13 Apr 2009

INIKAH PERJUANGAN ISLAM ? (2)

Terhadap serangan musuh, orang politik yang katanya memperjuangkan Islam itu memberi respon penuh emosi, bukan dengan penuh bijaksana, matang dan strategik. Seperti orang melatah diusik, melompat-lompatlah ia dengan penuh aksi, geram, melulu dan tidak sabar hingga menyusahkan diri sendiri.

Bila musuh tuduh perkara yang tidak sepatutnya, maka dengan geram dan gelisah, dibuatlah serangan balas yang kadang-kadang tersalah cakap, terlebih hukum, terlajak sikap hingga menguntungkan musuh. Musuh memang suka kita asyik menjawab. Agar masa kita terbuang dengan menjawab. Supaya kita tidak ada masa untuk berbuat dan membangun. Memang itulah yang musuh mahu.

Tetapi pemain politik yang guna nama Islam ini seperti tidak faham niat jahat musuh terhadapnya. Dia fikir musuh betul-betul tersalah tuduh, maka tertipulah dia. Kalau mereka faham tipu daya musuh, tentu mereka tidak teruk ditipu. Mereka tidak praktikkan doktrin bahawa ‘peperangan itu tipu daya’.

Sedangkan ahli politik Islam seharusnya lebih bijak, lebih matang dan lebih berstrategi dari musuh dalam menipu daya dan bermuslihat. Pejuang Islam sepatutnya sentiasa dapat menipu dan mengalahkan musuh dan bukan sebalik­nya. Mereka sepatutnya berada dua tiga langkah di hadapan musuh dan dapat membaca gerak-geri musuh. Kalau tidak, di mana keistimewaan Islam? Lagi pula, Islam mengajar penganutnya selalu bertenang dengan ujian agar tidak meng­hilangkan kebijaksanaan di dalam tindakan.

3 ulasan:

PEJUANG CYBER berkata...

Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling. Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebelas bulan mereka memerintah, agenda mereka berbulan-bulan adalah 916, Road to Putrajaya, bukan perjuangan yang membela nasib rakyat yang kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

Sofiya berkata...

Parti yg dulunya Islam kini terlepas sasar kerana riak dan ujub dalam diri.

PAPA GOMO berkata...

SALAM...BEULLAH PUTERI..
MEMANG DALAM DIAM KITA AKAN PUNAH JIKA TIDAK MENJAGA SETIAP SUDUT DALAM HAL INI...

KITA TERUSKAN BERJUANG DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT PADA RAKYAT.
SALAM...

MELAYU HAPRAK??? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/melayu-berpecah-kerana-siapa.html