23 Mac 2013

APA ITU PARTI ALLAH?



Perlu diingatkan bahawa beza antara ciri Parti Allah dan parti sekular ala Barat ini bagaikan langit dan bumi. Walaupun sesetengah jemaah itu menamakan partinya parti Islam, namun kalau tanpa ciri-ciri yang sepatutnya, ia bukan Parti Allah. Dasarnya, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lain lagi, serba-serbinya sangat berbeza sama sekali. Perbezaannya macam siang dan malam.

Walaupun memang sulit dan sukar untuk mencari Parti Allah di zaman ini, namun kita tidak boleh berjuang melalui politik sekular dengan alasan kita tiada pilihan lain. Kalau kita buat juga, yakni menggunakan politik sekular untuk lawan politik sekular (matlamat mahu menghalalkan cara), dengan harapan untuk menegakkan Islam, nescaya kita tidak dapat tewaskan musuh.

Hanya Parti Allah yang mampu menundukkan parti sekular Barat yang anti Islam itu. Marilah kita bina Parti Allah seperti yang telah dicontohkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin serta para mujaddid.


A. CIRI-CIRI PEMIMPIN PARTI ALLAH.

Pemimpinnya disebut wakil atau khalifah Allah. Dilantik atau ditunjuk oleh Allah sama ada melalui wahyu, Hadis, ilham atau oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Rasul-rasul ditunjuk oleh wahyu. Khulafaur Rasyidin ditunjuk oleh Hadis dan Ahlul Halli wal Aqdi. Para mujaddid ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Tholut dan Zulkarnain ditunjuk oleh wahyu. Muhammad Al Fateh ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Nabi Isa a.s. ditunjuk oleh Al Quran dan Hadis. Imam Mahdi ditunjuk oleh Hadis dan ilham. Putera Bani Tamim juga ditunjuk oleh Hadis dan ilham.

Terdapat juga pemimpin-pemimpin kecil yang bertaraf wali dan orang-orang soleh yang kelahiran dan kepimpinan mereka ditunjuk oleh ilham. Khalifah atau wakil Allah ini memulakan kepimpinan mereka bukan melalui pilihan raya atau undian. Bahkan mereka tidak lalui apa-apa kaedah pun.

Mereka diterima oleh orang di sekitarnya kerana ibadah, taqwa, akhlak, ilmu, pengorbanan, pimpinan, khidmat dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat. Sekalipun orang yang bukan Islam tidak masuk Islam, tapi mereka senang dengan kepimpinannya. Mereka ditunjuk oleh hati bukan oleh jari. Begitulah Allah menaikkan orang-orang-Nya.

Pemimpinnya diberi ilmu oleh Allah sama ada melalui wahyu atau ilham atau ilmu laduni. Wahyu hanya untuk rasul dan nabi, manakala pemimpin yang bukan rasul dan nabi mendapat ilham.

Ilham itu membawa makna baru tentang tafsiran dan kefahaman mengenai wahyu dan syariat. Setiap mujaddid membawa ilham (minda) tersendiri yang sesuai untuk zamannya. Mindanya adalah ilmu yang baru, yang berbeza dari sebelumnya. Namun ia bukan syariat yang baru.

Ilmu ini bukan dipelajari dari sistem pembelajaran semasa tetapi khusus dan memang diberi oleh Allah kepadanya. Kepada rasul, Allah beri 100 peratus. Kepada wali-wali Allah, diberi sebahagian untuk menambah sebahagian yang sudah dipelajarinya. Kadang-kadang ilmu para wali itu hasil ijtihad mereka. Dengan kehebatan ilmunya itulah agama yang rosak di zamannya dapat dihidupkan kembali.

Setiap mujaddid membawa minda yang berbeza. Ini kerana mereka hidup di zaman yang berbeza dan menghadapi permasalahan yang berbeza. Kerosakan di setiap zaman itu tidak sama. Ini menunjukkan wahyu itu dapat ditafsirkan dan dihidupkan dengan pelbagai kaedah untuk berbagai zaman. Sebab satu-satu ayat Al Quran itu mempunyai 70 pengertian. Itulah rahmat Allah.

Imam Sya’rani telah menulis tentang hal ini di dalam kitabnya: "Wahyu membawa syariat baru. Ilham membawa pengertian baru." Barangkali kerana pembawaan yang terbaru dan berbeza dengan yang lama inilah maka para mujaddid ditentang oleh ulama-ulama sezaman yang masih terikat dengan pandangan yang lama.

Dengan tafsiran baru yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin wakil Allah ini, mereka membuat motivasi dan mendidik manusia dari seorang ke seorang. Pendekatan inilah yang diambil untuk mengumpul pengikut atau menambah keahlian. Sesiapa yang menerima dan melaksanakan serta bersedia berjuang bersamanya, itulah ahli parti atau ahli jemaah. Tiada borang dan yuran keahlian untuk jadi ahli. Tetapi komitmen kepada Islam menjadi syarat.

Mereka tidak bergerak secara pilihan raya atau cara berpersatuan.

Konsep jemaah seperti itulah yang menjadi asas Parti Allah.

Kepada pengikut-pengikut Parti Allah, pemimpin adalah guru, ayah, sahabat dan rakan seperjuangan. Peribadi dan sikap serta akhlak pemimpin adalah cermin tempat pengikut melihat dirinya. Khalifah Allah adalah bayangan Rasulullah. Sebab itu sebagaimana Sahabat-Sahabat memberi cinta kepada Rasulullah, demikian pengikut Parti Allah ini mencintai pemimpin mereka. Mereka menjual segala-galanya untuk ‘membeli’ Allah dan Rasul.

