30 Jun 2009

HIKMAH DALAM BERKRISIS


Tiada siapa yang mahu berkrisis atau mencari masalah. Tapi tiada siapa juga yang dapat lepas darinya. Demikian lemahnya manusia. Dan demikianlah kuasanya Allah SWT. Tapi Allah bukan bemmaksud untuk menganiayakan manusia melalui takdir-Nya itu.

Antara tujuan dan hikmah atau kebaikan yang didapati dari krisis itu ialah :

1. Sebagai ujian ke atas pertubuhan itu untuk menapis mana ahli yang ikhlas dan mana yang tidak.

2. Penghapusan dosa. Setiap kesusahan yang ditimpa pada individu atau pertubuhan adalah sebagai penghapusan dosa. Mungkin dalam hidupnya atau dalam perjuangannya ada dosa yang dibuat terhadap Allah atau terhadap manusia, maka untuk membersihkamlya di dunia Allah timpakan kesusahan yang seimbang dengan dosanya itu. Ini adalah berdasarkan sabda Rasul yang ertinya :

"Tidak ditimpakan kesusahan pada anak Adam walaupun tikaman duri, melainkan adalah kerana salah satu dari dua tujuan; kerana menghapuskan dosanya yang tidak terhapus melainkan dengan ujian itu. Atau untuk meningkatkan darjatnya di akhirat. "

3. Untuk mendidik rasa sabar, redha dan tawakal pada Allah SWT dengan ujian itu dan hasilnya ialah meningkatkan darjat di akhirat.

4. Untuk mematangkan kita supaya kita lebih pandai bertindak.

5. Untuk memisahkan orang cepat berputus asa dan lemah jiwa, yang tidak tahan sabar cabaran yang mudah lari meninggalkan jemaah kalau diri terancam.

6. Tapi kalau krisis ditimpakan pada orang yang tidak beriman maka Allah bermaksud untuk menghina dan mengutuk mereka.

Bagi mereka yang tahu maksud Allah itu, dapatlah mereka hadapi ujian dengan jalan-jalan yang ditunjuk dan dibenarkan oleh syariat Islam. Mereka tidak melatah dan tidak hilang pertimbangan.

Mereka tetap berpegang pada firman Allah :

Ertinya :

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

(A1 Baqarah : 155)

Dan usaha untuk menghadapi ujian dilakukan dengan hikmah dan penuh tawakal. Tapi bagi orang-orang yang tidak faham atau tidak yakin dengan Islam sebagai mampu menyelesaikan semua masalah, maka bila tiba ujian atau kesusahan, mereka mahu segera lepaskan diri dari masalah itu dan ingin pula mengatasinya dengan mudah. Selalunya mereka ambil jalan yang mudah dan cepat, tapi bawa hasil yang mudharat.

Terjadi huru-hara dan kacau bilau dalam masyarakat. Bandingannya ialah seorang yang berhadapan dengan gumpalan tali yang kusut kerana mahu cepat mengungkai, dipotong-potongnya tempat yang tersimpul itu. Maka hasilnya ialah tali yang terputus-putus dan langsung tidak boleh digunakan. Walhal kalau dia sabar membuka simpulan itu satu persatu, hari demi hari, lama kelamaan dia akan mendapat seutas tali yamg panjang, yang banyak gunanya.

Pengalaman kita semua cukup banyak memberitahu bahawa orang-orang jujur, sabar, merendah diri dan benar dalam tindakan, orang itulah yang selamat dan berjaya. Sebaliknya mereka yang gopoh, sombong dan tamak serta keterlaluan dalam tindakan akan menyesal dan gagal dalam perjuangan mereka. Populamya sekejap saja, selalunya sebelum mati sudah dilupakan orang. Banyak contoh di negeri kita orang-orang yang pernah popular tapi kerana sikap yang gopoh tadi, masyarakat tidak boleh terima, akhimya dilupakan saja. Dicuba juga buat parti lain atau jemaah lain, tapi selalunya hidup segan mati tak mahu.

Tapi selalunya umat Islam hari ini tidak bijak berhadapan dengan ujian. Mereka menganggap ujian adalah penyeksaan dan kerana itu mahu segera bebaskan diri darinya. Hingga untuk itu terjadilah ketidak seimbangan di mana-mana dan terjadilah pertembungan yang membawa krisis demi krisis.

Catatan :


LANGKAH-LANGKAH praktikal yang boleh diusahakan untuk mengelak dari terjadinya krisis atau untuk menyelesaikan krisis yang terjadi adalah seperti berikut :

1. Membersihkan hati atau jiwa (dengan jiwa taqwa).
2. Mengadakan syura (muzakarah).
3. Kembali kepada petunjuk atau hukum yang benar dari Allah dan Rasul.
4. Jangan bertindak balas.
5. Suratkhabar jangan jualkan berita-berita yang boleh merusakkan masyarakat.
6. Jangan seret orang yang tidak tahu menahu lebih-lebih lagi dengan musuh.

28 Jun 2009

ULAMAK PEWARIS NABI VS ULAMAK PEWARIS DAJAL


Kedudukan ulama di sisi ALLAH sangat tinggi, yakni nombor dua selepas para nabi. Ulama lebih tinggi kedudukannya daripada para syuhadak. Bahkan satu keistimewaan luar biasa yang ALLAH kurniakan kepada mereka di Akhirat ialah dapat memberi syafaat pada manusia sama seperti Rasulullah dan para nabi sendiri. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah SAW begini:

Ertinya:

Yang akan memberi syafaat di Hari Qiamat ada tiga orang, para nabi kemudian para ulama dan kemudian para syuhadak.
(Riwayat Ibnu Majah)

Demikianlah penting dan istimewanya ulama dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Tapi itu hanya terjadi kalau ulama itu tadi benar-benar mewarisi tugas-tugas kenabian seperti yang disebutkan di atas. Sedangkan sekiranya mereka yang bergelar ulama itu tidak buat kerja-kerja Nabi, tapi sebaliknya buat kerja-kerja peribadi dan kerja-kerja tuan yang memberi upah dan gaji yang berlawanan dengan Al Quran dan Sunnah Nabi, dengan membiarkan umat berjalan sendiri tanpa panduan, maka ulama itu adalah penjahat yang lebih jahat dari dajjal. Mereka lebih bahaya dari segala bahaya.

