Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.
Semalam saya terpaku apabila menghayati madah ini. Kerana maksudnya yang dalam dan sangat TEPAT menjadi panduan. Seringkali insan selalu mengenang-genang kebaikan yang telah dilakukan, mengungkit-ngungkit apa kebaikan yang telah dilakukan apabila hatinya sakit dan dikhianati. Seorang insan akan berkata "Tidak patut sipolan itu, tidak mengenang budi orang langsung". Biasa dan seringkali kita dengar ucapan yang begini.
Tetapi jarang pula kita dengar, orang berkata, "Tidak mengapalah dia menzalimi aku atau berbuat jahat kepada aku, mungkin ada dosa aku yang dulu, Allah balas sekarang supaya aku ingat kejahatan aku dan bertaubat".
Setiap kenangan dan pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup ini adalah PAKEJ dosa dan pahala yang akan diadili di akhirat di sana. Sama ada amalan atau kebaikan di beri pahala dan dibalas dengan nikmat atau sama ada dosa akan diampun atau dihukum, di Akhirat sanalah penentuannya.
Maka, yang sangat-sangat kita perlu perihatin atau ingatkan bukan kebaikan yang telah kita amalkan, kerana bukan hak kita untuk menilainya tetapi yang perlu kita ingati dan takuti ialah kita terlupa dengan kejahatan yang kita pernah lakukan dan terlupa untuk bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan.
Maka tepat sekalilah MADAH tersebut.
Jangan kerana kita membenci kenangan yang pahit dan kesilapan yang kita lakukan di dalam hidup hingga kita terus melupakannya. Ingatilah selalu dosa dan kejahatan yang kita pernah lakukan, dengan penuh penyesalan dan memohon keampunanNya.
Mati itu datang tidak bertangguh walau sesaatpun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan