26 Jun 2008

BLog Terbaru : RAJA AHMAD

Salam semua,

saya sekarang sedang membuat satu blog baru mengenai RAJA AHMAD yang merupakan nasab susur galur keturunan sebelah bapa saya.

Ada banyak info menarik di dalamnya kerana ia membuat perincian tentang salasilah kesultanan JOHOR RIAU.

Penulisan mengenai sejarah RAJA AHMAD ini saya perolehi dari Ir Hj Mazelan Abd Samad, salah seorang saudara saya yang telah membuat kajian ilmiah ke atas sejarah Raja Ahmad ini.

Sekian...selamat melayari blog baru saya.

20 Jun 2008

KEMBARA DI UTARA.....MALAYSIA



(Di atas adalah pemandangan sawah padi di Kodiang Kedah)

Beberapa hari yang lepas iaitu Isnin 16/6/2008, saya dijemput ke Utara kerana ada beberapa hal yang perlu dilakukan, memandangkan agak sukar jika tidak membawa kenderaan maka saya memilih untuk membawa kereta sendiri, di sebabkan impak kenaikan harga minyak ini agak membebankan maka saya memilih untuk membawa kereta kecil sahaja, KELISA ikan yang memecut di jalanraya..ahaa..

Tempat yang saya tujui adalah daerah Kodiang Kedah..sebuah pekan kecil yang terpencil di negeri Kedah yang terletak di utara semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand dan Perlis.

Kepenatan memandu saya terubat apabila menghampiri utara Perak, dan seterusnya ke Kedah kerana pemandangan di kiri kanan jalan sangat indah dan mempesonakan...sawah padi sedang menghijau dan pemandangannya memang menyegarkan mata saya.Terkhayal seketika dengan keindahan yang terbentang di depan mata..dan tatkala senja semakin sampai ke penghujungnya, kami sampai di Kodiang....sempatlah saya seperti rusa masuk kampung, memberhentikan kereta di sisi jalan dan mengambil gambar mentari senja yang cukup cantik kelihatan di sebalik bukit-bukau dan terhampar sawah padi didepannya.

Hermm..perjalanan diteruskan ke Kangar kerana di Kodiang tidak ada tempat penginapan yang sesuai untuk menempatkan kami berlima di sana. Sebuah homestay di Tmn Utama, cukup selesa untuk kami bermalam.

Ini adalah lawatan saya yang ketiga kali ke Kodiang. Nampaknya saya sekarang sudah arif jugalah dengan tempat-tempat di sana. Teringat kisah makan Pasembor di gerai berhampiran dengan stesen bas pekan Kodiang (hairan, mengapa daif sekali stesen basnya...), ada kisah yang lucu di situ..tapi saya kata pada kawan saya, lepas ini saya tidak mahu makan di situ lagi. Nak tahu apa kisahnya, kawan saya kata, ada orang gila nak mengorat saya, sebab itulah saya tidak mahu makan di situ lagi..hehhehe... Itu komen kawan saya atas hal yang terjadi, saya pun tak tahu nak bercerita bagaimana...cukuplah komen kawan saya itu membayangkan apa yang berlaku. Nampaknya banyak yang perlu saya muhasabahkan dan ambil iktibar dari kisah itu...hermmm...

Kodiang berhampiran dengan Kuala Perlis, di Kuala Perlis kita boleh menikmati ikan bakar dan seafood...Saya suka sekali makan sotong goreng tepung di sana, rasanya agak unik jika dibandingkan sotong goreng yang boleh kita dapati di tempat tinggal saya di Selangor.

Saya rasa itu sahaja cerita yang dapat saya paparkan di sini. Apa tujuan saya ke sana biarlah saya simpankan sahaja kerana saya kira ia tidak penting untuk dikhabarkan.

Sekian.

15 Jun 2008

CAIRO ....yang MISTERI dan MEMBANGKITKAN CURIOSITY



(Gambar di atas : gambar makam Saidina Hussein KWJ di Cairo)

Baru sekejap tadi saya melihat kembali pita rakaman sepanjang kembara saya di bumi Mesir. Jadi saya harap selepas ini dapatlah saya mengingati kembali semua peristiwa-peristiwa menarik dan tempat-tempat yang pernah dilawati di sana. Cuma disebabkan saya agak buta (walaupun tidaklah buta sepenuhnya), teknik untuk membawa rakaman pita saya ke dalam PC (hehehe, siapa yang nak ajar, kena pandai-pandai sendirilah)...maka hal ini sudah tertangguh begitu lama, hampir setahun..dan sampai sekarang belum-belum jua saya mampu untuk melakukannya disebabkan kekangan masa dan kekangan ilmu yang tidak mencukupi untuk membawanya ke dalam PC.