Orang yang tidak faham keadaan ini mengatakan mereka kumpulan fanatik dan taksub kepada pemimpin. Tapi yang sebenarnya tuduhan seperti itu dibuat oleh ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin serta mereka yang iri hati kerana tidak dapat pengikut yang cinta dan taat kepada mereka.

Pemimpin Parti Allah ialah ahli parti yang paling miskin atau termasuk golongan miskin. Ini kerana kekayaannya dikorbankan habis-habisan ke jalan Allah. Walau bagaimanapun hidupnya seperti orang yang paling kaya kerana setiap keperluannya sama ada untuk diri, keluarga atau jemaah (parti) diperolehi. Dia mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga, yang Allah janjikan untuk orang yang bertaqwa.

Dengan sifatnya sebagai pemimpin, para khalifah Allah ini bukan saja mampu mengajar hal-hal keagamaan dan membaiki manusia, tetapi juga mempunyai ilmu kemasyarakatan, tamadun duniawi dan pembangunan material.

Mereka memandu pengikut berekonomi, menjalankan pendidikan, sosial, kesihatan, pertanian, perhubungan, media massa, budaya, senibina, ilmu perang (sesuai dengan zaman) dan lain-lain kemajuan duniawi seeara Islam.

Itu semua bukan mereka pelajari di mana-mana pusat pengajian tinggi, namun mereka ada idea (ilham) bagaimana membangunkan tamadun duniawi di dalam parti (jemaah) yang sesuai di zamannya. Mereka dapat imbangkan antara pembangunan insan dan material. Terserlah sekali kemampuan kepimpinan mereka di kedua-dua aspek insan dan material ini.

Merekalah bapa pembangunan sufi dan teknologi, yang dapat mendidik dan memimpin manusia menjadi abid dan singa Allah yang tidak berlaku kepada ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin lain.

Oleh kerana kenaikannya secara nature, bukan hasil lobi-melobi, maka pemimpin Parti Allah adalah pemimpin seumur hidup sama ada parti itu bertaraf toifah, negeri, negara atau empayar (ummah). Tidak ada tukar ganti pemimpin nombor satu dalam Parti Allah. Tidak ada undi tidak percaya padanya dan tiada pencabar yang dapat menjatuhkannya.

Kepimpinannya tidak disukat -sukat oleh masa. Sebab dia memang mampu selagi tidak ada uzur syarie atau wafat.

B. CIRI-CIRI PENGIKUT PARTI ALLAH.

Biasanya bilangan ahli-ahli jemaah atau parti Allah ini tidak ramai tapi berkualiti dan pengaruhnya besar. Yang ramai ialah simpati. Barangkali kerana syarat-syaratnya memang berat untuk dilaksanakan, lalu ramailah orang yang tidak dapat melayakkan diri ke dalamnya.

Hikmahnya ialah supaya Allah dapat memperkenalkan diri-Nya dan menunjukkan kebesaran-Nya bahawa parti-Nya yang kecil bilangan keahliannya itu dapat mengalahkan kumpulan musuh yang jauh lebih besar jumlahnya.

Dengan itu benarlah firman Allah:
“Berapa banyak terjadi, kumpulan kecil dapat mengalahkan kumpulan besar dengan izin Allah.” (Al-Baqarah:249)

Peringkat-peringkat golongan atau masyarakat yang ada di dalamnya datang dari berbagai golongan. Golongan bawahan, pertengahan, tinggi, sepertilah petani, siswa-siswi, hakim, peguam, ahli perniagaan, ahli politik, polis, tentera, pegawai kerajaan, artis, ulama, jutawan, menteri dan lain-lain lagi.

Kebanyakan mereka menjadi ahli sepenuh masa, bekerja di bidang-bidang kepakaran masing-masing. Anggota parti Allah yang berada di merata pelosok negara di dunia, walaupun sesetengahnya tidak kenal-mengenal kerana tinggal berjauhan, namun terdapat kesamaan dan keselarasan fikiran, watak, identiti, akhlak dan rentak perjuangan antara mereka. Seolah-olah mereka itu datang dari satu ibu dan ayah. Hal ini adalah kerana aliran didikan yang datang dari satu sumber, mengalir ke segenap ruang di mana ada anggotanya, melalui saluran-saluran yang siap dibina.

Ikatan hati dan kasih sayang di antara pengikut parti atau jemaah bagaikan batu-bata yang tersusun rapi dan rapat. Tidak ada peluang dan ruang, atau susah sekali bagi musuh untuk mencelah. Ramah mesra dan kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu di antara mereka terserlah, hasil meniru peribadi pemimpin. Juga kerana ukhwah dijadikan asas kekuatan jemaah sesudah iman.

Itulah ciri khusus yang dimiliki mereka yang bertarekat. Yang mana hati mereka diikat oleh mursyidnya satu sama lain, lalu dipegang hati-hati mereka oleh guru mursyid. Tali itu ialah iman dan kasih sayang hasil, zikrullah yang tidak dapat dilakukan oleh ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Ciri umum pengikut Parti Allah itu; Menjadi abid di malam hari dan menjadi singa di siangnya. Mereka tidak meninggalkan dunia dan tidak juga Akhirat. Dunia dan Akhirat diimbangi. Ia menjadi satu yang tidak terpisah dan lazim-melazimi.

Orang-orang Parti Allah, walaupun tidak ada kuasa negeri dan negara, namun dapat berdikari. Dalam semua hal kehidupan, mereka tidak bergantung kepada orang lain. Apalagi kepada musuh Islam.

