31 Jul 2008

CaTaTaN PeRiBadi

Kisah mengenai Abid dan Pencuri itu mengusik perasaan saya...menyentuh hati dan mengharukan jiwa...

Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan..

Ya, memang benar, hanya Allah yang tahu apa yang ada di dalam hati, kadang-kadang kata dan bicara tidak mampu mengungkapkan apa yang kita RASA di dalam hati, malah kadang-kadang menjadi FITNAH pada diri apabila cuba diungkap dengan kata-kata. Berdiam diri adalah lebih BAIK daripada berkata-kata jika itu situasinya.

Kekadang juga kita sendiri tidak dapat MENELAH hati dan diri orang lain..mungkin pada kita, ia satu kezaliman dan penganiayaan tetapi bukan itu maksud di sebalik kata dan perbuatan walaupun yang terlahir dari dirinya sesuatu yang amat pedih dan menyakitkan.

Begitulah, kerana yang benar-benar mengetahui apa yang ada di dalam hati kita hanya ALLAH jua...kita manusia lemah terdedah dengan seribu satu tanggapan yang kadang-kadang tersasar dari HAKIKAT kerana kita belum benar-benar kenal tentang MAKRIFAT, kita hanya seorang pengembara yang masih merangkak mencari JALAN atau TAREKAT dan masih lemah dalam mengamalkan SYARIAT.

Muga ada keampunan Allah SWT kepada kita semua..Ameen...

HATI TEMPAT JATUH PANDANGAN TUHAN




Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.

Katanya, "Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku."

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, "Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi."

Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid sedang berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata pula dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku."

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata dalam hatinya, "Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku."

Si abid terus berlari lebih laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri juga terus berlari mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua. "Aku baru sahaja mendapat wahyu dan Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah."

Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid itu mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya.


"Tujuan ibadah untuk mendapat Tuhan , takutkan Tuhan , cintakanNya, hingga rasa berTuhan subur didalam jiwa , di dalam kehidupan......Side effect rasa hambanya pun subur di jiwa...... Rasa hina , rasa malu , rasa lemah, rasa harap kepada Tuhan. "

10 Jul 2008

Stail Didikan Tuhan Sungguh Sistematik, Cantik Dan Menarik...



Bila kita perhatikan 5 ayat pertama Al Fatehah, kita dapat melihat bagaimana didikan dan tarbiah Tuhan. Stail tarbiah Tuhan itu sebenarnya ada dalam surah Al Fatehah. Kalau para guru, pemimpin dan ibu ayah boleh faham, boleh hayati dan boleh applykan kepada pengikut, anak buah, murd-murid dan anak-anaknya, insyaAllah, berkat dari Tuhan akan sangat memberi kesan. Tetapi mungkin orang tidak perasan.

Mari kita mencungkil dari susunan ayat-ayat Al Fatehah, bagaimana Tuhan mendidik manusia. Kalau ilmu ini dapat kita miliki, dapatlah kita applykan dalam kita mendidik. Sebenarnya didikan dalam Al Fatehah sangat cantik dan sistematik.

Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara tadarruj yakni beransur-ansur. Dari yang ringan-ringan kepada yang agak berat, sehinggalah yang sangat berat, sampailah matlamat yang Tuhan maksudkan. Kalau kita baca dari ayat `Bismillah` hingga "Iyyakana`budu...", banyak ilmu pendidikan yang kita dapat. Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara bertahap agar sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Sebab Tuhan jadikan akal dan fitrah manusia tidak boleh diasak sekaligus kerana ia akan rosak. Sama ada dia tidak tahan dan jadi jumud atau dia militan dan agresif. Keduanya Tuhan tidak mahu kerana keduanya bahaya. Sebab itu Tuhan mendidik secara bertahap.

