8 Okt 2008

PERSIDANGAN TERKINI



Persidangan ini menarik perhatian saya kerana ia memberi maklumat mengenai salasilah keturunan kesultanan Terengganu yang bersusurgalur dari Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor ke 18.

Jika para pengunjung blog ini pernah melayari blog SALASILAH KETURUNAN yang saya sertakan linknya di dalam blog ini, tentu saudara/i menyedari bahawa susurgalur Tun Habib Abdul Majid ini adalah susurgalur keturunan saya juga.

Saya mendapat maklumat bahawa YAYASAN SULTAN MIZAN telah mengeluarkan dana sebanyak rm400,000 untuk menjalankan penyelidikan mengenai SUSURGALUR TUN HABIB ABDUL MAJID ini dan penyelidikan oleh beberapa orang Profesor Akademik itu akan dibentangkan pada 17-19 Oktober ini di Kuala Terengganu.

Teringin saya hadir ke persidangan tersebut tetapi apakan daya, tugas hakiki perlu diutamakan. Bagaimanapun, saya harap seorang kawan saya di Univ Darul Iman di mana persidangan itu akan diadakan dapat membantu saya memperoleh kertaskerja yang dibentangkan itu. Saya sangat menghargai pertolongan beliau tersebut.

Tiada ulasan: