31 Mac 2010

KEMBARA CAPE TOWN 2010

Salam semua, hampir seminggu blog ini berdiam diri tanpa apa-apa artikel kerana saya berada di bumi Cape Town yang indah dan permai. Satu kembara yang mengujakan walaupun perjalanannya mengambil masa yang panjang. Penat?..Melihat keindahan Cape Town membuat hati terlupa akan kepenatan. Ketibaan saya di Cape Town di sambut dengan angin segar dari dua lautan yang bertemu dan bersatu iaitu Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Udara yang bersih dan segar, bertambah indah apabila sekarang adalah musim Autumn. Melihat daun mapel berguguran dipinggiran jalan, sudah cukup membuat saya merasakan betapa alam turut meraikan ketibaan saya di sana.

Apapun, hampir terlupa saya sebutkan, sebelum sampai di Cape Town, saya transit di Doha Qatar selama satu malam. Sempat juga melawat Souq Al Waqef di Doha...tempat yang menarik, dan sesuai untuk merasai pengalaman kehidupan di Doha...semua benda ada dijual di sini, sebutlah apa sahaja...Gambar dibawah adalah di Souq Waqef...sayang semalam sahaja di sini..



Ini adalah guesthouse yang saya tinggal selama 6 malam di Cape Town, Athlone iaitu boleh di akses di sini

Mohan's Place, Cape Town South Africa.

inilah keluarga di mana sy tinggal di homestay tersebut.






Antara pemandangan indah di Cape Town ;

SimonTown Cape Town

Cape Point

Cape Point

Cape Of Good Hope

Dolphin Beach

Senja di Waterfront Cape Town

Di University of Cape Town




Sebenarnya mudah sahaja mendapat makanan halal di CAPE TOWN...di sini ada komuniti islam yang merupakan keturunan melayu yg dipanggil "cape malay"...seafood di sana segar-segar...takkan lapar jika di sana...

dan inilah gambar yang paling saya suka sekali......

Blouberg beach

Di samping itu, saya sempat menziarahi beberapa makam keramat di cape Town iaitu dua orang sultan yang bertaraf ulamak dari Sumatera iaitu Sheikh Abd Rahman Matabe Shah dan Sultan Mahmud dari keturunan kesultanan Melaka yang tiba di Cape Town pada 1667. Mereka di bawa Belanda ke Cape Town untuk menghalang kedua sultan ini menjadi pemimpin pejuang melawan gerakan kafir laknatullah di Nusantara. Sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui tentang makam-makam tersebut, namun dengan kuasa Allah, saya dibawa oleh sepasang suami isteri melayu Cape ke sana. Tempatnya agak tersorok iaitu di Constantia Valley. Namun pemandangan di sekeliling makam tersebut amat indah sekali. Malah begitu indah dengan sungai/kali yang mengalir jernih di sisi makam Sheikh Abd Rahman Matabe Shah manakala makam Sheikh Mahmud pula dikelilingi oleh taman yang terjaga rapi.




Dengan takdir Allah jua, sewaktu saya berjalan-jalan di sekitar Bo Kaap, saya dipelawa oleh seorang perempuan melayu Cape untuk menziarahi makam Syed Alwi dan pengikut-pengikutnya di atas bukit Signal Hill. Ulamak ini merupakan ulamak dari Yaman yang membuka masjid pertama bersama tuan guru Imam Abdullah di Bo Kaap iaitu masjid Awal pada tahun 1794M. Berketurunan bani Hasyim dan berdarah ahlulbait.

Di situ juga terdapat makam ulamak yang terkenal dengan panggilan tuan guru iaitu Imam Abdullah Kadi Abdus Salaam.[ He was brought to the Cape on April 6, 1780 as a "state prisoner" with Callie Abdol Rauf, Badroedin [Badr al-Din] and Noro Iman [Nur-al-Iman]. They were incarcerated on Robben Island and Tuan Guru was released from Robben Island and established the first Madrasah in Dorp Street.]

Penjelasan lebih terperinci boleh di dapati di CAPE MAZAAR SOCIETY. Terdapat 23 makam keramat di sekitar Cape Town South Africa. Sila lihat peta di bawah.

PETA MENUNJUKKAN KEDUDUKAN MAKAM-MAKAM TERSEBUT



Sekian,......

8 ulasan:

gagasan_warisan berkata...

Wah bestnya...pemandangan yg sangat cantik...gambar makam takder ker???

PUTERI berkata...

gambar makam ada...blh tgk dalam website ini; http://capemazaarsociety.com.

Iman berkata...

bestnya dapat pergi dan tengok tempat orang .... terasa kerdil bila tengok keindahan dan ciptaan Allah .. kebesaran Allah mentadbir Alam ... Baru ini ada seorang imam sementara di surau ana yg sambung pengajian di Afrika Selatan ... Usik ana ... dptlah tengok World Cup....

PUTERI berkata...

Ya, sekrg SA tgh demam world cup..semua brg jualanpun dah harga demam utk org nak shopping...

noorisyambakhtiar berkata...

Trima kasih kongsi perjalanan yang menarik dan gambar-gambar yang disiarkan. Moga satu hari nanti saya dapat menjejaki kembara ini.

PUTERI berkata...

InsyaAllah, semuga kita semua diberi rezeki dan kelapangan untuk sama-sama meneruskan kembara diperjalanan kehidupan ini. Saya merancang untuk ke Istanbul akhir tahun ini, InsyaAllah.

Shah Arshad berkata...

boleh saya dapatkan PIC yang membawa anda ke sana terutamanya guest house untuk penginapan kerana kami ingin meminta sponsorship untuk program tv9

PUTERI berkata...

saya pergi self adventorous je..homestay yg sy tinggal di mohan homestay, athlone cape town