Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam.
Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya
Mari kita bercerita tentang Nabi kita.
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
Supaya yang lupa diingat kembali.
Bertambah ingat lagi.
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
Dan membaca seperti manusia biasa.
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat ’
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Tawakalnya luar biasa.
Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
Dia tidak membunuh orang.
Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
Tapi dia tidak membunuhnya.
Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Kasih sayangnya sangat ketara.
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Orang yang bersalah dimaafkannya.
Sekalipun orang itu tidak memintanya.
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
Dia membuka bajunya untuk disebat.
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
Lalu dimerdekakannya.
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
Pemurahnya tidak ada taranya.
Macam angin kencang lajunya.
Tiada siapa yang boleh menandinginya.
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
Cuma ketaranya pada mukanya.
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
Sekalipun musuhnya.
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
Paling tidak, dia makan berdua.
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
Dia tidak pula mencercanya.
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
Sehingga orang tidak tahu marahnya.
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}
Sabarnya luar biasa.
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
Dia redha.
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
Yang tiada bandingannya.
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
Diberi gelaran Sahabat namanya.
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
Rasul adalah bulan pumama.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
Sekalipun orang itu kafir.
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
Kerana menghormati tetamunya.
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
Sekalipun binatang yang melata.
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan.
Sekalipun menyalahi utama.
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
Dia orang paling pemalu.
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya ..
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
Hingga bengkak-bengkak kakinya.
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
Tapi dia buat dengan sukarela.
Kerana mencari redha TuhanNya.
Dia sebaik-baik suami.
Tidak mampu orang lain membuatnya .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
Satu cerita yang menyayat hati kita.
Seorang buta yang benci kepadanya .
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
Hingga sampai waktu wafatnya.
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
Kamu ini siapa?.
Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
Si buta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Kalau dia bersahabat atau berkawan.
Mengutamakan kawannya.
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
Setiap orang merasa dia dihormatinya.
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
Supaya lebih terperinci lagi.
Cerita dan beritanya.
Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
Dia tidak akan makan sebelum lapar.
Dia akan berhenti sebelum kenyang.
Tidak macam manusia biasa.
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya ..
Kalau dia suka kerana Tuhannya.
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
Bukan kerana peribadinya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
Makan minumnya bukan diusahakannya.
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
Terutama yang ada keluarga.
Dia tidak menerima upah
Lebih-lebih Iagi meminta upah.
Kerana usaha perjuangannya.
Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
Dari usaha dakwahnya .
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
Hartanya diserahkan habis kepadanya .
Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Kalau dia bercakap lantang suaranya .
Tegang urat merihnya.
Kalau dia bercakap bak mutiara.
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
Bukan dari hatinya.
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
Dia bercakap pendek sahaja.
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ .
Kata-katanya singkat tapi padat .
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
Kita sambung lagi cerita nabi kita.
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
Sekalipun tidak berdosa.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
Insafnya dapat dilihat di mukanya.
Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
Rasulullah mudah menangis.
Kerana takutkan Tuhannya
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
Akhlaknya sungguh agung..
Tuhan memujinya.
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia ..
Sebelum dan sesudahnya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
Tidak ada siapa boleh menandinginya.
Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
Tawadhuk. dengan Tuhannya, sentiasa ada.
Sangat ketara, di dalam hidupnya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Dia berpakaian jubah dan serban.
Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
Warna hitam ada juga dipakainya.
Tapi sekali sekala.
Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
Daging sebagai lauknya
Itulah penguat badannya.
Demikianlah secara ringkas.
Yang global tentang cerita nabi kita
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
Yang lahir dan yang batin .
Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
Yang kekal sampai ke akhir zaman.
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memadai.
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .
22 Feb 2010
5 Feb 2010
BAHAYA MENOLAK ILMU ROHANIAH
Kalau diterima tuduhan-tuduhan dari sebahagian orang yang menolak tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu zauk, ertinya kita telah menganggap syariat Islam itu hanya mengenai kehidupan lahir semata-mata. Seolah-olah tidak ada hubungan langsung dengan soal-soal batin seperti persoalan hati atau roh dan nafsu. Ertinya sama ada sedar atau tidak, kita mengakui bahawa ajaran Islam itu sama sahaja atau setaraf dengan ajaran-ajaran isme atau ajaran ajaran ideologi ciptaan manusia. Yang mana peraturan- peraturan atau hukum-hakamnya hanya mengenai kehidupan yang lahir. Yakni apa yang dapat dinilai oleh mata lahir semata-mata dan tidak ada hubungkait langsung dengan hati atau roh dan nafsu.
Merbahaya sungguh jika kita menolak ilmu rohaniah ini. Tentu kita langsung tidak akan mempedulikan soal hati, nafsu dan hal ehwalnya. Tentu kita tidak akan ambil perhatian tentang kejahatan nafsu dan tidak anggap penting untuk membersihkan diri dan membuang sifat-sifat jahat tersebut. Sekaligus bererti, manusia tidak lagi bermujahadah untuk membaiki diri agar dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) dan menumpaskan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji).
Untuk menghuraikan lebih terperinci lagi kita bawakan beberapa contoh. Umpamanya, selepas memiliki aqidah, mereka cukup hanya sekadar mempraktikkan Rukun Islam yang lima. Boleh jadi mereka suka juga menambah ibadah-ibadah sunat yang lain. Tetapi di waktu itu mereka tidak akan mempersoalkan lagi tentang soal khusyuk atau tidak, ikhlas atau tidak, riyak dan ujub atau tidak, megah dan sombong atau tidak. Mereka tidak akan ambil berat apakah mereka berbuat kerana nama dan kemasyhuran atau tidak. Apakah ada udang di sebalik batu dan sebagainya dalam mereka mengajar, belajar, berdakwah, berjuang, berkorban, memimpin, menutup aurat dan lain-lain lagi.
Walhal inilah perkara yang paling penting yang mesti dijaga. Begitu juga kalau dia meninggalkan yang haram, dia tidak akan ambil kira yang batin. Apa sebab ditinggalkannya? Adakah kerana takut ditangkap atau kerana takutkan Allah? Takut susah atau takutkan Allah. Takut malu atau takutkan Allah. Takut dihina orang atau takutkan Allah. Yang penting pada mereka, cukuplah perintah buat atau perintah tinggal itu ditaati sesuai dengan syariat. Soal-soal hati di waktu itu tidak usah diambil kira sangat. Peranan hati usah diambil kira lagi. Di waktu dia bertindak itu, kerana atau mengapa hati itu mendorong bertindak begitu, tidak diambil kira. Yang penting ianya sesuai dengan syariat lahir, itu sudah cukup baginya.
Kalau diibaratkan orang membeli buah, dibelinya kerana mempertahankan keelokan kulitnya sahaja tanpa memikirkan soal isinya. Apakah begitu tindakan kita pada realitinya bila kita membeli buah? Tentu tidak! Malanglah kalau kita menerima pandangan ini. Yakni fikir kulit sahaja, tanpa memikirkan isinya.
Ini bererti kita menolak sabda Rasulullah dalam Hadisnya:
1. Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)
2. Maksudnya: “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Maka ketahuilah, itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Juga ia menolak sebahagian daripada ayat-ayat Al Quran.
1. Firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
2. Firman-Nya lagi:
Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)
Seterusnya orang yang menolak ilmu rohaniah, mereka akan menafikan adanya ilmu laduni, ilham, kasyaf, firasat, kedatangan hatif ( ) dan pertolongan ghaib. Sedangkan perkara-perkara yang disebut tadi, selain daripada ada disebutkan dengan ilmiahnya di dalam Al Quran dan Hadis, ia juga telah menjadi pengalaman orang-orang soleh zaman dahulu sepertimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab muktabar.
Begitulah wahyu Allah dan sabda Rasul-Nya serta hujah sejarah yang ada disebut di dalam kitab, yang menguatkan lagi hujah bahawa soal-soal roh atau hati dan nafsu ini mesti diambil kira. Kesimpulannya, pendapat-pendapat ulama yang menolak ilmu rohaniah ini sudah awal-awal lagi tertolak.

Langgan:
Catatan (Atom)