Biasanya pemerintah di zamannya cemburu, iri hati dan mencurigai. Mereka tidak bekerja makan gaji dengan sistem bukan Islam kecuali sebahagian kecil daripada mereka yang berbuat demikian kerana strategi perjuangan. Mereka mempunyai sistem hidup Islam yang lengkap, yang menyediakan peluang-peluang kerja kepada ahli-ahli parti. Itu pun mereka bekerja bukan untuk gaji tetapi kerana memenuhi tuntutan perjuangan di jalan Allah.

Jemaah atau parti menyediakan wang maasy untuk sara hidup mereka. Sesetengah daripada mereka mengusahakan sendiri pendapatannya.

Ahli-ahli parti begitu ghairah dengan amalan syariat atau cara hidup Islam, yakni Sunnah Nabi. Mereka ghairah mengamalkan sekecil-kecil Sunnah hingga sebesar-besarnya. Dari hal-hal peribadi hingga kepada soal-soal kemasyarakatan. Pakaian mereka seperti seragam kerana mengikut cara Rasulullah berpakaian. Manakala wanitanya pula berusaha meniru pakaian isteri-isteri Rasulullah, yakni fesyen besar dan longgar yang menutup aurat.

C. CIRI-CIRI PARTI (JEMAAH) ALLAH atau PARTI ALLAH.

Zahir di dalamnya cara hidup Islam yang syumul.

1. Apa dalam jemaah itulah kebenaran, yakni cara hidup Islam yang syumul. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem pertanian Islam dan lain-lain sistem hidup sama ada bertaraf toifah, negeri, negara atau empayar (ummah). Semua itu berlandaskan syariat dan berteraskan iman (rohnya iman).

2. Wujud di dalamnya pembangunan insan dan material sekaligus (serentak)
Bezanya Parti Allah dengan bukan Parti Allah ialah wujudnya kedua-dua pembangunan insan dan material. Ibarat dacing, ia seimbang kerana ada kedua-dua timbangannya. Inilah faktor mengapa boleh terjadi keamanan, kemakmuran dan keampunan Allah di dalam parti ini. Kerana pembangunan lahiriah itu dipunyai oleh orang yang baik-baik. Lalu mereka benar-benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-hukum Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan dan tidak lagi membiarkan Islam terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.

3. Pengaruhnya bersifat sejagat
Parti Allah mendapat pengaruh yang bersifat sejagat. Pelbagai bangsa dari berbagai negara menganggotai parti ini. Pembawaannya dapat mengisi keinginan umat Islam yang cintakan kebenaran walau apa pun bangsanya. Ia mampu mengisi fitrah manusia; yang memang setiap manusia itu dilahirkan dengan fitrah yang sama; walaupun mereka dari berbagai bangsa dan etnik.

Bukan Parti Allah namanya kalau sesuatu parti itu hanya dianggotai dan diberi simpati oleh satu bangsa dari satu negara sahaja. Atau oleh satu golongan sahaja seperti orang muda sahaja, wanita sahaja, ulama sahaja, petani sahaja, buruh sahaja, ahli sastera sahaja, ahli perniagaan sahaja dan lain-lain lagi.

4. Berlaku perpaduan sejagat
Berlaku perpaduan sejagat atau kesatuan umat di dalam Parti Allah. Dengan kata lain, Parti Allah adalah tempat berpadunya umat dari seluruh dunia, yang masing-masing mengamalkan satu sistem hidup yang sama. Semuanya berpaut pada hukum Allah. Inilah yang Allah maksudkan dengan firman-Nya:
“Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103)
Hukum-hukum Allah itu, seolah-olah tali yang siapa memegangnya (menyertainya) maka mereka terangkai kepada satu sumber rujukan iaitu Allah. Itulah bersatu namanya. Inilah yang berlaku dalam parti Allah.

5. Ada sistem hidup tersendiri dan orang lain bersandar kepadanya.

Parti Allah tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan saja mampu menaungi ahlinya, tetapi mampu menjadi tempat bersandar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam. Pernah dunia tunduk pada Islam yang ditaja oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Ertinya, parti Islam itu menjadi tempat orang bernaung dan orang merujuk soal pendidikan, kewangan, masalah hidup, berita dan serba-serbi, sekalipun oleh orang yang bukan Islam.

Allahlah yang menguatkannya. Hingga ia tidak perlu mengemis dari orang lain. Bahkan orang bukan Islam pun bersandar padanya dengan penuh sukaria tanpa dipaksa-paksa.

6. Ada kekuatan tersendiri. Parti Allah, kalaupun belum atau tidak bertaraf sebuah kerajaan, namun ia seolah-olah sebuah kerajaan keeil dalam sebuah kerajaan besar. Atau sebuah sistem kecil di dalam satu sistem besar. Dan ia tidak dapat diikat oleh kerajaan besar kerana ia ada kekuatan tersendiri. Selalunya, kerajaan-kerajaan besar takut padanya kerana pengaruhnya hebat. Namun banyak juga kerajaan yang menerimanya kerana kebenaran dan potensinya.

7. Orang yang sayang, terlalu sayang. Orang yang benci, terlalu benci
Allah itu, orang yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci. Dengan itu terjadilah keadaan di mana terdapat satu golongan yang amat menjunjung dan menyanjungnya. Manakala satu golongan lain sangat membenci dan menekannya.

Bila ini terjadi, akan terserlahlah kebenaran dan terserlah juga kemungkaran. Senanglah masyarakat menilai dan membuat pilihan. Demikianlah kebijaksanaan Allah mengkategorikan hamba-hamba-Nya.

8. Ia tidak dapat dirosakkan oleh musuh. Walau bagaimana dahsyatnya kebencian dan tekanan musuh sekalipun di medan perang namun Parti Allah tidak dapat dirosakkan. Kecuali jika ada diantara pengikutnya yang tidak mengikut disiplin, contohnya sepertimana yang berlaku dalam peperangan Uhud.

Parti Allah tidak akan dapat dirosakkan sama ada dalam peperangan senjata mahupun peperangan dingin. Mungkin boleh dicacatkan fizikalnya tetapi akidah dan syariatnya tidak dapat dirosakkan. Lebih-lebih lagi jemaah atau parti itu tidak dapat dibubar atau diharamkan. Tidak juga dapat dipecahbelahkan oleh musuh-musuh dalam selimut. Musuh tidak dapat menipu dan mempermain-mainkannya. Ini kerana parti ini mempunyai benteng yang cukup kuat dan kukuh.

Kekuatan parti ini adalah kekuatan dalaman bukan luaran. Kalau di luar dapat dicacatkan tapi di dalam tidak dapat dicacatkan. Yang di dalam itu ialah iman dan keyakinan. Bahkan musuhlah yang kucar-kacir dan tertipu selalu. Akhirnya musuhnya tewas dan jatuh. Parti Allah-lah yang menang.

9. Jemaah kaya, individunya miskin.
Segala kemajuan pembangunan material yang berlaku dalam jemaah adalah di atas pengorbanan anggotanya yang cintakan hidup miskin. Demi mengkayakan jemaah, individu rela miskin. Dan bila jemaah kaya, individu-individu itu jugalah yang mengecapi nikmat tersebut. Nikmat bersama namanya. Nikmat bentuk ini tidak dihisab di Akhirat.

Demikianlah cara Parti Allah membangun. Satu kaedah yang selamat lagi menyelamatkan. Individu-individunya tidak punya apa-apa tetapi anehnya segala keperluan hidup mereka ada.


10. Mendapat bantuan dari Allah.
Oleh kerana Parti Allah adalah kepunyaan Allah, maka ia sentiasa mendapat bantuan yang tidak diduga dari Allah. Kalau ketuanya bertaraf rasul, pertolongan itu dinamakan mukjizat. Kalau pemimpinnya bertaraf wali, bantuan itu dipanggil karamah. Paling tidak, Parti Allah itu akan mendapat maunah sekiranya pemimpin atau ketuanya bertaraf orang soleh.

Mukjizat, karamah dan maunah itu ada yang lahir dan ada yang batin. Dalam keadaan usaha-usaha lahir tidak lagi ada untuk membantu atau menyelamatkan jemaah, maka Allah pun menurunkan tentera-tentera-Nya secara ghaib.

Bantuan mungkin dalam bentuk ilmu, strategi, kaedah, rezeki, tentera dan lain-lain sama ada secara wahyu, ilham, mimpi yang benar, kasyaf, yaqazah, hatif, firasat dan sebagainya. Bila Allah sudah tolong, tidak ada lagi kuasa lain yang boleh menentangnya. Sebab itu Parti Allah pasti menang!

11. Orang bukan Islam menerimanya dan memberi kerjasama
Disebabkan kebenaran dan kebaikan serta kejayaan yang dicapainya dalam pembangunan insan dan material, maka orang bukan Islam pun suka dan senang menerima kehadiran Parti Allah. Walaupun mereka tidak sanggup menukar agama tetapi mereka senang bernaung dan bekerjasama serta menolong Parti Allah ini. Mereka dikatakan golongan zimmi parti (zimmi jemaah) atau zimmi negara Islam. Mereka akui kehebatan dan kebenaran Islam dan taat pada pemimpinnya. Cuma mereka tidak sanggup menukar akidah. Golongan zimmi ini dinaungi oleh Parti Allah.

12. Kenaikannya melalui cara yang tidak diduga.
Bagaimana Parti Allah mengembangkan sayap ke taraf negara dan ummah? Caranya murni sekali. Bukan dengan peperangan atau rebutan kuasa atau bergaduh dalam pilihan raya, tetapi melalui cara yang tidak diduga. Iaitu rakyat yang rindu, cinta pada kepimpinan yang adil serta pembangunan insan dan material yang seimbang, telah meminta supaya mereka dinaungi oleh Parti Allah itu. Kalaupun terpaksa berlaku peperangan, ia disebabkan penentangan kelompok musuh yang bimbang kepentingan mereka tercabar bila Parti Allah memerintah. Kelompok itulah yang mengundangnya ke medan perang. Sedangkan hati rakyat berada di pihak parti yang benar.

Sebab itu musuh tersebut mudah kalah kerana rakyatnya sendiri tidak menyokongnya bahkan membencinya. Kenaikan Parti Allah dialu-alukan oleh rakyat, sekalipun yang bukan Islam. Sebab itu Islam pernah memerintah di tiga perempat dunia.

13. Ahli-ahlinya mestilah bertaqwa.
Bilamana ahli-ahli sudah kurang taqwa, kurang ibadah, tidak berakhlak, kurang berkorban dan kurang berjuang menegakkan hukum Allah, Parti Allah mula malap. Ia hidup di atas ketaqwaan manusia-manusia yang mendukungnya.
---

Demikianlah ciri-ciri jemaah atau Parti Allah. Ia membawa rahmat dan kemenangan pada umat Islam. Ia bukan parti politik pilihan raya yang membawa pergaduhan dan perpecahan. Parti politik pilihan raya, kalau mereka kata mereka memperjuangkan Islam, adalah parti Islam sekular namanya.

Bezanya dengan Parti Allah ini bagaikan langit dengan bumi. Parti Islam sekular itu tunjangnya ideologi sama ada yang disedari atau tidak. Ia bergerak di atas landasan sekularisme, bukan agama.


Umat Islam mesti bersedia membetulkan kekeliruan dan pembohongan tentang konsep berpolitik ini. Dalam Islam memang ada parti yang berpolitik. Tetapi bukannya yang dibina di atas platform perjuangan musuh Islam. Parti Allah ada platform sendiri, diasaskan sendiri oleh umat Islam. Politik Islam tidak ada campur aduk sedikit pun dengan sistem politik Barat.

Sepertimana sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, penerangan, sosial, pertanian dan lain-lain lagi, yang oleh Islam didirikan di atas tapak Islam, demikianlah juga sistem politik Islam ini. Ia mempunyai tapak dan rangka yang tersendiri. Bolehkah parti atau jemaah Allah mendapat kuasa dalam negara majmuk?

Itulah soalan yang dijadikan alasan oleh umat Islam untuk ikut sama dalam politik kotor Barat itu. Sebenarnya jawapannya, boleh, insya-Allah!

17 Mac 2013

KISAH SEDIH CUCU KEPADA UMAR MOKHTAR "LION OF THE DESERT"




Zahrati dengan beraninya bertanya, “Apa kesalahan Sirun masuk ke penjara ini?”


Dia diam malu dan tunduk memandang lantai. Beberapa saat kemudian dia menyelak baju putihnya sambil menunjukkan tatoo lambang salib di pergelangan tangan kirinya kepada kami. Kristian rupanya, hati kami mula berbisik-bisik.

“Panjang cerita tentang hidup saya,” Sirun memulakan cerita.

Dia semakin mesra. Kami semua mengerumuninya dan sangat berminat untuk mendengar ceritanya lebih lanjut lagi.

“Saya berasal dari Jerman. Saya bukan bangsa Arab. Tetapi setelah lima belas tahun di dalam penjara menyebabkan saya fasih berbahasa Arab. lbu ayah saya orang besar kerajaan. Sewaktu usia saya dua tahun, saya telah meninggal dunia kerana sakit jantung yang saya hidapi sejak dari lahir. Sewaktu semua keluarga sedang meratapi kematian saya,tiba-tiba datang seorang lelaki tua memakai pakaian serba putih mendekati dan meletakkan Al Quran kecil yang diambil dari poketnya ke dada saya. Tiba-tiba saya menangis. Semua yang ada di situ terkejut dan gembira terutama ibu bapa saya. Belum sempat mereka mengucapkan terima kasih kepada lelaki tua tadi, lelaki tua itu berkata, “Jaga budak ini baik-baik, dia akan memeluk agama Islam satu hari nanti.”

Dalam keadaan semua orang sedang terpinga-pinga, lelaki tua tadi terus menghilangkan diri. Di sebabkan ibu bapa saya orang besar kerajaan, dan keluarga saya termasuk dalam golongan orang yang kuat memperjuangkan agama Kristian, maka saya dihantar untuk dibesarkan di gereja. Saya dididik untuk bencikan Islam. Saya dilatih sebagai’fidai’ pejuang kristian berani mati. Ketika usia saya enam belas tahun saya mula dihantar ke merata tempat, termasuk Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Sebagai pendakyah Kristian ada waktu kami menyerang tempat-tempat Islam.

Satu hari kami dihantar ke India atas misi untuk menyerang Islam di India. Saya tersilap langkah, lalu ditawan oleh tentera Islam. Saya dipenjarakan oleh tentera India Muslim itu di dalam sebuah kotak kayu yang sangat sempit. Di dalamnya hanya boleh memuatkan saya berdiri tanpa boleh menoleh ke kiri dan kanan apalagi untuk duduk. Dua minggu saya melalui kehidupan seperti itu. Setiap hari datang kepada saya tentera India Muslim bernama Muhammad menceritakan kepada saya tentang Islam, tentang Tuhan, tentang Nabi Muhammad dan diselit juga tentang akhir zaman, Imam Mahdi dan Islam akan menang katanya.”

Kami tercengang-cengang mendengar cerita Sirun. Sangat menarik sekali. Sirun kemudian menyambung lagi.

“Saya telah jatuh hati dengan apa yang disampaikan oleh Muhammad. Saya bertanya padanya bagaimana kalau saya masuk Islam dan di mana saya boleh mendalami Islam?”

Muhammad menjawab,” Kamu pergi ke Mesir dan cari Syeikh Al Azhar.”

“Dua minggu kemudian saya dibebaskan dan saya pulang ke Jerman. Saya dapati ibu dan ayah saya tiada di rumah. Mereka berdua ke Perancis atas urusan kerajaan. Sewaktu di rumah, saya mengambil peluang mendekati nenek yang sangat jarang saya temui. Dia suka menyendiri di biliknya di tingkat atas dan kurang bergaul dengan masyarakat begitu juga keluarga kami. Saya sendiri sejak dari kecil tidak pernah berpeluang bermesra dengannya. Saya membuka pintu bilik dan alangkah terkejutnya saya kerana mendapati nenek saya sedang sujud bersembahyang. Baru saya tahu yang nenek saya adalah seorang Islam yang disembunyikan kelslamannya. Dia juga tergamam bila melihat saya berada didalam biliknya.

Nenek sudah berusia hampir sembilan puluh tahun lebih. Wajahnya masih kelihatan muda dan bercahaya melambangkan kebersihan hati dan jiwanya. Saya rasakan ada satu rahsia yang disimpan selama hayatnya. Saya terus bertanya, “Nenek Islam?” Dia mengangguk perlahan. Saya terus tersenyum padanya dan saya berkata saya juga akan Islam. Saya terus memeluknya dan menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap saya selama berada di India.

