakan walaupun terjaga rapi, mungkin cuaca yang sejuk menyebabkan tetamu hotel tidak sampai hati untuk mandi manda di dalamnya.

Sehari telah berlalu, esoknya 24 Disember kami di bawa melawat tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi. Aktiviti bermula jam 7 pagi dengan sarapan di coffee house hotel. Makanan breakfast biasa sahaja, tetapi mengenyangkan. Lupakan diet dan sebagainya, nikmatilah makanan selagi termampu..hehehhe...

16 Dis 2008

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (3)

Untuk memudahkan pemahaman kita semua mengenai perbezaan TEKNOLOGI ROH dan TEKNOLOGI SAINS, saya kira elok kita letakkan beberapa fakta untuk membuatkan ia lebih jelas.

TEKNOLOGI SAINS adalah dari IDEOLOGI MANUSIA di mana alat/tools dibina oleh manusia menggunakan teknologi yang direkacipta.

TEKNOLOGI ROH adalah dari NUR MUHAMMAD yang diberikan oleh Allah SWT kepada makhlukNya yang beriman dan bertaqwa. Justifikasi penerima-penerima teknologi ini tidak ada pengukuran berbentuk MATERIAL walaupun kedapatan hasilnya boleh dizahirkan kepada pancaindera fizikal manusia.

Perlu diingatkan bahawa TEKNOLOGI SAINS ini tidaklah bermaksud bukan berasal dari Allah SWT kerana manusia itu sendiri adalah makhluk ALLAH SWT dan akal pemikiran mereka adalah dari pemberian Allah SWT jua. Cuma yang ingin diperbentangkan dan didiskuskan sekarang adalah TEKNOLOGI SAINS itu ada keterbatasan dan kemampuan untuk digunakan di dalam memahami dan menakrifkan pelbagai perkara di dalam dunia ini.

Tidak ada kesalahan kita menggunakan TEKNOLOGI SAINS kerana ia merupakan pemudahcara kepada manusia dalam kehidupan di dunia ini tetapi KEBERGANTUNGAN kepada SAINS hingga memandang SAINS adalah FAKTA untuk memahami segala kehidupan di dunia dan diakhirat adalah pemahaman yang akan membawa manusia TERSESAT di dalam pemikiran mereka.

Penulis ingin mencuit hati para pembaca semua agar tidak menganggap perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara GHAIB yang sukar untuk diterangkan dan diperjelaskan dalam bentuk TEKNOLOGI SAINS bukan bermakna ia tidak benar. Sebenarnya, kita sendirilah yang telah menyempitkan ISTILAH LOGIK tersebut kerana tersasar fikiran kerana tersimpang memahami TEKNOLOGI SAINS itu sendiri.

Ini kerana apabila TEKNOLOGI SAINS dan TEKNOLOGI ROH bertemu pada minda dan hati yang memahami konsep dan falsafahnya, keputusannya adalah TIADA MISTERI, Sesuatu yang kelihatan seperti MAGIK akan menjadi LOGIK, PELIK akan menjadi perkara biasa.

Jika kita benar-benar memahami TEKNOLOGI ROH ini, maka kita akan faham bahwa teknologi ROH inilah sebenar-benarnya LOGIK, THE TRUTH, malah KELOGIKANNYA adalah melebihi TEKNOLOGI SAINS itu sendiri.

Namun ibarat barang yang berharga, tentulah tidak mudah untuk kita mendapatkannya, memahami teknologi ROH ini dan meyakininya juga merupakan satu HIKMAH yang sangat berharga.

(bersambung)

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (2)

Apabila saya membuka tajuk ini, banyak idea yang ingin saya sampaikan. Bila saya menyebut satu fakta, ia terkait dengan pelbagai fakta lain. Ini sangat mengujakan, kerana saya membiarkan akal saya mengikut gerak hati untuk terus menulis (merapu barangkali?)..Yang bagusnya adalah ini blog persendirian, jadi tidak ada siapa yang dapat membataskan penulisan saya selagi saya tidak menyentuh isu-isu sensitif, betul begitu?

Ok kita sambung lagi.

Artikel sebelum ini saya ada menyentuh TEKNOLOGI yang digunapakai oleh ahli-ahli sihir, bomoh-bomoh berilmu hitam dan jin-jin yang kafir. Walaupun teknologi seperti ini juga tidak dapat dikesan oleh pancaindera fizikal manusia tetapi teknologi ini berasal dari tenaga API yang berada di dalam bentuk yang tidak nampak oleh PANCAINDERA kita. Ia bersifat panas dan membakar.

Adapun TEKNOLOGI ROH adalah teknologi yang saya jelaskan adalah dari sumber yang suci, yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhlukNya sama ada manusia, malaikat, jin dan sebagainya. Oleh kerana kita tergolong di dalam makhluk yang dipanggil manusia maka ada dua bentuk teknologi ROH yang dapat diterima oleh manusia, satu yang khusus untuk para nabi dan rasul yang dipanggil MUKJIZAT dan kepada golongan biasa ia dipanggil KAROMAH dan MAUNAH. Kerana itu timbul, sebutan KERAMAT, ia berasal dari perkataan KAROMAH tersebut.

TEKNOLOGI ROH ini adalah bersumberkan tenaga CAHAYA. Jangan samakan ia dengan tenaga dari API. Tenaga CAHAYA ini bersifat dingin dan tenang. Allah SWT menyebut tidak dijadikan dunia ini jika bukan disebabkan NUR MUHAMMAD. Nabi Adam AS orang pertama di dunia ini sudah mengenali RSAW kerana beliau melihat NUR MUHAMMAD ini yang sudah wujud lebih awal daripada waktu beliau dicampakkan ke dunia, malah lebih awal dari beliau dijadikan sendiri. Nama MUHAMMAD itu sendiri adalah yang pertamakali digunakan oleh RSAW, sebelum itu tidak ada manusia sebelumnya yang memakai nama MUHAMMAD ini.

NUR MUHAMMAD inilah perantaraan dari ALLAH SWT kepada semua makhlukNya di dunia ini. Kerana itu di hari pengadilan nanti, RSAW yang akan mengetuai manusia di hari pengadilan dan dengan syafaat RSAW (Nur Muhammad) maka pengadilan dilakukan. Tidak ada nabi dan rasul lain yang dapat membantu umat manusia dan jin waktu itu kecuali dengan adanya syafaat dari RSAW.Kerana itulah umat Muhammad adalah umat yang pertama yang akan diadili di hari pengadilan itu nanti.

Konsep NUR MUHAMMAD ini sangat ditakuti oleh Yahudi sebenarnya. Malah ada dikalangan cendekiawan Islam yang berpegang kepada keyakinan bahwa mempercayai NUR MUHAMMAD itu sesat. Kita tidak menafikan ada yang menyalahgunakan istilah NUR MUHAMMAD ini dan membawa ajaran sesat tetapi itu tidak bermakna bahwa NUR MUHAMMAD itu suatu kepercayaan yang sesat. Ada bezanya, jangan terburu-buru menilai dengan dangkal. Begitu juga ada segolongan orang islam sendiri yang memandang serong TARIKAT dan memukulrata bahawa TARIKAT itu sesat. Alangkah mengigaunya mereka ini, kerana merujuk kepada ajaran TARIKAT yang sesat lalu terus menyesatkan semua pengamal TARIKAT.

Apapun, contoh golongan islam seperti ini yang suka sesat dan menyesatkan sesuatu dengan melulu adalah satu golongan yang dipanggil MUBTADIAH, pembawa bidaah namun berselindung dengan menyatakan diri mereka adalah penghapus BIDAAH.

(bersambung)