28 Mei 2010

UMAT ISLAM MESTI MEMBANGUN DAN BERTAMADUN BERSAMA AKHLAK MULIA

Pepatah pujangga Islam ada berkata yang bermaksud:

“Sesungguhnya bangsa itu wujud ketika mana masih wujud akhlak mereka. Bilamana akhlak mereka punah maka dianggap mereka tidak wujud lagi.”

Agar selamat dunia Akhirat, umat Islam hendaklah membangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yang terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disiplin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun mungkin berjaya, megah di dunia sahaja, di Akhirat akan kecundang. Ini kerana segala usaha dan kemajuan itu tertolak dan tidak diterima oleh Allah, maka Nerakalah padahnya.

Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuan tanpa akhlak, ketenangan, keselamatan dan keharmonian hidup tidak akan tercapai. Kemajuan tanpa akhlak, umat Islam hanya memperolehi sekadar kemudahan hidup atau kemewahan semata- mata. Namun, sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidak bertunjangkan iman dan taqwa iaitu bersama akhlak yang mulia,
ia ada side effectnya. Ia tidak terlepas daripada gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat dan kemungkaran. Ia tidak terlepas daripada berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianatmengkhianati dan lain-lain lagi. Maka dengan itu kekuatan umat
Islam tidak akan kekal lama. Kemajuan semata-mata, ia pasti cepat runtuh jika orang-orangnya tidak dibangunkan insaniahnya.

Selain itu kemajuan yang tidak berserta akhlak mulia, kita akan dibenci oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka akan mengutuk, sakit hati dan kita akan mendapat banyak musuh. Lihatlah apa yang berlaku kepada bangsa-bangsa Eropah, Amerika dan Rusia. Di zaman kemegahannya, mereka kuat, tapi dunia benci. Mereka maju, tapi dunia tidak senang. Mereka bertamadun, tapi mereka tidak disukai. Orang bersandar dengan mereka secara terpaksa bukan secara rela. Dunia akui mereka berilmu dan maju, tapi dunia benci kerana perangai mereka, insaniah mereka adalah seperti haiwan.

Di dalam kemajuan dan tamadun, mereka membawa bermacam- macam penyakit dan masalah kepada dunia. Hari ini tidak ada dunia yang tidak diserang oleh penyakit-penyakit dari Barat dan Amerika seperti penzaliman, pendedahan aurat, kemiskinan, pelacuran, pembunuhan, rompak, curi, disko, perjudian, minum arak, perogolan, hidup nafsi-nafsi, tidak hormat ibu bapa, binatang-binatang lebih disayangi daripada manusia, homoseksual, lesbian, AIDs, pergaulan bebas dan seribu satu macam penyakit kekufuran dan moral.

Apakah kita umat Islam hari ini sedang berjuang ke arah kemajuan, pembangunan dan tamadun seperti yang telah dicipta oleh Barat dan Amerika? Apakah kemajuan dan tamadun seperti yang telah diperjuangkan oleh orang Barat yang kita mahu bangunkan? Apakah kemajuan seperti itu boleh membawa kebahagiaan dunia Akhirat? Kalau cara itu yang kita mahu, tidak payah kita menyebut Al Quran dan Sunnah. Tanpa Al Quran dan Sunnah pun mungkin kita boleh laksanakan. Kita juga tidak perlu jadikan Islam sebagai panduan jika kita hendak bertamadun secara Barat. Ini kerana telah banyak bangsa di dunia yang bertamadun tanpa Islam, sepertimana bangsa Rom, Parsi dan Yunani. Kemudian
diikuti oleh Barat dan Amerika. Hingga hari ini belum ada negara yang sedang membangun dapat mengatasi kemajuan mereka, sama ada di bidang ilmu, pembangunan, kemajuan sains dan teknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Tapi bagaimana?

Dunia kutuk Barat, dunia tidak senang hati dengan mereka. Oleh itu umat Islam harus berjuang untuk bangun membina kekuatannya yang tersendiri, yang mempunyai bentuk dan
identiti tersendiri, yang berlainan, yang unik dan dapat mengatasi mereka tapi disenangi oleh manusia sejagat serta memberi kebaikan dunia dan Akhirat.

Umat Islam pernah membina tamadun dan peradaban fizikal dan spiritual (kerohanian) memakan masa beratus tahun lamanya. Mereka pernah membawa keamanan dan keharmonian,
mereka menguasai dunia dan disenangi, mereka menjadi guru-guru yang dihormati, penaung yang melindungi, adil di dalam melayani, tapi sekarang semuanya telah hilang. Kita umat Islam wajib mencari semula barang yang hilang itu. Ia ada tersembunyi di dalam Al Quran dan Sunnah. Kita wajib keluarkan kembali agar ia menjadi satu tenaga super power yang akan melindungi dan menyelamatkan dunia sekali lagi.

14 Mei 2010

ALFATEHAH BUAT ABUYA HJ ASHAARI MUHAMMAD



(Wajah terakhir Abuya sebelum dikapankan)




Di petik dari blog Panglima Perang Siber


Meskipun agak terlewat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ashaari sekeluarga termasuk keluarga besar beliau (anak-anak murid) dalam Al Arqam, [ Komen Puteri Nafisah : Untuk pengetahuan semua, jemaah Abuya sekarang dipanggil GLOBAL IKHWAN) namun Panglima ingin mendedikasikan sebuah artikel khas kepada pengasas Al Arqam ini. Meskipun agak terperanjat dengan berita pemergian beliau di usia 73 tahun tetapi ini adalah ketentuan Allah. Tiada siapa dapat menghalang takdir Ilahi walaupun oleh seorang Nabi atau Wali.

Ramai orang sedar dan membesar dengan jasa jasa Allahyarham terhadap Islam dan umat Islam di negara kita. Pengamalan syariat yang dipraktikkan di kampung-kampung Al Arqam seluruh Malaysia telah banyak menghidupkan pengamalan Islam pada era 70, 80 dan 90-an Meskipun pernah mencetuskan kontroversi dengan Pusat Islam namun ia tidak akan menjadikan kita mudah lupa segala nilai murni yang disumbangkan jemaah beliau kepada kita semua.

Pengalaman saya sendiri membesar dengan lagu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Nada Murni sememangnya banyak membentuk diri saya sebagai seorang muslim. Dengan tulisan yang menyentuh hati dalam An Nasihah (majalah terbitan Al Arqam ) , alunan merdu nasyid dari kumpulan Nada Murni seperti lagu Bila Nur Melimpah di Hati, Rasul Ibarat Bulan Purnama, dan Munajat, saya sememangnya tidak dapat menafikan segala usaha keras mereka ingin mengembalikan umat kepada Allah dan Rasul dengan cara mereka tersendiri.Bahkan banyak kumpulan nasyid di negara kita adalah bekas murid Ustaz Ashaari seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz.

Mereka tidak menggunakan pendekatan PAS yang mencarut dan memaki hamun, atau pendekatan adu domba dan fitnah seperti PKR apatah lagi pendekatan komunis DAP. Mereka mendekati hati hati rakyat dengan menanam ilmu agar bercambahlah iman dan taqwa. Semua golongan mereka dekati dan saya masih ingat golongan artis seperti Erma Fatima,golongan motosikal besar dan golongan pondan/mak nyah pernah dijemput kumpulan ini menghadiri sambutan Maulid Nabi yang diadakan selama 7 hari 7 malam di Country Height, Rawang.

Kecintaan mereka terhadap Nabi tidak dapat disangkal lagi. Kebencian mereka terhadap wahabi juga jelas dan dizahirkan dalam semua tulisan yang mereka terbitkan. Namun sayang seribu kali sayang, mereka telah 'tersungkur di pintu syurga' ekoran sedikit kekeliruan yang melanda Mursyid kepada jemaah ini. Hasilnya Majlis Fatwa pada 1994 dan sekali lagi pada 12 September 2006 (Muzakarah kali ke-75) telah mengharamkan kumpulan Al Arqam ini walaupun dinamakan semula sebagai Rufaqa atas alasan bercanggah dengan akidah umat Islam di Malaysia.

Dalam menilai sesuatu elok kita mengambil perkara yang positif dari negatif. Dan kita tidak seharusnya menjadikan perkara negatif menutup pujian kita terhadap perkara yang positif yang telah dibuat oleh sesiapapun. Termasuk musuh kita. Kerana perkara positif itu boleh menjadi perangsang kepada kita dalam membina kejayaan yang lebih baik untuk diri pada masa akan datang. Begitu juga dengan jemaah ini, perkara yang baik perlu kita akui dan puji kerana ia telah banyak membantu kita dalam menjana kesedaran agama...

Dalam hal ini Al Arqam telah bangkit menjadi wadah umat yang telah melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam antara Umno dan Pas. Ketika Al Arqam bermula pada 1968 perpecahan teruk berlaku di antara kita. Ekoran fatwa ulama politik PAS yang telah memporakperandakan masyarakat. Hinggakan kafir mengkafir, perceraian akibat berbeza fahaman politik dan juga solat dua imam telah pun terjadi di merata tempat di negara kita. Pada tahun 1998 ia diburukkan lagi dengan kelahiran parti PKR yang ditubuh oleh bekas Timbalan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat akibat dakwaan liwat.

Kelahiran Al Arqam yang bermula 12 orang 42 tahun lalu sebelum mencecah 10,000 pengikut ( info Utusan Malaysia 4 Julai 1994 ) telah banyak menanam kesedaran tentang kepentingan kita bersatu dan tidak berpecah belah. Selama 26 tahun Al Arqam telah banyak membantu Kerajaan secara tidak langsung dalam menanam nilai nilai murni rakyat. Ramai telah insaf bahawa kebencian bukan diajar oleh Allah. Ramai yang telah kembali mencintai negara dan pemimpin serta kembali menjadi umat yang baik selepas mendapat tarbiyah dengan jemaah yang bergerak menerusi pendekatan tasauf dan sifat mahmudah ini.

Bayangkan jika Al Arqam tidak wujud tentu semakin teruk perpecahan di kalangan umat Islam. Hingga kini perpecahan semakin teruk apabila ulama politik dalam PAS semakin ghairah merebut kuasa dan telah melanggar batasan agama sehingga membenarkan satu persatu hak agama kita digadaikan. Contohnya kalimah Allah yang disokong penggunaannya di kalangan bukan Islam serta sokongan mereka kepada DAP menghina ayat quran apabila menggunakannya dalam ceramah politik mereka..

Soalnya sekarang, siapakah yang akan menggantikan tugas ini untuk mencantumkan hati hati kita agar bersatu atas nama Agama demi mengangkat martabat bangsa dan Negara ? Jangan berangan PAS akan dapat menggantikan jemaah ini kerana PAS hanya pandai bercakap dan berceramah namun realitinya ibarat habuk dan hampas. Lihat Al Arqam/Rufaqa yang telah mempunyai empayar ekonominya sendiri hingga hari ini.

Menurut wikipedia (klik sini) jemaah pimpinan Ustaz Ashaari Mohamad ini (sebelum diharamkan) telah dapat membina sebanyak 52 kedai runcit, 20 pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran serta 56 kilang perusahaan di perkampungan mereka. Mereka jauh lebih baik dari PAS. Hingga kini empayar mereka masih bergerak di merata tempat di seluruh dunia. Dengan misi jihad ekonomi dan dakwah Islam ke seluruh buana alam.

Apakah pula sumbangan PAS kepada umat Islam di Malaysia ? PAS hanya tahu mengajar fahaman wahabi, syiah dan hanya pandai melontar berjuta juta fitnah. Hasilnya ia telah meracuni fikiran rakyat sehingga merosakkan perpaduan dan membuang masa yang berharga serta menjadikan mereka benci kepada saudara seagama mereka dalam parti UMNO. Sepatutnya tenaga yang ada boleh digunakan untuk menjana pembangunan negara dan mendidik rakyat kembali ke jalan yang benar. Tetapi PAS gagal melakukannya meskipun ustaz dan ahli agama mereka lebih ramai berkali ganda dari parti UMNO @ Barisan Nasional.

Kita perlu mencari pengganti kepada usaha Allahyarham Ustaz Ashaari ini. Kita perlu menghidupkan usaha menyusun umat Islam dalam satu BARISAN. Kita perlu hentikan perpecahan yang makin membarah dalam masyarakat kita hari ini.

Mari kita mulakannya atau kita membantu sesiapa sahaja yang komited untuk menyatukan hati hati umat Islam agar tetap atas satu tujuan, satu fahaman dan satu pegangan yang benar berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Junjungan. Ini tugas kalangan kita untuk mengajak manusia kembali ke jalan Allah dan mencintai Rasulullah s.a.w. Kita perlukan Ulama yang takutkan Allah bukan ulama yang menjual agama demi dunia dan politiknya. Hingga Nabi berpesan mereka inilah yang digelar Dajal sebelum Dajal dalam hadis baginda.


Al Fatihah kepada Abuya Ashaari !




Dari blog Zulkifli Nordin



Salam 2 all.

Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas pemergian Almarhum Abuya Ustadz Ashaari Muhammad yang telah kembali kerahmatullah semalam di Ipoh. Jenazah Almarhum dikebumikan di kampung asal Almarhum di Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembila malam semalam.

Sebenarnya saya mengenali Almarhum sejak tahun 1983 lagi semasa menuntut di New Zealand. Almarhum telah datang ke Wellington dalam siri dakwah Al Arqam. Saya pada masa itu tau-tau ajelah, jenis Islam pun janji solat puasa kira okaylah tu.

Tetapi kedatangan Almarhum membuka satu tirai baru kepada saya. Almarhum adalah orang yang membezakan kepada saya Islam ritual dengan Islam haraki. Almarhum orang yang menunjukkan kepada saya perbezaan Islam mekanikal dengan Islam syumul. Almarhum membuktikan kepada saya Islam itu satu cara hidup yang praktikal dan bukan hanya disurau masjid. Ringkasnya, Almarhum membuka mata saya kepada Islam sebenarnya.

Saya sangat tertarik dengan cara Almarhum berdakwah. Nama Almarhum masa itu memang gah dan hebat. Jadi bila Almarhum dikatakan mahu datang New Zealand, kami bercadang menempatkan Almarhum di The Terrace Hotel, sebuah hotel ternama di Wellington masa itu. Kebetulan sebelum itu beberapa ustad gomen datang dan duduk memerap dalam hotel mahal ni.

Tetapi apabila sampai, Almarhum kata dia nak duduk tidur sama dengan kami pelajar di Islamic Centre Wellington, tempat program tamrin yang kami adakan. Memang kami tidur disitu masa itu. Kami semua agak terkedu dengan sikap rendah diri dan tawaddhu' Almarhum. Sepanjang bersama, Almarhum makan minum dengan kami. Itulah pengalaman pertama saya makan dalam talam, berebut kami nak makan dengan Almarhum. Tak cukup dengan itu, Almarhum turut sama membasuh pinggan, menyapu dan membersihkan centre tu. Saya perhati tengok Almarhum kekadang membasuh pakaian dia sendiri. Wajah Almarhum sungguh membawa ketenangan bila melihatnya.

Saya sendiri agak terkedu bila Almarhum nak ziarah rumah kami masa tu di No. 2 MacDonald Crescent, Wellington. Tau-taulah rumah student bujang, semua jantan pulak tu! Kami pergi naik tramp dan kena jalan kaki dekat 15minit juga mendaki bukit. Tapi Almarhum selamba aje mengikut kami berjalan. Sampai ke rumah kami, Almarhum sedikit pun tak menegur dengan papan karom dan lain-lain harta karun yang ada yang menunjukkan kami yang dok rumah tu memang jenis happy go lucky punya geng. Sebaliknya saya ingat kata Almarhum, "jadi orang muda ni memang seronok, tapi sayang umur muda datang sekali aje". Kata-kata itu walaupun sepatah dan sempoi aje, tapi terus menusuk ke jiwa saya.

Timbul persoalan takkan nak sia-siakan usia muda yang datang hanya sekali ini. Saya mula tertanya-tanya apa makna hidup ini, mengapa kita dihidupkan, apa tujuan kita, kemana kita selepas ini. Waduh..berserabut kepala masa tu.

Tapi nak jadi cerita, dalam kepala dok berserabut dengan macam-macam soalan tentang falsafah kehidupan itu, kuliah suboh pada pagi itu menjadi pembuka mata dan jiwa kepada saya. Dalam tazkirahnya, Almarhum membawa tajuk "Dua Peranan Manusia", kupasan tentang mengapa manusia dihidupkan, apa tanggungjawab dan matlamat kita, serta kemana kita nanti akhirnya. Bagaimana kata Almarhum, kita ini adalah makhluk ciptaan ALLAH yang dicipta dengan dua peranan; bahawa kita dicipta untuk memperhambakan diri kepadaNya, selain menjadi khalifah ALLAH dimukabumi ini. Bahawa sebagai hamba mahupun khalifah, ALLAH menurunkan Al Quran sebagai manual kehdiupan manusia.

Saya ingat lagi kiasan Almarhum, alangkan syarikat Toyota pencipta kereta pun memberikan manual untuk tujuan pemakaian dan penjagaan kereta ciptaannya. Kita mungkin rase kereta Mercedes tu hebat, tapi kita tak boleh pakai manualnya kepada kereta Toyota, jahanam nanti. Kita mesti tetap berpegang kepada manual Toyota walau apa pun orang nak kata.

Begitulah seorang manusia, dilahirkan dengan dua peranan dan diberi Al Quran sebagai manual kehidupan. Kita mesti berpegang kepadanya, walau macam mana dugaan dan godaan datang. Walaupun nampak cara hidup barat hebat dan menyeronokkan, tetapi itu bukan manual hidup kita. Kalau kita ikut juga, kita akan jahanam. Berpeganglah kepada manual Al Quran, kita pasti selamat! Begitu tegas tapi lembut ayat-ayat tazkirah daria jiwa Almarhum menusuk jiwa saya. Malah itulah harinya saya mula berminat untuk mendalami Islam, mengkaji agama lain untuk melihat kebenaran Islam dan berjinak-jinak dengan gerakan Islam.

Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum. Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara. Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam. Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994.

Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.

Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.

Tetapi sikap kasih sayang Almarhum kepada saya masih ada, dan Almarhum menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk "POLITIK ISLAM Membawa Kasih Sayang" tulisan Almarhum sendiri. Almarhum juga menghadiahkan saya beberapa baranganan dan penulisan lain. Tetapi yang saya paling hargai ialah sehelai serban yang pernah Almarhum hadiahkan kepada saya, yang tetap saya simpan dan gunakan sekali sekala sehingga kini

Saya merindui saat bersama dengan Almarhum, walaupun hanya sekali sekala dapat bersama dengan beliau. Kata-katanya, nasihat Almarhum, gurau senda dan gelak tawanya. Setiap kali berada disisi Almarhum, saya berasa sangat tenang dan selamat. Almarhum adalah mursyid saya, guru saya, dan saperti bapa bagi saya.

Moga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Almarhum. Semoga ALLAH meletakkan Almarhum bersama dengan para syuhada, para solihin, dan para siddiqin. Moga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan menerangkan cahayaNya dialam barzakh sana. Semoga ALLAH menganugerahkan syurga buat Almarhum. Dan semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada keluarga, anak isteri, sahabat handai dan para murid Almarhum dalam menghadapi ujian ini. Amin ya rabbal 'alamin.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
30 Jamadil Awal 1431
14 April 2010

27 Apr 2010

APA KAUM CINA MAHU SEBENARNYA ?

Pihak yang tidak puashati dengan keputusan pilihanraya 094 baru ini, kita tinggalkan mereka dengan kekecewaan mereka. Adatlah orang kalah tetapi tidak matang, maka berbagai-bagailah LATAHAN dan DONGENGAN yang mereka suarakan. Malah blog inipun menjadi mangsa kepada mereka yang merasa KALAH tetapi tidak MATANG dan tidak REDHA dengan takdir Allah SWT itu. Orang sebegini memang membuang masa jika dilayan.

Kemusykilan saya adalah kepada isu kaum Cina di Malaysia ini. Pada hemat saya, kaum Cina di Malaysia ini dan dunia ini umumnya ada satu sikap yang perlu kita fahami. Iaitu sikap yang dipangil "hati kering". Apa yang dimaksudkan dengan hati kering ialah mereka susah untuk merasa berterimakasih, merasa terhutang budi, memikirkan kepentingan diri, tamak, bersikap opportunist dan lebih taksub dengan duit. Jika mereka memilih kuasa politik atau jawatanpun, faktor utama yang mereka mahu sasar adalah "Adakah ia memberi mereka jalan dan kaedah untuk menjadi KAYA dan hidup SENANG di dunia ini". Mereka kurang memikirkan mengenai AKALBUDI, AKHLAK dan AGAMA. Sesetengah yang ekstrem, dengan bangga menyatakan bahawa DUIT itu adalah TUHAN.

Mungkin saya dituduh rasis di dalam hal ini, tetapi itulah penilaian saya. Saya tidak pula menyatakan orang Melayu tidak bersikap begitu, malah kadang-kadang ada juga orang melayu yang lebih teruk dari cina malah macam perangai yahudi. Namun begitu, saya menilai dari sudut generalisasi, maka itulah penilaian yang saya dapat dari sikap UMUM orang cina.

Saudara-saudari, akan melihat sebenarnya orang cina bersatu di dalam memastikan survival mereka untuk mendapatkan kuasa WANG yang dalam bentuk politik, ekonomi dan sebagainya. Walaupun sebenarnya mereka ini berlainan parti politik atau tidak berpolitikpun, mereka akan BERSATU HATI apabila memilih pihak yang LEBIH memberi keuntungan DUNIAWI dan WANG kepada mereka. Maka itulah yang berlaku kepada PR 094, di mana kita lihat majoriti memilih PKR. Mereka tahu bahawa Selangor dikuasai PR sekarang dan mereka nampak PELUANG BESAR mereka mengausai ekonomi Selangor kerana orang-orang mereka mendapat potfolio2 yang UTAMA dalam PAKATAN RAKYAT Selangor. Buat apa mereka mahu sokong BN?

Inilah yang dikatakan oleh Dr Ridhuan Tee, dengan istilah ultra kiasu. Mereka akan BERKIAS tetapi dibelakang kita mereka PALU dan hentam kita balik. Dr Ridhuan Tee kenal sangat sikap bangsanya sendiri namun begitu, dia terselamat dari mengamalkan sikap ultra kiasu kaumnya ini kerana ISLAM yang ada dihatinya telah menyelamatkan beliau. Alhamdulillah.

Saya sendiri ada keturunan bangsa ini, namun yang bezanya keturunan yang saya warisi ini sudah diislamkan sejak zaman para sahabat RSAW. Namun begitu, genetik yang diwarisi boleh membuat saya memahami sikap bangsa cina ini. Setiap bangsa didunia ini ada kelemahannya masing-masing namun Islamlah yang menyatukan mereka dan membawa AGAMA dan AKALBUDI serta AKHLAK kepada mereka semua.

Baiklah berbalik kepada persoalan tadi, saya petik ulasan dari pemimpin cina mengapa PR094 tidak mendapat sokongan orang Cina, kesimpulannya mereka menjawab begini "

Beliau berkata, jika BN mahu memenangi semula keyakinan masyarakat Cina, mereka perlu mewujudkan sebuah kerajaan yang seimbang, adil tanpa mengutamakan kaum-kaum tertentu sahaja.

Lihatlah, betapa mereka BERSATU hati untuk memastikan SURVIVAL mereka sahaja dan KEPENTINGAN diri dan kaum mereka sahaja. Tuntutan yang sama seperti ini akan diulang-ulang untuk seratus, seribu kali dan selama-lamanya.

Fikir-fikirkanlah saudara-saudari semua. Mereka ini harus dididik kembali untuk belajar sifat-sifat berterimakasih, berakalbudi, beramanah, bertanggungjawab dan yang penting tidak ULTRA KIASU.

Tidak perlu ikut KIAS bangsa mereka ini kerana menyalahkan PERKASA, sebenarnya mereka yang takut dengan PERKASA kerana mereka tahu istimewanya bangsa Melayu itu apabila MELAYU itu sendiri sedar kehebatan mereka.

Namun kaum Cina ini akan sangat menyokong PAS dan PKR kerana mereka tahu bangsa melayu dalam dua parti ini dangkal memahami sejarah bangsa sendiri. Golongan inilah yang akan jadi keldai, kuda dan baghal mereka untuk mempersoalkan hak melayu, mengkucar kacirkan orang melayu dan akhirnya melemahkan kekuatan melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam. Harapan mereka biarlah Malaysia menjadi Singapura kedua. Mereka tidak bodoh, mereka bangsa yang pandai bermain strategi dan bermuslihat dan mangsa mereka adalah melayu yang suka jadi bodoh dan tidak faham dengan permainan mereka.

Namun tidak semua orang cina begitu, hanya cina yang sudah dikuasai oleh permainan yahudi dan tidak juga semua orang melayu bodoh dan boleh menjadi kuda tunggangan mereka kecuali melayu yang juga sudah dikuasai oleh yahudi dan juak-juaknya.

Sekian.

PETIKAN DARI BLOG KORBAN DEMOKRASI (mari fikir-fikirkan)

TAHNIAH DAP ATAS KEMENANGAN 1CINA

BismiLlaahir-Rahmaanir-Rahiim

Kaum Cina tidak memerlukan slogan untuk menyatukan 'jantung hati' mereka kerana sememangnya mereka telah lamapun bersatu atas dasar survival 1Immigran. Kerajaan Tanah Melayu juga tidak memerlukan Melayu untuk survivalnya.

Survival Tanah Melayu adalah matlamat ekonominya yang mampan berinnovatif demi kebangsawanan yang hampir sama dengan survival 1Cina.

Jika kita mahu mempelajari semangat 1Hati maka 1Cina lah yang boleh diambil sebagai 1Iktibar yang terbaik walaupun mereka tidak rasis kerana bersedia untuk terlibat secara 1Demokrasi.

Israel mengadakan tema 1Israel yang juga amat relevan kepada mereka sebagai bekas immigran kerana 1Israel itu hanya bertumpu kepada mengatasnamakan sebarang keperluan dan matlamat 1Kaum sahaja yang mesti dijaga survivalnya di tengah-tengah kelompok 13Arab atau lebih; tanpa membuatkan Bangsa Arab merasa 1Fobia.

Melayu pula 1Fobia sehinggakan mahu kepada 1Malaysia walaupun 1Melayu pun tak tercapai oleh kerajaan Tanah Melayu. Sebenarnya yang berlaku di Tanah Melayu ini bukanlah 1Malaysia tetapi 1Cina kerana 1Fobia.

Keadaan ini terpaksa dirancangkan sebegitu agar dasar 1Ekonomi yang inovatif tidak terganggu dan tidak berlaku pertelagahan kaum sebagaimana di Tanah Siam yang telah lama mengamalkan 1Siam. Kita jangan takut kepada kesilapan dan belajar dari kesilapan.

Ucapan tahniah dikalungkan kepada 1DAP yang berjaya merealisasikan 1Cina dalam 1Malaysia.

Melayu amat terhutang budi kepada sistem 1Demokrasi kerana telah menjadi ubat yang mujarab untuk 1Fobia 1Cina.

Wassalam

TokPakir

----------------------------------------

6 Apr 2010

BAHAGIA YANG HILANG DARI MANUSIA

Dalam dunia yang materialistik ini, manusia cenderung menjadi pendamba dan pecinta material. Lalu menganggap materi itu suatu KEPERLUAN untuk hidup bahagia. Terus-terusan mereka mengejar dan mengejar kekayaan, kuasa, pangkat dan penghargaan dunia. Jika kecundang mendapatkannya, mereka semakin sasau, risau dan kecewa malah ada yang putus asa. Bagi yang mampu mendapatkan segala apa yang diidamnya, mereka terus leka, dibuai kesenangan, terus-terusan mencari dan mengejarnya, bagaikan tidak ada kepuasan, bagaikan kekayaan itu sudah menghambakan kehidupannya di dunia ini. Jadilah dia hamba dunia.

Seringkali apabila kesedaran timbul, manusia mencuba segala metod dan kaedah kerana BAHAGIA yang dicari hanya fartamorgana belaka. Jika yang kecewa pastilah tidak ada bahagia lagi, tetapi yang pelik, yang sudah ada segala-galanya di dunia ini juga tidak merasa BAHAGIA. Mengapa sudahkah hilang BAHAGIA di hati manusia?

Ada seorang kawan belajar pelbagai metod untuk mencari bahagia yang hilang dari jiwanya. Beliau belajar pelbagai kaedah antaranya Neuro Linguistic Programming (NLP). Itulah yang dicanang-canangkan bagaikan dia sudah lupa bahwa penganugerah BAHAGIA di jiwa manusia bukanlah kaedah ciptaan manusia tetapi ANUGERAH yang maha Esa, Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang kepada hambaNya. Bahagia itu hanya milik manusia yang hatinya sudah tidak terpaut dengan dunia, yang sentiasa merasa dirinya hamba, yang sentiasa berkasihsayang sesama manusia.

Sayang sekali, AKAL juga tidak mampu mencerna kefahaman ini, hanya hati yang sentiasa tunduk pada Allah, yang sentiasa sabar, redha, berlapang dada, yang sentiasa memaafkan sesama manusia dan tidak menzalimi sesama saudaranya sahaja yang mampu mencernakan makna KEBAHAGIAAN dalam jiwanya.

Sesunnguhnya, BAHAGIA itu satu ANUGERAH Allah setelah kita mampu mengenal diri sendiri, selalu menilik aib sendiri, bukan milik orang yang merasa diri sempurna dan serba tahu segala apatah lagi memandang hina dan selalu bersangka-sangka buruk pada orang lain.

BAHAGIA itu bukan bergantung pada apa yang kita ada dan banyaknya pemilikan kita, tetapi ia milik ALLAH yang dianugerahkan kepada kita.

Semakin banyak kita redha dan menyerahkan pemilikan kita atas niat tulus kepada Allah SWT, semakinlah kebahagiaan itu menghampiri kita.

Di hati insan yang mulia, bukan PEMILIKAN itu KEBAHAGIAAN untuknya tetapi kesedaran bahawa apa yang dimilikinya, diserahkan dan dikembalikan kepada Allah yang maha Esa.

Maka,
jika dia miskin, dia BAHAGIA,
jika dia ditimpa musibah, dia BAHAGIA
jika dia kehilangan harta, dia BAHAGIA
jika dia kehilangan kuasa, dia BAHAGIA
jika dia kehilangan pangkat, dia BAHAGIA

Begitulah makna BAHAGIA yang sebenar, jika dia kehilangan dunia, dia tetap BAHAGIA, yang ditakutinya hanyalah jika dia kehilangan IMAN dan TAQWA.

5 Apr 2010

APA ITU JEMAAH ISLAM?

Perkataan ‘jemaah’ yang berasal dari bahasa Arab ini sudah digunapakai sebagai bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia. Oleh itu agak susah hendak menterjemahkan perkataan jemaah kerana ia sudah menjadi bahasa kita bersama. Tentunya masing-masing bahasa mempunyai pengertian sendiri tentang jemaah.

Kalau kita suluh dengan ilmu, setidak-tidaknya jemaah itu ada dua makna iaitu makna biasa mengikut bahasa dan makna mengi­kut istilah. Walau bagaimanapun erti jemaah mengikut isti­lah itulah yang tepat dan benar.

Makna biasa bagi ‘jemaah’ mengikut bahasa:

Jemaah mengikut makna biasa atau mengikut bahasa ialah satu kelompok manusia yang berada di sebuah bangunan atau satu kelompok manusia yang menduduki satu tempat atau berada dalam satu parti. Satu rombongan manusia yang berkumpul sedang menghala ke satu tempat, itu pun disebut jemaah juga. Walau­pun matlamatnya tidak jelas tetapi dianggap sebagai jemaah juga. Ada orang sebut jemaah masjid dan jemaah surau. Jemaah haji pun disebut jemaah juga.