Matlamat terakhir adalah bahawa Allah itu adalah Tuhan yang mesti manusia sembah hendaknya manusia meminta tolong dari-Nya. Itu kemuncak kepada pengenalan dari didikan secara tadarruj tadi atau yang beransur-ansur. Matlamat Tuhan ialah supaya orang akui Dia Tuhan dan mesti sembah Dia. Di awal surah, Dia tidak terus kenalkan diri Nya,"Aku Tuhan." Tetapi Tuhan perkenalkan dirinya secara sedikit demi sedikit, iaitu:

1. Tuhan kenalkan diriNya dengan secara gembira atau tabsyir:


Dalam "Bismillahirrahmanirrahim", dikenalkan Tuhan itu maha Pemurah dan maha Penyayang. Dirasakan nikmat yang terlalu banyak. Ada nikmat rohaniah, maknawiyah dan ada nikmat lahir. Bila disebut begitu, ada 2 yang tersirat yakni :

a) Ada khabar gembira. Nikmat itu adalah khabar gembira.

b) Tidak ada nikmat melainkan yang Tuhan beri. Tidak ada saluran selain dari Tuhan. Sama ada nikmat maknawi atau yang lahir.

Mungkin kita tidak terasa kerana kita sudah lama menjadi orang Islam dan sudah sering mendengar Fatehah sehingga kita sudah lali. Orang Arab, waktu mula-mula datang wahyu itu, 1500 tahun lalu, bila turun `Bismillah...`, mereka terkejut. Sebelum turunnya ayat itu, mereka fikir nikmat-nikmat itu dari jin, malaikat atau bagi hamba sahaya, dia ingat nikmat itu datang dari tuannya. Dengan turunnya ayat `Bismillah...`, mereka terkejut dan tersedar rupa-rupanya nikmat-nikmat itu datangnya dari Tuhan. Jadi dia terasa bahawa rupanya Tuhan itu baik.

2. Bila sudah faham bahawa nikmat ini khabar gembira dari Tuhan maka Tuhan mengajak memuji Dia dengan ayat " Alhamdulillah...." Bagaimana kalau tidak sebut nikmat, tidak sebut khabar gembira tetapi terus disuruh memuji Allah? Tentu orang akan rasa, kenapa hendak puji Tuhan? Begitulah cantiknya cara Tuhan mendidik manusia.

3. Selanjutnya, manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi. Hanya untuk Allah. raja atau orang besar tidak boleh kongsi pujian itu dengan Tuhan. Kalau kongsi dengan Tuhan, itu dosa yang paling berat. Bila dikatakan nikmat itu dari Tuhan, jadi layaklah Tuhan sahaja yang boleh dipuji. Tuhan kenalkan diri Nya bahawa Dia, "Rabbul `alamin," yang mentadbir seluruh alam, dunia dan Akhirat. Orang yang mula-mula dengar ayat ini, 1500 tahun lalu merasa terkejut. "Hebat Tuhan ya. Bukan sahaja Dia beri nikmat dan Dia yang patutu dipuji, rupanya Dia itu mentadbir." Lagi terasa besarnya Tuhan itu. Bukan sahaja Dia mentadbir dunia, bahkan Akhirat pun Dia tadbir.

4. Kemudian Tuhan perkenalkan diri Nya lagi dalam "Arrahmanir rahim", diulang lagi tentang khabar gembira dan ada tanzir yang menakutkan. Cara Tuhan beri nikmat pada manusia ada 2 cara iaitu: pemurah dan cara kasih sayang. Kadang-kadang atas nama kasih sayang, Dia beri sedikit nikmat sahaja. Atas nama pemurah, Dia beri banyak. Tetapi atas nama pemurah, itu secara istidraj. Tuhan beri banyak itu secara murka. Di sini orang naik takut dan akan berfikir, adakah nikmat dari Tuhan itu dia dapat atas dasar istidraj atau atas dasar rahmat. Di sini ada tanzir, ada didikan untuk menakutkan. Sehingga bila seseorang dapat nikmat Tuhan, dia tak akan lupa diri. Tuhan beri sedikit kepada orang yang Dia sayang, atas dasar rahmat juga. Seolah-olah Tuhan kata," Buat apalah Aku beri banyak di dunia. Beri najis kepada hamba yang Aku sayang. Aku hendak simpan nikmat untuknya di Akhirat." Tetapi manusia tidak faham. Bila dapat sedikit, rasa sedih sangat. Bila Tuhan beri atas dasar pemurah, kadang Tuhan beri banyak. Di situlah murka dan laknat Tuhan. Di situlah istidraj.