Nenek sedikit pun tidak terperanjat dengan cerita saya malah memberitahu saya dia memang menunggu saat ini. Dari neneklah saya tahu sejarah hidup saya sewaktu kecil yang pernah meninggal dunia dan datang lelaki tua kepada saya memberitahu saya akan Islam. Nenek pun menceritakan asal usul riwayat hidupnya. Rupanya nenek adalah salah seorang dari bekas isteri pejuang Libya iaitu Omar Mokhtar. Dia dilarikan oleh salah seorang General yang terlibat menentang Omar Mokhtar.




“Kamu pernah tonton filem Omar Mokhtar?” tanya Sirun sambil memandang kepada kami yang semakin berminat untuk mendengar kisah hidupnya seterusnya.

“Pernah,” kami menjawab serentak.

“Di saat Omar Mokhtar di tali gantung, ada lakonan seorang general yang tabik hormat pada jenazah Omar Mokhtar setelah beliau mati di tali gantung. Dialah yang membawa lari nenek saya ke Jerman. Waktu itu nenek tidak ada siapa yang membela dan menghalang. Jadi dia terpaksa ikut walau hatinya menderita.”

“Ooooooo…” jawab kami semua tercengang-cengang mendengar cerita Sirun.

“Nenek saya dulu sangat cantik.Dia dibawa ke Jerman dan dipaksa berkahwin. Nenek bagi syarat kalau hendak berkahwin dengan dia, zuriat yang lahir darinya mesti diletakkan nama Mokhtar. Oleh kerana itulah nama ibu saya Sima Mokhtar dan nama saya Sirun Mokhtar. Begitu juga nama adik-beradik ibu saya semuanya digandingkan dengan Mokhtar di belakangnya walaupun semuanya bukan Islam. Nenek sangat bersyukur dan merestui pemergiaan saya ke Mesir. Dari neneklah terbuka rahsia bahawa orang tua yang datang kepada saya dihari kematian saya itulah datuk tiri saya Omar Mokhtar.

Saya bergegas ke Mesir.Dua bulan saya di Mesir, saya mencari Syeikhul Azhar seperti yang dinasihatkan oleh Mohammad. Saya hampir putus asa kerana Syeikhul Azhar sangat sibuk orangnya. Disebabkan saya telah jatuh hati dengan Islam, saya sanggup menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya Tuhan izinkan dan saya Islam di tangan Syeikhul Azhar.

Setelah memeluk Islam saya terus ke Jerman kerana takut ibu ayah mencari saya. Saya tidak memberitahu mereka ke mana saya pergi. Saya pulang ke Jerman dan menyembunyikan kelslaman saya. Rangkaian Persatuan Kristian Sedunia mempunyai hubungan yang kuat dengan keluarga saya kerana ibu ayah adalah antara orang yang paling terbanyak sponsor kewangan untuk kegiatan Kristian. Akhirnya sampailah berita kepada ibu dan ayah saya laporan yang saya telah memeluk agama Islam di Mesir hasil laporan dari perisik Kristian Mesir. Mereka tidak pernah berehat untuk mendapatkan maklumat tentang perkembagnan Islam di Mesir.

Saya dikurung, dipukul, diugut dan diseksa oleh ibu dan ayah, walaupun sebelum ini mereka sangat menyayangi saya. Setiap jam mereka menghantar ketua-ketua Paderi bergilir-gilir untuk memberi motivasi agar saya kembali ke agama asal. Namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan telah menetapkan iman saya kepada Tuhan dan Nabi Muhammad itu Nabi yang diutuskan-Nya. Mereka merasa sangat malu kerana kelslaman saya sedangkan mereka penganut setia Kristian. Pakcik saya pula adalah Ketua Paderi Negara. Pada mereka, lebih baik saya mati dari saya hidup sebagai Islam.

Oleh kerana tidak tahan lagi dengan penyeksaan yang mereka lakukan terhadap saya, dengan pertolongan sulit dari nenek, saya dapat berhubung dengan persatuan Agama Islam Jerman. Saya meminta bantuan mereka untuk menguruskan saya keluar dari Jerman dan lari ke Mesir. Saya di larikan oleh kawan-kawan Islam dari rumah ke airport. Tetapi ibu ayah saya dapat mengesan.

Di waktu saya masuk ke airport ada seorang lelaki datang kepada saya dan memberi bungkusan berbentuk hadiah.Tanpa saya tahu apa isinya, saya terus membawa bungkusan tersebut sampai ke Mesir. Di airport Mesir saya ditahan. Rupanya hadiah yang saya bawa tadi berisi dadah yang dikirimkan oleh ibu ayah saya. Mereka telah merancang agar saya ditangkap dan dihukum gantung kerana mereka mengharapkan saya mati dari hidup.

Saya ditahan polis Mesir dan dijatuhkan hukuman mati. Cubalah kamu bayangkan bagaimana keadaan saya di waktu itu.Tanpa kenalan, keluarga dan saya sendiri tidak faham Bahasa Arab. Saya merayu tapi tidak ada seorang pun yang boleh membantu saya sebagai saksi bahawa saya tidak bersalah. Saya pasrah kepada Tuhan dan Nabi Muhammad. Tiba-tiba saya teringat Syeikhul Azhar. Dari Syeikh Azhar inilah saya merayu untuk mendapatkan bantuan.

