28 Sep 2009

NASI MANDEE GOMBAK : MENGEMBALIKAN NOSTALGIA DI TIMUR TENGAH

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk menjamu selera masakan Arab di sebuah cafe di Batu 5 Jalan Gombak. (saya dapat tahupun pasal restoran ini dari satu blog di alam siber). Sebenarnya saya sudah lama merasa rindu dengan masakan Arab setelah jatuh cinta dengan masakan mereka sewaku saya bermusafir selama 21 hari pada tahun 2007 di tiga buah negara Arab iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan kerana kembara yang dilakukan adalah berdasarkan pakej persendirian, pakej bajet di mana sebenarnya saya hanya memerlukan kurang dari RM5k untuk perjalanan selama 21 hari itu termasuk tiket penerbangan, perjalanan, penginapan dan makanan. Shopping?...Tidak ada istilah shopping kerana pemergian saya dengan bajet yang amat sedikit dan sebenarnya saya bagaikan bidan terjun sahaja dipanggil untuk turut bersama dengan rombongan tersebut.

Walaupun tanpa penginapan hotel atau perjalanan yang terancang, malah segala macam pengangkutan saya naiki. Kapalterbang hanya digunakan untuk perjalanan pergi dan balik dari Malaysia sahaja manakala pengembaraan merentas Mesir, Jordan dan Syria menggunakan pengangkutan laut dan darat. Satu pengalaman mengujakan apabila saya menaiki kapal laut membelah Laut Merah dari Mesir ke Jordan. Apapun, pengembaraan yang lasak itu memang memerlukan energi dan kesihatan yang baik. Mujur Allah SWT mengizinkan saya memperoleh kesihatan yang sangat baik disepanjang kembara itu.

Kami bernasib baik kerana mendapat rezeki yang murah disepanjang kembara tersebut kerana beberapa kali kami dijemput menjamu makan masakan Arab di beberapa buah rumah kenalan berbangsa Arab di Jordan dan Syria. Sudah menjadi tradisi Arab, yang sangat meraikan tetamu, dan kerana itu saya jatuh cinta dengan masakan Arab yang memang lazat.

Baiklah, berbalik kepada nasi mandee gombak tersebut, saya menyarankan pembaca sekelian mencuba masakan di restoran tersebut. Nama restoran itu ialah Nasi Mandee Nour, dan terletak bertentangan dengan Pasaraya Ong Tai Kim Batu 5 Jalan Gombak. Harganya sangat berpatutan kerana lokasinya yang sederhana memungkinkan harga yang ditawarkan lebih murah dari restoran masakan Arab yang selalunya berada di kawasan elit seperti dikawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.





Antara makanan yang dipesan ialah nasi mandee berlaukkan ayam dan kambing. Gambar di bawah menunjukkan nasi Mandee yang dihidangkan.



Walaupun hanya sepinggan besar, sebenarnya nasi dan lauk ini mencukupi untuk seramai lima orang dewasa untuk makan sehingga kenyang. Itulah istimewanya nasi Mandee sebenarnya. Teringat saya sewaktu di Jordan dan Syria sewaktu kami dijamu seekor kambing, beberapa ekor ayam dan sedulang besar nasi Mandee, waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa kenyangnya kami walaupun rombongan kami kira-kira seramai 20 orang.

Seterusnya ini adalah gambar Laban, sejenis yogurt Arab yang sangat sedap dijadikan pencicah kepada lauk dan lempeng Arab. Juga air teh berperisa pudina.





Disebabkan saya adalah pengemar tegar kambing, maka saya turut memesan Lamb Ausal (Tika) yang memanglah sedap rasanya. Ini dia masakan tersebut.



Begitulah antara beberapa jenis masakan yang telah dicuba di restoran tersebut. Dikhabarkan bahawa tuan punya restoran ini merupakan bekas pelajar Malaysia yang belajar di Syria manakala yang memasaknya adalah isteri beliau yang berketurunan Syria.

Sekian coretan kali ini. Terlepas sudah rindu saya pada nasi Mandee berlauk kambing yang saya cari-cari selama ini. Gombak ada segala-galanya. Dari kasut Gombak hingga ke nasi Arab Gombak.

Selamat mencuba!!!.

17 Sep 2009

APA ITU HARI RAYA ?