Gambar yang ada di sinipun, hanyalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan memory card sahaja. Jika sekiranya saya dapat menukarkan rakaman video saya itu kepada gambar-gambar tentu beratus-ratus gambar yang dapat saya simpan di dalam PC. Doakan saya mampu melakukannya...

Gambar di atas ini adalah gambar makam Saidina Hussein KWJ. Alangkah syahdu rasanya bila saya dapat melawat makam Saidina Hussein ini...di dalam makam tersebut, ada dipaparkan gambar-gambar kepunyaan Saidina Hussein KWJ..

Berhampiran makam tersebut, ada sebuah pasar jualan yang sangat luas..dan anda akan dapat beli apa sahaja jika anda mempunyai duit untuk membelinya..saya yang memang tidak mampu untuk berbelanja apa-apa yang tidak perlu, hanya mampu memandang sahaja segala barang jualan tersebut. Banyak barangan yang unik-unik dan cantik-cantik. Nak tahu apa yang saya beli di situ. Dua ekor unta mainan, karpet bulu/kulit arnab, sehelai jubah Mesir...ahaa...nanti kalau berkesempatan saya akan ambil gambar barang yang saya beli itu...

Ya, baru saya teringat, saya menaiki flight GULF AIR untuk ke Cairo bukan flight Etihad. Etihad adalah flight yang saya naiki untuk kembali ke Msia.

Ya, flight GULF AIR itulah yg saya katakan menyebabkan perjalanan kami tertangguh 24 jam. Kami transit di Bahrain selama 4 jam sebelum berlepas semula ke Cairo dan tiba di sana pada pukul 2 pagi waktu Cairo. Beza Cairo dengan Msia adalah lebihkurang 6 jam. Cairo adalah sebuah bandar di benua Afrika sebelah utara, dan di selatannya adalah South Africa. Jadi cuba anda bayangkan, tempatnya memang agak eksotik. Ahaa..

Makanan di sana sedap-sedap...fresh dan murah buah-buahnya..cuma yang membuat saya kurang senang dengan kecenderungan warga Cairo yang terlalu suka meminum minuman bergas. Sudah menjadi seperti budaya mereka pula dengan air bergas ini...alangkah elok sekiranya mereka terus mengamalkan kopi GAHWA yang memang power tu...ahaaa..tapi saya musykil juga, apa kandungan kopi GAHWA itu, sebab bila saya minum kepala saya ada sedikit rasa ting tong..hehehe..tapi memang sedap, mengiurkan dan seperti iklan tv itu, mai secawan....

Di Cairo juga merupakan syurga rempah ratus...dan harganya memang murah jika dibandingkan dengan negara lain...sebenarnya makanan seperti buah-buahan, rempahratus, dan pelbagai lagi barangan yang unik-unik, serta minyak wangi, memang murah di Cairo. Maklum kebudayaaan dan ketamadunanan mereka mencecah ribuan tahun sejak zaman Firaun lagi mereka sudah mempunyai teknologi-teknologi tersendiri.

Safron...hermmm safron..saya tidak tahu mahal rupanya..ia antara rempah ratus yang paling mahal rupanya..saya tidak beli sebab semasa saya di pasar rempahratus itu, saya tengah sedikit kepenatan, sehingga tidak ada mood untuk membeli sekadar melihat-lihat sahaja. Bayangkan sepanjang hari berjalan, bila sudah malam, memanglah penat.

Itu sahaja cerita saya kali ini..insyaALLAH di sambung lagi.

4 Jun 2008

KEHARUMANNYA MASIH KUINGAT




Tiba-tiba saya terkenangkan keharuman makam-makam ahlulbait, para-para sahabat dan imam-imam muktabar yang pernah saya lawati sewaktu di bumi para anbiya dan auliya di Mesir, Syria dan Jordan dulu.

Yang menakjubkan keharuman bau itu tetap sama walaupun makam-makam itu bukanlah berada di tempat yang sama. Apa yang saya lakukan adalah menciumi palang-palang besi pada makam tersebut, dan hermmm...keharuman yang sama akan kita dapat rasakan baunya.