Begitulah pandangan biasa atau erti biasa atau menurut tata bahasa kepada perkataan ‘jemaah’. Namun bukan itu erti jemaah yang kita kehendaki. Makna yang kita hendak ialah jemaah mengi­kut pengertian yang kedua.

Makna jemaah mengikut istilah:

Jemaah menurut istilah atau mengikut pengertian yang kedua ialah satu kumpulan atau satu kelompok manusia yang berada dalam satu jemaah yang:

1. Mempunyai satu cita-cita. Cita-cita itu mungkin cita-cita ekonomi, cita-cita bangsa, cita-cita negara, cita-cita pendidikan atau lain-lain.
2. Menuju kepada satu matlamat. Mungkin matlamatnya ke­menangan dan lain-lain lagi.
3. Dipimpin oleh seorang pemimpin.

Itulah makna jemaah secara umum mengikut pengertian yang kedua, sama ada jemaah yang hak mahupun batil, jemaah Islam atau bukan jemaah Islam. Oleh kerana kita hendak bangunkan Islam dan jemaah Islam maka fokus kita sekarang ialah jemaah Islam.

Apa itu jemaah Islam?


Di dalam Al Quran ia dikatakan parti Allah – hizbullah. Mengikut pengertian yang tepat, parti Allah adalah satu kelompok atau satu kumpulan manusia yang terdiri dari berbagai-bagai etnik dan berbagai-bagai bangsa, juga berbagai-bagai latar belakang, berada dalam satu jemaah yang:

1. Mempunyai cita-cita Islam.
2. Berjuang ke satu arah matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
3. Berada di bawah satu kepimpinan atau di bawah seorang pemimpin sama ada pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan ataupun tidak.
4. Mendapat ilmu dari sumber yang satu iaitu dari pemimpin di dalam jemaah itu. Ilmunya pula mencakup pelba­gai as­pek ilmu untuk membangunkan berbagai-bagai sistem dalam jemaah dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Itulah dia jemaah Tuhan atau parti Tuhan atau jemaah Islam. Jadi, kalau sebahagian dari sifat-sifat yang disenarai tadi tidak ada maka jemaah itu bukan jemaah Tuhan atau jemaah Islam. Contohnya:

a. Katalah pengikut atau kelompoknya sudah ada, ada pemim­pin dan jelas matlamatnya tetapi ilmunya dikutip dari merata-rata sumber, bukan dari pemimpin itu sendiri. Atau mungkin sebahagian ilmu itu dari pemimpin tetapi selebihnya dikutip-kutip dari sumber-sumber yang lain. Ertinya pemimpinnya tidak cukup syarat. Maka itu bukan jemaah Islam. Pemimpin jemaah itu sudah cacat dan tidak sempurna.

Kalau pemimpinnya Rasul maka ilmunya dari Tuhan iaitu wahyu. Rasulullah tidak kutip ilmu dari Rom dan Parsi, ke­mudian campur sedikit dengan wahyu. Tidak mungkin be­gitu. Jadi kalau pemimpin dalam satu jemaah atau satu parti, ilmunya bercampur-campur yakni ada yang dari dia dan ada dari hasil dikutip-kutip, maka jemaah itu akan rosak. Lebih-lebih lagi kalau dia ambil ilmu dari idea pengikut untuk di­jadikan idea jemaah. Ertinya jemaah itu lebih-lebih lagi akan rosak lantaran pemimpinnya sudah tidak cukup syarat dan tidak layak. Kalau pemimpin tidak layak, nanti dia akan me­rosakkan jemaah.

b. Cita-cita atau matlamat kelompok dalam satu jemaah itu tidak sama. Mereka masuk dalam jemaah itu kerana masing-masing ada strategi hendak menggunakan jemaah sebagai platform untuk mencapai cita-cita masing-masing. Mungkin ada untuk tujuan bangsa, tujuan ideologi, tujuan ekonomi, mungkin juga ada untuk tujuan Islam. Ertinya tujuan atau cita-cita antara anggota jemaah sudah bercampur-campur. Ini lebih-lebih lagi rosak. Ini bukan jemaah Islam.

Mana mungkin satu jemaah Islam yang kalau diibaratkan sebuah kapal atau sebuah kereta, penumpangnya minta dibawa ke pelbagai destinasi. Tidak hairanlah kita lihat jemaah-jemaah Islamiah di dunia hari ini selalu bergaduh. Bergaduh di mana-mana sebab orang yang ada di dalam parti atau jemaah itu mempunyai arah tujuan yang tidak sama. Cuma masing-masing tidak memberitahu atau tidak isyti­har arah masing-masing. Tetapi dari sikap, gelagat, tindak-tanduk mereka, kita faham bahawa masing-masing ada tujuan sendiri. Sebab itu tidak boleh bersatu, selalu bergaduh dan ber­krisis sahaja. Begitu pun mereka masih mengatakan parti mereka adalah parti Islam.

Apabila ternafi ciri-cirinya maka ia bukan lagi parti atau jemaah Islam. Lebih-lebih lagi kalau ciri-cirinya banyak yang tidak ada, maka lebih-lebih lagilah ia bukan parti Islam atau parti Tuhan. Bukan orang kafir yang merosakkan parti Islam tetapi pendokong-pendokongnya yang merosakkan parti atau jemaah mereka sendiri. Bukan orang kafir yang merosakkan tetapi orang Islam sendiri yang merosakkannya. Ini menggambarkan perjuangan mereka tidak seperti yang Tuhan kehendaki.

1 Apr 2010

CAPE POINT : TEMPAT DI MANA DUA LAUTAN BERTEMU

Perhatikan ayat di dalam surah ar Rahman di bawah :

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masingg.

[Surah ar-Rahman;19-20]

Apabila saya berada di Cape Point, Cape Town South Africa, saya melihat dengan mata bahawa dua lautan bertemu di sana, iaitu lautan Hindi dan lautan Atlantik. Lautan Hindi yang suam airnya dan berwarna kebiruan manakala lautan Atlantik yang dingin airnya dan berwarna kehijauan. Mereka bertemu di titik Tanjung atau dikenali sebagai Cape Point. Jelas kelihatan bagaimana dua lautan itu bertemu tetapi dalam batasan masing-masing. Alangkah indahnya ciptaan Allah SWT..Subhanallah.

(Gambar diambil menggunakan kamera digital persendirian)







Sedikit catatan :

Cape Town is one of South Africa’s prime tourist destinations. Each year, tourists from South Africa and abroad flock to Cape Point to witness the majestic meeting of two oceans.


