29 Ogo 2009

KEMERDEKAAN SEJATI DAN HAKIKI

Kemerdekaan yang sejati dan hakiki ialah kemerdekaan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T serta yang dipimpin oleh para Rasul A.S. Dan pemimpin yang paling sempurna sekali ialah Nabi Muhammad S.A.W, bapa kemerdekaan yang sejati dan yang universal. Kemerdekaan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W itulah kemerdekaan fikiran dan kemerdekaan jiwa yang tidak dipengaruhi oleh syaitan dan hawa nafsu. Dan itu jugalah bentuk kemerdekaan yang tidak terpaut dan terpesona dengan alam benda. Dan pada Rasulullah S.A.W hatinya tidak rosak oleh maksiat yang dilakukan oleh masyarakatnya. Fikiran dan jiwa beliau hanya terpaut kepada Allah yang Maha Pencipta. Kemerdekaan yang ada pada Rasulullah dan yang diperjuangkan oleh Rasulullah itulah suatu kemerdekaan contoh dan yang sepatutnya menjadi ikutan kita.

Dengan lain-lain perkataan, manusia yang dapat melepaskan zahir batinnya daripada diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan dan yang dapat melepaskan dirinya daripada diperbudakkan oleh kecantikan yang palsu serta tidak dapat dipersonakan oleh nikmat dunia yang menipu; manusia seperti inilah yang dapat merasakan kemerdekaan yang sejati. Jiwanya tidak tergugat oleh kejadian-kejadian dan perkara - perkara yang menakutkan dan menggerunkan serta hati yang tidak rosak oleh maksiat.

Manusia sedemikian mempunyai fikiran yang apabila ia memikirkan sesuatu, akan terasa olehnya kewujudan Allah S.W.T. Ia benar-benar akan merasakan kekuasaan Allah S.W.T, kesempurnaan dan kegagahan-Nya. Hati yang dapat mengingati Allah setiap masa akan mencintai Allah ketika. Dan hati sedemikianlah yang merasa aman dengan pemeliharaan Allah, merasa harap dengan Pemurahnya Allah, merasa kuat dalam naungan-Nya, merasa hina dalam Kebesaran-Nya.

Inilah kemerdekaan yang telah diperolehi oleh para anbiya', para sahabat, para auliya' serta para solihin. Marilah kita perhatikan mereka yang telah mendapat jiwa dan fikiran yang merdeka ini.

Rasulullah ketika ditanya tentang dunia, telah bersabda;

Maksudnya:

"Halalnya (dunia) dihisab dan haramnya (dunia) diazab. " - riwayat Ibnu Abid-Dunya dan Al-Baihaqi

Sabda Rasulullah ini menggambarkan kepada kita hal jiwanya yang merdeka walaupun beliau yang mengatur alam benda dan walaupun di tangan beliau ada benda. Bukankah Rasulullah pernah hidup kaya raya dari harta yang diberi oleh isterinya Sayidatina Khadijah yang dicintai? Namun kerana hatinya tidak terpaut dengan kemewahan itu, beliau tidur beralaskan tikar anyaman dari daun kurma hingga kelihatan berbekas pada belakangnya. Sampai begitu sekaii Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana beliau tidak terpaut dengan kemewahan hidup. Para sahabat apabila melihatkan hal keadaan Rasulullah demikian, mereka menitiskan airmata tanda keharuan melihatkan hal keadaan Rasulullah demikian, mereka menitiskan ainnata tanda keharuan.

Dalam riwayat lain, kita juga digambarkan betapa kalau Rasulullah mendapati makanan siang harinya berlebihan, beliau tidak pernah menyimpannya hingga ke malam hari dan kalau makanan di malam harinya berlebihan, beliau tidak menyimpannya sampai ke pagi hari. Yang berlebihan itu pasti diberikannya kepada orang lain yang memerlukannya. Demikianlah kita digambarkan kemerdekaan jiwa dan fikiran Rasulullah S.A.W di dalam hidupnya.

Sayidina Umar Al Khattab, apabila merasakan hubungannya dengan Allah telah mulai tercacat kerana beliau tertinggal sembahyang berjemaah asar akibat dari terlalu asyik bekerja di kebunnya, lantas beliau mewakafkan kebunnya itu. Ertinya beliau memerdekakan diri dan fikirannya serta jiwanya daripada hartanya itu. Ini disebabkan beliau merasakan bahawa kebun itu telah mengganggu kemerdekaan jiwanya.