Apa itu hari raya? Pada lughah atau pada bahasa, raya ertinya besar atau utama. Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama. Pasar raya ialah pasar yang besar. Bandaraya pula ialah bandar yang besar dan utama. Begitu juga dengan lebuhraya dan sebagainya. Oleh itu hari raya bermaksud hari yang besar atau hari yang utama.



Benarkah hari raya itu hari yang besar dan utama? Kalau benar, di manakah letak kebesaran atau keutamaannya. Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari yang besar?



Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya?



Adakah pada setiap hari raya kita perlu tukar langsir, perabot dan permaidani? Adakah sempena hari raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru? Kita menjamu selera dengan bermacam-macam kuih-muih dan juadah yang enak dan lazat.



Atau adakah di hari raya patut kita berseronok dan bersuka ria dengan majlis-majlis hiburan lengkap dengan muzik, nyanyian, joget dan tari-menarinya. Kita adakan atau kita tonton pertunjukan atau "show" hiburan hari raya. Atau kita bermain mercun, bunga api dan meriam buluh.



Atau adakah cukup hari raya itu disambut hanya dengan bersembahyang hari raya, mengirim kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan.



Bagi orang Melayu, eid fitr dinamakan hari raya puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam hal ini sangat senang dan mudah. Ia dinamakan hari raya puasa kerana ia disambut selepas bulan puasa. Ini sebenarnya mudah yang sudah terlebih. Sudah over. Cara mudah memberi nama seperti ini tidak memberi gambaran atau maksud yang sebenar.



Maksudnya tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang Melayu terutama yang tidak mengaji agama, tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyambut hari raya puasa. Mereka juga tidak tahu bagaimana hari raya puasa patut disambut. Mereka kira hari raya puasa itu ialah hari untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja, membazir dan bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan geram setelah sekian lama disekat dan dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru, perabot baru atau permaidani baru. Bagi yang lebih tua, hari raya puasa jadi hari "nostalgia" dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat cucu yang tidak balik pada hari raya.



Sambutan hari raya puasa sudah tidak lagi menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar menjadi adat dan istiadat. Dengan "open-house"nya, hari raya "get-together"nya, "Hari Raya Dance"nya dan berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa ini. Para artis dan penghibur pula sibuk dengan show hari raya dan album hari rayanya.



Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewah. Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tari-menari, show, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Allah.



Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya "mengembalikan". Fitr itu "fitrah". Jadi "Eidil Fitri" itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud hari menyambut kejayaan mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.



Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan nafsu dan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, dikurniakan-Nya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Supaya kerakusan nafsu itu dapat ditekan dan diimbangi. Kalau tidak, nafsu akan bertambah-tambah rakus sampailah manusia itu mati. Dia akan mati dalam keadaan nafsunya yang bermaharajalela. Bagi orang Islam, kalau dia hidup selama 50 tahun selepas akil baligh, nafsunya akan ditekan dan fitrahnya dikuatkan sebanyak 50 kali dan selama 50 bulan. Ini banyak membantu mengawal nafsunya. Itulah rahmat Allah. Ia tidak berlaku pada orang kafir.



Kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Allah. Bila Allah sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Allah dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya akan rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Allah benci dan akan benci dengan apa yang Allah suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal dicampakkan ke dalam neraka.



Puasa itu ialah "menahan diri". Menahan diri dari segala apa yang disukai oleh nafsu. Puasa mampu membersih dan menguatkan fitrah. Iaitu puasa yang ada lahir dan batinnya. Puasa yang ada rohnya. Bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum dan bersedap-sedap dengan isteri di siang hari; mata kita, telinga kita dan lidah kita pun ditahandari melihat, mendengar dan berkata perkara-perkara yang mungkar. Akal kita ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang haram dan jahat. Hati kita ditahan dari merasakan perkara-perkara yang ditegah seperti marah, hasad dengki, buruk sangka, berdendam dan sebagainya. Ini semua sangat dibenci oleh nafsu. Tetapi dia dipaksa menerimanya supaya dia tunduk. Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu gilakan dunia.



Di samping puasa, ada banyak lagi amalan-amalan lain di bulan Ramadhan untuk membantu menekan lagi nafsu dan membersihkan lagi fitrah kita. Ada solat terawihnya, ada membaca atau tadarrus Qurannya, ada zakat fitrahnya dan berbagai-bagai lagi amalan sunat yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan seperti beriktikaf dan memberi makan orang yang berbuka puasa. Ini semua tidak disukai oleh nafsu. Dia akan tambah tertekan.



