15 Jun 2008

CAIRO ....yang MISTERI dan MEMBANGKITKAN CURIOSITY



(Gambar di atas : gambar makam Saidina Hussein KWJ di Cairo)

Baru sekejap tadi saya melihat kembali pita rakaman sepanjang kembara saya di bumi Mesir. Jadi saya harap selepas ini dapatlah saya mengingati kembali semua peristiwa-peristiwa menarik dan tempat-tempat yang pernah dilawati di sana. Cuma disebabkan saya agak buta (walaupun tidaklah buta sepenuhnya), teknik untuk membawa rakaman pita saya ke dalam PC (hehehe, siapa yang nak ajar, kena pandai-pandai sendirilah)...maka hal ini sudah tertangguh begitu lama, hampir setahun..dan sampai sekarang belum-belum jua saya mampu untuk melakukannya disebabkan kekangan masa dan kekangan ilmu yang tidak mencukupi untuk membawanya ke dalam PC.

Gambar yang ada di sinipun, hanyalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan memory card sahaja. Jika sekiranya saya dapat menukarkan rakaman video saya itu kepada gambar-gambar tentu beratus-ratus gambar yang dapat saya simpan di dalam PC. Doakan saya mampu melakukannya...

Gambar di atas ini adalah gambar makam Saidina Hussein KWJ. Alangkah syahdu rasanya bila saya dapat melawat makam Saidina Hussein ini...di dalam makam tersebut, ada dipaparkan gambar-gambar kepunyaan Saidina Hussein KWJ..

Berhampiran makam tersebut, ada sebuah pasar jualan yang sangat luas..dan anda akan dapat beli apa sahaja jika anda mempunyai duit untuk membelinya..saya yang memang tidak mampu untuk berbelanja apa-apa yang tidak perlu, hanya mampu memandang sahaja segala barang jualan tersebut. Banyak barangan yang unik-unik dan cantik-cantik. Nak tahu apa yang saya beli di situ. Dua ekor unta mainan, karpet bulu/kulit arnab, sehelai jubah Mesir...ahaa...nanti kalau berkesempatan saya akan ambil gambar barang yang saya beli itu...

Ya, baru saya teringat, saya menaiki flight GULF AIR untuk ke Cairo bukan flight Etihad. Etihad adalah flight yang saya naiki untuk kembali ke Msia.

Ya, flight GULF AIR itulah yg saya katakan menyebabkan perjalanan kami tertangguh 24 jam. Kami transit di Bahrain selama 4 jam sebelum berlepas semula ke Cairo dan tiba di sana pada pukul 2 pagi waktu Cairo. Beza Cairo dengan Msia adalah lebihkurang 6 jam. Cairo adalah sebuah bandar di benua Afrika sebelah utara, dan di selatannya adalah South Africa. Jadi cuba anda bayangkan, tempatnya memang agak eksotik. Ahaa..

Makanan di sana sedap-sedap...fresh dan murah buah-buahnya..cuma yang membuat saya kurang senang dengan kecenderungan warga Cairo yang terlalu suka meminum minuman bergas. Sudah menjadi seperti budaya mereka pula dengan air bergas ini...alangkah elok sekiranya mereka terus mengamalkan kopi GAHWA yang memang power tu...ahaaa..tapi saya musykil juga, apa kandungan kopi GAHWA itu, sebab bila saya minum kepala saya ada sedikit rasa ting tong..hehehe..tapi memang sedap, mengiurkan dan seperti iklan tv itu, mai secawan....

Di Cairo juga merupakan syurga rempah ratus...dan harganya memang murah jika dibandingkan dengan negara lain...sebenarnya makanan seperti buah-buahan, rempahratus, dan pelbagai lagi barangan yang unik-unik, serta minyak wangi, memang murah di Cairo. Maklum kebudayaaan dan ketamadunanan mereka mencecah ribuan tahun sejak zaman Firaun lagi mereka sudah mempunyai teknologi-teknologi tersendiri.

Safron...hermmm safron..saya tidak tahu mahal rupanya..ia antara rempah ratus yang paling mahal rupanya..saya tidak beli sebab semasa saya di pasar rempahratus itu, saya tengah sedikit kepenatan, sehingga tidak ada mood untuk membeli sekadar melihat-lihat sahaja. Bayangkan sepanjang hari berjalan, bila sudah malam, memanglah penat.

Itu sahaja cerita saya kali ini..insyaALLAH di sambung lagi.

Tiada ulasan: