1 Mac 2010

PENGERTIAN SEMULA MAKSUD "UMMIY" RASULULLAH

Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggapan dan salah tafsir terhadap status baginda Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau dalam istilah lain, buta huruf. Jika begitu fahaman kita ertinya kita menganggap baginda orang yang tidak belajar atau seorang yang bodoh.

Ensaiklopedia Barat juga mendefinisikan Nabi Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa masalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka dan sensitif, akan merasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf.

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, nabi yang ummiy yang (namanya) mereka dapati tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka..." (Al A'raf: 157)

Sebenarnya yang dimaksudkan ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan roh. Itulah hakikatnya. Jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain.

Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai. Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa.Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa, Allah pandaikan baginda tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Rasulullah belajar tetapi tidak perlu menulis, membaca, berguru atau belajar di sekolah. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar. Sebenarnya maksud Rasulullah SAW itu ummiy ialah baginda itu tidak perlu kepada membaca dan menulis.

PERBAHASAN UMMIY

Mari kita bahaskan pula perkataan ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada 'ibu'.

1. Ibu kalau dibahaskan secara lahir ia merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

2. Bagi yang tidak bernyawa, ada juga yang disebut ibu. Contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

3. Ibu secara batin atau maknawi pula mempunyai erti yang lebih hebat.

Ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh. Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus bagi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat. Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan rohnya. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat.

Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.

Layaklah Rasulullah itu dikatakan ibu, kerana baginda ialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, ibu perpaduan dan lain-lain lagi kerana daripada segala ibu itulah, lahir ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, perjuangan dan lain-lain.Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ia dibawa turun oleh Ar Ruhul Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan." (Asy Syu'ara: 192-194)

Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi baginda menjadi ibu berlandaskan gelaran ummiy tersebut ialah kerana rohnya atau Nur Muhammad adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi, haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan Baginda dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.


MUSUH-MUSUH ISLAM MENGELIRUKANMAKSUD UMMIY


Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: "Rasulullah itu ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah." Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut.

Tapi sebenarnya mereka menutup maksud ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah SAW. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan psikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur. Bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.
Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah SAW memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan disembunyikan.Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita bahas lagi.

Mari kita lihat pula kaedah menuntut ilmu melalui proses luar biasa ini. Rasulullah itu digelar ummiy kerana padanya diberikan ibu segala ilmu. Sepertimana Al Fatehah dikatakan Ummul Kitab, kerana di dalamnya adalah intipati seluruh Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu.

Oleh kerana apa yang dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu segala ilmu, ia tidak boleh diterima melalui proses biasa. Ibarat seorang yang ingin mengail ikan yang besar, mestilah menyediakan mata kail yang besar dan kuat, umpan yang baik, tali kail yang teguh dan tahan serta peralatan yang gagah dan sesuai dengan ikan yang hendak dikail.

Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasulullah mendapat wahyu. Tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera. Ilmu wahyu yang Allah anugerahkan pada baginda diajar terus kepada ibu dirinya iaitu akal dan rohnya. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis.

Kuliah dari Mursyidku...

6 ulasan:

Abdul Malek Abdullah berkata...

Salam tuan, semoga dengan tulisan tuan ini umat Islam akan lebih sensitif kepada segala tohmahan dan prasangka buruk para orientalis terhadap Junjungan SAW. Saya pernah terbaca satu terjemahan kepada Ummiy sebagai The Unlettered, maksudnya tidak berhuruf. Pada pengertian saya Baginda SAW tidak perlukan huruf2 untuk mendapat ilmu kerana mendapatnya daripada punca atau ibu segala Ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Bukankah ummiy itu merujuk kepada tidak tahu menulis dan membaca, kerana ini merupakan dalil yg diberikan kepada kaum2 kufur bilamana mereka menuduh bukan2 terhadap Rasullulah. Dengan tidak kebolehan menulis dan membaca memberi jawapan kepada tuduhan2 bahawa Rasullullah yg mengarang Al-Quran.


Adakah kajian unlettered dibuat pada masa sekarang ini atau telah diketahui sejak dahulu?

Keberadaan dan takrifan unlettered boleh juga diterima pakai, kerana ummiy tidak boleh menulis dan membaca, menerangkan tidak adanya huruf tertentu dalam corak pengetahuan Rasullullah, bahkan secara langsung dari Allah.

Pendapat saya, jika tiada penemuan takrifan unlettered ini pun, dari sudut pandangan Islam telah menyatakan bahawa memang Rasulullah mendapat ilmu dari Allah. Umum mengetahuinya memang begitu sejak dahulu.

Yang menjadi kueri saya, adalah bait2 ungkapan mengatakan pandangan buruk orientalis? Siapa orientalis itu? Sy berpendapat bukan mereka yg menyebutnya tetapi adalah dalil dari Islam sendiri bila para2 pendokong yahudi dan nasrani ini mempertikaikan.

Isu nya di sini adalah semacam ada usaha2 pihak2 tertentu yg cuba menyelar golongan2 pendapat umat2 Islam terdahulu dengan mengatakan orientalis.

Jadi kesannya, sesiapa yg mengatakan ummiy itu sebagai buta huruf atau tidak tahu membaca dan menulis, kamu2 semua akan memarahi dan mempertikai org2 sesama Islam.

Dimana kamu mendapat cerita unlettered ini dan kini menyalah labek kan pulak yg memberi gelaran ummiy itu sebagai orientalis yg memulakan? Sungguh haru dan tonggang terbalik dibuatnya.

Benda yg simple pun boleh dikecohkan. Unlettered tu memang dah bermakna tiada huruf..cuma bunyinya lebih sedap didengar dari menyebut buta huruf...akan tetapi maknanya tetap sama.

Kalau kamu tak suka dengan bidalan melayu buta huruf, maka kamu kenalah fikirkan satu bahasa yg manis sedikit bunyinya seperti perkataan unlettered ini.

Buta huruf adalah simpulan bahasa, manakala unlettered dalam bahasa melayu bermaksud tidak berhuruf.

Utk perkataan Tidak, bahasa inggeris ni mudah aja dengan menambahkan word "un".

Perkataan manis sedikit dari bahasa melayu untuk menggantikan Tidak adalah Tiada. Ini jika tidak itu dianggap sebagai bunyi yg membawa maksud, negatif atau marah.
Jika marah, org melayu pun akan kata tidak. Tidak membawa pengertian kekecewaan atau kurang sedap didengar jika anda sedang menunggu keputusan jawapan "ya"

Begitulah berpengaruhnya bahasa dan cara penyampaian dan hanya kerana maksud ini, ia boleh membawa perbalahan jika tiada ada pengertian yg boleh membawa kepada kemaafan, tanpa melibatkan emosi dan sebagainya.

noorisyambakhtiar berkata...

Perbanyakkan tulisan serupa ini, terutama sesuatu perkataan yang mempunyai banyak makna agar masyarakat kita dapat membuka pintu fikirnya dengan luas dan tidak sempit. Ada yang suka menyempitkan pemikiran menjadikan ummah kaku, taksub dan fanatik yang xtream. Tahniah.

PUTERI berkata...

Salam semua,

terimakasih atas komen yg diberikan.

Buat Anon,

illiterate bukan unlettered..jauh maknanya tu..

orientalis adalah para pengkaji Barat, bukan ulama2 Islam.

Saya harap Anon membaca dengan betul-betul artikel tersebut dan fahamkan dahulu istilah dari segi bahasa dan maksudnya secara literal dan kolektif.

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Buta Huruf adalah org yg tidak tahu membaca dan menulis - ini merupakan bidalan kepada org2 tidak berkebolehan menulis dan membaca.

Di kalangan masyarakat Melayu, secara kolektif org yg tidak pergi ke sekolah dan mengenal huruf2 disebut sebagai buta huruf. Ini adalah nilaian atau bidalan Melayu.

Semasa ustazah2 memberi penerangan disekolah2, saya pun pernah mendengar ustz dan ustazah memberikan penjelasan demikian. Ia hanya ada dalam daftar kata Melayu untuk menerangkan keadaan itu.

Pada saya ini adalah dalam minda Melayu. Saya tak tahu pula keadaan dalam bahasa Arab, adakah disebutkan sebagai "buta huruf".

Manakala "unlettered" atau tidak berhuruf, merujuk kepada sumber ilmu pengetahuan yg diterima Nabi, bermakna, bukan Nabi kita membaca nya dimana2 atau oleh karangan sesiapa kerana beliau tidak pernah belajar mengenal huruf2 arab tu (yakni kalau di terjemahkan ke bahasa melayu, dikenali secara kolektif sebagai buta huruf).

Tapi pada saya, unlettered lebih merujuk kepada mengenal sumber beliau, iaitu bukan dari tulisan tapi ilmu datang terus dari Allah, yg dikenali oleh org2 Islam sebagai Wahyu.

Jadi, unlettered dan buta huruf (illiterate) dokong mendokongi antara satu sama lain.

Satu "illiterate" atau "buta huruf" menerangkan keadaan nabi yg tidak berkebolehan menulis dan membaca. Dan kerana itu wahyu2 Allah dihafal oleh penghafal2 Al-quran atau di tulis sedikit demi sedikit yang akhirnya, dikumpulkan dizaman Saidina Othman (betulkan saya kalau salah, sy kurang pasti khalifah mana satu)

Manakala "unlettered" adalah bentuk penerangan kepada wahyu atau penerangan kepada ilmu yg diterima langsung dari Allah. Ia adalah penjelasan samada oleh seorang bukan Arab atau Melayu Islam tetapi seorang pengkaji yg tidak ketahuan mengenai ujudnya perkataan yg dipanggil wahyu dari Allah.

Jadi utk lebih difahami oleh seorang "layman" org biasa yg tidak memerlukan istilah teknikal atau lebih detail, maka secara mudah difahami oleh non-muslim dan boleh juga diapplikasi oleh muslim, dengan perkataan baru yg menjadi tajuk perbincangan, iaitu unlettered.

Jadi, pada saya approach unlettered ini yg menjadi bual bicara dan kepada siapa "unlettered" ini dikiaskan, sedangkan, seluruh umat Islam tahu, Allah yg mewahyukan kepada Nabi Muhammad saw, bukan dengan tulisan, bukan dengan bacaan tapi secara langsung dari Allah.

Dengan fahaman manusia biasa masa kini takrifan mereka membawa kepada "unlettered"

Sy berpendapat "unlettered" ini ujud dari seorang yg baru kenal Islam, samada ia adalah seorang Muslim atau non-Muslim.

umar berkata...

ni jawapan bg mengkritik pandangan tuan blog ttg isu ummiy pd baginda berdasarkan dalil dan tafsir ulama

mohon perbetulkan terhadap perkara yg "dibetulkan"

http://jomfaham.blogspot.com/2009/07/apakah-maksud-ummiy-yang-disandarkan.html