Di dalam diri manusia, nafsu dan fitrah itu seperti jongkang jongkit. Kalau nafsu kuat, fitrah akan lemah. Kalau nafsu lemah, fitrah akan kuat. Menekan nafsu adalah cara terbaik untuk menguatkan fitrah. Nafsumesti dilawan, tidak boleh dilayan. Nafsu yang kuat akan menyuburkan sifat-sifat mazmumah yang keji di hati kita.



Di sini kita dapat lihat bahawa fokus eidil fitri ialah pada amalan puasanya di bulan Ramadhan yang mengekang dan menekan nafsu dan bukan kepada hari rayanya yang disambut pada 1 Syawal. Yang dibesarkan ialah latihan rohaniah secara berpuasa yang dilakukan dan bukan hari berbukanya, iaitu hari rayanya.



Bulan Ramadhan adalah bulan berkat dan penuh rahmat. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Bulan syaitan dibelenggu. Bulan di mana pahala amalan dan ibadah dilipat gandakan dan doa diterima. Ia adalah bulan maghfirah dan keampunan. Malahan Allah memberi pahala terhadap ibadah puasa tanpa hisab. Kalau dalam ibadah lain, pahala yang Allah beri itu ada sukatan dan skalanya, tetapi bagi ibadah puasa ini,pahalanya ikut suka Allah.



Justeru itu, 1 Syawal sebenarnya ialah hari murung dan hari kesedihan. Hari berakhirnya bulan berkat dan bulan rahmat. Hari berakhirnya bulan keampunan. Hari terbuka semula pintu neraka dan bebasnya para syaitan. Bermula pada 1 Syawal, dunia akan mula mengkeronyok dan merobek-robek fitrah kita; mengotori, mencemari dan merosakkannya hinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya. Belum tentu kita dapat temuinya kalau ajal tidak mengizinkan.



Kalau begitu, kenapakah kita gembira sangat pada hari raya. Tidak ada apa-apa sebenarnya yang kita hendak gembirakan. Tidak ada apa-apa yang kita hendak sambut. Tidak ada apa-apa keistimewaan di hari raya kecuali kita disuruh berbuka dan diharamkan berpuasa. Yang ada hanya berbanyak-banyak syukur, memuji, memuja dan membesarkan Allah. Kalau hari raya disambut dengan penuh pembaziran dan kemewahan, tambahan pula kalau dalam menyambutnya ada pula kelalaian, maksiat dan kemungkaran, maka pada hakikatnya, puasa kita selama sebulan itu tidak ada makna apa-apa. Tidak ada apa-apa kebaikan yang kita dapat. Jelas bahawa fitrah kita masih kotor dan rosak. Jiwa kita masih lemah kalaupun tidak mati, walaupun sudah berpuasa selama satu bulan. Kalau pada 1 Syawal pun, fitrah kita sudah lemah dan rosak, bagaimanakah mampu kita selamat dalam mengharung dan menghadapi dunia ini selama sebelas bulan lagi sebelum tiba Ramadhan akan datang.



Kalau hari raya disambut pula dengan bersuka ria, berpesta, berhibur dan bermewah-mewah, jelas bahawa itu adalah atas tuntutan nafsu, bukan tuntutan fitrah. Bagaimana pula sebaik selesai kita berusaha membersihkan fitrah kita di sepanjang Ramadhan, nafsu kita pula yangmengamuk dan menguasai diri kita pada 1 Syawal.



Sebagai umat Islam yang inginkan kebaikan dunia dan akhirat, kita perlu ubah fahaman dan pegangan kita tentang hari raya puasa ini. Kalau bolehkita tukar istilah hari raya puasa ini kepada istilah yang lebih tepat mengikut kehendak agama. Kita tukar kepada hari raya fitrah, contohnya; yang selalu juga kita gunakan, yang bermaksud hari besar fitrah; iaitu hari kita membesar dan mengutamakan fitrah kita.



