27 Mei 2014

KISAH KEDAI KOPI : ANTARA ROKOK DAN CADBURY

KISAH KEDAI KOPI : ANTARA ROKOK DAN CADBURY


Di sebuah kedai kopi dihujung bandar, seorang lelaki berumur pertengahan abad, berkopiah putih kelihatan berbual-bual bersama rakan-rakannya.
Pagi itu, cuaca agak panas, walaupun jam di dinding kedai itu menunjukkan pukul 11 pagi.
Kedengaran suara garaunya berkata,
"Ni haram jadah betul, JAKIM ni tak buat kerja, makan rasuah apa..coklat Cadbury ni puluh tahun jual ada cop HALAL ..tapi gapo ada babi?"


Kelihatan terjuih-juih mulutnya bercakap sambil sepotong rokok tersepit dimulutnya.
Kawan-kawan disekelilingnya mengangguk-ngangguk bersetuju mengiyakan pendapatnya.
Seorang dari mereka mencelah,
"Tu laa kerajaan ni tak boleh pakai, menipu rakyat siang malam, tau nya nak naik cukai je, kerajaan ni ngok, hampehhh"
Tiba-tiba ada seorang anak muda datang menghampiri kumpulan mereka sambil memegang telefon bimbitnya. dan
dengan selamba anak muda itu berkata.
"Pak cik, cuba tengok dalam fb saya ni, ada artikel tentang rokok ada darah babi, tu yang pak cik tengah dok hisap tu pun ada babi.."


Seraya menyambung percakapannya dengan nada sinis,
"Rokok tu dah terang-terang difatwa haram, sekarang ada darah babi pula, pak cik masih sanggup berhabis duit beli...dah beli, siang malam pula bergayut kat mulut, pak cik cermin dulu diri pak cik sebelum sibuk maki orang lain...".
"Patutnya pak cik yang dakwah diri pak cik dulu yang ketagih benda haram sebab di akhirat nanti pak cik bukan kena jaga kubur orang lain..pak cik jaga kubur pak cik sendiri saja".
Merah padam muka lelaki tersebut mendengar kata anak muda tersebut dan berkata dengan sombongnya,
"Siapa kau nak nasihat aku, kau penyokong UMNO ye,,,pergi mampuslah..$%^&@@%@%..
Anak muda itu hanya tersenyum dan berkata,
"Pak cik, patutnya orang tua macam pak cik menasihati anak muda, tetapi nampaknya dunia akhir zaman ini, dah terbalik, jangan pak cik fikir dengan kopiah putih atas kepala jadi lesen untuk pak cik rasa lebih baik dari orang lain, islam itu bukan terletak pada kopiah dan janggut pak cik tetapi pada iman pak cik...soal iman dilihat pada tindakan kita, adab dan akalbudi kita ..bukan sekadar cakap dan pakaian sahaja..
maaf ye pak cik jika pak cik terasa hati dengan cakap-cakap saya..saya mohon permisi..nak balik rumah dulu".
Anak muda itupun berlalu sambil disoroti dengan tenungan yang tajam dari pak cik itu dan kawan-kawannya.
Demikianlah sebuah kisah di kedai kopi.

Tiada ulasan: