31 Okt 2008

Generasi Masa Depan




Tengok gambar dulu...nanti saya sambung kemudian ceritanya....

Okay, mengapa saya ambil gambar anak-anak ini?...kerana dalam masa 20 tahun lagi merekalah yang akan menjadi dewasa dan akan menggantikan kita sebagai generasi yang akan menjadi warga yang akan menjadi pelapis kepada kita semua.

Apakah masa depan mereka dalam 20 tahun lagi?

Hari ini kita lihat mereka sungguh islamik, sejak kecil lagi sudah menunjukkan ciri keislaman dalam diri dan wajah mereka cukup bersih dan menyejukkan. Dendangan dari bibir mongel mereka bukan lagu-lagu cinta tetapi adalah nasyid-nasyid yang mengingati Allah dan RasulNya.

Cuba bayangkan 20 tahun lagi...jika kita di hari ini tidak menjaga negara kita dari dicemari dengan kebudayaan hedonistik, tak mustahil anak-anak ini yg pada asalnya begitu naif dan dibesarkan dalam suasana keislaman akan turut dipengaruhi oleh persekitaran yang sangat tidak islamik.

Di mana tanggungjawab kita utk memastikan keislaman terus subur di hati mereka?

Marilah kita renungi sama-sama..kerana itulah tanggungjawab kita bersama yang akan ditanya di akhirat nanti.

28 Okt 2008

NYANYIAN OMBAK





Kau campakkan
Dan kau terlantarkan
Kembang yang kupersembahkan kepadamu
Sepenuh hati

Kau diamkan
Bahkan kau tinggalkan
Aku yang tertegun di dalam rindu
Di dalam sepi

Benarkah telah kering kasih sayang di jantungmu
Layaknya musim ini
Berkaca pada sikapmu
Ranting-ranting patah gemertak
Belalang pun terbang mencari hijau
Sisi ladangku tak lagi subur
Untuk tumbuhkan cinta kasihmu

Kau dengarkan
Dan coba renungkan gelombang di laut
Nyanyian rindu
Menikam kalbu.


Terimakasih kepada seorang kawan (perempuan), yang dikenali menerusi Internet yang seringkali berinteraksi dengan saya lewat emel. Jauh dari sudut hati, saya menghargai perkenalan dan persahabatan ini.

Senang sekali berbicara santai dengannya, bertukar fikiran dan berkongsi cerita suka dan duka. Satu perkenalan yang unik tetapi cukup mengesankan.

Buat seorang kawan,

walaupun hadirmu bukan dalam realiti
tapi
kau mengisi realiti hari-hari mendatangku



Nyanyian Ombak, sering membuat saya terpegun mendengar iramanya...tatkala ombak menyentuh bebatuan di pantai dan mengheret pepasir ikut bersamanya, cukup menghiburkan. Saya kira saya boleh berlama-lama di tepian pantai menikmati orkestra dan simfoni ciptaan Allah itu..Indah mengasyikkan dan menginsafkan..

Saat matahari terbenam, menginjak pepasir putih di pantai, di tengah kemilau ombak yang memercik warna kemerahan di permukaan hamparannya, adalah satu detik yang mengusik rasa dan menyentuh jiwa dan ia adalah detik TERINDAH yang Allah ciptakan untuk dinikmati oleh hambaNya.

BERPUISI DALAM LAGU

16 Okt 2008

NOVEL INTERNET

Pagi tadi saya dapat satu emel dari seorang kawan, menyatakan dia menemui novel saya di dalam SCRIBD, ia di upload oleh seseorang yang saya tidak kenali. Aha, dalam hal ini, saya tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh penghantar tersebut walaupun tidak meminta permission saya utk meletakkannya sebagai tatapan umum.

Biarkan sahajalah, sekurang-kurangnya saya hargai inisiatifnya C & P novel saya tersebut dan meletakkannya di dalam alam siber. Saya dapati ia diupload pada 16 Jun 2008, baru 4 bulan rupanya. Hari ini 16 oktober 2008. Telah dilihat seramai 908 orang. Satu jumlah yang besar dalam masa yang singkat. Saya yakin peng upload tersebut tidak kenal saya, dan saya juga tidak kenal dia walaupun fotonya ada di dalam SCRIBD itu. Sayapun tidak berniat untuk bertanya atau menghantar mesej kepadanya, biarkan sahajalah ia di situ , saya tidak perlukan apa-apa kredit walaupun saya penulis novel tersebut.

Novel tersebut saya tulis tanpa dirancangpun, malah saya sendiri tidak tahu saya boleh menghasilkan sebuah karanganpun apatah lagi sebuah novel seperti itu. Tetapi kadang-kadang di dalam hidup ada peristiwa dan kejadian yang memberi kesan kepada kita lalu memberi idea dan ilham untuk menulis sesuatu dari dalam lubuk hati. Maka itu novel itu dihasilkan.

Tidak ada apa yang menarik di dalam novel tersebut, hanya 79 mukasurat sahaja. Ia hanya satu percubaan santai saya untuk menulis. Tidak saya sedari pula ada yang berminat untuk mengkomersialkannya di alam siber. Apapun saya cukup senang, kerana tidak ada siapa yang tahu siapa penulisnya.

Tentu ada yang mahu tahu apa tajuk novel tersebut..hermm...biarlah menjadi rahsia...novel itu kenang-kenangan sahaja, sayapun tidak mahu orang tahu siapa penulisnya. Cukuplah dihayati luah bicara dan perasaan penulisnya sahaja.

Kawan saya itu menjumpai novel saya apabila dia mencari novel terkenal AYAT-AYAT CINTA. Hermm, baru saya perasan novel AYAT-AYAT CINTA ini ada 313 mukasurat rupanya. Sebuah novel yang menarik, dan saya tertarik kerana ia memaparkan suasana di CAIRO. Saya pernah seminggu tinggal di CAIRO tapi banyak perkara yang saya pelajari ttg kehidupan masyarakat di sana. Jadi novel itu sangat menarik hati sy, kerana dapat mengimbau kenangan saya di sana, malah nama-nama tempat yang ditulis di dalam novel tersebut juga pernah saya kunjungi. Selama seminggu di CAIRO saya tinggal di Rabiatul Adaweya. Tempat di mana watak utama dalam novel itu tinggal. Menarikkan bila kita boleh bayangkan suasana tersebut walaupun menerusi novel?

Novel saya yang picisan itu juga menggunakan nama-nama tempat yang tepat dan menggambarkan suasana di dalam realiti, cuMa adapun namanya novel, ia adalah getaran fikiran dan idea yang tidak dapat dibezakan adakah ia realiti atau fantasi atau sekadar satu ilusi.

15 Okt 2008

MADAH UNTUK PENGEMBARA

Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.


Semalam saya terpaku apabila menghayati madah ini. Kerana maksudnya yang dalam dan sangat TEPAT menjadi panduan. Seringkali insan selalu mengenang-genang kebaikan yang telah dilakukan, mengungkit-ngungkit apa kebaikan yang telah dilakukan apabila hatinya sakit dan dikhianati. Seorang insan akan berkata "Tidak patut sipolan itu, tidak mengenang budi orang langsung". Biasa dan seringkali kita dengar ucapan yang begini.

Tetapi jarang pula kita dengar, orang berkata, "Tidak mengapalah dia menzalimi aku atau berbuat jahat kepada aku, mungkin ada dosa aku yang dulu, Allah balas sekarang supaya aku ingat kejahatan aku dan bertaubat".

Setiap kenangan dan pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup ini adalah PAKEJ dosa dan pahala yang akan diadili di akhirat di sana. Sama ada amalan atau kebaikan di beri pahala dan dibalas dengan nikmat atau sama ada dosa akan diampun atau dihukum, di Akhirat sanalah penentuannya.

Maka, yang sangat-sangat kita perlu perihatin atau ingatkan bukan kebaikan yang telah kita amalkan, kerana bukan hak kita untuk menilainya tetapi yang perlu kita ingati dan takuti ialah kita terlupa dengan kejahatan yang kita pernah lakukan dan terlupa untuk bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan.

Maka tepat sekalilah MADAH tersebut.

Jangan kerana kita membenci kenangan yang pahit dan kesilapan yang kita lakukan di dalam hidup hingga kita terus melupakannya. Ingatilah selalu dosa dan kejahatan yang kita pernah lakukan, dengan penuh penyesalan dan memohon keampunanNya.

Mati itu datang tidak bertangguh walau sesaatpun.

8 Okt 2008

PERSIDANGAN TERKINI



Persidangan ini menarik perhatian saya kerana ia memberi maklumat mengenai salasilah keturunan kesultanan Terengganu yang bersusurgalur dari Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor ke 18.

Jika para pengunjung blog ini pernah melayari blog SALASILAH KETURUNAN yang saya sertakan linknya di dalam blog ini, tentu saudara/i menyedari bahawa susurgalur Tun Habib Abdul Majid ini adalah susurgalur keturunan saya juga.

Saya mendapat maklumat bahawa YAYASAN SULTAN MIZAN telah mengeluarkan dana sebanyak rm400,000 untuk menjalankan penyelidikan mengenai SUSURGALUR TUN HABIB ABDUL MAJID ini dan penyelidikan oleh beberapa orang Profesor Akademik itu akan dibentangkan pada 17-19 Oktober ini di Kuala Terengganu.

Teringin saya hadir ke persidangan tersebut tetapi apakan daya, tugas hakiki perlu diutamakan. Bagaimanapun, saya harap seorang kawan saya di Univ Darul Iman di mana persidangan itu akan diadakan dapat membantu saya memperoleh kertaskerja yang dibentangkan itu. Saya sangat menghargai pertolongan beliau tersebut.