Setelah kita benar-benar faham apa sebenarnya erti Eidil Fitri, mungkin kita boleh menyambutnya dengan cara yang lebih tepat dan sesuai. Hari raya fitrah patut diisi dan dipenuhkan dengan berzikir, bertafakur, bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Allah. Ia patut disambut dengan segala kebaikan yang berpunca dan yang didorong oleh hati atau fitrah yang sudah suci dan bersih. Pada hari raya fitrah, kita patut membantu dan memberi makan fakir miskin, merapatkan silaturrahim, berziarah dan memberi hadiah. Bermaaf-maafan, bertolong bantu, berkasihsayang dan sebagainya. Hari raya fitrah bukan hari untuk memuaskan nafsu.

15 Sep 2009

KITA SERUMPUN, SATU NUSANTARA


Melihat beberapa demo yang dilakukan di Indonesia untuk memperlihatkan kepada mata dunia bahawa Malaysia bukan jiran yang baik, malah mahu di buluh runcingkan, mengejutkan saya.

Saya melihat hal ini adalah salah satu perancangan hidden hand yang sedang berusaha MEMPERLIWATKAN hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. Maafkan saya jika menggunakan perkataan yang agak jelek itu, tetapi ia sekadar ingin mengingatkan kepada semua ada satu hubungan antara hidden hand dengan perkataan tersebut. Salah satu JIHAD hidden hand adalah mempromosikan hubungan jelik ini dan melantik pemimpin-pemimpinnya dari kalangan yang menyukai hubungan jelek ini.

Jika kita celik sejarah kita akan mengetahui tidak ada bezanya Malaysia dan Indonesia suatu ketika dulu, tidak ada sempadan antara kedua negara ini. Ia adalah satu, begitu juga dengan Singapura dan Thailand. Namun perancangan hidden hand melalui agenda divide and rule mereka telah memusnahkan empayar ini, empayar melayu Islam yang gemilang dan terkenal di seantero dunia. Apakah perlu kita menyalahkan hidden hand sepenuhnya? Tidak. Sejarah telah mengajar kita bahwa bila kita meninggalkan syariat Allah serta tidak berpegang lagi kepada taliNya untuk menjalinkan hubungan Habluminallah (hubungan dengan Allah) dan Habluminannas (hubungan dengan manusia) maka umat Islam akan dikeronyok oleh orang kafir.

Maka atas kelalaian itu, umat Islam berpecah belah, tidak bersatu padu, berhasad dengki, tindas menindas, berebut kuasa dan sebagainya, maka senanglah musuh-musuh datang menangguk di air yang sudah keruh. Mereka sentiasa bersiap siaga menanti peluang terbaik, kerana itulah peranan mereka sebagai musuh. Jadi musuh tidak perlu disalahkan, yang penting kitalah yang perlu muhasabah sebelum menuding jari kepada orang lain. Perbuatan asyik menyalahkan orang lain itu, adalah perbuatan yang Allah laknat, itu perbuatan orang yang sombong mengakui kesalahan diri sendiri. Sifat ini menurut ilmu tasawuf adalah sifat mazmumah. Biar setinggi langit ilmu di dada, tetapi jika sifat ini jadi amalan atau pakaian, maka tidak bergunalah segala ilmu tersebut, hanya menjadi LIABILITI di akhirat nanti.

Berbalik kepada topik artikel ini, Kita Serumpun, Satu Nusantara, suka saya menegaskan, isu yang dipermainkan dan disentimenkan oleh segelintir rakyat Indonesia di Indonesia sana, bukanlah isu BESAR dan isu MAJORITI rakyat Indonesia. Rata-rata mereka mengetahui bahwa kita sebenarnya satu rumpun, dan mereka juga sukakan keharmonian dan kedamaian. Ia hanya satu permainan SENTIMEN dari salah satu perancangan hidden hand yang kaget dengan situasi yang diluar jangkaan mereka. Mereka kira boleh ulang kembali zaman Sukarno dengan mengembalikan nostalgia buluh runcing dan konfrantansi, namun mereka tidak sedar walaupun mereka mampu menjatuhkan Suharto yang sangat mereka benci itu, tetapi semangat Pak Suharto masih ada di hati para pemimpin Indonesia sekarang.



Semangat tulus Pak Suharto itu masih hidup dan segar. Saya percaya Pak Bambang dan barisan kepimpinannya sedang berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah ini. Saya yakin. InsyaAllah.

Apapun, saya mendoakan semua akan berjalan lancar dan saya mendoakan perancangan hidden hand untuk mengembalikan semangat era komunis di Malaysia ini akan tewas. Ingat lagi mengapa ada ura-ura membawa Chin Peng balik ke Malaysia? Itu juga satu dari rentetan perancangan tersebut.

