Satu ketika dahulu, ramai orang memandang sinis jika diceritakan mengenai Dajal, Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Bangsa yang Hilang (The Lost Tribe), Tanah yang Dijanjikan (The Promised Land) dan The Hidden Hand (THH) (Tangan Ghaib). Mereka rasa mereka amat pandai dengan ilmu-ilmu sekular dan menguasai ilmu-ilmu tersebut, jadi hal-hal seperti yang disebuat di atas ini tidak membawa sebarang makna kepada mereka, kerana ia adalah perkara untuk orang yang bodoh, dungu dan suka berangan-angan. Itulah persepsi mereka yang sudah jadi HAMBA kepada ilmu sains dan teknologi yang bersekularkan akal dan logik semata-mata. Malah, ada di kalangan ilmuwan Islam sendiri yang bermazhab wahabi atau liberal menolak perkara-perkara di atas itu kerana merekapun berguru dengan para juak-juak THH ini. Itulah bahana dan BALA apabila menuntut ilmu Islam menurut metod Yahudi malah ada juga yang lebih tersesat hingga berprofesorkan Yahudi untuk mempelajari Islam.
Hal yang sedemikian rupa, bukanlah berlaku dengan kebetulan namun adalah jua dari perancangan Dajal dan dilaksanakan oleh orang-orang suruhan Dajal seperti Yahudi, Kristian dan lain-lain yang menerapkan "THH mind control" bidang pendidikan, hiburan, media massa dan lain-lain.
Namun ada satu kumpulan yang benar-benar keep in touch dengan Dajal ini yang dipanggil golongan The ELITE. Mereka inilah pencatur dunia masa kini dan mereka inilah yang semakin sedar bahawa kedudukan Dajal semakin terdesak dan didesak.
Tahukah anda siapa golongan yang digelar THE ELITE ini?..Ahli sains yang pintar dan geniuskah mereka, pemimpin yang mempunyai bala tentera yang hebat dan canggihkah mereka atau ketua agama mereka yang dihormati dan pujai?...Sebenarnya, golongan yang saya sebut itu hanyalah budak-budak suruhan THE ELITE..kerana THE ELITE adalah penyembah syaitan dan budak suruhan DAJAL yang sangat TAAT SETIA. THE ELITE adalah pemegang sijil kepakaran SIHIR paling hebat, penyembah syaitan terulung, peramal dan penenung nasib yang mendapat maklumat -maklumat sulit dari jin dan iblis dan merekalah orang kanan kepada Dajal, jadi siapakah mereka, hanya Allah SWT yang mengetahuinya.
Mengapa tiba-tiba hari ini saya memperkatakan mengenai hal ini?..Kerana saya merasakan THE ELITE sedang mempersiapkan gendang perang terakhir mereka bagi memastikan hidup dan matinya pujaan mereka iaitu si DAJAL.
Apa yang berlaku di perairan GAZA sekarang ini, adalah permulaan dari satu permulaan. Saya tidak mahu sesiapa merasa panik dengan keadaan ini, namun sebagai seorang Islam, saya mengingatkan diri saya dan saudara-saudara semua supaya mempersiapkan diri dan mempertajamkan diri dengan PEDANG MALAM dan mendekatkan diri untuk memahami apakah itu TEKNOLOGI ROH, iaitu satu-satunya TEKNOLOGI yang mampu mengalahkan DAJAL dan juak-juaknya.
Jika saudara-saudarai masih ingat, saya ada menulis artikel tajuknya "TEKNOLOGI ROH MULA BERPERANAN ? " pada 4/5/2010. Dajal dan para juaknya, adalah golongan yang sangat yakin akan kemampuan teknologi ROH ini kerana mereka tahu hanya teknologi ini yang mampu mengalahkan mereka. Mereka tahu, mujaddid terakhir yang menguasai teknologi ROH semakin menghampiri mereka, mereka terdesak dan didesak, untuk benar-benar berperang secara zahir setelah sebelum ini mereka melakukan strategi dalam cara HIDDEN AGENDA sebagai THE HIDDEN HAND.
Namun kini strategi mereka harus bertukar..dan kita akan lihat perkembangan seterusnya nanti.
Strategi mereka yang seterusnya ialah MENGUJI siapakah yang benar-benar yakin dengan JANJI ALLAH atau sesiapa yang sudah tertipu dengan HIDDEN AGENDA the HIDDEN HAND, maka merekalah yang akan jadi pengikut DAJAL baik di kalangan orang kafir mahupun islam.
Sehingga itu, saya mohon permisi...wallahualam...
CATATAN 1:
Sabda Nabi SAW,
“Pada akhir zaman nanti, akan ada ujian yang amat berat sehingga manusia (yang beriman) akan diasingkan (daripada orang-orang kafir, syirik, fasik, munafik dan asi) seperti emas diasingkan daripada batu dan besi.”
Kata Hasan bin Atiyah RH, sabda Nabi SAW,
“Yang akan (benar-benar) terselamat daripada fitnah Dajjal itu (dari kalangan orang-orang yang beriman) hanyalah dua belas ribu orang lelaki dan tujuh ribu orang wanita.”
(Abu Nuaim)
CATATAN 2
Ada tujuh golongan yang benar-benar digeruni oleh Dajal dan orang-orangnya kerana ketujuh-tujuh golongan ini adalah mereka yang diberi anugerah oleh Allah menguasai teknologi ROH mengikut peringkat ketaqwaan masing-masing.
Secara ringkasnya pasukan Mujaddid Imam Mahdi (MIM) ini dibahagikan menurut kategori-kategori yang telah Allah SWT sendiri tentukan. Mereka adalah:
1. Para Asoib. Mereka ini adalah golongan dari Timur yang berjumlah 16 ribu orang. Mereka ini adalah golongan yang menyamai para sahabat dari segi amalan agamanya yang zahir, tetapi tidak dari segi taraf dan kedudukan pada sisi Allah. Mereka ini adalah dari kalangan orang-orang yang telah mencapai taraf saleh dan merupakan generasi contoh untuk manusia akhir zaman, khasnya yang hidup pada zaman Imam Mahdi memerintah. Mereka ini insya-Allah dimudahkan jalan untuk masuk ke dalam syurga seperti yang dijanjikan. Dalam peperangan menentang musuh Islam, mereka ini adalah orang-orang yang sentiasa taat dan berperang dengan bersungguh-sungguh. Mereka sangat menjaga dosa-dosa mereka dan masyarakat seluruhnya.
2.
Para Ikhwan. Ikhwan ini berjumlah 314 orang dan di antaranya ada kaum wanita. Mereka inilah orang-orang kanan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, sentiasa membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan pentadbirannya di seluruh dunia. Mereka inilah yang akan memenuhkan dunia ini, seolah-olah mereka itu memenuhkan setiap ruang dunia ini sehingga dirasakan tiada lagi ruang yang kosong di atas dunia ini melainkan semuanya telah dipenuhi oleh mereka. Para Ikhwan ini sendiri ada beberapa tingkatan lagi, bermula dari yang paling umum sehinggalah kepada yang paling tinggi tarafnya pada sisi Allah.
3.
Rasul-rasul dahulu. Antara rasul berkenaan adalah Nabi Isa AS yang akan turun dari langit lalu membantu Imam Mahdi membunuh Dajjal dan memerangi bangsa Yahudi. Juga Nabi Ilyas AS yang masih hidup di atas dunia ini. Khidir AS yang masih hidup itu juga akan turut keluar dan membantu Imam Mahdi.
4.
Ashabul Kahfi. Mereka adalah sekumpulan pemuda beriman yang berusaha menyelamatkan iman mereka lalu tertidur di dalam sebuah gua. Mereka akan keluar dari dalam gua mereka lalu membantu Imam Mahdi memerintah dunia ini dan turut sama memerangi musuh-musuh Islam.
5.
Para Wali Allah. Maksudnya adalah para wali Allah yang umum. Ada di antara wali Allah itu yang masih hidup dan ada pula di kalangan mereka ini yang telah meninggal dunia. Namun semuanya akan turut membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan yang beliau memerlukan pertolongan mereka. Hal ini sebenarnya tidak susah dipercayai dan diketahui kerana orang yang memahami hakikat kejadian insan pasti tidak akan menolak adanya para wali yang telah meninggal dunia bangkit membantu orang yang masih hidup. Hal yang demikian tidaklah sukar bagi Allah untuk menjadikannya. Selain itu, ada juga wali ghaib yang pada masa pemerintahan Imam Mahdi semuanya menzahirkan diri ke tengah-tengah masyarakat dan membantu masyarakat Islam untuk mendekati Allah.
6.
Wali-wali Abdal. Mereka sudah disebutkan oleh beberapa buah hadis dan asar bahawa mereka akan membantu Imam Mahdi, berbaiat kepada Imam Mahdi di Masjidil Haram dan berperang bersama-sama dengan Imam Mahdi. Jumlah mereka ini berbeza-beza menurut keperluan dan masa. Ada kalanya ramai dan ada kalanya sedikit pula. Namun, setiap kali salah seorang daripada mereka mati, maka Allah akan melantik seorang wali lain untuk menggantikan tempatnya sebagai Wali Abdal. Ada juga disebutkan bahawa jumlah Wali Abdal lelaki adalah sama banyak dengan bilangan Wali Abdal yang perempuan. Dan tempat mereka adalah di Syam.
7.
Wali Nujabak. Mereka adalah golongan yang berada di Mesir (Benua Afrika) dan akan segera mendatangi Imam Mahdi sebaik-baik sahaja Imam Mahdi muncul di Makkah. Mereka ini akan turut membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan yang beliau memerlukan pertolongan mereka. Keberadaan mereka dalam masyarakat sangatlah didambakan oleh seluruh umat Islam, terutamanya yang tinggal di merata-rata benua Afrika.
4 ulasan:
Salam Put..
Aduh!! masa sudah semakin hampir...
teruskan menulis saudara , semoga memberi ilmu pada mereka yang inin mencari ilmu ..
siapakah anak2 murid THe Elite di Malaysia dan bagaimana mereka bergerak ?
adakah anwar ibrahim adalah contoh anak didik The elite ? juga SIS ..
Penaung Sister In Islam di Malaysia adalah anak2 bekas perdana Menteri Malaysia :
1 ) Anak Perempuan Tun Hussien Onn
2 ) Marina Mahathir
3 ) Nori Abdullah Ahmad Badawi
SIS Juga Dinaungi Oleh Dato` Shahrizat Abdul Jalil.
alhamdulillah,saya doakan islam masih kental sehingga ke akhirnya zaman dunia ini..amiinn
Catat Ulasan