YASMIN AHMAD
ZULKIFLEE AHAMD
Artikel CEREKA santai ini disumbangkan oleh seorang penulis bernama SERI yang ditulis pada 22 Oktober 2008.
Semalam sewaktu di dalam perjalanan ke tempat kerja, Seri ditemani dengan radio keretanya yang setia mendendangkan pelbagai halwa telinga sewaktu dia memandu. Terkadang-kadang Seri tidak mampu menahan dirinya dari berlenggang lenggok mengikut rentak lagu yang berkumandang dari corong radio keretanya.
Terdengar di telinganya suara DJ radio tersebut menyatakan "Sekarang kita dengar pula sebuah lagu nyanyian Zulkiflee Ahmad seorang naib juara bintang RTM tahun 1975 dengan lagunya, Tak Kuasa Kuhindari".
"Sebuah lagu asal yang dinyanyikan oleh Emilia Contessa", DJ Radio itu menyambung katanya.
Seri tertarik dengan lagu tersebut kerana rentaknya yang mengembirakan, bahasanya yang simple tetapi apa yang menarik perhatiannya ialah suara penyanyi tersebut kerana ia mirip seorang perempuan, padahal beliau seorang lelaki yang bernama Zulkiflee Ahmad.
>Seri tersentak kerana teringat sesuatu.
Zulkiflee Ahmad?, Seri mengulang kembali nama itu.
Seri teringat dia pernah terbaca di dalam sebuah ruangan laman sembang internet bahawa Yasmin Ahmad pengarah filem yang terkenal dengan kontroversi itu merupakan seorang lelaki yang bernama Zulkiflee Ahmad yang merupakan seorang pemenang bintang RTM tahun 70an.
Yasmin Ahmad ini sekarang merupakan pengarah filem yang filem-filemnya pernah mendapat anugerah antarabangsa, salah satu filemnya yang pernah dilihat oleh Seri adalah Mukhsin. Sebuah filem yang menarik yang mengisahkan mengenai sebuah percintaan monyet yang syahdu. Yasmin sebelum menjadi pengarah filem adalah seorang pengarah filem iklan yang selalu diambil oleh Petronas untuk membuat iklan-iklan mereka di kaca TV.
Memang menarik iklan-iklan Petronas tersebut, akupun suka dan tertunggu-tunggu untuk menyaksikan iklan-iklan mereka khususnya apabila tibanya hari perayaan, cukup mengusik kalbu, komen Seri.
Bagaimanapun filem-filem Yasmin selalu dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Contohnya di dalam filem Gubra beliau, ada scene di mana seorang bilal memegang anjing sejurus sebelum pergi ke masjid untuk melaungkan azan. Begitu juga dalam filem-filem yang lain seperti Sepet, Muallaf dan sebagainya, banyak scene yang menimbulkan kontroversi dan taboo dan mencabar realiti masyarakat. Seri merasakan Yasmin Ahmad seorang yang berfikiran liberal dan cuba membawa fahamannya itu ke tengah masyarakat Malaysia ini.
Seni bukan sekadar untuk seni sahaja, untuk melihat dari perspektif seni sahaja tidak mungkin, Seri mengulas pandangannya.
Jika aku diberi kebenaran untuk komen karya-karya Yasmin dari segi seni dan kehalusan garapannya, aku meletakkan Yasmin sebagai seorang yang berbakat besar, tetapi sebagai seorang Islam, aku tidak menyokong Yasmin kerana filemnya menimbulkan kecelaruan kepada konsep dan syariat islam, Seri berhujah sendirian.
Di dalam laman sembang internet itu ada diletakkan gambar Zulkiflee Ahmad tersebut yang wajahnya mirip seorang lelaki yang jambu dan lembut. Kemudian di laman sembang tersebut itu disisipkan juga gambar Yasmin Ahmad.
Memang saling tak tumpah wajah mereka berdua bila dibuat perbandingan sampaikan tahi lalat dan gigi mereka berduapun sama sahaja," getus hati Seri.
Seri tidak berani membuat andaian apa-apa apakah benar atau tidak maklumat yang didapati dari laman sembang tersebut. Setahu Seri tidak pernah Yasmin Ahmad memberi komen apa-apa tentang isu bahawa dia pernah melakukan pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan. Tetapi ada sumber yang menyatakan bahawa memang penyanyi Zulkiflee Ahmad itu menghilangkan dirinya dari pentas hiburan pada tahun 80an kerana melakukan pertukaran jantina kerana beliau adalah khunsa.
