NAPOLEON Bonaparte yang beriaya menggemparkan dunia dengan kewibawaannya menyatu-padukan kaumnya, akhirnya tumbang juga. Hitler seorang genius di dalam ketenteraan dan kepimpinan hingga dapat melahirkan satu kesatuan bangsa yang kuat dan gagah, akhirnya kecundang juga.
Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin dunia moden hari ini samada dari dunia Islam mahupun dari dunia bukan Islam, guling-mengguling antara satu sama lain sering berlaku. Mereka semuanya mengakui menjadi juara dalam menyatukan bangsa dengan berbagai-bagai konsep perpaduan yang mereka bawa. Tetapi tidak ada satu negarawan pun yang dapat melahirkan bangsa yang hakiki.
Kita dipaparkan melalui sejarah bangsa betapa mereka yang mengaku menjadi juara dalam menyatupadukan bangsa, telah membawa bangsa dan negaranya ke dalam kancah huru-hara dan kacau-bilau. Begitu banyak sekali nyawa yang terkorban dan tidak wujud lagi kedamaian dan keamanan di tengah-tengah kehidupan manusia. Me-ngapakah hal demikian boleh teriadi sedangkan mereka sendiri yakin bahawa konsep bersatu yang mereka bawa boleh membawa keamanan dan kedamaian.
Puncanya ialah manusia-manusia yang memperiuangkan konsep bersatu dengan menggunakan fahaman-fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan laintii7iu adalah manusia-manusia yang tidak takut kepada Allah S.W.T, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cinta kepada syurga Allah. Kerana itu mereka tidak mampu berhadapan dengan hawa nafsu yang sentiasa meruntun manusia berbuat kejahatan. Firman Allah S.W.T:
Maksunya:
"Sesungguhnya, nafsu itu sangat menyuruh membuat kejahatan. " - Yusuf 53.
Kerana manusia-manusia ini tidak dapat melawan hawa nafsu, maka mereka tidak akan dapat mengeiakkan diri daripada mementingkan diri sendiri, hasad dengki, ego, riak, sombong dan takbur, hina menghina, sifat dendam, tamak, bakhil , tidak bertimbang rasa dan lain-lain nya. Dan begitu jugalah dengan menggunakan kebudayaan dan adat istiadat sebagai ikatan.
Mereka bukan mengutamakan kebesaran Allah S.W.T hingga gerun kepada neraka-Nya serta cintakan syurga-Nya. sebab itu, walaupun kebudayaan dan adat istiadat yang mereka bawa bercanggah dengan syariat, namun tetap mereka pertahankan.
Umpamanya, ada setengah-setengah kaum yang menganggap persentuhan antara lelaki dan perempuan dua beradik sepupu tidak salah dari segi adat. Kerana itu, adat ini mereka pertahankan walaupun dari segi syariat adalah salah. Akibatnya maksiat menjadi-jadi. Manusia tidak takut melanggar perintah Allah.
Dengan demikian, jelaslah kepada kita bahawa konsep bersatu yang diperjuangkan oJeh pemimpin-pemimpin hari ini tidak boleh menjamin kedamaian dan keamanan hidup malah lebih banyak menimbuJkan perselisihan, pergeseran, pertarungan, guling-mengguling yang akhirnya membawa kepada peperangan. Dan bagi kita, tidak hairanlah mengapa berlakunya pergaduhan di antara anggota-anggota di dalam sesebuah persatuan atau di antara dua negara waJaupun mereka menganut fahaman yang sama iaitu samada samasama berfahaman sosialism atau komunisma atau nasionalisma dan sebagainya. Malah, di barat sana kita dapati satu negara yang rakyatnya sama-sama berfahaman demokrasi telah bergaduh dan berbunuh-bunuh sesama sendiri.
Dengan demikian juga, kaJau fahaman-fahaman ini digunakan untuk menyatu-padukan umat Jslam dengan tujuan untuk membawa umat Islam ini ke arah kesatuan atau ummah, maka tidak hairanJah kalau umat Islam yang menjadi anggota satu-satu organisasi atau anggota satu masyarakat atau daerah atau yang menjadi rakyat sesebuah negara Islam itu pun akan bergeser sesama sendiri hingga timbul di kalangan mereka krisis demi krisis, timbul perpecahan dan pergaduhan yang juga boleh mengakibatkan peperangan sesama sendiri.