Itulah kemuliaan yang Allah SWT telah pertontonkan kepada kita, bahwa merekalah insan-insan yang Allah muliakan kerana iman dan taqwa mereka.

KIsah hidup mereka menjadi tauladan dan contoh yang sangat berkesan jika kita cuba menghayatinya. Kasih sayang mereka dengan sesama insan dan kecintaan mereka kepada RSAW dan Allah patut kita jadikan tauladan.

Saya teringat kata RSAW yang maksudnya lebih kurang, Di akhirat nanti, kita akan bersama-sama orang yang kita cintai.

Maka alangkah indahnya jika di hati kita ada rasa mencintai kepada mereka-mereka yang Allah cintai, muga-muga kita mendapat barokah dari kecintaan kepada orang-orang yang Allah muliakan.

Ameen..

3 Jun 2008

RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM

Apabila Rasulullah s.a.w berjaya mendidik umat Islam menjadi satu bangsa yang berakhlak, bertamaddun, kuat berpegang kepada Tuhan, gagah, mampu menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia, semua manusia kagum.

Lebih-lebih lagi, umat Arab yang dididik dan dipimpin oleh Rasulullah itu asalnya hanyalah pengembala-pengembala kambing yang hidup berkabilah-kabilah di padang pasir, tidak berilmu, tidak pandai membaca dan menulis, tidak bertamaddun dan tidak bijak seperti bangsa-bangsa lain.



Berbeza dengan bangsa Yahudi. Di samping mereka itu bangsa yang tertua di dunia dan mempunyai banyak ilmu dan pengalaman, mereka juga merasakan mereka itu bangsa yang terpilih. Kebanyakan para nabi dan rasul adalah dari kalangan bangsa mereka.

Oleh itu, apabila Rasulullah s.a.w. diutus dari kalangan bangsa Arab, bangsa Yahudi sangat cemburu dan iri hati. Mereka takut dengan kekuatan umat Islam.

Justeru itu, mereka mengkaji apakah rahsia dan punca umat Islam jadi kuat. Mereka mencari apa formula yang digunakan oleh Rasulullah untuk mendidik bangsa Arab yang sebegitu jahil dan lemah hingga boleh menjadi satu bangsa yang begitu gigih dan hebat. Mereka dapati bahawa Rasulullah telah mendidik bangsa Arab itu dengan ketauhidan.




Mereka dikenalkan kepada Allah dan kepada Akhirat. Hati-hati mereka di bersihkan daripada dunia dan dari segala sifat-sifat yang keji hingga bangsa Arab yang dipimpin dan dididik oleh Rasulullah itu menjadi bangsa yang sangat cinta dan takut dengan Tuhan, sangat cinta akhirat dan sangat berkasih sayang di antara satu sama lain.

Orang-orang Yahudi juga mendapati bahawa kekuatan umat Islam ketika itu bertolak daripada empat perkara seperti berikut:

1. Taqwa

2. Perpaduan

3. Taat kepada Rasulullah

4. Tawassul


Oleh kerana iri hati, takut dan tidak redhanya bangsa Yahudi terhadap umat Islam, maka mereka mencari jalan dan merancang untuk merosakkan semua perkara yang menjadi asas kekuatan umat Islam ini. Supaya umat Islam menjadi lemah. Mereka berusaha sedaya upaya supaya keempat-empat perkara ini dinyahkan atau dihindarkan dari umat Islam. Mereka cuba pisahkan umat Islam daripada keempat-empat sumber kekuatan ini. Mereka takut-takutkan umat Islam dari mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara tersebut atas berbagai-bagai alasan. Taksublah, syiriklah, sesatlah, bukan dari ajaran Islamlah dan berbagai-bagai lagi. Padahal para sahabat sangat menghayati dan sangat mengamalkan perkara-perkara tersebut. Kerana itulah para sahabat jadi hebat dan kuat dan digeruni oleh musuh terutama Yahudi dan Nasrani.

Mari kita lihat bagaimana Yahudi berusaha memisahkan dan menjauhkan umat Islam dari asas-asas kekuatan ini.

1 Taqwa

Dilalaikan umat Islam dengan amalan-amalan lahir semata-mata. Dicegah dan diharamkan hal-hal dan amalan-amalan yang berbentuk rohaniah, malahan disesatkan. Amahan-amalan tareqat yang banyak menjurus kepada membina roh, memperbaiki hati dan mendidik nafsu tidak digalakkan malahan dikatakan bukan dari ajaran Islam. Dikatakan semua itu hanya ciptaan orang-orang terkemudian dan dianggap bida'ah.

