"Selagi ia bernama kenangan, akan ada rasa rindu yang berbaur dan tidak terjangkau oleh akal, ia adalah bicara hati yang tidak ada sempadannya"
Novel ini berkisar mengenai watak utama bernama Seri. Seri ialah seorang wanita yang bekerjaya sebagai pensyarah di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Seri merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 17 tahun bernama Sofea Nafisah.
Suatu ketika dulu, Seri pernah mempunyai seorang kawan baik bernama Yazid yang pernah sekampus dengannya sewaktu pengajian degri. Mereka berkawan baik dan banyak kenangan manis yang masih terpahat di ingatan Seri sewaktu bersama Yazid.
Mereka terpisah setelah menamatkan pengajian degri di mana Yazid telah melanjutkan pelajaran sarjananya ke luar negara dan Seri pula masih di universiti yang sama di dalam negara. Kejauhan yang sebegitu menyebabkan terbit rasa rindu dan tersulam rasa cinta di antara mereka.
Apa yang diharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Sekembalinya Yazid dari luar negara, beliau telah membawa berita yang sangat mengejutkan Seri. Yazid telah memilih Syiah sebagai fahamannya.
Walaupun cinta antara mereka masih utuh, mereka memilih untuk berpisah kerana tidak mahu berlaku konflik yang lebih rumit di kemudian hari. Yazid kembali berkelana ke luar negara untuk mendalami fahaman Syiahnya.
Empat tahun berlalu, Seri kini telah berkahwin dengan Azman dan mempunyai seorang anak perempuan. Dengan tidak disangka-sangka, satu hari, Seri menerima emel dari Yazid dan Yazid memberitahu dia akan kembali ke Malaysia untuk meneruskan pengajian PhDnya yang berkebetulan sama dengan universiti di mana Seri juga melanjutkan pelajaran PhD beliau.
Berlaku konflik dalam diri Seri kerana dia tidak pernah melupakan Yazid yang pernah melukakan hatinya tetapi dalam masa yang sama, Seri tidak pernah melupakan kenangan yang pernah tercipta bersama Yazid suatu waktu dulu.
Apakah yang akan berlaku dengan perhubungan Seri dan Yazid? Adakah Seri akan terus mengambil keputusan untuk membuang Yazid terus dari hidupnya? Atau adakah Seri akan menyambut huluran persahabatan Yazid?
Seri akhirnya memilih untuk bersikap rasional dan menerima Yazid sebagai kawan kembali. Namun konflik yang berlaku kini lebih rumit. Sukar bagi mereka untuk melupakan kenangan lama dan dalam masa yang sama mereka dihantui rasa bersalah kerana belum benar-benar mampu mengosongkan hati dari tidak menyimpan sebarang perasaan yang melebihi batas seorang kawan.
Terperangkap dalam situasi yang rumit sebegitu, akhirnya menyebabkan Seri dan Yazid mengambil keputusan untuk berpisah dan menghentikan perhubungan mereka. Mereka tidak mampu menipu diri sendiri dengan beralasan atas nama persahabatan. Mereka akhirnya memilih untuk berpisah untuk kedua kalinya. Yazid kembali ke luar negara dan sejak itu, mereka terputus hubungan sama sekali.
Selepas 13 tahun, Seri datang ke Cape Town. Seri mengambil cuti seminggu untuk berada di Cape Town.Tujuan Seri datang ke sana adalah untuk membincangkan kerjasama projek penyelidikan bersama di Universiti Cape Town(UCT).
Seri merancang untuk mengambil cuti sabatikal dan bermastautin sementara di Cape Town jika perbincangan itu berjaya.
Dengan tidak disangka-sangka, Seri terjumpa Yazid di Cape Town.
Apa mungkinkah Cape Town akan menjadi saksi dan Tanjung Harapan menyuburkan kembali harapan mereka?
Ikutilah kesudahan novel ini. Selamat membaca.
2 ulasan:
alhamdulillah akhirnya muncul juga enovel seri..tahniah...sinopsis yang panjang lebar juga tu.. akhir kata selamat berkarya...
alhamdulillah akhirnya muncul juga enovel seri..tahniah...sinopsis yang panjang lebar juga tu.. akhir kata selamat berkarya...
Catat Ulasan