Sedangkan kesatuan ummah yang dipimpin Rasulullah S.A.W adalah satu kesatuan ummah yang penuh keamanan dan kedamaian; yang tidak berpecah-belah; yang tidak bergaduh sesama sendiri; yang penuh dengan ukhwah dan kasih sayang dan sebagainya.
Apakah rahsia yang membawa umat Islam ketika itu dapat bersatu dalam kedamaian dan keamanan?
Ini adalah kerana umat Islam ketika itu dipersatukan oteh Rasulullah S.A.W atas dasar imap. Manusia ketika itu memang ada rasa bertuhan, dididik tahu bagaimana hendak menyembah Allah dengan cara yang betul. Mereka ini telah dapat dipimpin dan dipersatukan oleh Rasulullah dengan cara memperkenalkan Allah S.W.T kepada mereka dengan pengertian yang sebenarnya serta membawa mereka memperbesarkan Allah dan menyembah-Nya dengan cara yang betul hingga timbul di hati mereka rasa takut kepada Allah S.W.T. Dengan sendirinya, umat yang bersatu itu takut hendak melanggar setiap perintah Allah serta patuh kepada suruhan Allah S.W.T.
Kemudian Rasulullah S.A.W menambahkan kekuatan kesatuan umatnya dengan memperkenalkan negara akhirat dengan sebenar-benarnya hingga timbul di dalam hati masing-masing bagaimana gerunnya neraka Allah dan bagaimana hebatnya kuasa Allah S.W.T. Kerana itu, manusia takut melakukan perbuatan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka manakala mereka mudah melaksanakan perbuatan yang boleh membawa mereka ke syurga.
Hasil dari keyakinan ini, maka manusia dapat melawan nafsu dan syaitan yang mana kedua-dua inilah yang membawa kepada perpecahan, pergaduhan dan pergeseran hingga membawa kepada peperangan. Nafsu dan syaitan jugalah menyebabkan manusia menaruh sifat-sifat keji di dalam jiwa hingga mendorong manusia itu melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemaksiatan. Bilamana semua ini berlaku, maka bukanlah dinamakan persatuan dan perpaduan lagi.
Demikian, sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Rasulullah menyatu-padukan umat Islam. Kekuatan perpaduan umat Islam ketika itu tidak dapat dijejas dan digugat oleh sebarang ancaman dan penindasan. Ini jelas terbukti ketika Rasulullah dan pengikut-pengikutnya diasingkan oleh kaum Quraisy selama tiga tahun, yaitu mereka mengasingkan dengan tidak mahu berjual beli dengan pengikut-pengikut Rasulullah, tidak mahu kahwin mengahwini antara mereka dan menyekat barang-barang makanan kepada mereka. Namun demikian, kesatuan Rasulullah bersama pengikutnya masih teguh.
Bukan sekadar itu saja, penzaliman dan penindasan telah dilakukan oleh kaum musyrikin terhadap kesatuan Rasulullah S.A.W bersama pengikutnya yang telah beriman. Anggota mereka diseksa seperti Sayidina Bilal misalnya. Dia dijemu ditengah-tengah panas terik t npa makan dan minum dengan kedua kaki dan tangannya diikat. Namun mereka tetap berpegang teguh kepada Rasulullah S.A.W dan ajaran Islam.
Inilah bentuk perpaduan yang lahir hasil dari manusia takut kepada Allah, gerun kepada neraka Allah dan cinta kepada Syurga Allah.
Jadi di sini dapatlah kita fahamkan bahawa persatuan dan perpaduan itu ada hubungan dengan hati. Pertautan hati itu pula adalah lahir dari takut kepada yang satu serta mencintai hanya yang satu iaitu takutkan Allah dan mencintai Allah semata-mata. Inilah yang menjalinkan rasa persaudaraan dan ukhwah yang mana adalah tumbuh di dalam hati manusia yang ia pula berhubung langsung dengan Allah yang Maha Esa.
Dari kesatuan hati-hati manusia itulah maka timbulnya kesatuan yang lahiriah.