Sekian wallahualam.

12 Sep 2009

PERANCANGAN HIDDEN HAND

Di sebalik penguasaan sains dan teknologi dunia yang membuat ramai orang menjadi tidak percaya kepada perkara yang diluar dari pancaindera yang lima, yang menjadi pencinta sains dan teknologi yang membabi buta, yang akhirnya di tahap ekstrimis hingga tersungkur sebagai ATEIS kerana Allah itu tidak dapat dibuktikan dengan pancaindera dan peralatan makmal yang ada, ada tersembunyi rahsia yang halus dan licik, satu perancangan hidden hand yang sengaja mengula-gulakan manusia dengan KEGILAAN dan KETAKSUBAN kepada sains dan teknologi. Hingga ada yang bertuhankan sains dan teknologi ini.

Sedangkan hakikatnya, sains dan teknologi hanyalah satu pembuktian kepada kekuasaan Allah sahaja. Ia bukan penciptaan baru hanyalah sekadar penemuan ilmu baru yang selama ini masih belum ditemui manusia. Ilmu Allah itu maha luas, sehingga kiamatpun manusia tidak mampu mempelajarinya atau habis menerokainya.

Manusia yang bertuhankan sains dan teknologi ini dan yang masuk di dalam perangkap yang dibina oleh hidden hand ini, akan menjadi seorang yang tidak langsung mahu membuka akal dan hati mereka untuk melihat apa yang di luar pancaindera mereka. Segala yang tidak dapat dijangkau oleh akal yang terbatas itu dan tidak dapat dirasa, disentuh, dilihat dan dihidu, dianggap sekadar ILUSI atau fartamorgana. Mereka mahukan pembuktian SAINTIFIK dan jika tidak ada tangible value atau measurement, mereka melihat ia bukan REALITI atau BUKTI.

Tidak salah mempelajari sains dan teknologi tetapi jangan sampai menganggap AKAL yg sifatnya terbatas itu mampu mengukur dan memahami semua perkara di dalam bentuk saintifik. Ada yang tidak terjangkau dek akal tetapi hati yang tawaduk dapat mencernakannya dari ilmu wahyu Allah yang tidak terbatas sifatnya dan berlapis=lapis itu.


Hidden Hand telah berjaya dgn cemerlang mengula-gula malah mensyirikkan manusia dgn sains teknologi, tetapi hidden hand dan pengikutnya sangat mempercayai hal-hal yang ghaib ini malah mereka cuba menguasai setiap ilmu yang ghaib ini contohnya seperti ilmu SIHIR. Mereka adalah orang yang sanggup menjelajah, meneroka dan mempelajari dgn apa cara sekalipun agar tenaga GELAP dari ilmu-ilmu sihir ini dapat digunakan untuk mengalahkan musuh mereka. Terutama orang-orang Islam yang mereka tahu mempunyai satu ANUGERAH dari RSAW berupa Nur Muhammad, satu cahaya yang mampu mengalahkan mereka dan cahaya ini lah yg sangat mereka takuti.

Namun begitu, malang sekali ada antara org Islam malah yang ada ilmu Islam bertaraf PhD sekalipun, bersekongkol dgn Hidden Hand ini dalam menghalang umat Islam mengetahui KEKUATAN mereka di dalam mengalahkan Hidden Hand dan pengikutnya. Mereka ini sebenarnya telah disihir dengan pendidikan yang dicelup dari AKIDAH YAHUDI ke dalam sistem pengajian mereka. Memang benar mereka ilmuwan Islam, tetapi mereka sudah hilang ROH atau WASILAH RSAW itu di dalam ilmu mereka. Ilmu mereka tidak mempunyai LINK kepada NUR MUHAMMAD maka jadilah ilmu islam yang ada di akal mereka berhujah menurut akidah yang telah didajalkan. Sekarang ini kita tidak pelik apabila melihat ramai lulusan PascaSiswazah Islam yang berlumba-lumba untuk belajar di Barat kerana di sana lebih mudah mendapat PhD daripada di negara Timur Tengah. Lihatlah guru mereka, siapa guru mereka? Tentu sekali para orientalis yang sudah dicelup akidah dajal. Mereka kembali ke Malaysia ini membawa ilmu islam bertaraf PhD dan menjadi pakar di universiti-universiti seterusnya menghasilkan satu rantaian ilmu yang berakidahkan dajal ini. Rantaian itu amat kuat sekrg,dan sukses sekali Hidden Hand merancangkannya.

Sebenarnya, satu rahsia yang mungkin ramai tidak tahu, sudah ratusan tahun si pengikut Dajal turut menyusup ke dalam pendidikan di Universiti Al Azhar yang tersohor itu. Ia bermula kononnya dengan mengajar subjek-subjek ilmu selain dari Islam di mana dipinjamkan guru-guru yang direkrut hidden hand ini untuk mengkaji sistem pendidikan di sana. Dan sekarang apa yang boleh kita lihat di Azhar malah di universiti Timur Tengah yang lain? Yahudi mengajar ilmu Islam kepada orang Islam sendiri. Kenyataan ini agak polemik, saya mohon maaf tetapi siapa yang mahu menafikannya? Ia memang benar berlaku.

Kerosakan ini memang teruk tetapi yang selamat akan selamat juga. Mereka ini yang lurus hati dan ikhlas dengan agamanya, namun yang selamat ini, Allah pelihara mereka dari terperangkap dari ditimpa kerosakan dari perancangan hidden hand ini mungkin disebabkan didalam diri mereka sendiri sudah terbina dengan link dari WASILAH RSAW yang menghalang mereka kesurupan dengan modus operandi hidden hand ini.Hanya Allah yang mengetahui sebabnya.

Demikian buat kali ini. Wallahualam.

8 Sep 2009

HIDDEN HAND vs SACRED LIGHT


Agenda Hidden Hand sudah sampai ke kemuncaknya, mereka sudah tahu di mana akan menyinar kembali SACRED LIGHT. HIDDEN HAND semakin ketakutan tetapi mereka tidak pernah berputus asa, seperti juga IBLIS yang sudah berjanji untuk menyesatkan ANAK ADAM dari siratalmustaqim di dunia ini.

Hidden Hand beroperasi dengan mengaburi mata hati manusia, mereka membawa perkara yang meragukan, mereka mengajar manusia supaya cenderung kepada kesamaran, kekelabuan. Mereka mendidik agar meningkatnya kebencian, prasangka, agar dengan itu fitnah dan kezaliman serta kejumudan dan kebebalan berleluasa di antara manusia.

Hidden Hand merasakan perjuangan harus dilagangkan pada tahap maksimum dan beliau dan pengikutnya sedar, inilah kemuncaknya dan selepas ini mereka akan dikalahkan walaupun masih tidak dilenyapkan kerana sudah begitu perjanjian bahawa hanya KIAMAT penamat kepada keiblisan dan kesyaitanan mereka.

Tanda-tanda kejatuhan mereka memang sudah ada, seperti juga tanda-tanda bahawa CAHAYA SUCI akan menyinar kembali di mukabumi ini. Berlakulah perlawanan antara dua kuasa iaitu kegelapan dan cahaya suci.

Yang pasti mereka kini sedang mencari seramai mana pengikut untuk bersama-sama mereka terjun ke jurang kesesatan. Manusia yang berpenyakit al wahan adalah tawanan mereka, yang akan menjadi pengikut mereka untuk dibawa jauh dari CAHAYA SUCI itu. Hidden Hand sangat menyukai jika ada yang menggunakan AGAMA tetapi dalam masa yang sama memperjuangkan agenda Hidden Hand ini. Senang sekali bagi Hidden Hand menipu dan memperdaya mereka ini, kerana mereka menjual agama untuk mendapat sedikit kesenangan dunia. Inilah orang-orang yang amat disukai Hidden Hand untuk ditunggangkan menggunakan modus operandi Hidden Hand yang sangat halus dan licik.

Allah SWT membiarkan sipengikut bertopeng agama ini diulit kepalsuan oleh Hidden Hand tanpa sedikitpun mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya semakin jauh di dalam kesesatan. Mereka merasa mengejar syurga yang dibawa oleh Hidden Hand tetapi hakikatnya mereka mengisi ruang-ruang untuk bersama Hidden Hand di neraka. Sayang sekali, hati mereka sudah buta kerana dahsyatnya sifat ego dan sombong itu memperdayakan mereka.

Siapakah yang akan selamat dari agenda Hidden Hand ini?...

CATATAN :

Hidden Hand = Dajal
Sacred Light = Nur Muhammad