5. Kemudian Tuhan kenalkan lagi diri-Nya agar cinta dan takutkan Tuhan itu bertambah. "Malikiyau middin". Dia kenalkan diri Nya bahawa Dia miliki Akhirat. Tidak sebut dunia. Di sini juga ada didikan iaitu: Kuasa mutlak itu di tangan Tuhan, tidak dikongsi langsung dengan sesiapa. Tuhan hendak sedarkan manusia bahawa dunia yang kita pandang hebat itu sehingga manusia sampai bergaduh, rupanya tidak ada nilai di sisi Tuhan. Manusia sahaja yang memandang dunia itu besar sedangkan bagi Tuhan, tidak ada nilainya sekalipun bandingan sebelah sayap nyamuk. Maka carilah dunia untuk Akhirat. Jika tidak manusia akan sangat rugi.

6. Terasa lagi kebesaran Tuhan. Setelah Tuhan perkenalkan diri-Nya dari ayat 1 sehingga 4, setelah terasa kebesaran Tuhan, maka barulah Tuhan cakap bahawa hanya Dia yang disembah dan Dia tempat meminta pertolongan. Dalam ayat ke 5 itu, setelah ilmu tentang Tuhan sudah lengkap, barulah Tuhan arahkan agar Dia disembah, "Iyyakana`budu waiyyakanasta`in".

Cara yang Tuhan lakukan itu dalam mendidik manusia, Tuhan minta agar manusia lakukan kepada manusia juga. Cara mendidik, cara mengasuh telah Tuhan tunjukkan dalam Fatehah tadi iaitu secara beransur-ansur. Cara itulah yang Tuhan minta kita buat dalam mendidik manusia sehingga akhirnya manusia menyembah Tuhan. Itulah ilmunya, teorinya.

Luar biasanya Tuhan bila Tuhan pun telah tunjukkan realiti dari teori ini atau bagaimana Tuhan aplikasikan teori ini, iaitu secara realitinya, perintah sembahyang diturunkan setelah 11 tahun kerasulan. Di peringkat awal, selama 11 tahun Tuhan turunkan ayat-ayat untuk mengenalkan Tuhan. Kalau dari awal diperintahkan sembahyang, kita akan ragu dengan teori pendidikan beransur-ansur tadi. Seolah-olah Tuhan cakap lain tetapi buat lain. Tetapi terbukti, realitinya tepat dengan teorinya. Nampak kebesaran Tuhan. Cantik sungguh didikan Tuhan. Tetapi guru-guru tidak hayati ini. Rasulullah SAW mendidik manusia dengan kenalkan Tuhan dahulu. Pada tahun ke 11 kerasulan barulah solat diwajibkan.

Itulah ilmu pendidikan yang kita dapat cungkil dari susunan ayat dalam surah Al Fatehah. Maha Besar Tuhan.

CATATAN SANTAI




Di sinilah ofis saya, tempat di mana saya bekerja..nampak seperti cukup privasikan? Nampak tak makanan dan minuman yang tersedia di bilik saya?..Maka jemputlah datang pada sesiapa yang nak melawat saya di sini..sudah tentu tidak kelaparan adanya..heheh..hermm...monitor skrin komputer saya memang kecil comel sahaja..IBM Thinkvision..cukup sesuai untuk meja kecil yang saya ada...

Di sinilah saya bekerja dan bersantai-santai kalau tidak keluar...





Ini pula karpet bulu ARNAB yang saya beli di Cairo, Egypt...sengaja saya letakkan di ofis, kalau di rumah jadi tempat kesukaan kucing saya mencakar.



Ini pula patung UNTA yang saya beli berhampiran dengan masjid dan makam saidina Ali KWJ di Cairo.



apa guna SOFA ni?..hehe..inilah tempat saya melepak AKA tidur kalau dah letih dan nak rehat...

SUATU SENJA YANG DAMAI





Gambar-gambar ini diambil di Kodiang Kedah.