Maka tercetuslah perpaduan yang ada hubungannya dengan matlamat yang satu iaitu matlamat menuju kepada keredhaan Allah S.W.T. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda tetang kesatuan hati:
Maksudnya:
"Roh-roh (hati-hati yang menyintai Allah (mengingat) itu timbal-menimbal di antara satu sama lain."
Inilah yang dikatakan bersatu mengikut pengertian yang sebenarnya, iaitu bersatunya manusia itu berpunca dari kesatuan hati-hati yang sama-sama mengingati Allah, menyintai Allah dan sama-sama takut kepada-Nya.
30 Jul 2009
18 Jul 2009
KONTROVERSI, SPEKULASI dan MIND CONTROL
Kisah kematian seorang pembantu EXCO negeri Selangor, memang mengejutkan. Rentetan peristiwa sebelum kematiannya, memang membawa 1001 andaian dan spekulasi. Ia merupakan satu kes yang penuh kontroversi.
Ia dikontroversikan lagi oleh puak yang berkepentingan, yang sudah tentu akan mempolitikkannya untuk kepentingan mereka atau mungkin juga satu jalan MUDAH untuk menutup bangkai yang mereka sendiri cuba sembunyikan...mereka tukar bangkai lama kepada bangkai baru...jadi tentulah bangkai baru yang jadi prioriti dan bangkai lama yang mereka cuba sembunyikan, dilupakan..bijak mereka ini..si algojo politikus dan politenuk ini.
Sungguh bijak para politikus itu memilih persekitaran untuk mempromosi kontroversi dan spekulasi mereka kali ini...mungkin juga mereka tidak merancang sebelumnya, tetapi kebetulan yang tidak terjangka mengundang peluang untuk mereka merangka plan B tersebut. sudah tentu para politikus yang opportunis ini yang biasanya berwatak hipokrit aka penipu tahap dajal ini tidak melepas peluang keemasan ini...they grab the SUPERGOLD opportunities to create a SUPER HYPHOTESIS aka SPECULATION to plan a MIND CONTROL in RAKYAT perceptions'...huhuhu..
Nah, permainan MINDA mereka menjadi semakin ampuh, rakyat yang senang dimainkan sentimen dan agak kebebalan memahami dan berfikir secara rasional akan turut menjadi permainan mereka si algojo ini.
Saya hanya ingin melihat berapa ramai yang menjadi buah2 catur permainan sialgojo, yang minda mereka dijadikan bahan eksperimen mesin MIND CONTROL puak sialgojo ini...dengar kata mereka sudah salahkan SPRM..hehe..apa lah bebalnya nak salahkan SPRM,sedangkan yang dibunuh itu SAKSI utama SPRM, tak munasabah langsung SPRM yang hendak bunuh saksi mereka..kalau nak jadi agen MIND CONTROL pun biarlah cerdik sikit..nanti senjata yang makan tuan sendiri.
Tak apalah, kita tunggu dan lihat...permainan ini memamg memualkan, dan siapa yang BUTA HATI akan jadi mangsa permainan MIND CONTROL ini.
Catatan :
Kepada yang taksub dengan PAKATAN RAKYAT, tolong rasional dalam menangani isu ini, kebarangkalian ia dijadikan pencetus kepada beberapa isu lain. Antaranya :
a. ketidakpercayaan kepada badan-badan kerajaan
b. keraguan kepada sistem kehakiman
c. keraguan kepada pihak penguatkuasaan seperti polis dan tentera
d. ketidakpercayaan kepada kerajaan
e. pemberontakan atas nama isu perkauman
Kepada saudara seagama dan sebangsa, perlulah kita bersatu padu, jangan sampai nasi menjadi bubur, jangan tertipu dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan yang mereka laungkan, mereka hanya meniti atas KEBEBALAN kamu sahaja yang tidak faham dan mengeri apa yang dimaksudkan dengan KEADILAN dan KESAKSAMAAN di sisi Islam dan dibawa oleh RSAW.
Sekian.
17 Jul 2009
MUNAJAT
IDEOLOGI SEKULARISME ciptaan Barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dan agama, dengan harapan terciptanya hidup yang indah, rupanya telah memberi hasil yang sangat buruk. Kehidupan manusia menjadi begitu pincang dan cacat. Terutama di Barat, pusat ajaran sekaler itu dihasilkan, manusia sudah kehilangan identiti kemanusiaannya. Sudah rosak serosak-rosaknya. Tanpa agama, mental dan spiritualnya dikuasai nafsu dan syaitan 100 peratus, sehingga manusia menjadi seperti syaitan atau binatang. Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi sama sekali.
