25 Feb 2008

PERINGATAN UNTUK PEMIMPIN


Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mengenali Tuhan dapat membawa manusia kepada Tuhan. Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak merasai kehambaan dan merasai bertuhan dapat menanamkan rasa tersebut di hati manusia. Mana mungkin pemimpin yang hatinya lalai dari mengingati tuhan boleh membawa hati manusia untuk mengingati Tuhan.

Adalah mustahil pemimpin yang derhaka kepada Tuhan dapat membentuk manusia lain untuk taat dan patuh kepada Tuhan. Pemimpin yang tidak terdidik atau tidak berupaya men-didik dirinya dengan iman dan taqwa, tidak akan berupaya men-didik manusia kepada iman dan taqwa.

Pemimpin yang gagal mendudukkan nafsunya pasti gagal untuk membawa manusia lain menundukkan nafsu mereka. Pemimpin yang zalim tidak akan mampu menjadikan rakyatnya berlaku adil. Pemimpin yang bengis, keras, kasar, pemarah, dan sombong pasti tidak mampu membawa kasih sayang dan menyatupadukan manusia.

Dalam apa keadaan pun pemimpinlah yang mesti mendahului orang lain dalam berbuat, barulah kejayaan bakal terjadi kepada orang lain. Hatta pemimpin perompak dan penyangak sekalipun, dirinyalah yang terlebih dahulu patut memiliki kepunahan akhlak paling teruk. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak layak menjadi pemimpin kepada mereka yang jahat dan rosak akhlak seperti dia.

Betapalah untuk menjadi pemimpin yang baik yang bercita-cita dan mahu mencetuskan kebaikan kepada manusia. Yang mahu melihat manusia menjadi baik, mengenali Tuhan, hidup bersyariat, berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu. Pemimpin yang hendak membentuk manusia soleh, maka dirinya mesti memiliki ciri-ciri super soleh. Pemimpin yang bercita-cita membawa hati manusia merasa bertuhan, maka hatinya sendiri mestilah berada pada tahap keupayaan menjadi penghubung kepada Tuhan.

Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.

Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta pemimpin pilihan Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak rasul. Antara kedua-dua pemimpin ini, yang berwatak rasul saja yang layak memimpin seluruh kehidupan manusia, walaupun tidak salah untuk manusia mengikut pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana para nabi dan pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di bidang ibadah dan akhlak sahaja.

Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama didahulukan telah memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri. Mesti mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan rumahtangga. Manusia terjamin selamat di bawah naungan Pemimpin super model ini. Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang tanggung. Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan mindanya Tuhan yang ajarkan dalam bentuk ilham atau firasat. Strateginya tepat kerana ilham dari Tuhan. Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan, keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuh-nya Tuhan yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu. Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi menjadi dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan menjadi reda. Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi kendur. Hati menjadi lembut dan lunak serta mudah menerima kebenaran dan kebaikan. Hati yang degil menjadi luntur. Maksiat dan kemung-karan menurun kerana hati-hati manusia turut terproses dengan sendiri. Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak di luar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad dengki mengongkong mereka lantas menolak kebenaran yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa seperti ini.

Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa pemimpin inilah akhirnya yang beroleh kemenangan, kerana Tuhan kehendaki mereka menang. Tiada kuasa yang berupaya menembusi kuasa Tuhan. Musuh nya Tuhanlah yang menumpaskan kerana Tuhan kehendaki yang batil dan pemimpin zalim itu tumpas.

Pemimpin zalim di zaman mana pun, sejarah telah membuktikan yang dengan bukti sejarah itu wajar dijadikan iktibar, bahawa akhirnya mereka kecundang. Betapa gagahnya Piraun, Qarun, Hammad, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Al Walid bin Mughirah, kuasa empayar Rom dan Parsi, keutuhan Kota Konstantinopal, semuanya kecundang di tangan pemimpin kebenaran. Sejarah pasti berulang.

Watak zaman kebangkitan Islam kali kedua ini sama saja dengan watak zaman kebangkitan Islam yang pertama, terutamanya Tuhan benar-benar campurtangan dalam memenangkan pemimpin kebenaran hingga menuju ke zaman ummah. Mana-kala sebaliknya, Tuhan juga benar-benar campurtangan dalam melenyapkan pemimpin palsu yang membawa kebatilan dan kezaliman. Kita harap inilah zamannya yang mana sejarah itu akan berulang dan sedang berlaku.

History is in the making.

22 Feb 2008

TAKUT DENGAN DOSA



Orang mukmin yang sejati itu
Jika terbuat dosa
Hatinya luka, punah, sedih dan derita
Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya, namun parutnya ada
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa
Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakan
Teringat sahaja jiwanya terseksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya
Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat dari Tuhannya
Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah hukuman kepada hamba-hamba-Nya
Moga di Akhirat kelak terlepas, daripada seksa neraka
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja bergelora
Kerana takut dengan Tuhannya
Lebih-lebih lagi setelah terbuat dosa
Kalaulah Allah perlihatkan kepada manusia
Sudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gila
Kerana keluh-kesahnya sentiasa bergelombang di dalam jiwanya
Kerana takut sangat dengan Tuhannya

HATI TENANG JIWA LAPANG




Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif. Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak.

Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat. Rasa senang apabila ia dipuji. Rasa menderita apabila di keji. Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan. Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan. Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan. Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih. Rasa dendam apabila orang menganiayainya. Simpati dengan orang susah. Rasa keluh kesah apabila dapat susah. Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong. Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan. Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.

Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia.

Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat.

Hati boleh dididik. Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah:
Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.
(Asy - Syams: 9)

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang.
(Al - A’la: 14 - 15)

Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy - Syuara: 88-89)

Allah memerintahkan kita agar mendidik hati hingga hati itu menjadi hati yang selamat. Yakni hati yang bersih daripada sifat-sifat yang jahat (mazmumah). Cara-cara pendidikan hati terdapat dalam ilmu tasawuf. Tajuk ini tidak bermaksud menerangkan cara mendidik hati. Ia bermaksud menceritakan wajah hati yang sudah dididik, yang sudah bersih dan selamat. Yakni hati yang ada pada para mukmin. Antara sifat-sifat hati mukmin ialah:

1. Sensitif dengan Tuhan. Hatinya akan gerun dan gentar apabila teringat tuhan. Terasa betapa besarnya kekuasaan Allah yang boleh buat apa sahaja terhadap dirinya. Betapa lemahnya dia kerana tiada upaya menolak sebarang takdir Allah. Ini berdasarkan firman Allah:

Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?

(Al Mulk: 16)

Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanku?

(Al Mulk: 17)

Katakanlah, “Terangkanlah kepada Ku jika sumber air kamu menjadi kering maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir di bumi.”


5. Hati mukmin sangat Tawaduk dan Khuduk kepada Allah. Yakni sangat merendah diri pada Allah kerana dia sedar dirinya adalah ciptaan Allah. Asalnya dari setitis air mani yang hina. Terlalu lemah tiada kuasa apa-apa kalau bukan dengan kehendak allah.Setiap detik ia memerlukan bantuan Allah untuk meneruskan hidupnya.

Firman Allah:

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang becampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.


(Al Insaan :2)

Sebab itu hati mukmin sangat membesarkan Allah dalam setiap tindak tanduknya. Tidaklah ia menyombongkan diri walau dengan sesama manusia. Ia berjalan di bumi denagn rendah hati dan tenang.

Firman Allah : Hamba Allah (Ar-Rahman) itu ialah mereka yang bejalan dimuka bumi dengan tenang.

(Al-Furqan : 63)

6. Kalau diuji oleh Allah hati mukmin sabar dan redha. Bahkan dengan tenang dengan ujian. Ia bersangka baik dengan Allah bahawa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau peningkatan darjat oleh Allah. Tidaklah orang mukmin itu mengeluh dan mengadu-ngadu serta marah-marah terhadap ujian yang datangsamada difitnah, ditohmah, disakiti, ditimpa bencana alam atau apa juga pun. Ia sedar itu semua daripada Allah dan Allah bermaksud baik dengan ujian itu. Maka ia hanya mengadu dan mengharap pada Allah sahaja. Firman Allah:

Apakah manusia mengira ia akan dibiarkan begitu saja mengatakan kami telah beriman sedang mereka belum diuji.

(Al-Ankabut : 2)

Dengan itu hati mukmin apabila diuji akan bertambah keimanannya.

7. Hati Mukmin sentiasa terkenang-kenang zat Allah maklumlah setiap detik rasanya ia menerima nikmat daripada Allah: Ilmu, harta, anak isteri, udara, air, makanan, bumi, langit, matahari, dan segala-galanya. Ia lemas dengan nikmat yang tidak terhitung. Cinta dan rindunya tertumpah pada zat yang maha baik lagi maha mulia itu. Allah menceritakan tentang hati mukmin: iaitu mereka yang sentiasa mengingati Allah pada waktu berdiri, duduk dan sambil berbaring.

(Al - Imran : 191)

Itulah di antara ciri-ciri hati orang mukmin. Dan itulah dia yang mencetuskan akhlak-akhlak yang baik dengan Allah dan dengan manusia. Hal ini tidak berlaku pada orang kafir dan munafik. Hati yang seumpama inilah yang membawa keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan harmoni serta yang membuahkan keamanan, kedamaian dan kebahagiaan kepada masyarakat.

Begitulah peranan hati orang mukmin didalam pembentukan kehidupan masyarakat, yang tidak wujud hari ini. Hati yang sempurna itulah yang hendak kita perjuangkan agar ia wujud. Moga-moga Allah memberi hidayah dan taufik kepada kita semua.

20 Feb 2008

PERCATURAN YAHUDI KE ATAS DUNIA



Seseorang mukmin yang ada cita-cita untuk berjuang, disamping memahami matlamat dan kaedah perjuangan, diajuga mesti mengkaji, mengenali dan mengetahui musuhnya terutama bangsa Yahudi. Banyak kerosakan yang telah dilakukanoleh Yahudi ke atas umat Islam. Bangsa Yahudi sangatfanatik pada agamanya. Faktor fanatik itu jugalah yang mendorongmereka bersungguh-sungguh berjuang.

Hal ini tidak berlaku pada bangsa lain kecuali pada umatIslam di zaman Rasulullah dan para Sahabat dahulu. Cubakita kaji apakah faktor yang menjadi pemangkin utama yang mendorong Yahudi untuk berjuang dan menentang umatIslam. Berikut adalah kepercayaan dan keyakinan mereka:

1. Yahudi sangat berkeyakinan bahawa mereka adalah anak Tuhan. Mereka adalah bangsa yang terpilih (the chosen people) manakala bangsa-bangsa lain hanyalah hamba yang hina.

2. Mereka yakin semua manusia akhirnya akan masuk ke Neraka kecuali Yahudi. Kalaupun mereka masuk Neraka, hanya selama enam hari.

3. Bangsa Yahudi ialah bangsa yang paling mulia di dunia (bangsa Ariya). Justeru itulah mereka tidak boleh tunduk kepada bangsa-bangsa lain.

4. Kebanyakan para nabi dan rasul adalah dari keturunan Bani Israel. Bangsa mereka dimuliakan Tuhan. Tidak ada sebab mereka mesti tunduk kepada bangsa lain.

Perkara-perkara inilah yang menjadi pemangkin dan pendorong besar kepada orang Yahudi untuk merosakkan bangsa-bangsa lain terutama umat Islam yang merupakan musuh tradisi mereka, supaya umat Islam mudah untuk diatur dan dicatur.


Di antara jaringan perangkap yang ditaja oleh Yahudi untuk mencatur dunia termasuk umat Islam dalam semua bidang ialah seperti berikut:

1. Politik



Mencetuskan bermacam-macam ideologi seperti demokrasi, nasionalisma, komunisma, sosialisma, kapitalisma dan lain- lain. Semuanya hasil ciptaan orang Yahudi. Tetapi pada waktu yang sama mereka sendiri pun tidak mempercayai, jauh sekali mengamalkan ideologi-ideologi tersebut. Mereka kempen dan promosikan fahaman-fahaman itu ke seluruh dunia sehingga seluruh dunia bertelingkah untuk mempertahankan fahaman masing-masing.

Lalu Yahudi mengambil kesempatan mencatur bangsa-bangsa yang sedang bergaduh, padahal Yahudi sesama mereka langsung tidak menggunakan sistem ciptaan mereka itu.
Mereka mencatur supaya bangsa masing-masing berusaha untuk mempertahankan ideologi dan pegangan masing-masing hinggalah sanggup bergaduh dan berperang sesama sendiri. Begitulah cara mereka menawan dunia.


Oleh kerana bilangan mereka sedikit iaitu hanya sekitar 3juta orang, mereka tidak memilih cara perang bersenjata kerana menawan melalui peperangan bersenjata sangat merbahaya bagi mereka, mahal serta merosakkan dan merugikan mereka.

Lalu mereka memilih kaedah menawan secara halus iaitu dengan mencatur para pemimpin dunia sama ada secara sedar ataupun tidak. Melalui cara ini, walaupun secara lahir atau fizikal penglibatan mereka tidak nampak tetapi pada hakikatnya apabila pemimpin dunia berada dalam percaturan mereka, maka sebenarnya merekalah yang sedang kuasai dunia.

Di waktu yang sama mana-mana pemimpin dunia yang tidak mahu tunduk dengan percaturan mereka ataupun cuba lari dari kongkongan mereka, Yahudi akan bertindak kasar walaupun di kalangan pemimpin yang bukan Islam.

Contohnya seperti yang berlaku kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kenedy yang mati ditembak. Walaupun dia sedar yang dia berada dalam bahaya kerana cuba lari dari percaturan Yahudi, tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Akibatnya, dia mati dibunuh. Presiden Zia ul Haq, yang ada cita-cita Islam, cuba hendak menegakkan Islam di Pakistan.Apabila dapat dikesan oleh Yahudi, akhirnya turut menerima nasib yang sama. Dia pun mati dibunuh. Tidak cukup dengan itu, Yahudi telah mencatur Pakistan dengan mencanangkannya sebagai sebuah negara Islam, padahal imej Pakistan sangat buruk sekali. Tidak cukup Pakistan terkenal dengan kotor, miskin, mundur dan rasuah, malahan akhlak bangsanya juga sangat rendah hingga mencemari imej Islam itu sendiri.

Hal ini bukan kebetulan tetapi memang dirancang supaya dunia melihat begitu hina dan hodohnya rupa sebuah negara Islam. Begitu sekali hebatnya jaringan Yahudi dalam mencatur dunia dan negara-negara orang Islam.

2. Ekonomi

Dari sudut ekonomi, Yahudi telah mencipta sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba. Hari ini seluruh sistem kewangan dunia tidak terlepas dari riba. Yahudi sangat mengkaji bahawa riba adalah diharamkan di dalam Islam kerana ia sangat merosakkan, menindas dan menzalimi manusia. Oleh itu digunakan sistem ini dalam jaringan perangkap ekonomi kapitalis mereka hinggakan seluruh sistem kewangan dunia mesti berasaskan riba. Seolah-olah sudah tidak ada jalan keluar dari jaringan ini. Tetapi pada waktu yang sama mereka sendiri tidak mengamalkan sistem kapitalis tersebut. Mereka tidak menghisap darah sesama mereka sendiri tetapi menghisap darah orang lain. Mereka sendiri tidak mengamalkan riba dalam urusan perniagaan mereka kerana mereka cukup tahu tentang bahaya riba.

Cuba kita lihat bagaimana mereka menggunakan jaringanekonomi kapitalis untuk menakluk negara-negara di dunia.Yahudi menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)yang bertujuan memberi pinjaman dan dana kepada negaranegara yang memerlukan. Bagi memastikan negara-negara yang menjadi target mereka masuk ke perangkap mereka,maka Yahudi pun membuat serangan ekonomi dalam bentuk
serangan mata wang ke atas negara-negara yang menjadi sasaran mereka terutama negara di sebelah Timur.

Yahudisangat mengkaji jadual kebangkitan Islam kali kedua dan mereka tahu ia akan bermula dari Timur. Cuma mereka tidak pasti Timur itu merujuk kepada negara mana. Jadi di antaracara halus untuk menyekat kebangkitan ini ialah dengan membuat serangan besar-besaran melalui spekulasi matawang dan lain-lain bagi melumpuhkan ekonomi negara di sebelah timur dengan harapan bila ekonomi lumpuh, maka kebangkitan Islam itu walaupun tidak dapat dihalang tetapi sekurang-kurangnya dapat dibendung.

Apabila negara-negara sasaran itu telah lumpuh ekonominya maka mereka akan datang meminta sedekah dari IMF seperti yang dilakukan oleh Indonesia, Thailand, Korea dan lain-lain. Kadangkala belum sempat negara-negara tersebut meminta bantuan, mereka terlebih dahulu menawarkan skim-skim bantuan pemulihan. Kononnya atas dasar perikemanusiaan tetapi sebenarnya di situlah peluang mereka untuk mencatur dan memerangkap negaranegara berkenaan supaya tunduk pada kehendak mereka.

Berbagai syarat dikenakan yang menguntungkan mereka dan merugikan negara yang menjadi mangsa. Di waktu itu oleh kerana keadaan sudah terdesak, sudah tidak ada pilihan lain, maka terpaksalah negara-negara malang ini akur dengan kehendak musuh walaupun terpaksa mengorbankan maruah bangsa, negara dan agama sekalipun.