Cape Point is just an hour away from Cape Town’s city centre. The Indian Ocean and Atlantic oceans supposedly meet at this point. Residents in the area however believe visitors should travel a little further south, to Cape Agulhas, to see the oceans meet. So where exactly do the oceans meet?

Research by the Hydrographic Office of the South African Navy argues that Cape Agulhas, almost 100km from the city centre, is where the two oceans meet. This region includes Arniston, Bredasdrop, L’Agulhas, Napier, Elim and Struisbaai.

Capeinfo.com says the Agulhas Current brings warm water, from the subtropics, down the east coast of South Africa.

From East London, the current flows further offshore and the coastal waters become cooler. On the west coast, the water is chilled by the north-drifting, cold Benguela Current.

The Hydrographic Office research goes on to say that it can therefore be safely said, that the water to the west of Cape Agulhas is predominantly colder than to the east.

This supports the argument that the dividing line between the warm and cold waters is more often at Cape Agulhas, than at anywhere else in the region. Hence, it is probably safe to say that the warmer Indian Ocean meets the cooler Atlantic here.


-----------------------------------

Jadikan ALAM sebagai pengajaran kerana dari ALAM yang besar wajib pula diterjemahkan kepada ALAM yang kecil iaitu diri kita sendiri.

31 Mac 2010

KEMBARA CAPE TOWN 2010

Salam semua, hampir seminggu blog ini berdiam diri tanpa apa-apa artikel kerana saya berada di bumi Cape Town yang indah dan permai. Satu kembara yang mengujakan walaupun perjalanannya mengambil masa yang panjang. Penat?..Melihat keindahan Cape Town membuat hati terlupa akan kepenatan. Ketibaan saya di Cape Town di sambut dengan angin segar dari dua lautan yang bertemu dan bersatu iaitu Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Udara yang bersih dan segar, bertambah indah apabila sekarang adalah musim Autumn. Melihat daun mapel berguguran dipinggiran jalan, sudah cukup membuat saya merasakan betapa alam turut meraikan ketibaan saya di sana.

Apapun, hampir terlupa saya sebutkan, sebelum sampai di Cape Town, saya transit di Doha Qatar selama satu malam. Sempat juga melawat Souq Al Waqef di Doha...tempat yang menarik, dan sesuai untuk merasai pengalaman kehidupan di Doha...semua benda ada dijual di sini, sebutlah apa sahaja...Gambar dibawah adalah di Souq Waqef...sayang semalam sahaja di sini..



Ini adalah guesthouse yang saya tinggal selama 6 malam di Cape Town, Athlone iaitu boleh di akses di sini

Mohan's Place, Cape Town South Africa.

inilah keluarga di mana sy tinggal di homestay tersebut.






Antara pemandangan indah di Cape Town ;

SimonTown Cape Town

Cape Point

Cape Point

Cape Of Good Hope

Dolphin Beach

Senja di Waterfront Cape Town

Di University of Cape Town




Sebenarnya mudah sahaja mendapat makanan halal di CAPE TOWN...di sini ada komuniti islam yang merupakan keturunan melayu yg dipanggil "cape malay"...seafood di sana segar-segar...takkan lapar jika di sana...

dan inilah gambar yang paling saya suka sekali......

Blouberg beach

Di samping itu, saya sempat menziarahi beberapa makam keramat di cape Town iaitu dua orang sultan yang bertaraf ulamak dari Sumatera iaitu Sheikh Abd Rahman Matabe Shah dan Sultan Mahmud dari keturunan kesultanan Melaka yang tiba di Cape Town pada 1667. Mereka di bawa Belanda ke Cape Town untuk menghalang kedua sultan ini menjadi pemimpin pejuang melawan gerakan kafir laknatullah di Nusantara. Sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui tentang makam-makam tersebut, namun dengan kuasa Allah, saya dibawa oleh sepasang suami isteri melayu Cape ke sana. Tempatnya agak tersorok iaitu di Constantia Valley. Namun pemandangan di sekeliling makam tersebut amat indah sekali. Malah begitu indah dengan sungai/kali yang mengalir jernih di sisi makam Sheikh Abd Rahman Matabe Shah manakala makam Sheikh Mahmud pula dikelilingi oleh taman yang terjaga rapi.




Dengan takdir Allah jua, sewaktu saya berjalan-jalan di sekitar Bo Kaap, saya dipelawa oleh seorang perempuan melayu Cape untuk menziarahi makam Syed Alwi dan pengikut-pengikutnya di atas bukit Signal Hill. Ulamak ini merupakan ulamak dari Yaman yang membuka masjid pertama bersama tuan guru Imam Abdullah di Bo Kaap iaitu masjid Awal pada tahun 1794M. Berketurunan bani Hasyim dan berdarah ahlulbait.

Di situ juga terdapat makam ulamak yang terkenal dengan panggilan tuan guru iaitu Imam Abdullah Kadi Abdus Salaam.[ He was brought to the Cape on April 6, 1780 as a "state prisoner" with Callie Abdol Rauf, Badroedin [Badr al-Din] and Noro Iman [Nur-al-Iman]. They were incarcerated on Robben Island and Tuan Guru was released from Robben Island and established the first Madrasah in Dorp Street.]

Penjelasan lebih terperinci boleh di dapati di CAPE MAZAAR SOCIETY. Terdapat 23 makam keramat di sekitar Cape Town South Africa. Sila lihat peta di bawah.

PETA MENUNJUKKAN KEDUDUKAN MAKAM-MAKAM TERSEBUT



Sekian,......

13 Mac 2010

POLIGAMI DI AKHIR ZAMAN : SATU KELUARBIASAAN

Saya terjumpa artikel hari ini dari laman web CNN, apa yang menyebabkan saya tertarik kerana saya mengenali individu ini iaitu Dr Gina Puspita seorang warga Indonesia yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Aeronautical Engineering dari universiti di Perancis. Begitu juga dengan suami beliau, Dr Ridzam, juga mempunyai ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama. Yang luarbiasanya, di sebuah negara Indonesia yang liberal itu, mereka sekeluarga mengamalkan poligami, dan inilah yang menarik hati saya untuk meletakkan artikel tersebut di blog ini. Mari kita selidiki rahsianya.