Orang Timur, walaupun katanya beragama, tapi kerana sudah dirasuk oleh ajaran sekular ciptaan Barat itu, menjadi senasib dengan orang Barat. Sebab agama tidak dijadikan panduan hidup, cuma tinggal namanya saja. Kalau Barat sudah rosak 100 peratus, di Timur sudah 80 peratus rosak. Masyarakat manusia yang sepatutnya hidup dalam keadaan tenteram telah menjadi kelam-kabut dan huru-hara.
Pemimpin yang sepatutnya menjadi payung menaungi rakyat telah menjadi penjahat dan perosak rakyat. Ibu ayah yang sepatutnya menjadi ketua rumah tangga telah menjadi penjahat-penjahat yang menyiksa anak-anak. Ulama yang sepatutnya menjadi obor menaungi masyarakat, telah menjadi peluru kendali yang menembak rakyat hingga masyarakat menjadi kucar-kacir. Orang-orang kaya yang sepatutnya menjadi bank masyarakat, telah menjadi lintah yang menghisap darah rakyat.
Aduh! Sungguh sudah rosak masyarakat manusia itu. Mungkin masyarakat di dalam hutan lebih bersih dari masyarakat di kampung dan di dusun, cuma mereka tidak memiliki peradaban.
Di rumah tidak terhibur, dalam perjalanan tidak tenang, di sekolah atau pejabat tidak terhibur, suasana politik memusingkan kepala dan di tengah masyarakat tidak ada ketenteraman. Maka hiduplah manusia seolah-olah di tengah kumpulan kambing, serigala, ular, harimau dan lain-lain lagi. Hidup terasa jadi buruan dan pelarian. Itulah watak dunia dan manusia sekular, yang sudah beratus-ratus tahun mewarnai dunia. Manusia hilang seri wajah dan sakit jiwa. Banyak yang masuk ke rumah sakit jiwa daripada yang masuk ke universiti-universiti.
Siapakah yang hendak disalahkan dan di manakah titik awal penyelesaian masalah itu? Lebih baik kita menyalahkan diri sendiri, lalu mengajak diri untuk memperbaiki keadaan. Setelah segala ideologi ternyata gagal memberi kebahagiaan kepada manusia dan dunia, bagaimana kalau kita tanya Tuhan, yakni merujuk kepada ajaran Tuhan. Sebab Zat yang paling tahu tentang manusia itu, bukan manusia tetapi Tuhan yang mencipta manusia. Jadi tentu Allah tahu bagaimana hendak memperbaiki manusia yang sudah rosak itu termasuk diri kita.
Kalau kita jujur dalam hal itu, sesungguhnya jalan keluarnya pasti ada! Masyarakat model yang baik, sebaik yang kita inginkan, pernah muncul di dunia ini suatu masa dulu. Kalau kita rujuk ke sana, rasanya kita juga akan berpeluang untuk mengecap suasana hidup di dalamnya.
Pada-Mu ya Tuhan, kami nyatakan keinginan yang sungguh-sungguh, untuk kembali ke hadrat-Mu. Untuk itu datangkanlah seorang pemimpin penyelamat yang dapat memulai kerja-kerja itu, sehingga kami mengikut jejaknya. Tanpanya, bagaimana kami bisa memulai perjalanan yang asing dan sulit ini!

14 Jul 2009
BM SEBAGAI BAHASA PENGANTAR LEBIH MUDAH
Menarik untuk dikongsikan.
MAJORITI pelajar tahun satu aliran sains dan teknologi (S&T) berpendapat penggunaan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran S&T lebih memudahkan kefahaman mereka.
Malah mereka menyifatkan peristilahan sains dalam BM sesuai digunakan dalam pembelajaran S&T dan mereka lebih memahami istilah berkenaan.
Pandangan tersebut diperoleh pada kajian yang dilakukan terhadap para pelajar di peringkat diploma, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terdiri daripada pelajar jurusan seni bina, sains dan kejuruteraan.
