6 Jan 2010

USAH POLITIKKAN DAN WAHABIKAN ISU KALIMAH ALLAH

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)” padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Merenung ayat Al Quran di atas membuat saya berfikir panjang. Hanya kerana ingin mendapat kuasa dan undi dari orang bukan Islam atau atas dasar pegangan wahabi yang "superficial" dan sempit, kita melupakan ayat-ayat Allah dan sanggup kufur dalam berakidah dengan menyetujui bahwa kalimah Allah itu membawa maksud Allah itu ialah salah satu dari yang tiga. Prof Dr Haron Din memang tepat apabila menyatakan sesiapa yang bersetuju maka mereka sudah tergolong di dalam melakukan kesyirikan dan ini membawa maksud mereka tergolong sebagai kufur. Fahamkah kita apa implikasi syirik dan apa maksud kufur? Ingatilah, Allah sudah berjanji bahawa akan mengampunkan dosa orang Islam walaupun dosanya segunung maksiat dengan syarat, selagi mereka tidak mensyirikkanNya. Jelasnya, Isu Syirik ini bukan perkara yang boleh dipolitikkan ia adalah isu akidah. ISU AKIDAH !!!!

Saya melihat majoriti puak-puak Islam dan ulamak-ulamak yang menyokong isu kalimah Allah untuk digunapakai oleh orang bukan Islam ialah dari ulamak-ulamak politik dan ulamak-ulamak wahabi dan di ikuti secara taklid buta oleh pengikut-pengikut mereka. Alangkah dahsyatnya apabila ulamak suk berperanan mengelirukan masyarakat.

Pelbagai alasan mereka berikan untuk menegakkan hujah mereka yang penuh dengan pengeliruan, pembelitan dan pemunafikan itu.

Di sini saya petik kata-kata dari sebuah blog http://rausyanfikir.com yang saya dapati sependapat dengan saya dalam hal ini.

Sepanjang saya berdebat dan membahas isu ini, saya lihat yang menjadi masalah bukan sangat golongan Ad-Dholin itu sebab kerja-kerja menyesatkan dan mengelirukan ini adalah tugas hakiki mereka TETAPI yang lebih menyedihkan bila mana sesetengah ulama' kita yang mempunyai pengaruh yang besar turut sama melihat isu ini secara naif dan penuh dengan kekeliruan!

Golongan yang keliru ini SELALUNYA datang daripada aliran yang menolak tradisi keilmuan Islam yang berusia lebih 1000 tahun, dan mereka ini lebih senang dikenali sebagai pemuka Salafiyyah/Wahabbiyyah dan juga Modenis/Reformis (political Islam).

Kedua-dua golongan ini SELALUNYA mengabaikan ilmu-ilmu penting yang telah bertindak sebagai tunjang tradisi keilmuan Islam seperti 'ilm kalam, 'ilm tassawuf, 'ilm falsafah Islamiyyah (al-mantiq al-suri = formal logic) kerana sifat literalisme (bagi Salafiyyah/Wahabiyyah) dan sifat "minda tertawan" terhadap Naratif Agung Barat yang halus menusuk akal-budi mereka (bagi Modernis/Reformis).

Tanpa kefahaman yang tuntas berkenaan ilmu-ilmu ini kita akan senang tertipu, dan
terkeliru malah boleh tersesat dengan serangan falsafah sekularisme jajaan Tamadun Barat, dan gerakan Kristianisasi yang telah lapuk di Barat menjadikan ombak perubahan ini sebagai pemangkin kepada limpahan tajaan agenda liberalisme, pluralisme agama di Dunia Islam seperti mana yang teruk melanda Indonesia.


Hujah yang diberikan beliau memang tepat kepada puncanya. Secara ringkasnya, punca berlaku sedemikian atas kefahaman mereka yang bercelaru dan keliru itu kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mempertahankan akidah mereka dari dicemari oleh penyelewengan dan kekufuran dari tipu muslihat sekularisme jajaan Barat/Yahudi.