Ini kerana mereka menjual ayat-ayat ALLAH untuk kepentingan duniawi dan peribadi. Mereka buat kejahatan atas nama agama. Mereka tipu masyarakat dengan berlakon dan pura-pura baik atas nama ALLAH dan Rasul. Masyarakat jadi keliru dan tertipu karena pembicaraan mereka dimulai dengan Al Quran dan Hadis. Hingga masyarakat menganggap kata-kata dan sikap mereka itu benar dan baik. Lalu terus mengikutinya.

Maka bersabdalah Rasulullah SAW:

Ertinya:

Selain dari dajjal ada yang paling kutakut menimpa kamu, lalu ditanya: Apa dia wahai Rasulullah? Yaitu para ulama suk (yang jahat).


Sabdanya lagi:


Ertinya:

Ada dua golongan manusia apabila keduanya baik, baiklah manusia. Apabila rusak keduanya, maka rusaklah manusia.

Rasulullah SAW bersabda seterusnya:

Ertinya:

Bila tergelincir ulama, tergelincirlah alam dengan sebab gelincirnya itu.



Mereka disebut ulamaK kerana ilmunya. Mungkin mereka ada MA, ada PhD dalam bidang agama. Tetapi sikap mereka bagaikan sikap dajjal. Inilah ulama yang akan masuk Neraka lebih dulu dari penyembah berhala. Kerana mereka tahu, tetapi tidak beramal. Bahkan menentang ilmu ALLAH yang ada padanya itu.

Oleh itu dalam Islam, ulama ada dua jenis:

Ulama pewaris Nabi dan ulama pewaris dajjal.

Atau ulama bertaqwa dan ulama suk.

Atau ulama 'amilin dan ulama lalai.

Atau ulama dunia dan ulama Akhirat.


Kita sebenarnya wajib berhati-hati dalam menentukan siapa ikutan kita. Siapa yang kata-katanya boleh dipakai, perbuatan dan akhlaknya boleh ditiru. Dan siapa pula yang mesti dielak dan ditolak sejauh-jauhnya.

Sebagai seorang muslim kita mesti faham tentang perkara ini. ini kerana dalam hidup kita ini, kita sangat perlu pada didikan dan pimpinan. Ertinya kita wajib ada guru dan ada pemimpin supaya setiap apa yang kita lakukan berada dalam landasan yang haq. Yang menunjuki keselamatan abadi dunia dan Akhirat.

Masyarakat Islam perlu sentiasa mengingati pesanan-pesanan dari ajaran syariat Islam itu. Allah telah berfirman bagi mengingati manusia tentang hal ini :

"Sesungguhnya sangka sangka jahat itu adalah dosa besar".

Rasulullah SAW pula mengingati kita dalam sabdanya :

"Jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu intai mengintai dan jangan kamu dendam mendendami dan hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara". Sebagaimana yang di perentahkan oleh Allah kepada kamu.

Firman Allah Ta'ala :

"Apabila datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita hendaklah kamu periksa terlebih dahulu".

Allah mengingati kita lagi dalam firman–Nya :

"Orang orang mu'min itu adalah bersaudara maka hendaklah kamu memperbaiki atau berdamai diantara sesama kamu".

Sabda Rasuhlllah SAW pula :

"Jangan kamu dengki mendengki, jangan kamu putus-memutus hubungan persaudaraan, jangan kamu benci-membenci, jangan pula belakang-membelakangi (seteru-menyeterui) dan jadikan kamu semua hamba Allah sebagai saudara, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepadamu semua


Sekian, wallahualam.

Catatan :

1. Akhir-akhir ini ulamak kepartian sudah menunjukkan sifatnya yang sebenar, memecahkan perpaduan, menggalakkan kekacauan, mengajar pengikutnya untuk merasa seronok memaki dan mencerca saudara sesama islam, maka tuan dan puan sekalian, cubalah nilai dengan Iman masing-masing, ulamak jenis apakah ini?

2. RSAW sudah mengingatkan kepada kita bahawa ulamak pewaris dajal ini akan berada sebaris dengan dajal untuk memusnahkan agamanya sendiri. Betapa sungguhlah berbahaya ulamak spesies ini, maka haruslah kita jauhi mereka ini kerana mereka akan bersama-sama bejuang bersama dajal di akhir zaman ini memerangi orang Islam yang dihati mereka masih ada cahaya keimanan dan mengenali KEBENARAN yang haq.

3. Apapun, sebagai seorang muslim, tidak perlulah kita semua mengikut rentak mereka yang tidak beradab sesama insan itu, tetapi kita perlakukan mereka dengan penuh hikmah, agar yang masih bisa ditolong itu dapat dibantu, dan kepada mereka yang masih degil dan angkuh, hanya Allah yang mampu memberi petunjuk dan hidayahNya..

26 Jun 2009

NILAILAH DENGAN IMAN

Kesibukan menghambat masa di sepanjang minggu ini. Menjadika saya tidak dapat menghantar sebarang artikel di blog ini.

Membaca komentar dari seorang anon, yang menyebut mengenai kebangkitan IMAM MAHDI aka ahlulbait menyebabkan saya ingin menyentuh sedikit hal ini walaupun pada sesetengah orang ini, isu ini agak sensitif dan dikatakan mengarut sahaja.

