29 Apr 2011

PESAN DARI PEMBACA BLOG UTK KETURUNAN TUN HABIB PADANG SAUJANA

salam kepada saudaraku pemilik blog raja linggi. terima kasih kasih atas usaha saudara yang murni mempertahankan daulat tun habib abdul majid sebagai ahlul bait, sungguhpun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan hentaman dari ahlul bait yang memakai gelaran syed di pangkal nama hadapan yang amat gah dan bangga dengan gelaran mereka. saya salah seorang zuriat tun habib dari jalur kesultanan terengganu ( tok sayyid asal ) ingin menerangkan dan memberitahu kalian semua, bukan golongan asyraf atau syed yang mengiktirafkan seseorang itu ahlul bait ataupun tidak, tetapi allah yang maha mengetahui akan sesetiap sesuatu. saya disini menegaskan sesiapa yang menyatakan tun habib itu bukannya berdarah sayyid, maka kalian carilah bekalan secukupnya untuk menjawab pertayaan allah s.w.t di mashsyar nanti.

kami sejak dari turun temurun lagi diberitahu oleh nenek moyang kami bahawa seluruh kerabat sultan-sultan terengganu adalah golongan tok sayyid asal di negeri ini yang pada ketika itu golongan sayyid tidak ada lagi yang menjejaki tanah di bumi terengganu melainkan golongan nenek moyang kami yang datang membawa sinar islam baik dari jalur tun habib abdul majid ataupun tokku pulau manis ( syarif abdullah al baghdadi ). Hujahan di atas berfakta, seluruh nenek moyang kami telah pergi tetapi warisan ilmu mereka tetap kekal abadi bersama kami diperturunkan dari generasi ke genarasi sehingga kini. kepada golongan syed2 yang berada diluar sana, jangan membuat pernilaian di bahagian kulit, lihat dalam2, gunakanlah makrifat yang didakwa berada bersamamu itu, renunglah tun habib sedalam2 dalamnya. dia bukan sahaja bendahara tetapi dialah ulamak awal. kepada anak cucu tun habib di luar sana, baik dari sultan atau orang kebanyakkan bangkitlah sekarang, dilapkanlah permata yang telah lama tidak bersinar, pakai pakaian nenek moyangmu yang asal iaitu ratib al hadad, ratib al atthos, ratib, al aidrus, wirid as sakran, doa nurun nubuwwah, amalan bismilla, yassin fadhilat, yassin 41, amalan ilmu gundik ali, doa saidina alkahsyaf supaya darah-darah zikir yang telah dikalimatkan ribuan tahun dulu kembali aktif setelah dicas dengan amalan di atas. bangunlah diwaktu malam mencari sinar dari khalid yang sebenar. tunduklah dirimu setelah menguasi perkara di atas, kerana zat yang esa tidak memandang darahmu tetapi hanyalah ketakwaanmu diperhatikan, bersyakurlah kalian di atas anugerah darah nubuwwah yang diwakili. kesian darah itu yang telah lama tidak dicas. cas lah ia dengan amalan di atas, rasailah kenikmatan yang tidak digambar oleh akal fikiran, akan menjelma kebenaran diakhirnya nanti. inilah jalanan golongan salaf dan baalawi yang terdahulu yang dibawa ke negeri terengganu sejak berkurun lamanya. aku memohon maaf dia ats segala pernyataan di atas sekiranya ada golongan kedulur di sana tersinggung perasaan di atas pendedahanku ini. yang benar tetap benar dan akan menjelma juga. semoga dengan ini aku tidak dipersalahkan lagi di mahsyar nanti kerana tidak memberitahu kalian semua.


semoga dengan ini allah mengampuni kita semua dan menyatukan kita dalam menegak daulat islamiah. akhir kalam. wassalam. dariku tengku mohamad sukri bin tengku jusoh bin tengku ahmad/engku ahmad bin engku ali bin engku sayyid embong al aidrus terengganu.

----------------------------------------------------------------------------


SATU PERINGATAN YANG BAIK....