6 Mac 2010

MADAH UNTUK RENUNGAN

1 . Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

2. Kalau kita jemu makan makanan yang selalu dimakan, tidak mengapa.
Tapi jangan jemu membuat kebaikan kerana selalu melakukannya.

3. Pemurah biarlah bertempat. Bakhil begitu juga.
Barulah dikatakan pandai berbelanja.

4. Membuang sifat marah tidak mungkin karena merupakan fitrah awal kejadian manusia.
Yang salah meliarkan sifat marah. ALLAH berfirman maksudnya:
Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah.

5. Seseorang itu diikuti karena beberapa faktor:

i. Kerana kebenarannya.
ii. Kerana kuasanya.
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang diharapkan.
iv. Kerana fanatik orang dengannya.
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya.
vi. Kerana orang terhutang budi kepadanya.

6. Orang yang selalu memikirkan kesalahan orang,
orang yang hasad dengki dengan orang,
orang yang meletakkan dunia dalam hati dan orang yang berdendam,
tidak pernah tenang jiwanya.

7. Pemurah banyak caranya.
Pemurah dengan harta.
Pemurah dengan ilmu.
Pemurah dengan tenaga.
Pemurah dengan kuasa.
Pemurah dengan nasehat.
Pemurah dengan senyum.

8. Kesalahan itu satu dosa.
Bertambah dosa bila tidak mahu mengakui kesalahan,
akan bertambah besar dosa itu bila tidak mahu bertaubat dengan dosa.

9. Susah hati dengan sebab dunia, akan menghitamkan hati.
Susah hati dengan dosa, akan memancarkan cahaya.

10. Susah hati dengan dosa akan membawa keselamatan.
Susah hati dengan sebab dunia akan merosakkan.

11. Orang yang mengaku buat baik,
janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.

12. Orang yang ingin hidup kerana hidup,
tidak sama dengan orang yang mahu mati kerana hidup.
Lebih-lebih lagi tidak sama orang yang mahu hidup untuk mati.

13. Tenanglah di dalam segala hal
walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan seperti sembahyang.
Kerana tenang itu adalah sifat Mukmin.

14. Mengumpulkan manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.
Kerana mengumpulkan manusia itu menyatukan fizikalnya
tapi menyatukan manusia ialah menyatukan hatinya.

15. Bersatu fikiran, fizikal dan hati tidak sama.
Bersatu fikiran tidak mesti bekerjasama. Bersatu fizikal tidak mesti satu arah.
Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

16. Akal terang dengan ilmu.
Hati terang dengan zikir serta mujahadah untuk membuang mazmumah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KEWAJIPAN BERADAB DENGAN RASULULLAH

• Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah
• Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih dan memuliakannya
• Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya
• Allah menyeru umat Islam agar mengasihi rasulullah sebagai tanda cinta kepada-Nya

PERBEZAAN ANTARA ADAB TERHADAP RASULULLAH DENGAN ADAB TERHADAP ORANG AWAM
• Adab dengan rasulullah :
i. Rujuk diatas




Adab dengan manusia :

i. Memanggil mereka dengan nama atau gelaran yang baik

ii. Bergaul dengan bersopan dan tidak menyakiti orang lain sama ada dengan kata-kata atau perbuatan

iii. Tidak mencaci sesama manusia

Tanpa Nama berkata...

Mengapa kita menggunakan aku dan engkau bila berdoa atau meminta sesuatu dari Allah sedangkan kita ber"saya/awak" bila bercakap dengan orang yang lebih tua, yang berpangkat, yang berkedudukan tinggi dan sebagainya.

Saya mohon agar sesiapa yang boleh menyuarakan kenapa kita tidak ber"saya/awak" apabila menghadap ke hadrat Ilahi sedangkan dengan sesama umat dianggap kasar bila ber"aku/engkau"?

Contohnya: Saja "AKU" solat Zuhur empat raka'at kerana Allah ta'ala.