Hal ini bukannya tidak disedari oleh negara-negara yangmenjadi mangsa, tetapi apabila sudah termasuk dalam perangkapdan jerat musuh, mengikut kaedah aka1 hampir mustahilakan dapat lepas lagi. Apa yang dilakukan oleh mereka inibagaikan seorang pemimpin yang zalim. Di malam harinyadia mengarahkan orang-orangnya merobohkan rumah-rumahrakyat manakala di siang harinya pula dia akan memanggilmangsa-mangsa tersebut dan menghulurkan bantuan kononnyaatas dasar simpati tetapi dikenakan berbagai syarat untukmemastikan orang-orang itu berada di dalam genggamannya.

3. Sosial

Perangkap dan serangan Yahudi di sudut sosial juga tidakkurang hebatnya. Oleh kerana Yahudi sangat maklum bahawa kebangkitan itu bermula dari Timur, maka sudah tentu negara-negara Islam di sebelah Timurlah yang menjadi sasaran utama mereka. Cuba kita ambil contoh dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia.

a. Indonesia
Indonesia merupakan sebuah negara umat Islam yang terbesar di dunia. 90% daripada 200 juta penduduknya adalah beragama Islam. Indonesia juga dibanjiri ribuan pesantren di seluruh negaranya. Tetapi pada waktu yang sama juga kerosakan aqidah dan moral di kalangan rakyatnya sangat ketara. Seperti biasa, Yahudi memulakan jarumnya dengan merosakkan keturunan umat Islam. Sebagai contoh, di Indonesia perkahwinan di antara orang Islam dengan yang berlainan agama tidak menjadi masalah malah sudah menjadi budaya.

Malah pernah berlaku anak seorang tokoh ulama terkenal di sana telah berkahwin dengan Yahudi sewaktu menuntut di luar negara. Kalau kita faham itu sebenarnya bukan kebetulan tetapi memang di rancang sebagai laluan untuk merosakkan umat Islam serta mencemari maruah Islam.

b. Malaysia

Begitu juga di Malaysia, kes-kes yang melibatkan gejala sosial seperti sumbang mahram, rogol, zina, pelacuran, arak, dadah, judi dan lain-lain majoritinya adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Walaupun kes-kes ini dilakukan juga oleh masyarakat yang bukan Islam tetapi ia tidaklah kebetulan tetapi terhadap orang Islam itu memang dirancang.

Malah yang lebih memeranjatkan negeri Kelantan yang telah lebih 12 tahun diperintah oleh parti Islam adalah di antara negeri yang mencatat kadar jenayah sosial atau maksiat yang paling tinggi di Malaysia. Di antara perangkap yang dilakukan oleh musuh ialah mereka telah berjaya memperdaya umat Islam yang makin lemah imannya dengan membawa masuk budaya Bollywood ke negara ini. Majoriti masyarakat Islam sangat menggilai gejala ini yang mana pengaruhnya sungguh kuat hingga di merata tempat filem dan lagu Bollywood di pasang sepanjang masa. Tidak cukup dengan itu, mereka juga sengaja menganjurkan anugerah Bollywood dilangsungkan di negara ini, padahal ianya tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

Budaya ini bukan sekadar merosakkan moral dan maruah umat Islam tetapi yang lebih merbahaya dari itu ia juga turut merosakkan aqidah umat. Walaupun ada di kalangan para
ulama dan pemimpin yang menyedari hakikat ini tetapi sudah terlambat untuk membendungnya, lebih-lebih lagi bukan mudah untuk menyekat dan membaiki keadaan ini kalau kita bukan orangnya dan tidak kena pula cara dan kaedahnya.

4. Pendidikan

Berbagai kaedah dan cara juga digunakan oleh Yahudi untuk merosakkan umat Islam dari segi pendidikan. Mereka memulakan dengan menguasai seluruh bidang ilmu termasuklah ilmu Islam supaya semua golongan terpaksa merujuk kepada mereka. Malah apa yang mendukacitakan, umat Islam yang mengambil bidang pengajian Islam pun terpaksa mengaji tentang Islam daripada Yahudi yang bukan beragama Islam malah yang memang merancang untuk menghancurkan Islam. Berapa ramai profesor dari kalangan Yahudi yang menghafal Quran dan Hadis lalu mengajarnya pula kepada umat Islam.

Apabila ini berlaku, kesannya yang pertama ialah ilmu itu sudah tidak ada berkatnya lagi. Yang kedua, mereka boleh menggunakan kelebihan yang ada pada mereka dalam penguasaan ilmu Islam itu untuk merosakkan dan memutarbelitkan fakta hingga mencemari kesucian agama Islam malah sampai boleh merosakkan aqidah umat Islam.



Teori Darwin yang mengatakan manusia ini asalnya dari beruk pun adalah ciptaan Yahudi. Darwin adalah seorang Yahudi. Tujuannya adalah untuk merosakkan aqidah manusia. Sebagai contoh lagi, berapa banyak sejarah hidup Rasulullah telah diputarbelitkan oleh orientalis hingga boleh mengakibatkan cacat hubungan umat Islam hari ini dengan Rasulullah.

Malah yang lebih parah lagi para pelajar yang membuat Ph.D dengan mereka memang disyaratkan secara halus supaya bersetuju dengan falsafah dan pandangan mereka kalau nak lulus periksa. Bukan setakat itu sahaja. Para pelajar ini pula yang telah dirosakkan pemikiran mereka, apabila pulang ke negara masing- masing dengan membawa pulang Ph.D hasil menuntut dari tok-tok guru Yahudi itu, akan dipastikan supaya memegang jawatan-jawatan penting di kementerian agama dan menjadi penasihat Perdana Menteri, Presiden atau raja-raja dalam bidang agama.

Cuba bayangkan betapa rosaknya agama dan masyarakat apabila para penasihat agama terdiri daripada anak-anak murid Yahudi. Tidak cukup dengan itu, mereka merancang untuk merosakkan lagi agama Islam dengan menghantar anak-anak didik mereka menjadi Rektor atau Syeikh di universiti-universiti Islam di seluruh dunia seperti di Malaysia, Mesir, Pakistan dan lain-lain lagi. Berapa ramai para pelajar yang menuntut di seluruh dunia akan dirosakkan pemikiran mereka atas nama Islam.

Cuba lihat apa yang berlaku pada Universiti Al-Azhar, tempatberkumpulnya para cerdik pandai dan tokoh-tokoh Islam. Kini A1 Azharlah pusat kerosakan ilmu Islam. Daripada para pendidik, pentadbir hinggalah para pelajar yang datang dari seluruh dunia semuanya telah rosak. Sijil boleh dijual beli, belajar bukan lagi kerana Allah tetapi kerana periuk nasi. Amalan rasuah di antara pensyarah dan pelajar berleluasa. Ada yang sanggup menjual diri semata-mata untuk sekeping ijazah. Begitulah sekali berjayanya Yahudi merosakkan satu institusi pengajian Islam yang tertua di dunia itu.

Berdasarkan contoh-contoh di atas kita dapat melihat bagaimana dahsyatnya Yahudi menebar jaring ke seluruh dunia untuk mencatur manusia terutama umat Islam. Kalau difikirkan secara logik akal, memang sudah tidak ada jalan keluar apabila telah masuk ke dalam jaringan Yahudi ini. Lebih-lebih lagi umat Islam hari ini sudah tidak ada kekuatan.
Sama ada kekuatan ilmu, ekonomi, politik dan lebih-lebih lagi kekuatan iman.

Sebenarnya bagi umat Islam, pendorong atau pemangkin yang paling kuat ialah Tuhan dan syariat.Tapi bila Tuhan sudah hilang dan syariat sudah tidak diamalkan, maka tidak ada apa lagi yang tinggal pada umat Islam. Inilah di antara rahsia mengapa kita tidak boleh membangun.

Oleh sebab itu dalam keadaan ini, kalau bukan kerana faktor karomah pemimpin yang bertaqwa, kita tidak akan bolehmembangun. Yahudi telah meletakkan pukat dan jalanya di merata tempat manakala kita baru hendak berteori bagaimana hendak membuat pukat. Di sinilah kita mesti faham bahawa hanya pemimpin bertaqwa yang ditunjuk oleh Tuhan sahaja yang mampu membawa umat Islam keluar dengan selamat daripada jaringan musuh ini.

Satu-satunya perkara yang tidak akan terperangkap dan terkesan oleh musuh ialah kekuatan roh. Peranan roh inilah satu rahsia Tuhan yang hanya diberi oleh Tuhan kepada mereka yang bertaqwa. Inilah satu-satunya jalan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa sekalipun kerana pencatur di belakangnya adalah Tuhan yang Maha Kuasa. Oleh itu kalaulah kita bukan pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan jangan mencuba-cuba nak memimpin. Takut-takut akan lebih parah lagi.

Hal ini juga sangat diketahui oleh Yahudi. Mereka sangat yakin bahawa di hujungnya nanti mereka akan dikalahkan juga di tangan Imamul Mahdi.

Selain daripada Imam Mahdi, tidak ada pemimpin lain yang mampu mengalahkan mereka malah semuanya berada dalam genggaman mereka.

Inilah antara perkara-perkara tersirat yang tidak difahami oleh para pemimpin hari ini. Sebab itulah berbagai usaha untukmenangani gejala sosial menemui jalan buntu. Di sinilah bukti pentingnya peranan orang rohani.

ANTARA SYARIAT DAN TAUHID


Umat Islam mesti memahami letak duduk di antara syariat dan tauhid.
Umat
Islam mesti tahu di antara syariat dan tauhid, yang mana patut
didahulukan.
Umat Islam mesti sedar di antara syariat dan tauhid, yang
manakah lebih utama.
Umat Islam mesti tahu apakah syariat itu timbul dari
tauhid atau tauhid itu yang timbul dari syariat.

Kalau semua ini tidak difahami dengan betul, kita boleh tersalah langkah dalam beragama. Agama kita boleh jadi tunggang terbalik. Kita boleh kehilangan Tuhan walaupun kita sudah serius beragama.

Sebenarnya perkara pertama yang berlaku dalam agama ialah soal aqidah atau ketauhidan iaitu soal mengenal Tuhan. Setelah Tuhan dikenali, barulah timbul keperluan untuk bersyariat, sama ada syariat lahir atau apa yang dinamakan fikah mahupun syariat batin atau apa yang dinamakan tasawuf. Syariat adalah cara atau kaedah bagaimana kita dapat memperhambakan diri atau cara mana kita dapat mengabdikan diri kepada Tuhan atau cara untuk kita membesarkan Tuhan setelah Tuhan itu kita kenali sungguh-sungguh.

Contohnya apabila kita sudah kenal Tuhan dan kita rasa kita ini hamba dan Tuhan itu Khaliq, maka kita akan terdorong untuk menyembahNya. Tetapi kita tidak boleh menyembah Tuhan ikut suka hati kita. Maka untuk itu, kita perlu rujuk kepada syariat untuk mengetahui bagaimana cara yang Tuhan mahu kita menyembahNya. Begitulah juga dengan hal-hal lain dalam kehidupan. Contohnya dalam pendidikan, dakwah, masyarakat, pergaulan, perniagaaan, dan sebagainya yang Tuhan mahu kita tegakkan. Kita tidak boleh memandai-mandai dalam hal ini atau mengikut sahaja sistem orang Nasrani atau Yahudi. Tuhan hendak kita buat semua itu ikut cara yang Tuhan mahu. Untuk itu, syariat diturunkan. Kemudian baru timbul keperluan bersyariat. Ini sesuai dengan hadis yang berbunyi : Awal-awal agama mengenal Allah. Kalau Allah kita belum kenal, atas dasar apa dan untuk siapa kita hendak beragama?