Di dalam Islam juga dibenarkan mereka yang benar-benar khunsa tulen untuk memilih jantina yang lebih cenderung dihatinya.
Jika begitu, tidak ada salahnya Yasmin Ahmad menukarkan jantinanya dari lelaki kepada wanita, Seri mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apapun, memang sedaplah lagu ni, kata Seri. Dia terus dibuai kemerduan suara Zulkiflee Ahmad dan melodi yang dinyanyikannya. Kelihatan Seri melenggok-lenggokkan kepala dan bahnunya menyanyi bersama lagu tersebut.
Sudah kulupa semua yang telah lalu
Sudah kulupa semua tentang dirimu
Memang hati sakit kerna tingkahmu
Aku tak dendam padamu
Aku tidak tahu
mengapakah dirimu
selalu membuat bergetarnya jiwaku
Mungkin itu alasan nuraniku
Aku tak dendam padamu
Kini kau datang
merayu-rayu lagi
kenangan lalu oo timbul kembali
Aku tak kuasa untuk menghindari
Akan hadirmu di sisi
4 ulasan:
Salam,
Salahkah pegang anjing? Haramkah? Dalam Quran tak ada pun yang menceritakan tentang pengharaman anjing. Malah ada menceritakan tentang kehebatan anjing sebagai binatang untuk berburu.
salah lah...
eh suke3 ckp dalam Quran xde,
cek lah dulu kak oi...
hee...tulah liberal sgt pmikiran.
Mengikut mazhab Syafi'i boleh pegang anjing tetapi dalam keadaan tangan kering atau berlapik.
Dalam hadis ada sebut tentang anjing:
“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun dalam mazhab Syafi’ie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad ulamak-ulamak mazhab, iaitu;
1. Anjing; semua juzuk di badan anjing adalah najis.
2. Babi; semua juzuk di badan babi adalah najis.
3. Air kencing; semua jenis air kencing adalah najis sama ada dari manusia atau haiwan.
4. Tahi; semua jenis tahi adalah najis sama ada tahi manusia atau haiwan.
5. Air mazi; iaitu cecair nipis berwarna kekuningan yang keluar dari kemaluan ketika naik syahwat.
6. Air madi; iaitu cecair kental berwarna putih yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas keletihan.
7. Arak dan semua minuman yang memabukkan seperti tuak dan seumpamanya.
8. Bangkai/mayat; kecuali mayat manusia, bangkai haiwan laut (ikan dan sebagainya) dan belalang.
9. Darah; semua jenis darah adalah najis sama ada darah manusia atau haiwan.
10. Nanah
11. Anggota yang terpisah dari haiwan ketika masih hidupnya; kecuali bulu binatang yang halal dimakan seperti bulu biri-biri, bulu ayam dan sebagainya.
12. Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.
13. Muntah
Mengikut mazhab Syafi’ie; babi sama seperti anjing, oleh itu ia mesti dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan mesti dengan air bercampur tanah. Dalil mereka ialah dengan mengkiaskannya kepada anjing kerana babi lebih buruk keadaannya dari anjing di mana pengharaman memakannya adalah sabit dengan nas al-Quran, adapun pengharaman memakan anjing hanya sabit dengan ijtihad dan ijtihad ulama itu adalah kaedah yang sah dalam salah satu cara menentukan hukum dalam Islam.
Setiap hukum-hakam dalam agama telah difikirkan dan dipertimbangkan oleh para ulama.Rajin-rajinlah baca buku-buku fekah dan hukum.Jangan ikut logik akal.Hukum-hakam Islam banyak bersumberkan hadis dan ijtihad ulama,selain AlQuran sendiri.AlQuran dan Hadis tidak boleh dipisahkan.
Kalau ikut logik akal,saya syorkankan makan daging anjing panggang bersalut madu.Memang menyelerakan sampai menjilat jari kaki.
Salam semua,
cuba baca cerita cereka tu betul-betul, Cik Seri tu tak katapun pegang anjing salah...tetapi mempertikaikan mengapa pula sengaja pengarah buat SCENE, pegang anjing lepas tu pergi azan solat..itu aje..apasal sensitif pulak..
Pelik orang sekarang, cepat sangat melatah..agak-agaknya ini terkena penyakit Nik Aziz gak ke, atau Anwar ke..hehehe..
Catat Ulasan