Jika kita bercakap dari segi ilmunya, mudah. Telah dikumpulkan segala hadis berkenaan dengan akhir zaman ini oleh seorang ulamak hadis bertaraf Grand Muhaddith iaitu Prof. Dr Abdullah bin Sadeq yang berasal dari Fezz, Morocco, juga seorang ahlulbait berketurunan RSAW yang menyuburkan bumi sebelah Afrika. Keluarga ahlulbait ini datang ke bumi Afrika setelah berlaku peristiwa hitam di mana keluarga ahlulbait dihambat oleh Wahabi dari bumi Haramain satu ketika dulu.

Kebejatan wahabi memang sudah sedia dimaklumi dan saya rasa tidak perlulah saya bercakap panjang mengenai hal ini, dan apa yang berlaku di Malaysia ini juga cukup menarik akhir-akhir ini, di mana kita menyaksikan peristiwa saman berlaku antara Dr Ustaz Azwira terhadap Ustaz Zamihan al Ghari.

Apa yang ingin saya katakan, adalah dari segi keyakinan kita terhadap kebangkitan Islam di akhir zaman ini. Jika kita melihat betapa porak perandanya umat Islam di akhir zaman ini, tentu sekali dalam akal kita, mustahilnya ini adalah zaman di mana Islam akan bangkit kembali menjadi gemilang.

Mungkin kita perlu merenung, dengan renungan makrifat bukan lagi dengan renungan akal yang selalunya tidak tepat.

Bagi yang sering mengkaji, dan menyelusuri tanda-tanda akhir zaman, maka mereka amat faham bahawa berlakunya kemuncak sesuatu kerosakan adalah petanda kepada suatu pembaharuan atau reformasi.

Di dalam hal ini, akan berlaku tolak menolak yang kuat, antara reformasi yang batil atau reformasi yang haq. Reformasi yang batil berusaha agar mereka mampu meningkatkan level kebatilan mereka manakala reformasi yang haq, adalah untuk melenyapkan reformasi yang batil ini. Perlawanan ini kelihatannya dizahirkan oleh reformasi yang batil dan dapat diperhatikan daripada sudut lahiriah kesannya, namun Allah mempunyai caranya sendiri untuk menipu daya mereka ini dan perjuangan reformasi yang haq itu berjalan tanpa disedari, kerana sesungguhnya teknologi ROH itu adalah teknologi paling canggih mengatasi segala teknologi yang pernah diwujudkan manusia di dunia ini.

Saya secara peribadi merasakan hal mengenai Imam Mahdi ini hanya boleh diperbincangkan dengan orang-orang yang sudah mempunyai ilmu dan keyakinan dan bersedia mengambil hikmahnya namun hal ini tidak sesuai dijadikan isu yang diperdebatkan secara umum. Apapun, saya tertarik dengan pesan di bawah ini :

Nilailah Sejarah Melalui Iman

“Sesungguhnya seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan sesebuah binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain.

“Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang mujarab melainkan setelah dia bertanya si pesakit akan puncanya, makanan, minuman dan lain-lain.

“Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu akidah dan segala yang terpancar daripadanya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud.

“Ini kerana dibimbangi akan memesongkan di belakang hawa nafsu dan huraian salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh pula daripada kefahaman yang hakiki.”

(Mahmud Syakir, Al-Muntalaqul Asasi fit Tarikhul Islami)

Sekian. wallahualam.

21 Jun 2009

APA UBAT UNTUK UMAT ISLAM BERKASIH SAYANG?

Orientalis Barat sehingga kini mash tertanya-tanya formula apakah yang digunakan oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya merubah kehidupan masyarakatnya di waktu itu. Perubahan ini menjadi tanda tanya kepada mereka.

Apakah rahsianya sehingga manusia yang pada mulanya begitu jahat dan jahil tetapi selepas dididik oleh Rasulullah, mereka sudah tidak mahu lagi meminum arak, sudah tidak mahu lagi menerima serta memberi riba, sudah tidak mahu lagi berzina dan wanita yang pada mulanya hanya untuk memuaskan nafsu kaum lelaki, mendapat pembelaan hingga mereka diletakkan sebagai golongan yang dijaga dan dihormati. Wanita dijaga, dibela, dihormati dan maruah mereka dipertahankan habis-habisan.

Dari sebuah masyarakat yang menjadi pemuja berhala tiba-tiba berubah kepada masyarakat yang terlalu memuja Tuhan. Tuhan dibesarkan dan diagungkan. Begitu juga dari masyarakat yang suka bergaduh dan berperang antara satu sama lain akhirnya menjadi masyarakat yang begitu berkaslh sayang yang sangat luar biasa sekali.

Bahkan lahir juga peribadi yang menyerah diri untuk dihukum. Kalau ada yang mencuri, datang bertemu Rasulullah minta dipotong tangannya; yang membunuh menyerah diri minta dibunuh; yang minum arak minta dirotan sementara yang berzina minta agar dihukum rejam. Tetapi disebabkan hukuman zina itu berat, Rasulullah sering mengelak-elak untuk tidak menghukum dan merejam. Namun mereka bersungguh- sungguh mengaku dan melahirkan buktinya.

Yang menjadi tanda tanya kepada kita, kenapakah mereka begitu sekali takut sehingga rela menyerah diri sedangkan ketika itu polis tidak ada dan undang-undang masih belum begitu ketat lagi. Apakah yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku? Apakah faktor yang merubah dan membaiki masyarakat di zaman Rasulullah yang pada mulanya serba berpenyakit?

Mengikut pendapat tokoh-tokoh Islam terutamanya ulama-ulama di bidang Tasawuf, timbulnya penyakit masyarakat atau kemungkaran itu disebabkan tiga perkara yang terbesar:

a. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis ataupun dalam erti kata yang lain, perasaan tauhid sudah berkurangan.

Apabila seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan terhadap Tuhan, atau mempercayai bahawa adanya Tuhan dan tidak adanya Tuhan sudah sama banyak, maka di waktu itu manusia tidak takut kepada sesiapa lagi. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang ditakuti. Dia akan menjadi manusia yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai. Dia sanggup mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol atau melakukan apa sahaja. Dengan itu maka merebaklah penyakit masyarakat.

b. Oleh kerana manusia sudah tidak yakin lagi dengan adanya Akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan, namun keyakinan itu sudah nipis.

Apabila manusia sudah tidak yakin lagi dengan hari Akhirat ataupun dia mempunyai keyakinan tetapi keyakinannya itu sudah nipis, maka Akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita-citanya. Dengan itu hilanglah sifat mahu berjuang atau berjihad untuk Akhirat kerana fikirannya sudah tertumpu untuk dunia semata-mata. Dia mencari wang untuk dunia, mencari pangkat untuk dunia dan mencari segala-galanya untuk dunia. Kadang-kadang urusan Akhirat pun dijadikan untuk dunia. Dunia menjadi matlamat hidupnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk dunianya tidak kira haram atau halal, baik atau jahat, betul ataupun salah.

c. Disebabkan manusia terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri.

Apabila manusia itu telah terlalu cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan-kawan sendiri. Dalam usaha mahu membela nasib untuk kepentingan diri sendiri maka adakalanya terpaksa melanggar hak asasi orang lain, terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang-kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terpaksa merugikan orang lain. Akhirnya tercetuslah pergaduhan, perbalahan, peperangan, kekacauan, tindas-menindas dan lahirlah perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang berpanjangan.

Inilah gambaran mengapa kehidupan umat Islam sekarang sudah kacau bilau, hilang arah dan tidak indah lagi padahal di zaman RSAW dan para sahabatnya dulu, Islam itu sangat cantik, indah, gemilang serta dihormati dan disegani kawan dan lawan.

Kita perlulah mengulang kembali apa yang telah dilakukan oleh RSAW dan mengambil suri tauladan dari baginda, apa yang baginda lakukan adalah dengan :

1. Rasulullah SAW menanamkan rasa tauhid.

Rasulullah membina dan menanam kembali rasa tauhid yang sudah begitu nipis di kalangan masyarakat jahiliah ketika itu.

Rasulullah mengenalkan kembali Tuhan kepada manusia supaya manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kehebatan Tuhan dan keperkasaan Tuhan. Rasulullah membacakan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah itu Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Pencipta. Allah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang memberi nikrnat kepada orang yang baik dan Dialah yang akan mengazab orang yang jahat.

Hasilnya manusia kembali kenal dan takut kepada Tuhan. Mereka rasa gerun dengan kekuasaan Tuhan. Mereka merasai kehebatan Tuhan. Ramai di kalangan para Sahabat yang gementar apabila mendengar nama Allah atau apabila mendengar orang menyebut-nyebut tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.

2. Rasulullah menanamkan rasa cintakan Akhirat.

Selepas itu Rasulullah menanamkan pula rasa cinta kepada Akhirat. Beliau tekankan bahawa Akhirat itu ada dan pasti. Beliau ceritakan tentang kedatangan hari Qiamat. Tentang kehebatan Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka. Beliau membacakan ayat-ayat tentang Akhirat, antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: "Katakan sesungguhnya kebendaan duniawi ini kecil (sedikit) dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. " (Surah An-Nisa`: 77)

Rasulullah berjaya melahirkan manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat, rindu dengan Akhirat dan seronok dengan Akhirat. Bahkan sesetengahnya menjadi terlalu ingin agar cepat balik ke Akhirat. Bukan sahaja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan untuk Akhirat. Mereka mahu cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mahu mati syahid dan menjadi para syuhada.

Ada yang berlumba-lumba dan berkejar-kejaran untuk ke Akhirat. Sebolehnya apa sahaja yang ada pada mereka hendak diberikan kepada orang lain sebagai bekalan mereka di Akhirat nanti. Begitulah hebatnya perasaan rindu mereka kepada negara yang kekal abadi di Akhirat itu hingga apa sahaja usaha ikhtiar mereka lakukan demi untuk mendapat nilai di sisi Allah sebagai bekalan di Akhirat.

3. Rasulullah menanam kasih sayang sesama manusia

Rasulullah kemudian menanam semangat dan perasaan cinta terhadap sesama manusia terutamanya terhadap sesama umat Islam. Ini semata-mata untuk mengikis sikap terlalu cintakan diri sendiri iaitu perasaan dan kecenderungan untuk membela diri sendiri, keluarga sendiri dan kawan-kawan sendiri sahaja.

Mari kita lihat beberapa contoh Hadis yang menggalakkan manusia supaya mencintai dan mendahulukan orang lain lebih dari diri sendiri:

a. "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri. "
b. "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia lain."
c. "Barangsiapa yang menunaikan sesuatu hajat saudaranya, Tuhan akan menunaikan untuknya 70 hajat."

Dengan cara beginilah maka tumbuh di hati-hati para Sahabat perasaan bahawa kesenangan orang lain seperti kesenangan diri sendiri. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasai nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, tubuh orang lain seperti tubuh mereka sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri dan nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.

Rasulullah menimbulkan unsur-unsur yang boleh mendatangkan ukhwah. Rasulullah sendiri mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Quran hingga tercetus perasaan kasih sayang sesama umat Islam. Beliau duduk bersama manusia, bersembahyang bersama-sama, jalan bersama, baring bersama, makan bersama, bahkan boleh menegur kesalahan orang tanpa ada rasa sakit hati atau rasa tersinggung. Ditanamkan di dalam hati para Sahabat betapa perlu dan pentingnya ukhwah dan kasih sayang di antara mereka.

Rasulullah berjaya mendidik kaumnya sehingga lahir peribadi yang sangat mengkagumkan kita. Dalam sejarah diceritakan bagaimana Sayidina Ali dan Siti Fatimah yang terkenal hidup dalam keadaan miskin dan melarat tetapi masih dapat memikirkan hal orang lain dan dapat membela nasib orang lain. Mereka membela fakir miskin, janda-janda dan anak-anak yatim di sekeliling rumah mereka. Mereka yang terbela itu tidak menyangka Sayidina Ali dan isterinyalah yang menghantar barang-barang makanan ke beranda-beranda rumah mereka di waktu malam, ketika mereka sedang nyenyak tidur. Setiap pagi ada sahaja makanan diletakkan di situ. Betapa hebatnya peribadi didikan RSAW ini.