Kajian itu dilakukan oleh pensyarah di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Nor Hapiza Mohd Ariffin dan Norrizah Jaafar Sidik.
Menurut mereka, sebanyak 94 peratus pelajar menyifatkan penggunaan BM dalam peperiksaan atau penilaian S&T mudah difahami dan tidak menghadapi kesukaran menggunakan bahasa itu semasa menjawab soalan (84 peratus).
Daripada jumlah 100 pelajar yang ditemu duga hanya 16 peratus yang tidak bersetuju penggunaan BM dalam istilah sains dengan alasan ia sukar diterjemah dan mengelirukan.
Malah menurut mereka, istilah sains dalam bahasa Inggeris (BI) lebih standard berbanding BM dan istilah sains dalam BM tidak mencukupi.
Daripada kajian juga mendapati hanya 22 peratus pelajar tidak yakin dengan keupayaan BM sebagai bahasa perantaraan pengajaran S&T kerana bahan rujukan lebih banyak diperoleh dalam BI.
Selain itu menurut mereka, tenaga pengajar menggunakan BI dalam pengajaran dan BM tidak digunakan di luar negara.
``Walau bagaimanapun 78 peratus pelajar memilih BM sebagai bahasa pengantar kerana ia mudah difahami dan dipelajari, ramai yang menggunakan BM dan ia adalah bahasa rasmi,'' jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran Penulisan S&T Dalam Alaf Baru di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.
Menurut Nor Hapiza, analisis yang dilakukan mengenai persetujuan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar itu diandaikan daripada latar belakang pelajar yang menerima pendidikan BM semenjak alam prasekolah sehingga sekolah menengah.
``Justeru tidak sukar bagi pelajar meneruskan pendidikan pada peringkat tinggi menggunakan BM kerana penggunaan yang menyeluruh pada peringkat persekolahan lagi,'' katanya.
Bagaimanapun katanya, persetujuan mengenai istilah sains dalam BM juga diandaikan kerana penggunaan istilah digunakan pada tahun satu tidak jauh berbeza dengan penggunaan istilah di peringkat sekolah.
``Satu kajian terhadap pelajar tahun akhir atau peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan mengenai persepsi mereka,'' katanya.

11 Jul 2009
KISAH BENAR : CARA PAS MEREKRUT PELAJAR SEKOLAH
Pengalaman seorang pemuda melayu islam Malaysia yang menceritakan pengalaman silamnya di sekolah mengenai kaedah PAS yang menghantar agen2 mereka ke sekolah-sekolah.
=================================
Pada awalnya saya hanya ingin bermuzakarah tentang kaedah usrah yang terbaik yang wajar dijalankan di sekolah.Namun akhirnya saya mendapati matlamat kami berbeza dalam menjalankan usrah.
Saya sememangnya cenderung kepada usrah imam hassan al banna. Dan saya bersetuju bahawa gerakan islam wajar menjalankan usrah agar ahli gerakan dapat bersatu hati dan berjuang dengan semangat ukhuwah dan bergerak secara berjemaah dengan tersusun.
Namun, golongan pelajar yang menjadi kelompok sasaran adalah pelajar-pelajar tingkatan satu yang ada di kalangan mereka yang tidak tahu membaca al quran pun,dan ada yang bersolat pun tunggang langgang. Sebagai senior badan dakwah,saya menganggap tugas XXXX adalah membimbing pelajar junior untuk mengenal islam dengan lebih dekat.Supaya ajaran islam menjadi cara hidup pelajar seratas.Itu yang menjadi objektif usrah dalam kepala saya.
Namun, ejen PAS itu lain pula tujuannya. Pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh (SBP)perlu ditanamkan akan pentingnya berjuang dalam islam.Dia percaya bahawa pelajar-pelajar SBP dan maktab rendah sains mara (MRSM) adalah kelompok pelajar-pelajar elit yang bakal menjadi profesional islam. Lalu dia mengatakan pentingnya pelajar-pelajar ini diberikan pendedahan awal tentang menggabungkan diri dalam jemaah islam dengan kemuncak usrah adalah upacara bai'ah.Beliau meneruskan bicaranya bahawa pelajar-pelajar yang telah berbai'ah akan secara otomatik kekal dalam perjuangan islam dengan berjuang dalam kelompok persatuan mahasiswa islam di universiti dan kemudian apabila keluar dari universiti akan menggabungkan diri dengan jemaah islam yang sebenar.