Dengan bantuan Syeikh Azhar, saya diringankan dari hukuman gantung kepada dua puluh lima tahun penjara. Saya sempat memakai pakaian merah seperti mereka yang dihukum gantung. Di penjara ini saya kena buat kerja keras untuk menyara keperluan saya. Saya tidak ada keluarga yang menjamin dan menanggung saya. Cuma yang pastinya saya ada seorang bapa saudara di Mesir ini.

Dia bertugas sebagai Ketua Paderi Kristian di lskandariah. Dia selalu menghantar wakil untuk mengintip saya apakah saya masih Islam atau sudah kembali ke agama mereka. Saya bahagia bila bertemu kalian semua. Sebelum ini saya telah bermimpi tentang kedatangan kalian. Ada segerombolan manusia membawa cahaya ke penjara ini dan Tuhan hantar kamu semua untuk saya.”

5 Mac 2013

PERSIAPAN YAHUDI MENUNGGU DAJJAL.


Kita sedang berperang dengan dajjal yang berasal dari keturunan Yahudi yang senjatanya cukup canggih. Apakah senjata kita kalau bukan teknologi roh? Ianya adalah benar bahkan semua itu adalah kekuatan utama zaman tiga kurun selepas Rasulullah S.A.W. bilamana mereka berhadapan dengan perang. Semua itu adalah cara hidup orang roh atau teknologi roh yang Allah rezkikan untuk mereka dapat berhubung dengan kerajaan ajaib.

Ketahuilah bila umat Islam menolak teknologi roh tersebut, konon kembali pada Quran dan Hadis saja, sesungguhnya adalah kerana mereka telah dipesongkan daripadanya. Padahal dalam Quran dan Hadis terlalu banyak yang membenarkan hal-hal rohiyah atau ghaibiah ini. Siapa yang kata Quran menolak hal-hal ghaib ini ertinya, dia telah telah dipengaruhi Yahudi yang sesat itu.

“Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abdullah Ibn Umar RA, sabda Nabi S.A.W. : "Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata." (Hadis riwayat Bukhari)

Dari Ali R.A. berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa nabi S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Doa berlindung dari fitnah Dajjal :

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal." (HR. Muslim No. 923)


Setelah kewafatan Nabi S.A.W., yahudi telah merancang usaha-usaha untuk menghina baginda sekaligus menghina Islam. Mereka berdendam dengan Allah yang tidak mengutus rasul terakhir dikalangan mereka, bahkan diutus kepada bangsa arab. Bagi mereka, ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Sejak itu dengan rasminya mereka berperang dengan Allah!

Apa sahaja yang datang dari yahudi samada nampak baik atau memang buruk keadaannya, semua itu adalah dalam rancangan mereka. Sepertilah iblis yang berdendam dan menghasut untuk membawa manusia bersamanya ke neraka, yahudi begitulah.

Yahudi tahu kebenaran bersama Islam. Jadi mereka merancang untuk mempersiapkan kedatangan satu makhluk dari keturunan mereka juga, yang dijanjikan ditangannya manusia kafir beramai-ramai! Ya, itulah dajjal yang ditunggu-tunggu mereka.

Umumnya sejarah dunia telah dirubah mereka, mengikut gaya dan citarasa mereka. Tujuannya adalah untuk memisahkan agama dan manusia. Hakikatnya nak merosakkan hubungan manusia dengan Tuhan.

Kalaulah umat Islam mengetahui sejarah Islam yang sebenar, roh umat Islam akan terbina sekaligus Islam akan mulia di mana-mana. Dengan sejarah yang dirubah pun umat Islam mendapat kekuatan, betapalah kalau roh sejarah itu masih ada, akan lahirlah masyarakat Islam sepertimana yang wujud di zaman Rasulullah dan para sahabat!

Sejarah moden juga diputarbelitkan, sedangkan semua ini rancangan mereka sejak kewafatan Nabi Muhammad lagi. Perang dunia pertama, kedua, perang dingin, perang teluk, huru-hara di Mesir sekarang ini, semua ini dalam pelan mereka.

Lakonan mereka cukup berjaya. Walaupun ribuan nyawa melayang itu bukan masalah. Bahkan nilai nyawa manusia selain bangsa yahudi adalah ibarat binatang, sebab itulah diperlakukan sesuka hati. Semua ini adalah persiapan untuk kedatangan dajjal.

Kalaulah kedatangan Imam Mahdi dipersiapkan, begitu juga dengan kedatangan dajjal, dan yahudilah yang mempersiapkannya!

Peristiwa 11 September, Osama bin Laden, ini adalah rekaan yahudi.Osama bin Laden tu tak wujud pun! Entah siapalah yang diambil wajahnya, dibubuhlah nama Osama. Keluarga Bin Laden pula dibayar dengan dunia untuk digunakan nama buruk mereka. Maka Islamlah yang dihina. Itulah tujuannya. Seolah-olah ini ajaran Quran, ajaran Nabi Muhammad.

Setakat dua buah bangunan yang dihancurkan dengan dua buah kapal terbang, apalah sangat nilainya bagi yahudi demi kedatangan dajjal. Dengan slogan anti-pengganas, misi keamanan, Osama bin Laden, Al-Qaeda, 11 September dan lain-lain, ini hanyalah sebahagian dari pelan kedatangan dajjal. Muncullah stesen Aljazeera seolah-olah wira yang menyampaikan berita dari tengah medan perperangan, rupa-rupanya itupun milik yahudi yang bertopengkan Islam juga.

Di Baitul Maqdis, kerja-kerja musuh Islam semakin rancak. Mereka bekerja 24 jam bagi memastikan usaha mereka tidak terganggu. Orang Islam di Palestin sedikit pun tidak menggugat mereka. Malah bridged Al-Qassam sedikit pun tidak menggangu mereka. Kerana mereka tahu yang akan merosakkan plan mereka adalah bangsa berhidung peset! Bangsa hidung mancung kini bukan zaman mereka lagi.