Fahaman Wahabi banyak membawa isu seperti ini. Fahaman Wahabi sangat merosakkan ketaqwaan umat Islam. Fahaman Wahabi sangat menguntungkan musuh Islam. Memang fahaman Wahabi itu dicetuskan oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam. Disamping Wahabi, inilah juga kerja para-para ulama yang dididik dan mendapat ijazah dan Ph.d ilmu Islam dari pusat-pusat pengajian di Barat dan Amerika yang guru-guru mereka sendiri tidak Islam.

Justeru itu, ibadah dan amalan umat Islam kini hanya tinggal yang lahir sahaja. Tidak ada rohnya. Solat tidak ada roh. Puasa tidak ada roh. Haji tidak ada roh. Baca Quran tidak ada roh. Semua amalan-amalan tersebut terputus dari Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan tidak dapat membina keinsanan umat Islam.

Ibadah hanya untuk mengejar pahala dan fadhilat. Tuhan tidak ada dalam ibadah. Ibadah bukan lagi untuk mendapat rahmat, kasih sayang dan keampunan Tuhan. Tuhan dihilangkan dari ibadah umat Islam. Kesannya, hati-hati umat Islam dipenuhi dengan berbagai sifat mazmumah. Nafsu menjadi liar dan rakus.

Oleh kerana soal roh dikebelakangkan, maka agama Islam hanya tinggal akal. Segala hal dalam agama Islam hendak diselesaikan dan cuba difahamkan dengan akal. Segala masalah umat Islam dirujuk kepada akal. Umat Islam tidak lagi merujuk kepada Tuhan dan tidak kembali lagi kepada Tuhan. Dalam ibadah dan kehidupan seharian, Tuhan ditinggal dan dilupakan. Hukum-hakam, perundangan, syariat, peraturan dan sistem yang Tuhan aturkan untuk manusia ditolak tepi. Semua itu diganti dengan sistem dan peraturan yang dicipta oleh akal manusia baik dalam bidang ekonomi, kewangan, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

2 Perpaduan

Untuk memusnahkan kekuatan ini, bangsa Yahudi melahirkan berbagai ideologi dan isme-isme. Oleh itu, di kalangan sesama Islam, ada orang Islam yang berfahaman sosialis, nasionalis, kapitalis, demokrasi, bahkan ada orang Islam yang berfahaman komunis.

Dengan fahaman yang berbeza-beza ini, maka umat Islam berpecah kepada berbagai-bagai puak, kumpulan dan parti mengikut fahaman mereka masing-masing. Fahaman-fahaman ini lebih kuat mencengkam individu-individu tersebut dari agama Islam itu sendiri sehingga agama Islam yang mereka sama-sama anuti jadi kecil dan lemah dan tidak mampu untuk menyatupadukan mereka. Umat Islam lebih berideologi daripada beragama. Ideologi mereka mengatasi agama mereka.

Dalam sistem demokrasi pula, diwujudkan sistem politik kepartian. Maka umat Islam berpecah lagi ke dalam berbagai-bagai parti mengikut fahaman parti mereka masing-masing. Atas landasan demokrasi, mereka merebut kuasa pemerintahan. Mereka terus berpecah kerana tidak sehaluan dan demi untuk menjaga kepentingan parti masing-masing. Ada parti yang bersifat nasionalis, sosialis, liberalis, buruh dan sebagainya. Orang Islam yang ada semangat untuk memperjuangkan Islam juga turut terpedaya dan terlibat dalam sistem demokrasi dan politik kepartian anjuran Yahudi ini yang bertujuan untuk melemah, memecah dan memusnahkan perpaduan umat Islam dengan membentuk parti demokrasi Islam.

3 Taat kepada Rasulullah s.a.w.

Di zaman ini, kerana Rasulullah sudah tidak ada lagi bersama kita, bolehlah kita samakan ketaatan ini dengan ketaatan kepada guru, terutama guru mursyid laitu guru yang mengajar, mendidik, membimbing dan memimpin kita. Dalam Islam, perlu ada guru mursyid yang memimpin. Guru dan pemimpin perlu untuk mengikat murid-murid. Islam pula mewajibkan murid taat kepada guru.