Tambahan pada itu, kalau kita belum betul-betul kenal Tuhan, sudah tentu kita belum berjiwa tauhid.
Kalau belum berjiwa tauhid, sudah tentu kita belum khusyuk dengan Tuhan.
Kalau belum khusyuk dengan Tuhan, sudah tentu kita belum bertakwa.
Kalau belum bertakwa, kita tidak ada kekuatan jiwa untuk melaksanakan dan menegakkan syariat.
Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu memperjuangkan syariat sungguh-sungguh.

Jadi kenal Tuhanlah menjadi pendorong untuk kita mengamalkan syariat. Kenal Tuhanlah yang memberi kita kekuatan untuk mengamalkan syariat. Orang yang belum kenal Tuhan tidak akan mampu mengamalkan syariat secara sungguh-sungguh dan istiqomah.

Begitulah juga apa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Selama 13 belas tahun di Mekah. Rasulullah hanya mengajar para sahabat tentang Tuhan dan tentang ketauhidan. Rasulullah tidak mengajar apa-apa tentang syariat. Hanya apabila di Madinah, barulah turun hukum-hakam tentang syariat. Maknanya, para sahabat diperkenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu sehingga mereka cinta dan takut dengan Tuhan sebelum mereka didedahkan kepada syariat. Apabila datang hukum syariat yang berbagai-bagai rupa, mudah sahaja para sahabat menegakkannya.

Oleh itu, dalam mendidik anak-anak mahupun masyarakat, kita tidak boleh utamakan syariat sebelum kita selesaikan soal tauhid atau soal mengenal Tuhan terlebih dahulu. Tuhan mesti diperkenalkan. Selepas itu barulah diperkenalkan syariatNya. Kalau tidak maka akan timbullah syariat yang tidak dikaitkan dengan Tuhan. Orang yang agamanya hanya syariat semata-mata tanpa dikaitkan dengan Tuhan ialah orang yang nampak seperti beragama tetapi tidak beraqidah. Hakikatnya dia tidak beragama kerana agama itu ialah sistem penyembahan atau sistem peribadatan yang ada hubungkait dengan Tuhan. Kalau tidak ada hubungkait dengan Tuhan, ianya bukan agama. Ia hanyalah ideologi. Ideologi memang tidak ada hubungkait dengan Tuhan.

Orang yang bersyariat atau beribadah tanpa Tuhan, syariatnya dan ibadahnya kosong dan tidak berjiwa. Kerana Tuhan tidak dilibatkan sama, maka tidak ada kemanisan, keindahan, dan kepuasan dalam ibadahnya. Walaupun ibadahnya banyak tetapi ia tidak memberi kesan apa-apa kepada hati dan peribadinya. Akhlaknya tidak berubah malahan bertambah rosak. Mereka tidak terlepas dari membuat perkara-perkara keji dan mungkar.

Orang yang bersyariat tanpa Tuhan selalunya memandang syariat itu besar. Tuhan tidak besar. Mereka memperjuangkan syariat tetapi tidak memperjuangkan Tuhan. Padahal syariat itu diturunkan untuk membesarkan Tuhan. Mereka hendak paksa syariat ke atas manusia termasuk hukum hudud dan sebagainya, tetapi tidak mahu membawa atau memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga manusia boleh jatuh cinta dan takut dengan Tuhan. Justeru itu tujuan sebenar mereka beragama telah tersasar. Walaupun mereka nampak seperti beragama, tetapi mereka sebenarnya telah kehilangan Tuhan. Mereka beragama tetapi tidak beraqidah.

Orang yang bersyariat tanpa Tuhan akan mengejar pahala serta fadilat dalam beribadah dan bukan untuk menagih redha, rahmat dan kasih saying Tuhan. Mereka merasakan ibadah mereka itu boleh membeli syurga. Mereka lupa bahwa tidak ada sesiapapun akan masuk syurga kerana amalan mereka. Tidak juga Rasulullah SAW. Manusia masuk syurga hanya kerana rahmat Tuhan. Fadilat dan pahala itu urusan Tuhan. Kalau kita beribadah kerana Tuhan, nescaya Tuhan akan kurniakan pahala dan fadilatNya. Tetapi kalau kita beribadah kerana pahala dan fadilat, siapakah akan memberi pahala dan fadilat itu? Siapakah yang akan memberinya kalau tidak Tuhan? Oleh itu, kenapa ketepikan Tuhan yang memberi pahala dan fadilat ?

Orang yang membesarkan pahala dan fadilat akan hilang takut dengan dosa. Mereka menganggap ambil wudhuk akan terhapus dosa. Bila sembahyang akan terhapus dosa. Bila naik haji akan terhapus dosa. Walaupun ini benar tetapi ia bernebtuk fadilat. Hakikat ini tidak boleh digunakan untuk meremeh-remeh dan meringan-ringankan dosa. Kesannya mereka sudah tidak takut lagi dengan dosa kerana merasakan dosa terlalu mudah untuk dihapuskan. Akhirnya mereka hilang takut dengan dosa dan dengan Tuhan itu sendiri.

Itu sebab kita lihat ramai orang yang nampaknya seperti beragama dan kuat beribadah, tetapi dalam masa yang sama terjebak dalam maksiat. Ramai juga yang dengan mudah boleh murtad dan meninggalkan Islam atas alasan yang kecil seperti hendak kahwin dengan jejaka yang hukan Islam, walhal sebelum itu mereka berjubah dan bertudung labuh, pandai baca Alquran dan tidak pernah tinggal sembahyang. Inilah orang-orang Islam yang telah memutuskan hubungan mereka dengan Tuhan dan hanya mengikat diri mereka dengan syariat semata-mata. Lagi banyak mereka beribadah, lagi jauh mereka dengan Tuhan.

Orang yang beribadah kerana pahala dan fadilat dan yang beribadah kerana Tuhan ibarat dua orang anak yang berkhidmat kepada ibu mereka. Seorang berkhidmat kerana setiap kali berkhidmat kepada ibunya, dia diberi upah. Kalau ibunya tidak menjanjikan upah, maka dia enggan berkhidmat. Seorang lagi anak berkhidmat kepada ibunya tanpa meminta upah. Ada upah atau tidak ada upah, dia tetap setia berkhidmat kepada ibunya. Apabila ditanya kenapa, dia menjawab bahawa ibunya telah melahirkan dia. Kalau ibunya tidak ada, maka diapun tidak ada. Dia berkhidmat hanya kerana ibunya itu ibunya dan dia adalah anak. Sudah sepatutnya anak berkhidmat untuk ibunya. Inilah sepatutnya sikap kita kepada Tuhan.

Oleh itu, janganlah kita hanya menyogok hal-hal syariat sahaja kepada anak-anak kita dan masyarakat seperti soal sembahyang, puasa, zakat, baca AlQuran, hukum hudud dan sebagainya. Kita perlu banyakkan lagi usaha untuk membawa mereka mengenal Tuhan, untuk merasakan mereka itu hamba kepada Tuhan. Kita mesti berusaha untuk menanam di hati mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Kalau ini dapat kita lakukan, maka soal syariat akan jadi mudah. Orang yang sudah cinta dan takut dengan Tuhan akan ghairah melakukan syariat kerana itulah jalan baginya untuk membesarkan Tuhan yang dicintainya dan untuk taat kepada Tuhan yang ditakutinya. Orang yang cinta dengan Tuhan sudah tentu ghairah untuk membuat apa sahaja yang disukai Tuhannya. Orang yang takut dengan Tuhan sudah tentu bimbang untuk membuat sesuatu yang tidak disukai atau yang dibenci Tuhannya.









MENCINTAI CINTA AGUNG


Petikan:

Mengejar cinta Tuhan, orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan
rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan

Cinta
yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya
seperti cinta-cinta murahan yang lain



Fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai.

Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa ataupun tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara ‘sayang’ dengan ‘kasih sayang’. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang bermacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan.

Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaati-Nya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1. Tiada kecewa.
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhluk-Nya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan.
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, harta, pangkat dan lain-lain, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalam usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas Rahmat-Nya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.

Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut dan berserabut.

Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan.
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki.

Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan perusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah.
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifat-sifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang.
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan. Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malaikat juga turut mendoakannya. Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.

Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan.
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa.

Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan.

Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang

Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta.

Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi

Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung?

Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terlalu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhluk-Nya. Kasih sayang Allah pada makhluk-Nya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

i. Dari sudut ilmu
Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.

ii. Di sudut realitinya


Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:
a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.
b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat baik seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab Neraka-Nya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.
c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?
d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapan dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?
e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.
f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.
g) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.
h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan siang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semula jadi manusia.
Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:
“Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.”

Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembah-Nya seperti mana yang Dia mahu, bukan seperti mana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segala-galanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya.

Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.

18 Feb 2008

MARILAH BERSAMA MENCARI TUHAN




MARILAH bersama mencari Tuhan
Bersama-sama mencari Tuhan tidak ada saingan
Lebih-lebih lagi tidak ada pertarungan dan peperangan
Marilah bersama-sama mencari keredhaan-Nya
Ia akan berlaku tenang menenangkan,
bahagia membahagiakan
Rebutlah Tuhan!
Tidak ada yang kecewa dan kecundang
Tapi rebut harta, pangkat, betina dan kekayaan ada saingan
Bahkan akan ada perlawanan dan akhirnya ada permusuhan
Dan akan berlaku ada yang kecundang dan kekecewaan
Merebut keredhaan Tuhan membawa ketenangan
Jiwa lapang
Merebut dunia membawa keresahan dan jiwa tidak tenang
Sama-sama mencari Tuhan membawa orang
berukhwah dan berkawan
Sama-sama mencari dunia
membawa pecah-belah dan permusuhan
Mengejar dunia, fikiran berserabut dan kusut
Mengejar Tuhan, fikiran lapang, tenang menenangkan
Carilah keredhaan Tuhan, tidak ada yang kecewa
Mazmumah hilang, orang senang
Mencari keredhaan orang, kita akan kecewa bahkan terhina
Mazmumah makin menebal, orang pun benci pula
Kejarlah Tuhan, jalan luas dan lapang,
selamat dan menyelamatkan
Kejar dunia jalan sempit, himpit-menghimpit
dan memudharatkan

MENGAPA KITA DI UJI ?




Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan kesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukan dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. la adalah adat dan resam hidup. Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Dunia itu negara bala dan ujian".

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidak suka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, pada kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah, dan pada apa sahaja yang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya.

Nafsu sebenarnya lebih jahat dan berbahaya dari syaitan. Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu berada dalam diri kita. Nafsu adalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu kita terdidik, maka sempitlah jalan syaitan untuk menggoda dan menipu kita. Tetapi kalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah jalan syaitan.

Hendak mendidik nafsu bukan mudah. Nafsu pernah angkuh dan sombong dengan Tuhan. Dia pernah berkata pada Tuhan: "Engkau-engkau, aku-aku." Dia pernah direjam seribu tahun dalam neraka. Nafsu hanya takut dengan Tuhan. Dia tidak takut dengan makhluk.

Oleh itu, hendak mendidik nafsu, kita perlu ada rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Kita perlu bersandar kepada kehebatan dan kekuasaan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini tidak ada, maka tidak ada apa yang akan dapat mendorong dan menahan atau menghalang nafsu. Rasa cinta pada Tuhan itu akan mendorong nafsu supaya menjadi tenang dan jinak. Rasa takut dengan Tuhan pula akan menahan nafsu dari menjadi terlalu rakus, liar dan tidak terkawal.

Untuk mendidik nafsu, hendaklah kita berbicara dengannya. Katakan pada nafsu begini: "Hai nafsu! Aku tahu engkau itu jahat. Tapi kalau Allah tolong aku, engkau pun aku boleh hadapi. Walaupun aku ini tidak tahan diuji, tapi kalau aku diuji aku akan berserah sahaja kepada Tuhan."

Nafsu kalau tidak dididik, diuji, ditekan, dikekang dan di-sakitkan, dia akan berbunga. Kemudian dia akan berbuah. Buah nafsu ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah seperti sombong, angkuh, megah, riak, pemarah, jahat sangka, tamak, hasad dengki, panas baran, bakhil dan lain-lain lagi.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsu hanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmah Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemah-kan nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Tuhan.

Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: 'Kami telah beriman sedang kamu tidak diuji lagi." (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri. Cara untuk membaiki diri ialah dengan bermujahadah dan dengan melalui berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang berat ataupun ringan. Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya hubungan kita dengan Tuhan. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, ujian yang berat dirasakan ringan. Orang yang lemah hubungannya dengan Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.


Ujian adalah untuk orang baik dan juga orang jahat. Untuk orang beriman dan tidak beriman atau lemah iman. Malahan orang baik dan beriman lebih banyak diuji dan lebih berat pula ujiannya. Para nabi dan rasul adalah mereka yang paling berat diuji. Kemudian para wali dan orang-orang soleh. Kemudian orang-orang awam lain mengikut peringkat iman yang ada pada mereka. Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka. Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka. Kalau pun mereka bertaubat, belum tentu diterima taubat mereka itu tetapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar dan redha.

Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan pen-deritaan. Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dan nikmat. Justeru itu, menempuh dan menjalani ujian dan kesu-sahan dari Allah menjadi syarat untuk ke syurga. Ada riwayat di dalam hadis seperti berikut:

Setelah Allah mencipta syurga dan neraka, maka Allah perintahkan para malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat, Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab: "Tidak akan ada manusia yang akan masuk neraka kerana siksaannya sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurga kerana nikmat di dalamnya sungguh indah".

Allah Taala kemudian memerintah para malaikat untuk melihat untuk kali kedua. Sekembalinya para malaikat, Allah bertanya sekali lagi apa pendapat mereka. Kali ini malaikat menjawab: "Tidak akan ramai manusia yang dapat masuk ke syurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan dan menyusahkan; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang seronok, indah dan mengasyikkan."

Oleh itu, kalau kita diuji, itu tanda Tuhan telah meletakkan kita di atas jalan menuju ke syurga. Kita patut banyak-banyak bersyukur. Kalau Tuhan biarkan kita lalai dan berfoya-foya dan bergelumang dengan dosa dan noda, itu tanda kita sedang berada di atas jalan menuju ke neraka. Kita patut cepat-cepat sedar dan bertaubat.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas kalau disusahkan atau disakitkan asal ia dapat rasa hampir dan dekat dengan Tuhan.

Apabila nafsu dapat ditundukkan dan dijinakkan, maka fitrah kita akan menjadi lebih berperanan. Bila fitrah sudah berperanan dan jiwa telah hidup, maka dia akan terhibur dan merasa bahagia dengan ujian dan kesusahan. Bila diuji, dia terasa Tuhan itu dekat dan hampir dan kuat pergantungannya dengan Tuhan. Roh jadi meriah dan penuh dengan zikrullah. Bila tidak diuji, rasa bimbang dan cemas takut-takut Allah telah melupakan dia.

Ini berlaku kepada para sahabat. Kalau sehari mereka tidak diuji oleh Tuhan, mereka mula bimbang. Kalau dua hari tidak diuji, mereka mula takut. Kalau tiga hari tidak diuji, mereka mula cemas takut-takut Tuhan telah melupakan dan tidak peduli kepada mereka lagi.

Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh tahu dalam diri kita nafsu atau fitrah kitakah yang lebih berperanan. Nafsu kitakah atau fitrah kitakah yang lebih kuat. Kalau kita sangat terdorong dan terangsang dengan perkara-perkara yang seronok, yang mengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya, seronok dengan dunia dan takut dan benci kepada ujian dan kesusahan, maka kita sebenarnya kuat nafsu. Tetapi kalau kita banyak terdorong ke-pada akhirat, rela bersusah-payah dan menderita kerana Allah, tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa manis dan indah pula dengan ujian, maka fitrah kita sudah berperanan. Oleh itu bermujahadah, menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidik nafsu sangat penting. Nafsu itu mesti dilawan, jangan dilayan. Baru dia akan tunduk. Kalau nafsu dilayan, dia akan subur dan melonjak-lonjak. Jangan beri nafsu apa yang dia mahu (yang haram). Beri dia apa yang dia benci (yang baik).

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebalik-nya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan.

Orang-orang soleh, kalau diuji, mereka sabar dan tidak mengadu. Sabar itu sudah tentu ada sakitnya. Orang-orang muqorrobbin (yang hampir dengan Tuhan), kalau diuji mereka redha. Redha itu kurang sakitnya kerana ada rasa kerelaan dan kepuasan. Orang-orang siddiqin (yang benar) pula merasa bahagia dan terhibur dengan ujian. Itulah makanan bagi jiwa mereka.

AHLAN WA SAHLAN


Selamat datang ke blog saya. Digerakkan hati oleh Allah SWT untuk membuka blog peribadi ini sebagai satu wadah untuk saya mencoret dan melakarkan kata-kata. Semuga ada manafaatnya kepada diri saya dan pelayar blog ini. Andai kata ada sebarang komentar terhadap blog ini, janganlah berat hati untuk mengusulkan pertanyaan itu kepada saya.


Semua kita adalah pengembara di perjalanan yang singkat ini. Semua kita sedang menuju ke kampung abadi iaitu akhirat di sana, di situlah tempat tinggal kita yang kekal abadi. Hidup adalah kembara, ada ketikanya kita akan bertemu dengan persimpangan, ada ketikanya kita tersungkur jatuh, adakalanya kita buntu mencari arah, begitulah kehidupan yang penuh ujian, onak dan duri adalah penghalang dalam perjalanan ini.

Yang selamat hanyalah manusia yang hatinya sentiasa dibawa bersama Allah.....