Pelan kedatangan dajjal hampir ke kemuncaknya. Yahudi hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa dan pada masa yang sama sedang mendirikan Haikal Sulaiman di bawahnya. Orang-orang mereka telah dipersiapkan diseluruh dunia, dipelbagai bidang. Semuanya berperanan di bidang masing-masing demi misi mereka ini.


Saddam Hussein asalnya adalah boneka yahudi, digunakan untuk 'Devide & Rule' di Timur Tengah. Namun Saddam berpaling tadah dan semenjak itu dia diancam. Begitulah juga yang berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana boneka yahudi, temasuk Anwar. Kalau tidak patuh dan taat pada mereka, rahsia peribadi akan dibongkar, dan kemuncaknya dibunuh.

Perang antara Hizbullah dan Israel, itu pun lakonan semata. Yang terkorban adalah puak sunni. Di depan manusia berperang di belakang tidur sebantal dengan musuh. Itulah yang berlaku di Lubnan selama ini. Begitu jugalah yang sedang berlaku di Syria sekarang ini. Yang terkorban adalah puak sunni, dan yang musnah juga bandar-bandar dan perkampungan sunni.

Malah, boleh dikatakan peristiwa di Syria sekarang ini sepertilah Nazi di zaman moden. Bahkan gaya atau cara tabik hormat Nazi dan Syiah adalah sama. Kerana kedua-duanya adalah rekaan dan ciptaan yahudi.

“Kalau bukan kerana orang-orang Iran (bantuan mereka), Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! “ Bekas Presiden Iran yang ke 4, Akbar Hashemi Rafsanjani.


“Selepas serangan 9/11 Amerika telah menyertai satu pasukan pakatan untuk menggulingkan Taliban. Pakatan itu termasuk India, Russia, Iran dan Pakatan Utara. Dengan bantuan Amerika, pakatan itu telah berjaya menggulingkan Taliban. Itulah sebenarnya yang berlaku” James Dobbins, bekas duta Amerika di kesatuan Eropah.


"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di Bumi AFGHANISTAN. Seharusnya Amerika mengetahui jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!" Akbar Hashemi Rafsanjani.


Sebelum ini, Suara Haramain membongkar kejahatan yahudi, dimana mereka itu kerjanya memisahkan hubungan manusia dengan Tuhan, sekalipun ada yang menyembah batu, itu pun akan dirosakkan mereka.

Sudahlah bermusuh dengan Tuhan, malah mengambil selain Allah sebagai Tuhan dan anutan. Sebentar berpisah dengan Nabi Musa, dibuatlah tuhan lembu daripada tanah dan disembah. Itulah yahudi. Di barat, kelihatan banyak monumen atau patung-patung aneh berupa binatang gabungan atau jin, itulah pujaan mereka. Ini semua ada kaitan dengan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Bahkan segelintir umat Islam sendiri mengambil itu sebagai hiasan.

Apa kaitan lembu Samiri yang disembah yahudi dengan dajjal? Ketahuliah! Bahawa ibu bapa dajjal adalah daripada sebahagian mereka yang selamat dikejar firaun bersama Nabi Musa dan menyembah patung lembu Samiri. Dan patung-patung yang dibina sekarang adalah lambang hormat kepada dajjal dan penghargaan kelahirannya.

Monumen Washington, sebuah tiang yang hujungnya bersegi tiga, adalah lambang pemujaan syaitan. Tiang itu dijadikan kebanggaan mereka, kononnya memperingati sejarah Amerika. Sebenarnya itulah peringatan dan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Sepertilah umat Islam melihat Kaabah dan mendapat kekuatan darinya, begitu juga dengan yahudi dan mereka yang menunggu kedatangan dajjal. Kalau umat Islam melontar batu ke tiang (jamrah), dengan niat membaling syaitan (merujuk sejarah Nabi Ibrahim), mereka memuliakan tiang tempat berkumpulnya syaitan itu.

Pope yang meletakkan jawatan baru-baru ini dan meninggalkan Vatican, ini pun adalah sebahagian daripada persiapan yahudi menyambut ketibaan dajjal.

Kalau begitu sekali persiapan mereka, maka munasabahlah persiapan untuk kebangkitan Islam kedua ini pun sangatlah hebatnya. Percaturannya, perjalanannya, tempatnya, semuanya adalah tersusun dan terpimpin. Sesuailah hebatnya persiapan ini dengan persiapan yang dibuat oleh yahudi.

Janji Tuhan dan Rasul akhir zaman, Islam pasti gemilang dan takkan kalah-kalah lagi.

4 Mac 2013

SIAPA KIRAM YG SEBENAR?

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM...

sila baca di sini..

SIAPA KIRAM SEBENAR?

KIRAM TIDAK SEDAR BAHAWA MEREKA TELAH DIBUANG OLEH TAUSUG KERANA ...?


Kerana...

Mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah FILIPINA. Satu kenyataan yang generasi muda dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat. Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina. Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi ENTITI SENDIRI sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan dibawah ketiak Filipina....

Kami generasi muda Tausug lebih rela SABAH dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina dibawah tapak kaki Filipina. Daripada terhina dibawah tapak kaki filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah. Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina. Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah, kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.

Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan SULTANIYAH SULU DARUL ISLAM (SSDI) dibawah pimpinan para Datu dan syarif dibawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami dah tak tahan dengan demokrasi... kami rindukan DARUL ISLAM.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!