Yahudi sangat berusaha memusnahkan hubungan murid dengan guru ini. Mereka cuba putuskan. Apa yang diistilahkan sebagai ketaatan oleh Islam, mereka namakan taksub atau taksub membuta tuli. Ketaatan yang dituntut oleh Islam dengan tujuan supaya hubungan antara murid dan guru menjadi kuat dan mudah untuk murid dididik dan dipimpin, diselewengkan dan dikatakan taksub yang bahaya kerana guru mungkin menyalahgunakan murid untuk tujuan peribadi dan duniawi. Mereka sangka guru mursyid itu macam mereka yang tergila-gilakan dunia ini. Mereka cuba cacatkan akhlak dan peribadi guru. Mereka guna lidah ulama-ulama yang berkepentingan dan yang gila dunia untuk tujuan ini. Ulama-ulama inilah yang membuat bising di akhbar dan media massa.

4 Tawassul

Tawassul adalah wasilah. Rasulullah S.A.W adalah wasilah bagi semua orang soleh dan orang mukmin. Tawassul adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat Islam. Orang awam boleh berdoa dengan perantaraan dan berkat Rasul dan orang-orang yang soleh dan bertaqwa. Doa seperti ini cepat makbul. Ia satu dari kekuatan umat Islam. Yahudi berusaha menyesatkan tawassul ini. Dikatakan tawassul itu syirik kerana meminta kepada makhluk dan tidak meminta terus kepada Allah. Ini supaya umat Islam takut dengan tawassul padahal ia adalah sumber kekuatan umat Islam. Mereka sorokkan hakikat bahawa tawassul itu tetap meminta dari Tuhan, hanya diperkuatkan permintaan itu dengan berkat orang-orang soleh dan bertaqwa yang mereka itu sangat hampir dengan Tuhan.

Sangat licik orang Yahudi. Mereka tidak berusaha ke arah semua ini secara terus-menerus atau terang-terangan. Secara terus-menerus dan terang-terangan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana umat Islam akan curiga dan berwaspada terhadap angkara Yahudi ini. Mereka lakukannya secara halus. Mereka gunakan orang-orang Islam sendiri yang mereka pengaruhi untuk membuat kerja-kerja ini terutama yang mempunyai ilmu dan kuasa.


Bak kata pepatah Melayu, "hendak tebang pokok kayu, kenalah minta tolong pada kayu." Walaupun mata kapak itu besi tetapi hulunya kayu. Hendak musnahkan umat Islam, mesti gunakan orang Islam.

Betapa kini ramai umat Islam, khususnya di kalangan ulama, yang mendapat ilmu mereka dari tok-tok guru Yahudi dan Nasrani terutama di beberapa universiti di Amerika dan Eropah. Tok-tok guru Yahudi dan Nasrani ini hafal Quran dan puluhan ribu hadith, tetapi tidak beriman dan tidak Islam. Mereka siram ulama-ulama ini dengan ilmu Islam yang tidak ada roh, yang menyeleweng, yang sudah tercemar, yang mustakmal dan mutannajis. Mudah sahaja kaum Yahudi melakukan perkara ini kerana para ulama yang belajar dengan mereka bukan ikhlas belajar kerana Allah. Mereka hanya mahukan ijazah. Mereka belajar ilmu agama kerana hendak buru dunia. Mereka mahu jawatan dan pangkat. Dunia lebih mereka cintai dari Islam dan Tuhan. Mereka ini cinta dunia dan takut mati. Kalau tidak masakan mereka mahu belajar Islam dengan orang kafir. Bukan sahaja ilmunya tidak berkat, malahan ia digunakan pula untuk merosak dan melemahkan Islam.

Kita mesti kembali kepada keempat-empat perkara yang menjadi tunggak kekuatan umat Islam ini. Kita mesti kembali kepada Taqwa. Kita mesti kembali Bersatu dan Berpadu. Kita mesti kembali taat kepada Rasulullah SAW dan guru-guru yang mereka adalah warisatul Anbiya {pewaris Nabi}. Kita mesti kembali kepada tawassul.


Kita mesti tentang habis-habisan segala usaha Yahudi untuk memisahkan umat Islam dari sumber-sumber kekuatan ini. Kita sudah tahu rahsia mereka. Kita sudah tahu tipu helah mereka. Kita sudah kenal siapa dalang dan tali barut mereka.

Yahudi takut Islam kuat. Yahudi takut Islam gagah. Kita sudah tahu perkara-perkara yang kita perlu untuk membuatkan kita kuat dan gagah.