27 Mei 2014

KISAH KEDAI KOPI : ANTARA ROKOK DAN CADBURY

KISAH KEDAI KOPI : ANTARA ROKOK DAN CADBURY


Di sebuah kedai kopi dihujung bandar, seorang lelaki berumur pertengahan abad, berkopiah putih kelihatan berbual-bual bersama rakan-rakannya.
Pagi itu, cuaca agak panas, walaupun jam di dinding kedai itu menunjukkan pukul 11 pagi.
Kedengaran suara garaunya berkata,
"Ni haram jadah betul, JAKIM ni tak buat kerja, makan rasuah apa..coklat Cadbury ni puluh tahun jual ada cop HALAL ..tapi gapo ada babi?"


Kelihatan terjuih-juih mulutnya bercakap sambil sepotong rokok tersepit dimulutnya.
Kawan-kawan disekelilingnya mengangguk-ngangguk bersetuju mengiyakan pendapatnya.
Seorang dari mereka mencelah,
"Tu laa kerajaan ni tak boleh pakai, menipu rakyat siang malam, tau nya nak naik cukai je, kerajaan ni ngok, hampehhh"
Tiba-tiba ada seorang anak muda datang menghampiri kumpulan mereka sambil memegang telefon bimbitnya. dan
dengan selamba anak muda itu berkata.
"Pak cik, cuba tengok dalam fb saya ni, ada artikel tentang rokok ada darah babi, tu yang pak cik tengah dok hisap tu pun ada babi.."


Seraya menyambung percakapannya dengan nada sinis,
"Rokok tu dah terang-terang difatwa haram, sekarang ada darah babi pula, pak cik masih sanggup berhabis duit beli...dah beli, siang malam pula bergayut kat mulut, pak cik cermin dulu diri pak cik sebelum sibuk maki orang lain...".
"Patutnya pak cik yang dakwah diri pak cik dulu yang ketagih benda haram sebab di akhirat nanti pak cik bukan kena jaga kubur orang lain..pak cik jaga kubur pak cik sendiri saja".
Merah padam muka lelaki tersebut mendengar kata anak muda tersebut dan berkata dengan sombongnya,
"Siapa kau nak nasihat aku, kau penyokong UMNO ye,,,pergi mampuslah..$%^&@@%@%..
Anak muda itu hanya tersenyum dan berkata,
"Pak cik, patutnya orang tua macam pak cik menasihati anak muda, tetapi nampaknya dunia akhir zaman ini, dah terbalik, jangan pak cik fikir dengan kopiah putih atas kepala jadi lesen untuk pak cik rasa lebih baik dari orang lain, islam itu bukan terletak pada kopiah dan janggut pak cik tetapi pada iman pak cik...soal iman dilihat pada tindakan kita, adab dan akalbudi kita ..bukan sekadar cakap dan pakaian sahaja..
maaf ye pak cik jika pak cik terasa hati dengan cakap-cakap saya..saya mohon permisi..nak balik rumah dulu".
Anak muda itupun berlalu sambil disoroti dengan tenungan yang tajam dari pak cik itu dan kawan-kawannya.
Demikianlah sebuah kisah di kedai kopi.

12 Mac 2014

MISI MENCARI #MH370 : KITA PERLU TEAM SEPERTI #SKYLAB

Malam semalam, saya melihat tv3 dalam slot MISI MENCARI MH370.

Ada temuramah bersama pakar pengimejan iaitu Prof Dr Kamaruddin Jusoh.

Beliau pernah terlibat dalam dua ekspedisi pencarian pesawat udara yang hilang iaitu di Bario dan di Karak, Pahang.

Beliau mengakui bahawa teknologi pengesan pengimejan yang digunakan di Bario selama 16 hari walaupun paling canggih hingga dikatakan boleh mengesan syiling 20 sen di dalam tanah dari udara tetap tidak mampu mencari helikopter tersebut.

Ringkasnya, segala Peranti dan segala alatan paling canggih tidak berfungsi sama ada diguna dan di darat.

Dengan bantuan pihak team #skylab pada hari ke17, berlakulah perkembangan yang positif dalam misi pencarian.



Rupanya helikopter tersebut ada dalam kawasan hutan Bario malah team teknologi (tentera dan pakar-pakar dalam dan luar negara) sebelum ini sudah cuba mencari ditempat yang sama malangnya ia bagaikan "ditutup" dari segala pandangan zahir dan sebrg alatan canggih teknologi.

Team #skylab bukan bomoh. Tetapi peralatan mereka adalah menyediakan diri dengan mensucikan diri dgn amalan zikir, solat sunat malam dan sedekah serta menjaga syariat lahir dan batin secara istiqamah.

Dengan panduan dari guru mereka, Abuya Ashaari Muhammad, team #skylab dengan izinNya dapat mengesan helikopter tersebut dan pada hari ke 20 pesawat dan penumpang dijumpai. Semua penumpang telah meninggal walaupun dilihat dari kesan yang ada, pilot helikopter seperti belum meninggal semasa pesawat itu jatuh.

Ini kerana mayatnya berada di luar helikopter dan kawasan mayat kelihatan bersih dan berbau kapur barus. Beliau seorg sahaja yg beragama islam di kalangan penumpang pesawat tersebut.

Pesawat tersebut tidak terhempas teruk hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Ia juga tidak terbakar walaupun didapati minyaknya masih penuh.

Apa yang tragisnya, pasukan penyelamat menemui tulisan "MENGAPA LAMBAT SANGAT SELAMATKAN KAMI?..

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, jangan kita menjadi hamba teknologi hingga lupa bahawa ada teknologi lain yang mampu untuk menyelesaikan masalah.

Bukan juga bomoh dan amalan khurafat yang menggunakan jin jin yang mampu membantu kita.

Tetapi TEKNOLOGI ROH atau SPIRITUAL satu teknologi yang sudah dilupakan.

APA ITU TEKNOLOGI ROH?

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (2)

Wallahualam.

Note: team #skylab juga terlibat dalam pencarian Adam.Air di Indonesia.