Kemudian kita digambarkan bagaimana dalam pemerintahan beliau sebagai khalifah Islam kedua; Rom dan Parsi telah jatuh terjelepuk di bawah kekuasannya. Namun dalan kekayaan dan kemewahan yang begitu banyak, pakaian beliau masih bertampal dua belas dan tempat tinggalnya hanya berupa sebuah gerobok buruk. Nyata bahawa jiwanya adalah bebas dan merdeka daripada kenikmatan dunia.

Kita lihat pula bagaimana Sayidina Bilal bin Rabbah di awal-awal peng-lslamannya, beliau dibelasah oleh tuannya Umaiyyah bin Khalaf Beliau diikat kedua kaki dan tangannya di tengah-tengah padang pasir serta dihempap di dadanya menutupi tubuh badannya. Namun, walau bagimana deritanya jasmani beliau menanggung penderitaan dan penyeksaan, namun jiwanya tetap tidak terjejas. Kalimah Ahad... Ahad Ahad... yang bererti Allah Maha Esa sentiasa bermain djbibir nya. Begitu sekali beliau mempertahankan kemerdekaan jiwa dan fikirannya daripada penindasan dan kezaliman.

Sayidina Abu Bakar pula adalah khalifah Islam yang pertama. Kekayaan berada di dalam tangannya. Namun kerana jiwanya yang merdeka daripada kebendaan, tatkala beliau wafat, tidak ada suatu harta pun yang ditinggalkannya.

Imam Shafie Rahimahullahuta'ala sewaktu pulang dari menuntut ilmu dengan Imam Malik untuk bertemu dengan ibunya membawa bersamanya 4,000 dinar hasil dari pemberian gurunya itu. Tetapi hatinya tetap merdeka dan tidak terpaut dengan hartanya itu ...kerana... belum pun sempat beliau naik ke rumah, wang yang 4,000 dinar itu habis dibahagi-bahagikannya kepada fakir miskin. Yang tinggal hanya 2 dinar untuk ibunya.

Khalifah Umar Abdul Aziz pula adalah salah seorang daripada khalifah Bani Umaiyyah yang kaya raya. Namun, walaupun kekayaan ada di dalam tangannya, hatinya tetap merdeka daripada tipuan harta itu. Jangankan beliau hendak merebut harta yang dihadiahkan oleh Raja Bani Umaiyyah malah habis harta itu dimasukkannya ke dalam Baitul Mal. Hatinya merasa senang dan bebas dengan tangan kosong dari harta dunia.

Sayidina Khalid Al Walid di zaman kemuncak keagungannya dan kebesarannya adalah sebagai ketua turus angkatan bersenjata tentera Islam. Tentera Islam yang dibawah pimpinannya itulah yang telah dapat menghancurkan musuh-musuh Islam seperti Rom dan Parsi. Kemenangan demi kemenangan telah dicapainya. Namanya sebagai 'Panglima' semakin harum dan beliau sentiasa disanjung dan dipuji tetapi dengan tiba-tiba beiiau telah dilucutkan jawatannya oleh Sayidina Umar Al Khattab. Namun hatinya sedikitpun tidak terjejas. Keikhlasan serta keberaniannya di dalam berperang tetap seperti biasa. Dan sikapnya yang demikian ini pernah ditanya orang.

"Nampaknya engkau berjuang seperti biasa juga!" Beliau menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar!"

Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang merdekanya jiwa Sayidina Khalid Al Walid daripada pangkat dan nama. Walaupun beliau telah dilucutkan dari jawatan dan pangkatnya, namun jiwanya tetap terikat kepada Allah S.W.T dan hatinya tidak pemah menderita dan menyimpan perasaan dendam dan sebagainya. Begitu sekali sikap orang yang jiwa dan fikirannya sudah merdeka.

Akhir kata " SELAMAT HARI MERDEKA"

======================================================

TAZKIRAH (POINTS to PONDER)

Banyak orang yang boleh memerdekakan bangsa dan tanah airnya daripada dijajah dan dikuasai oleh satu bangsa yang lain atau satu kuasa yang lain, tetapi gagal untuk memerdekakan hati dan fikirannya daripada dikuasai oleh syaitan dan hawa nafsu. Sedangkan orang yang paling gagah itu ialah orang yang dapat menundukkan musuh batinnya bukan orang yang dapat melawan musuh lahirnya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bukanlah orang gagah itu yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi orang yang gagah itv ialah orang yang dapat melawan hawa nafsunya. "

2 ulasan:

Nasionalis1982 berkata...

Salam Kemerdekaan

Menjelang 31 Ogos : Wajib tonton 1957 Hati Malaya

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/menjelang-31-ogos-wajib-tonton-1957.html

Kang nasir berkata...

salam.