Begitulah panduan yang telah diberikan oleh RSAW kepada kita semua. Inilah UBAT kepada segala penyakit JIWA dan HATI manusia.


Catatan :

1. Nik Aziz bukanlah ulamak yang mencontohi RSAW di dalam perjuangannya walaupun berjuang di dalam parti yang ada perkataan Islam di dalamnya. Kekeliruan yang dibawa olehnya menerusi fatwa2 politik beliau hanya menambahkan kekacauan dan perpecahan di dalam masyarakat Islam sendiri.

2. Anwar Ibrahim adalah master of spin dalam sejarah politik Malaysia, dia ingat dia akan selamat, tapi saat kejatuhan dan kehancurannya semakin hampir, dia akan dimalukan sehingga selepas ini nama beliau menjadi satu sebutan "perumpamaan yang tidak elok" yang akan tercatat menjadi sejarah negara. Anwar Ibrahim sudah terlalu jauh dibawa oleh kesombongan dan keangkuhan diri sehingga untuk mendapatkan kuasa, dia sanggup korbankan segala-galanya.

3. Kepada pemimpin-pemimpin lain, bersatulah dan jalinkan kembali ukhwah atas nama Islam, contohilah RSAW sebagai pemimpin, dan pilihlah di kalangan kamu yang paling beriman, bertaqwa dan berakhlak sebagai ketua di kalangan kamu. Sudah cukup sistem demokrasi berpilihanraya membawa segala kebejatan kepada agama, bangsa dan negara, mungkin sudah tiba masanya kita kembali sepenuhnya kepada sistem pemerintahan yang mengembalikan kekhalifahan Islam.

Sekian.

18 Jun 2009

ULAMAK SEJATI ITU BAGAIKAN SALINAN RSAW



Entah mengapa hari ini terasakan hati begitu tersentuh. Terasa betapa saya bersama-sama merasakan satu kerinduan yang sangat dalam. Kerinduan yang begitu menggetarkan jiwa. Kerinduan yang bagaikan begitu mencengkam hati dan perasaan, ibarat musafir yang berada di tengah padang pasir yang kontang. Begitulah yang dirasakan.

Saya merindukan kehadiran ulamak sejati, ulamak yang mengembalikan perpaduan di kalangan umat Islam di nusantara ini mahupun seluruh dunia. Satu figur yang berwatak umarak dan ulamak. Yang bila memandang akhlaknya, kita merasakan beliau seperti salinan kepada akhlak RSAW...ya Allah, rindunya hati kepada figur ini.

1500 tahun telah RSAW tinggalkan kita di alam ini, kita adalah umat akhir zaman, tiada lagi nabi dan rasul sesudahnya. Namun, jarak dan masa serta sempadan alam, bukanlah penghalang untuk kita sentiasa merasakan RSAW sentiasa di hati. RSAW itu sentiasa hidup di hati insan yang celik hakikat dan makrifatnya dan tepat syariat dan tarikatnya.

Melihat gambar-gambar para ulamak ahlulbait seperti di bawah ini, sungguh meruntun jiwa. Membaca kisah perjuangan mereka, menyedarkan kita betapa hebat musuh Islam dan orang munafik cuba memusnahkan mereka yang membawa kembali sinar Nur Muhammad itu ke alam ini.



As Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki Al Hasani



Habin Anis Al Alwi Al Habsyi



(Sayyid Ahmad Zaini Ad Dahalan al Hasani)


Sedangkan RSAW sendiri sudah berpesan :


Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut :

"Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"

Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut :

"Bintang-bintang merupakan keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis."

Mungkin jika di hati kita masih ada rasa cinta pada RSAW bukan sekadar ungkapan kosong, namun benar-benar menyimpan di hati cinta itu, maka akan difahamkan kepada kita, RSAW memberi pesanan yang penting kepada umat Islam di akhir zaman.

Carilah ahlulbaitnya yang bertaqwa, ikutilah mereka di dalam perjalanan hidupmu.

Tak perlulah kita menunjukkan pandai dengan mengatakan itu dan ini, yang kadang-kadang tanpa kita sedar sebenarnya kita secara tidak langsung menghina RSAW. Memang bnar, manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah manusia yang paling bertaqwa. Jadi, usahlah berlaku cerdik bodoh dengan menyatakan

"Nak ikut ahlulbait, merekapun sama dengan kita...sama-sama manusia juga"

"Akupun keturunan nabi, nabi Adam..hehehhe...,

"Ye ke, aku tengok ada yang perangaipun lebih teruk dari kita...".

Itu jawapan standard yang selalu kita dengar...Sombongnya kita...tapi masih tak sedar lagi..

Cuba bawa bertenang, fikir dalam-dalam, masakan RSAW merujuk hadis tersebut kepada individu yang tidak bertaqwa, tentulah yang RSAW suruh ikut kerana ketaqwaan mereka. RSAW lebih mengetahui mengapa beliau berpesan begitu. Tentu ada sebab dan musababnya, tentu ada kelebihan kepada keturunan RSAW di dalam memegang amanah agama Allah ini. Jika tidak masakan, para musuh Islam dan orang munafik begitu membenci ahlulbait RSAW. Janganlah pula kita termasuk di dalam yang bersekongkol bersama para musuh islam dan orang munafik untuk sama-sama menafi dan meremeh-remehkan pesan RSAW itu. Bertaubatlah.



(Para Habib ahlulbait sedang berdoa)

16 Jun 2009

PERPADUAN YANG TERURAI


Hari demi hari, perpaduan di kalangan umat Islam semakin meruncing, entah apalah BALA dan sebabnya hal seperti ini berlaku ke atas kita. Ada yang sudah tidak sanggup melihat kedamaian yang semakin hilang ini, namun semuanya menemui jalan buntu. Rintihan-rintihan ini seakan-akan menjerit di dalam kalbu masing-masing. Ya Tuhan, bantulah kami yang lemah ini.

Apakah punca perselisihan dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam?..dan bagaimana pula caranya untuk menyelesaikan masalah perpecahan dan perselisihan itu? Dua persoalan inilah pencinta-pencinta Islam hari ini gagal untuk memberikan jawapan yang tepat. Masing-masing bersandar pada teori masing-masing. Maka berlakulah berbagai cara dalam usaha menyelesaikan masalah perpecahan umat ini.

Sebuah sabda RSAW yang bermaksud :

"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu (dikeronyok) beramai-ramai oleh musuh-musuh kamu sebagaimana orang mengeronyok makanan dalam suatu hidangan. Seorang sahabat bertanya : apakah disebabkan bilangan kami sedikit waktu itu? RSAW menjawab : Bahkan bilangan kamu banyak. Tapi kamu tidak ubah seperti buih-buih dipermukaan air sewaktu musim banjir. Akan mencabutkan ketakutan daripada hati musuh kamu dan sebaliknya dicampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit al wahan. Seorang sahabat bertanaya : Apakah ya RSAW, al wahan itu? RSAW menjawab : ialah CINTA DUNIA DAN TAKUT MENGHADAPI MATI"

(Riwayat Abu Daud dari Sauban)

Ya punca utama perselisihan berlaku di kalangan umat Islam adalah kerana jiwa-jiwa mereka telah diserang penyakit cinta dunia dan takut mati. Penyakit cinta dunia ini menyebabkan umat Islam jika berpolitik, menjadi gila kuasa, bila berekonomi menjadi gila duit, bila bersosial menjadi gila hiburan, bila bekerja menjadi gila pangkat dsbnya. Dengan penyakit ini umat Islam bukan saja berselisih sesama mereka tapi kemiskinan dan kehinaan tertimpa di mana-mana! Musuh-musuh pula sedang mengeronyok umat Islam semau-maunya. Apa yang berlaku di Palestin adalah contoh yang paling jelas kepada kita...Umat Islam dikeronyok semahu-mahunya walaupun berada di tengah negara-negara Islam sendiri.

Sesungguhnya apa yang RSAW sebut itu, dan rujuk itu, ialah di zaman kita inilah..inilah zamannya yang mana kita ramai tapi tidak berguna langsung bilangan yang ramai itu...harus dan wajib sebenarnya kita menangis bersama-sama mengenangkan ketelanjuran kita yang tidak lagi menjadi umat Muhammad yang membela agamanya sendiri.

Umat Islam hari ini menjadi satu umat yang paling lemah, paling miskin dan paling hina. Kenapa ? Tidak lainlah sebabnya selain daripada umat Islam telah lupakan Allah, maka Allah lupakan kita dan membiarkan kita pada musuh untuk di apa-apakan.

Kalau dapatlah diubati penyakit-penyakit jiwa umat Islam kemudian dapat pula diganti dengan jiwa-jiwa yang cinta akhirat dan cinta Allah serta sanggup berkorban untuk agamanya maka saya kira itulah dia satu penyelesaian kepada masalah umat Islam. Dan detik itu adalah detik awal bermulanya perpaduan dan kekuatan umat Islam. Muga-muga akan tercatat satu ERA BARU bagi kehidupan kita. Mudah-mudahan akan tergolonglah kita dalam golongan yang dimaksudkan oleh RSAW dalam hadis baginda :

"Sentiasalah ada satu golongan yang dapat melahirkan kebenaran, tidak memberi mudarat akan mereka itu oleh orang-orang yang menentang, hingga datanglah perintah Allah (hari kiamat)"

Golongan ini adalah golongan yang dihati mereka tidak ditimpa penyakit Al wahan, walaupun tentu sahaja di zaman ini jumlah itu amat sedikit, sedangkan majoriti masyarakat berpenyakit al wahan, tidak kiralah ulamak ke, pemimpin ke, rakyat ke, pemerintah ke, semua ditimpa penyakit yang disebut RSAW itu. Al Wahan, penyakit paling berbahaya di dunia dan di akhirat.

Di dunia, penyakit al wahan ini boleh merosakkan akidah, merosakkan akhlak, merosakkan pergaulan dan menyebabkan berlakunya krisis nilai di kalangan ilmuwan yang tersohor, maka prioriti perjuangan hendaklah di arahkan kepada pembentukan jiwa dan pembinaan perpaduan di kalangan umat Islam.

Kefahaman, keyakinan dan sikap umat Islam hendaklah di usaha arahkan kepada cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Keselarasan dalam faktor-faktor ini adalah modal terbesar kepada lahirnya golongan atau toifah yang disebut oleh RSAW sebagai golongan yang melahirkan KEBENARAN.

Inilah jalan kita, inilah masanya untuk kita BERUBAH, kita belum terlambat, Allah dan RSAWnya sudah bentangkan ubat untuk mengubati penyakit AL WAHAN ini. Marilah kita bersama-sama meREFORMASIkan diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan benar-benar menurut jalan yang RSAW sudah pandukan buat kita.

Inilah jalan yang LURUS. Iaitu kita kembalilah secara berjemaah, dan janganlah tertipu bahwa jemaah yg bernaung di bawah sebarang parti yang tunduk kepada sistem politik sekular itu adalah jemaah Allah, ia hanyalah tipuan kepada orang-orang yang berpenyakit AL WAHAN sahaja.

Namun jemaah Allah itu adalah jemaah yang benar-benar lurus hatinya dan samiqna wa ataqna dengan mengambil keseluruhan perintah Allah, bukanlah mereka yang hanya mengikut sekadar yang sesuai dengan nafsu mereka.

Ingatlah pesan RSAW yang sama-sama kita cintai :

" Wajib atas kamu dengan jemaah. Sesungguhnya jemaah (bersatu dan berpadu) itu adalah rahmat dan berpecah belah itu azab (Riwayat Muslim).

" Barangsiapa yang berpecah, maka ia bukanlah daripada golongan kami (Umat RSAW). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah. Dan sesungguhnya serigala hanya mahu memakan kambing yang menyendirikan diri"


Jemaah itu maksudnya bersatu dan berpadu atas nama ISlam, bukan jemaah yang disatu atas nama parti ISlam atau lain-lain, jemaah yg bersatu atas nama parti dan menipu ahli parti bahawa mereka adalah jemaah yg RSAW sebutkan di dalam hadis, adalah penipuan yang nyata. Teramatlah songsangnya jika dikeluarkan pula fatwa bidaah, mengundi mereka itu tiket ke syurga. Golongan ini bersandiwara dipentas politik sekular dengan slogan "matlamat menghalalkan cara".

Kita semua harus sedar hal ini...BALAnya telah merebak kepada kita semua, umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu padu..seharusnya mereka ini patut ada malu pada Allah dan RasulNya....cukuplah segala kebejatan yang berlaku ini..


Marilah kita benar-benar kembali berjemaah atas nama Allah...

10 Jun 2009

APA GUNA MUJADALAH DAN MUBAHASAH?


BIASANYA bermujadalah susah menjaga ego dan megah
Suka berbahas-bahas biasanya menebalkan ego,
riyak dan mencari nama
Selalunya di dalam bermujadalah dan bermubahasah
Ingin mahu menang, tidak mahu rasa kalah
Payah menerima kebenaran
Sekalipun terpaksa menegakkan benang basah
Begitu juga di dalam majlis forum
Payah hendak mengelak daripada menunjuk-nunjuk
dan bermegah-megah
Malu rasanya kalau tidak pandai berhujah
Berbunga hati jika pandai berhujah dan bercakap petah
Hadirin yang bertanya pula, menyoal kerana megah
Agar orang ramai menganggap dia
orang yang pandai mencungkil masalah
Kalau panel tidak pandai menjawab, itulah yang dia hendak
Supaya orang ramai menganggap dia lebih pandai
dari ahli panel atau penceramah

Apa sudah jadi majlis forum dan ceramah?
Penceramah atau ahli panel dengan para pendengar
Sama-sama hatinya rosak dan punah
Masing-masing tidak dapat menjaga dirinya
Daripada bermegah-megah dan riyak
Kerana itulah di dalam Islam
Bermujadalah dan bermubahasah sangat ditegah
Lantaran dari sinilah timbulnya riyak, megah,
glamour, cari nama dan berpecah-belah
Kerana itulah di dalam kitab dikatakan

“Tidak akan rosak sesuatu kaum itu
Kecuali apabila didatangkan mujadalah”

Mujadalah dan mubahasah bukan mendatangkan kebaikan pada umat
Tapi dari sinilah akan suburnya mazmumah yang ditegah
Tapi malangnya para ulama
Mujadalah dan mubahasah telah dijadikan budaya
Budaya yang mengajak umat Islam berlalai-lalai dan bermegah-megah
Di dalam Islam, yang disuruh bermesyuarat dan muzakarah
Itu pun ada mempunyai disiplin,
adab dan tata tertib
Agar ia berjalan dengan penuh ukhwah
Agar jadi ibadah

UBAT PENYANTUN JIWA

1. Surat dari ibu Aisyah r.ha. untuk Khalifah Muawiyah berbunyi begini:
Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai dikesali manusia, dia akan disokong Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang membelakangkan Allah agar disenangi manusia, nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia itu.”

Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah kerana bila tuan takut pada Allah, Dia akan menyokongmu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia, mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah.

2. Luqmanul Hakim menasihati anaknya:

“Wahai anakku, dampingi selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka supaya tidak dibenci oleh mereka.”

“Ambillah dunia sekadar keperluan dan selebihnya belanjakanlah untuk Akhirat. Dunia jangan ditolak habis agar engkau tidak jadi parasit (hidup menumpang) yang membebankan orang lain.”

“Selalu-selalulah berpuasa untuk menundukkan nafsumu, tetapi janganlah sampai meletihkan badan sehingga terganggu ibadah sembahyang kerana sembahyang lebih utama dari puasa. Janganlah kamu berkawan dengan orang yang bodoh sombong dan bermuka dua
.”

3. Seorang ulama salaf berkata:

“Setiap hamba yang berbuat dosa, bumi tempat dia berdiri meminta keizinan Tuhan untuk membenamkannya dan langit yang di atas kepalanya memohon izin untuk gugur menimpanya, tetapi Tuhan berfirman pada langit dan bumi itu:
“Tahanlah bahaya untuk hamba-Ku itu dan beri dia tempoh. Mungkin dia akan bertaubat kepada-Ku lalu Aku ampunkan dan mungkin sahaja dia mengganti kerja buruknya dengan amalan yang baik lalu Aku gantikan dosanya dengan pahala.”


Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi dari terjatuh dan kalau keduanya terjatuh, tiada seorang pun yang mampu menahannya selain dari Dia.” (Fathir:41)

4. Yahaya bin Muaz r.a. berkata:

“Malang sekali nasib keturunan Nabi Adam, kalau mereka cemas dengan Neraka seperti cemaskan kemiskinan tentulah mereka akan masuk Syurga.”

5. Setengah ulama salaf bermunajat begini:

“Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kederhakaan pada-Mu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaan-Mu, Engkau diderhakai manusia namun Engkau tetap menghujankan pemberian dan rezeki bagaikan Engkau tidak pandai marah, ya Tuhan kami.”

6 Jun 2009

TAZKIRAH HUJUNG MINGGU

Wahai anakku,

Ilmu tasawuf itu mempunyai dua unsur :

1. Istiqamah (tetap pendirian)
2. Baik kelakuan dengan makhluk

Maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya dengan manusia serta dia bergaul dengan lemah lembut maka orang itu ialah orang sufi.

Istiqamah
bermakna bahawa dia mengorbankan segala kehendak nafsunya untuk mendapatkan keindahan peribadinya.

Manakala baik kelakuan dengan manusia pula ialah bahawa engkau tidak memaksa manusia memperturutkan kehendakmu bahkan sebaliknya engkau paksakan dirimu untuk melayani kehendak mereka selama tidak ada di sana perkara yang menyalahi syarak.

Kemudian engkau bertanya kepadaku tentang hakikat ubudiah. Ubudiah itu mengandungi tiga perkara :

1. Menjaga hukum-hakam syariat
2. Redha dengan qada dan qadar dan pembahagian Allah Taala
3. Bahawa engkau mencari keredhaan Allah Taala walaupun engkau terpaksa meninggalkan keredhaan dirimu sendiri.

Dan engkau juga bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Taala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.

Riyak itu pula sebenarnya lahir daripada rasa membesarkan makhluk. Dan cara menghilangkannya ialah bahawa engkau melihat makhluk ini adalah diarahkan oleh takdir Tuhan dan engkau merasakan bahwa mereka itu tidak ubahnya seperti benda-benda yang beku yang tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk menyampaikan sebarang kerehatan atau kemudaratan, maka dengan itu engkau akan selamat daripada mengambil kira pandangan mereka tetapi jika engkau melihat kepada makhluk ini dan engkau merasaka bahawa mereka mempunyai kekuasaan dan kehendak maka sifat riyak itu tidak akan hilang daripada dirimu.

Dari RISALAH "WAHAI ANAKKU"
Oleh Hujjatul Islam :Al Imam Abu Hamid Al Ghazali RA.

-----------------

Sesungguhnya setiap butiran kata dari seorang guru mursyid ibarat kalimah mutiara yang terpancar dari sumber yang suci dan murni. Ilmu itu hidup menerangi dan menyegarkan jiwa setiap insan yang mahu menerimanya dengan rasa tawaduk dan kerendahan hati.

Ilmu daripada guru mursyid adalah ilmu yang sangat berharga dan wajib untuk setiap kita mencari guru mursyid agar pendidikan rohaniah dapat diperoleh dari sumber yang tepat. Amatlah berbeza antara guru yang benar-benar mursyid dengan hanya guru yang menyampaikan berdasarkan ilmu akal semata-mata, apatah lagi jika guru itu tidak pernah memberi ilmu ketasaufan kepada pengikutnya.

Ilmu guru mursyid adalah ilmu yang bersumberkan rantaian daripada ilmu-ilmu Allah yang suci yang di "link" dengan mereka menggunakan teknologi ROH.

Ia adalah ilmu yang mampu menjadi UBAT SEGALA PENYAKIT.

2 Jun 2009

KITA INI HANYALAH HAMBA

Mengembara dan berkelana terkadang menginsafkan kita. Tatkala melihat keindahan bumi Allah di sepanjang kembara perjalanan, hati terusik rasa. Sejauhmana kaki melangkah dan jasad dibawa, kita tetaplah hambaNya yang diberi kudrat olehNya semata-mata kudrat darinya membawa sangkar jasad ke mana sahaja sedangkan roh/jiwa itu tetaplah mencari-cari cahayaNya agar tersuluh hati yang seringkali tersesat di dalam kegelapan dunia.

Imam Bukhari misalnya telah mengungkapkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam sajaknya. Rintihannya lebih kurang begini:

Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.

Lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu-sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan,
hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan.

Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
pernah mengatakan:
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan".
Hamba percaya pada tutur kepastian itu
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.


Demikianlah bila hati sudah kembali kepada fitrahnya, maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna (insaanul kamil). Tetapi alangkah ruginya karena tidak semua manusia memilih jalan itu.

Di akhir zaman ini rasa kehambaan dalam hati hamba-hamba Allah sudah sangat kurang. Hati mereka jadi keras seperti batu.

Allah menggambarkan hal itu dengan firman-Nya:


Terjemahannya:

Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu mengalir dan sesungguhnya sebagian dari batu itu ada yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya. Dan ada pula batu yang jatuh meluncur karena takut kepada Allah. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.

(Al Baqarah: 74)

Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan dengan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir maupun batin dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata.

Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?
Damaikah negara mereka?
Amankah masyarakat mereka?
Tenangkah rumah tangga mereka?
Lapangkah dada mereka?
Puaskah nafsu mereka?
Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?

Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya', ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia bukan saja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya bahkan diri dan keluarga sendiri pun gagal mereka letakkan dalam keadaan tenang. Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil, riya' dan lain-lain itu penuh mengerumuni hati mereka. Hal tersebut makin memusnahkan kemurnian rasa kemanusiaan dan pasti tidak akan membiarkan hati manusia itu dalam keadaan tenang dan tentram. Kejahatan-kejahatan itu akan senantiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu selalu sakit.

Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah mempunyai pengikut tidak puas apalagi kalau sendirian. Sudah sehat tidak puas apalagi kalau sakit. Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.

Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kalajengking yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia. Sampai di Akhirat mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan melumatkan lahir dan batin manusia.
Ketenangan hati hanya akan diperoleh dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum-hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan Akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata karena Allah dan lain-lain rasa hati yang telah saya uraikan sebelum ini.

Kebahagiaan di dunia ini adalah ketenangan hati. Dan hati yang tenang adalah hati yang selamat dari kejahatan-kejahatan. Bila hati selamat, barulah manusia akan dipanggil Allah untuk menikmati kebagiaan abadi dalam Syurga Jannatun Naim.

Firman Allah SWT:


Terjemahannya: Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy Syuara: 88-89)

Mudah-mudahan Allah mengaruniakan kita taufik dan hidayah untuk memperoleh hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.