Saya bertanya kepada abang ejen itu, jemaah manakah yang dikatakan jemaah islam sebenar itu? Maka dia yang pada awalnya menganggap saya satu fikrah dengannya terus saja menyebut,jemaah islam sebenar ialah Parti Islam Semalaysia.
saya terus menolak segala bentuk kaedahnya dan tujuannya.Beliau yang terpinga-pinga agak terkejut dengan reaksi saya.Saya berkata kepada beliau,jemaah islam sebenar ialah ahlus sunnah wal jamaah.
Lalu barulah beliau tidak dapat menjawab lagi,apabila segala macam plan beliau untuk merekrut pelajar sekolah untuk menjadi ahli PAS secara bai'ah dalam keadaan mereka tidak tahu langsung sejarah politik negara adalah sesuatu yang kejam.
Beliau tidak mengetahui,bahawa sebelum saya masuk ke XXXXX pada tahun XXXX,saya telah mengkaji politik dan memang tahu tikam menikam pakat berpakat dalam politik,dan saya memang menyedari ada kelompok yang berjuang dalam politik bukan dengan pemikiran mendalam ke atas perjuangan ulama ahlus sunnah wal jamaah,tetapi politik mereka adalah politik untuk menang pilihanraya dan menjadi kerajaan.
Saya tidak berkata,bahawa mereka adalah semuanya begitu. Saya memang tahu dalam UMNO,ada pejuang yang memperjuangkan jalan ahlus sunnah wal jamaah,dalam PAS juga ada yang berjuang dengan jalan ahlus sunnah wal jamaah.Dan saya fikir kelompok UMNO dan PAS bukan berbeza agama atau mazhab tetapi hanya berbeza pendekatan politik.
Saya juga tidak menafikan ada kelompok sekular dalam UMNO dan kelompok ala-ala khawarij dalam PAS.Menganggap PAS sebagai jemaah islam sebenar seakan-akan menafikan orang islam lain yang tidak menjadi ahli PAS sebagai tidak masuk dalam jemaah islam sebenar walaupun orang itu berpegang kepada pegangan ahlus sunnah wal jamaah.Dan fahaman inilah yang membuatkan pakcik-pakcik kedai kopi begitu mudah membutirkan kalimah kafir pada kelompok yang bukan dari kalangan mereka.Bukan menjadi jalan ahlus sunnah wal jamaah untuk mudah membutirkan orang lain sebagai kafir.
(baca kutipan di bawah untuk memahami maksud ayat di atas)
hh.lawak jugak ya saudara ini. jadi,apa pula idea pasal isu melayu berpecah?
ini isu paling saya minat. sebab isu ini bila orang-orang tua itu bersembang mesti panas. kadang kadang risau juga saya tengok. mereka macam nak bergaduh. mereka banyak cerita pasal politik.
oleh itu, pada saya ketika itu politik menjadi punca melayu tak bersatu. masa saya kecik saya cukup benci orang politik. sebab orang politiklah melayu tak bersatu.
saya banyak kali dengar orang UMNO ajak bersatu,malah lagu UMNO pun ada sebut bersatu,moto UMNO pun ada sebut bersatu. saya benci orang UMNO masa itu kerana mereka tak berusaha untuk bersatu dengan PAS.
pada masa awal-awal perbincangan orang tua itu banyak berkisar pasal PAS sebagai gerakan islam yang mulia. gerakan yang ikhlas berjuang kerana Allah. PAS sebagai kumpulan ulama.
oleh itu,saya rasa UMNO ini menolak islam.UMNO ajak bersatu,tapi patutnya UMNO pergilah jumpa orang PAS,cakap nak bersatu,tanak gaduh-gaduh.Sebab orang UMNO pun orang islam. Apa masalah untuk bersatu?
Masa itu saya fikirkan begitu.Sehinggalah satu masa saya mendengar ceramah orang PAS, mereka sebut,"lawan tetap lawan, sampai mati kita lawan UMNO! hancur UMNO!" sambil disertai gelak ketawa oleh hadirin. saya sedih waktu itu. rupa-rupanya ada orang PAS yang terhibur dengan perpecahan ini. saya cukup sedih waktu itu.
saya mendengar orang-orang tua PAS bersembang pula sejak itu. saya ingin tahu corak pemikiran mereka. sedih saya apabila salah seorang dari mereka mengatakan, "kafir orang-orang UMNO ini,tengoklah nanti, Allah turun bala atas UMNO".
rupa-rupanya agenda untuk bersatu dengan UMNO tak ada juga di dalam PAS pada pemikiran saya waktu itu.
Pada waktu itu, saya menganggap orang UMNO tak ingin bersatu dengan PAS dan hanya mahu PAS sertai UMNO. orang PAS juga tak mahu bersatu dengan UMNO,dan mahu orang UMNO sertai PAS.
jadi mereka berebut ahli untuk menjadi jaguh kesatuan. inilah beza pemikiran saya dengan mereka orang-orang tua itu. saya berpendapat parti dan jenama kesatuan itu tiada makna. pada saya melihat melayu bersatu itu lebih utama. sebab saya cukup yakin sehingga sekarang saya masih yakin, orang melayu akan gagah bila kita bernaung dalam kelompok yang sama. Jika membubarkan UMNO dan PAS itu mampu menyatukan orang melayu,maka saksikanlah saya orang pertama akan hancurkan tembok kepartian itu!
wahh.. ekstrim juga ya idea saudara ini. jadi, waktu itu,saudara tolak politik seratus peratus?
yaa.. waktu itu saya tolak politik seratus peratus. dalam kotak pemikiran saya waktu itu,saya malas nak berfikir pasal politik. waktu itupun politik malaysia agak stabil. Walaupun hakikatnya,saya tak suka budaya politik melayu malaysia,yang melihat parti macam agama. Orang UMNO pandang PAS macam orang agama lain. Bagitu juga PAS memandang UMNO macam penganut agama lain. Padahal mereka berbeza aliran politik sahaja,bukan agama. agama sama. malah mazhab juga majoriti sama iaitu mazhab syafie. Itu yang buat saya jadi marah dengan orang politik. sebab mereka abaikan teras dalam islam iaitu persaudaraan islam yang dibina Rasulullah. itulah pandangan saya ketika itu.
==========================
Ini adalah cerita pengalaman dari seorang pemuda tentang alam kehidupannya dan pengalamannya dengan agen PAS dan pak cik-pak cik tukang lepak di kedai kopi di kampung-kampungnya, penyokong tegar PAS.
Nampaknya budak sekolahpun ada yang bijak menilai spesies PAS yang melalut meraban macam ni..memang jenis watak2 beginilah yang suka akan pemimpin jenis yang klu klek, atau bahasa canggihnya, flip flop atau spinner. Dan sememangnya PAS memang hanya akan dapat MEREKRUT spesies yang tidak suka berfikir dan sudah dibutakan mata hatinya walaupun telinga dan mata mereka tidak pekak dan tidak buta.
Catatan : Kredit diberikan kepada pengisah benar tersebut, semuga dia kembali ke Malaysia sebagai pejuang islam sejati..Ameen.
P/s : Pelikk...modus operandi PAS merekrut pelajar2 di sekolah SBP ini macam ala2 CIA pula..mungkin tuk guru mereka sama kot....

9 Jul 2009
BAHASA MELAYU AKAN DIMARTABAT SEMULA
Hari ini saya merasa gembira apabila membaca tajuk utama akhbar perdana yang menyatakan "Bahasa Melayu di Martabat, Bahasa Inggeris di Mantapkan" yang membawa kepada implikasi PPSMI akan dimansuh pada 2012, ia satu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT kerana saya adalah orang yang paling sedih satu ketika dahulu apabila Bahasa Melayu di anaktirikan sebagai bahasa akademik dalam bidang sains dan teknologi.
Saya kira keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah suatu keputusan yang baik dan berfikir secara jauh. Walaupun mungkin ada yang bersedih atau tidak bersetuju, namun ibarat roda, ada masanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah. Itu adalah pusingan dalam pengalaman kehidupan.
Saya bukan pembenci bahasa lain, namun ada banyak sebab mengapa saya merasakan bahasa Melayu tidak pernah kalah jika dibanding dengan bahasa-bahasa lain. Malah bahasa melayu sebenarnya, adalah satu bahasa yang indah, satu bahasa yang mempunyai sejarah yang panjang, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca perdagangan antarabangsa, satu bahasa yang pernah satu ketika dulu, ditulis di dalam buku-buk ilmiah, buku-buku keagamaan, buku-buku sastera dan terkenal dan diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain. Dengan kata lain, bahasa melayu itu pernah satu ketika GAH menjadi satu bahasa akademik di persada antarabangsa.
Jadi mengapa perlu ada inferiority complex terhadap bahasa secanggih ini?
Alasan menyatakan bahawa bahasa melayu tidak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa Inggeris untuk diungkapkan dalam bahasa sains dan teknologi adalah alasan produk mee maggi, yang lahir dari jiwa yang jumud, lesu, pemalas dan tidak mampu berfikir secara "big picture" dan "out of the box", dan ini bukanlah jiwa melayu yang sebenar. Jiwa melayu seebnar adalah jiwa yang penuh inovasi, invensi dan kreatif.
Mungkin kenyataan saya agak keras, namun mungkin ada yang tidak setuju, tetapi ibarat pepatah melayu, "hanya jauhari yang mengenal maknikam"...mungkin kalau di tangan orang yang tidak jauhari, intan sendiripun dikata kaca..begitulah perbandingannya.
Sains dan Teknologi adalah bidang pengajian dan bidang pekerjaan saya, jadi saya kira saya berkelayakan untuk memberi pendapat bahawa, bahasa melayu MAMPU menjadi bahasa sains dan teknologi. Malah pembelajaran yang berlaku di dalam ruang lingkup bahasa ibunda sebenarnya amat memainkan peranan kepada jiwa manusia itu sendiri. Ini yang sangat sukar difahami oleh orang yang sudah kehilangan jiwa yang mungkin lahir dari pendidikan yang tidak menghadirkan jiwa ke dalam ilmunya. Mungkin sepanjang pembelajaran mereka hanya mengejar GPA dan CGPA, yang hanya mengejar simbol-simbol bagi menjadi penanda aras keilmuan mereka. Sedangkan pengukuran itu hanya sekadar pengukuran yang mati, ia mati bersama sekeping sijil yang akan diterima tetapi jika pembelajaran itu berlaku bukan semata-mata mengejar simbol-simbol tersebut tetapi atas dasar tanggungjawab dan kesedaran bahawa ILMU itu adalah untuk beramal soleh dan mencari kebenaran dalam hidup, maka ilmu inilah ilmu yang berjiwa dan hidup. Jadi orang yang berjiwa ini sangat arif dengan jati diri mereka sendiri, mereka inilah jauhari yang mengenal maknikam.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang telah berjuang walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka namun perjuangan mereka ini akan dikenang sepanjang zaman dan akan tertulis di atas tinta emas sejarah negara kita.
Yang Kurik itu Kendi, Yang Merah itu Saga,
Yang Molek itu Budi, Yang Indah itu Bahasa.
Catatan :
Satu yang menjadi kemusykilan saya, saya fikir kerajaan perlu memikirkan kemartarbatan bahasa Melayu ini di implementasi kepada semua kaum, kerana bahasa memainkan peranan penting di dalam menambahbaikan perpaduan antara kaum.
p/s :
Salam semua,
Memartarbat BM bukan bererti meminggir bahasa lain, malah mempelajari bahasa lain amat digalakkan.
Saya sendiri menggunakan BI di dalam bidang pekerjaan dalam bentuk tulisan dan syarahan, 100 % BI (tuntutan polisi), tetapi saya tidak fikir bahawa kita perlu TUNDUK kepada BI hingga menjadikan ia bahasa pengantar sains dan teknologi di peringkat sekolah rendah atau tadika lagi.
Cuba jangan beremosilah, bila BM diguna semula sebagai bahasa pengantar, bukan bererti dah tak ada peluang nak belajar BI..penguasaan BI akan dimantapkan..cuba faham-faham betul guna akal, barulah rasional dan kewarasan berfikir akan berlaku di dalam memahami isu sebenar.
Nampaknya, ada yang kurang memahami maksud artikel saya. Hermmm...

Langgan:
Catatan (Atom)