[ Patutlah CNN berusaha datang mencari mereka sekeluarga, kerana POLIGAMI adalah satu keluarbiasaan di akhir zaman ini dan sesiapa yang memperjuangkan dan mengamalkan poligami itu di anggap golongan yang GHARIB apatah lagi jika ia diamalkan dengan menurut kefahaman yang mantap dan dilakukan kerana memperjuangkan sunnah RSAW. ]


Introducing Jakarta's 'polygamy club'

By *Anna Coren*, CNN (25 February 2010)
http://www.cnn. com/video/ ?/video/world/ 2010/02/25/ coren.indonesia. polygamy. cnn>

(CNN) -- Doctor Gina Puspita greets our crew with a warm, genuine smile on the balcony outside the headquarters of Indonesia's "polygamy club." As a strict Muslim she's not allowed to touch a man, so she presses her hands together as if to pray and gently bows towards the male members of our
party.

We're on the outskirts of the country's capital, Jakarta, to interview Puspita, president of this controversial club that's been operating for the past 12 months. It comes under the control of its parent organization, Global Ikhwan, a company that supports its polygamous members around the
world economically and socially.

Puspita wears purple-framed glasses and a cream headscarf pulled together at the chin with a diamante pin. On her black jacket she wears a pearl brooch that was made by some ladies who work in one of the businesses associated with Global Ikwhan.

46-year-old Puspita doesn't fit the normal profile of a polygamous wife. Born and raised in Jakarta, she went to university in Toulouse, France and has a PHD in aeronautical construction engineering and has worked for Airbus. She lived in France for 11 years and says she hung out with her European, western-minded friends.

She says entering a polygamous marriage had never crossed her mind. But this highly-educated, multi-lingual woman changed her views when she heard a lecture at her university by Islamic spiritual leader Abuya Ashari. It was then her views began to change. "Polygamy is coming from God," she says.

"What Abuya Ashari taught us is that we have to know about God first, love Him first, then whatever you choose, either monogamy or polygamy, it will bring goodness for people and for ourselves."

Abuya, a 72-year-old preacher based in Malaysia, began lecturing on Islam and polygamy in 1968. He set up the company Global Ikhwan in 1997 and it has thousands of members around the world with clubs similar to the one in Jakarta in Europe, the Middle East and North America.

The company provides homes, jobs, businesses, schools and medical facilities to its members. While being a polygamist is not compulsory, most people in the company practice it.

Puspita is the first of four wives and believes polygamy is the law from God and that is how Muslims should live their lives. She and her husband decided five years into their 18-year marriage to adopt the practice. When asked how she felt when her husband decided to take on a second wife, she says: "It
wasn't my husband's decision, we discussed it together.

"It's based on the fight for Islam, the fight for Allah and the prophet. It was me myself who went to the woman's family and told them why she should become a polygamist."

Indonesia is the world's most populous Muslim country and the practice of polygamy is extremely rare.

Puspita and her husband asked Abuya for his guidance when they selected a second wife. He suggested a 25-year-old woman from Aceh who was part also part of Global Ikhwan. He also chose the third wife, a widow, and the fourth wife who was 34 years-old, which by Indonesian standards is too old for marriage.

Puspita says their new shared life was very difficult at first and she had to fight against feelings of jealousy. "Of course there's a lot of adjustment in the beginning," she says. "But because we feel that this is our project together, God easily solved the difficulties. " Puspita now offers counseling to other women on how to overcome their own jealousies.

We're shown a photo, taken on the wedding day, of the fourth wife and her husband, Rizdam. Rizdam is pictured with the other wives as well as Puspita's three children. It's the only time in the four hours that we spend with her that Puspita seems different. Perhaps it's just the way she looked in the photo but there appeared to be emptiness, a sense of sadness in her eyes. I ask her if she was happy that day and she says she was. "Polygamy is beautiful when it's done properly," she adds. "All the wives strengthen each other. We are sisters, very good friends and we support each other."

At the end of the interview Puspita asks me whether I find polygamy strange. "As a westerner I find it quite foreign," I reply. "As human beings we are instinctively jealous and I'm amazed at how well you cope." She says she thought exactly the same way and that there was no way would she would ever
be in a polygamous marriage.

Now Puspita believes she is carrying out God's will and making the world a better place.

6 Mac 2010

MADAH UNTUK RENUNGAN

1 . Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

2. Kalau kita jemu makan makanan yang selalu dimakan, tidak mengapa.
Tapi jangan jemu membuat kebaikan kerana selalu melakukannya.

3. Pemurah biarlah bertempat. Bakhil begitu juga.
Barulah dikatakan pandai berbelanja.

4. Membuang sifat marah tidak mungkin karena merupakan fitrah awal kejadian manusia.
Yang salah meliarkan sifat marah. ALLAH berfirman maksudnya:
Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah.

5. Seseorang itu diikuti karena beberapa faktor:

i. Kerana kebenarannya.
ii. Kerana kuasanya.
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang diharapkan.
iv. Kerana fanatik orang dengannya.
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya.
vi. Kerana orang terhutang budi kepadanya.

6. Orang yang selalu memikirkan kesalahan orang,
orang yang hasad dengki dengan orang,
orang yang meletakkan dunia dalam hati dan orang yang berdendam,
tidak pernah tenang jiwanya.

7. Pemurah banyak caranya.
Pemurah dengan harta.
Pemurah dengan ilmu.
Pemurah dengan tenaga.
Pemurah dengan kuasa.
Pemurah dengan nasehat.
Pemurah dengan senyum.

8. Kesalahan itu satu dosa.
Bertambah dosa bila tidak mahu mengakui kesalahan,
akan bertambah besar dosa itu bila tidak mahu bertaubat dengan dosa.

9. Susah hati dengan sebab dunia, akan menghitamkan hati.
Susah hati dengan dosa, akan memancarkan cahaya.

10. Susah hati dengan dosa akan membawa keselamatan.
Susah hati dengan sebab dunia akan merosakkan.

11. Orang yang mengaku buat baik,
janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.

12. Orang yang ingin hidup kerana hidup,
tidak sama dengan orang yang mahu mati kerana hidup.
Lebih-lebih lagi tidak sama orang yang mahu hidup untuk mati.

13. Tenanglah di dalam segala hal
walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan seperti sembahyang.
Kerana tenang itu adalah sifat Mukmin.

14. Mengumpulkan manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.
Kerana mengumpulkan manusia itu menyatukan fizikalnya
tapi menyatukan manusia ialah menyatukan hatinya.

15. Bersatu fikiran, fizikal dan hati tidak sama.
Bersatu fikiran tidak mesti bekerjasama. Bersatu fizikal tidak mesti satu arah.
Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

16. Akal terang dengan ilmu.
Hati terang dengan zikir serta mujahadah untuk membuang mazmumah.