Pagi tadi saya dapat satu emel dari seorang kawan, menyatakan dia menemui novel saya di dalam SCRIBD, ia di upload oleh seseorang yang saya tidak kenali. Aha, dalam hal ini, saya tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh penghantar tersebut walaupun tidak meminta permission saya utk meletakkannya sebagai tatapan umum.
Biarkan sahajalah, sekurang-kurangnya saya hargai inisiatifnya C & P novel saya tersebut dan meletakkannya di dalam alam siber. Saya dapati ia diupload pada 16 Jun 2008, baru 4 bulan rupanya. Hari ini 16 oktober 2008. Telah dilihat seramai 908 orang. Satu jumlah yang besar dalam masa yang singkat. Saya yakin peng upload tersebut tidak kenal saya, dan saya juga tidak kenal dia walaupun fotonya ada di dalam SCRIBD itu. Sayapun tidak berniat untuk bertanya atau menghantar mesej kepadanya, biarkan sahajalah ia di situ , saya tidak perlukan apa-apa kredit walaupun saya penulis novel tersebut.
Novel tersebut saya tulis tanpa dirancangpun, malah saya sendiri tidak tahu saya boleh menghasilkan sebuah karanganpun apatah lagi sebuah novel seperti itu. Tetapi kadang-kadang di dalam hidup ada peristiwa dan kejadian yang memberi kesan kepada kita lalu memberi idea dan ilham untuk menulis sesuatu dari dalam lubuk hati. Maka itu novel itu dihasilkan.
Tidak ada apa yang menarik di dalam novel tersebut, hanya 79 mukasurat sahaja. Ia hanya satu percubaan santai saya untuk menulis. Tidak saya sedari pula ada yang berminat untuk mengkomersialkannya di alam siber. Apapun saya cukup senang, kerana tidak ada siapa yang tahu siapa penulisnya.
Tentu ada yang mahu tahu apa tajuk novel tersebut..hermm...biarlah menjadi rahsia...novel itu kenang-kenangan sahaja, sayapun tidak mahu orang tahu siapa penulisnya. Cukuplah dihayati luah bicara dan perasaan penulisnya sahaja.
Kawan saya itu menjumpai novel saya apabila dia mencari novel terkenal AYAT-AYAT CINTA. Hermm, baru saya perasan novel AYAT-AYAT CINTA ini ada 313 mukasurat rupanya. Sebuah novel yang menarik, dan saya tertarik kerana ia memaparkan suasana di CAIRO. Saya pernah seminggu tinggal di CAIRO tapi banyak perkara yang saya pelajari ttg kehidupan masyarakat di sana. Jadi novel itu sangat menarik hati sy, kerana dapat mengimbau kenangan saya di sana, malah nama-nama tempat yang ditulis di dalam novel tersebut juga pernah saya kunjungi. Selama seminggu di CAIRO saya tinggal di Rabiatul Adaweya. Tempat di mana watak utama dalam novel itu tinggal. Menarikkan bila kita boleh bayangkan suasana tersebut walaupun menerusi novel?
Novel saya yang picisan itu juga menggunakan nama-nama tempat yang tepat dan menggambarkan suasana di dalam realiti, cuMa adapun namanya novel, ia adalah getaran fikiran dan idea yang tidak dapat dibezakan adakah ia realiti atau fantasi atau sekadar satu ilusi.
3 ulasan:
Salamun alaikum,
Begitulah sikap orang yang redhokn ketentuan Allah.. Kita hanya merancang, namun ketentuan itu hanya dari Allah SWT..Kita sangkakan Novel awak tu akan terbiar lapuk dek ujan siber.. Rupa2nya terus menghijau dan mekar....Heheheh...!
WSM,
oo..awkpun pernah baca novel sy..hermmm...tima kasih..
boleh saya dapatkan link novel yg puan tulis, email saya: boboykramat@yahoo.com
Catat Ulasan