Saya merasakan bangkitnya isu kalimah Allah ini ada hikmahnya. Pertama, ketika mana masyarakat masih keliru apakah fahaman wahabi itu mempunyai kesan ke atas akidah atau semata-mata berkaitan perkara furukiyah feqah maka pada hari ini, saya kira ramai yang sudah mengerti bahwa fahaman wahabi sebenarnya terkait dengan akidah, walaupun pada mulanya mereka (sang wahabi) hanya akan bermain dengan perkara-perkara furukiyah feqah untuk membawa orang Islam sedikit demi sedikit dikaburi oleh agenda tersirat yang dibawa oleh bapa pengasas fahaman Wahabi ini iaitu Muhammad Abd Wahab yang dibelakangnya adalah bertitik tolak dari agenda Yahudi laknatullah. Nama-nama ulamak mereka yang cukup sinonim pada hari ini yang bergerak sebagai reformis handalan adalah seperti Al Baz, Albani, Wahbah Zuhaily, Soleh Utsaimin, Soleh Fauzan Muhammad Abduh, Rashid Ridha dan lain-lain. Sila klik link di bawah ini untuk mendapatkan senarai reformis Wahabi antarabangsa dan Malaysia.

SENARAI WAHABI

Yang terkini, saya mendapat tahu bahawa tuan-tuan guru pondok di Kelantan khususnya menyedari bahawa Nik Aziz Nik Mat juga cenderung amat kepada fahaman wahabi ini.

Kedua, bangkitnya isu Kalimah Allah ini, turut memberi kita gambaran bahawa pendokong sistem politik Islam yang meniti di atas sistem demokrasi turut bersekongkol dan bersatu di dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam. Sungguh pelik, satu kumpulan parti politik yang mendakwa mereka lebih ISLAM dari orang Islam yang tidak mendaftar sebagai ahli parti mereka, di dalam hal isu kalimah Allah ini menjadi lemah tidak bermaya untuk bertegas menyatakan pendirian mereka. Majoriti mereka seperti ayam kena penyakit sampar, takut dan mengigil-gigil kerana memikirkan akan larilah undi untuk PAS for ALL dari kaum bukan Islam jika mereka bertegas untuk menyatakan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja kerana Allah itu bukan merujuk kepada Tuhan-Tuhan atau berhala tetapi Allah itu adalah yang Tuhan yang Esa. (Rujuk Ayat Al quran di atas)

Lebih berat lagi penyakit mereka ini, menuduh pula mana-mana orang Islam yang menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan kalimah Allah digunapakai oleh bukan Islam sebagai pro UMNO dan orang-orang bodoh yang ditipu oleh UMNO. Tidakkah mereka sedar bahwa ini adalah ISU AKIDAH bukan isu POLITIK. Tidakkah mereka sedar bahwa kita bukan bertuhankan PETI UNDI tetapi bertuhankan Allah?

Sila klik di bawah untuk membaca hujah ILMIAH Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu kalimah Allah.

ISU KALIMAH ALLAH

Ada yang bertanya kepada saya, jika bukan melalui jalan politik seperti yang diguna oleh PAS, bagaimana kita mendapat kuasa? Persoalan saya, apakah jalan politik yang dipilih oleh PAS itu adalah jalan yang mengikut Al Quran dan As Sunnah?...Apakah dengan mengikut jalan MUSUH (pilihanraya secara demokrasi yahudi) itu siasah yang dibawa oleh rasulullah? Mengapa sempit sungguh pemikiran kita hingga kononnya ingin mendapatkan kuasa maka kita perlu mengikut telunjuk jalan Yahudi? Inilah BALA kepada orang PAS dan pakatan Rakyat yang menjual agama untuk mendapatkan kuasa. Sudah buta, pekak dan tuli untuk mereka menilai dan memilih jalan nubbuwah lalu terikut jalan Jehovah.

Akhir kata, saya mengharapkan dan mendoakan muga kita semua selamat dan diselamatkan aqidah, iman dan taqwa oleh Allah SWT. Kita semua adalah saudara seIslam dan bersyahadah kepada Allah, Tuhan yang maha Esa dan RSAW, nabi akhir zaman. Lupakanlah perbezaan duniawi antara kita kerana kita mempunyai satu persamaan yang paling berharga iaitu kita ada Allah SWT. Saya tidak menyalahkan orang bukan Islam di dalam isu kalimah Allah ini kerana isu yang sensitif ini berpunca dari kelemahan kita sendiri sebagai orang Islam yang dilihat boleh diperkotak dan katikkan lantaran tiada kesatuan hati dan kasih sayang antara kita semua. Dalam hal ini, kita jangan salahkan musuh tetapi bermuhasabahlah, setiap dari kita menyumbang kepada berlakunya BALA yang dahsyat ini, oleh itu sebelum berlaku BALA yang lebih dahsyat dari ini, marilah kita semua bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT. Asahkan kembali pedang malam yang telah lama dilupakan, amalan orang-orang soleh sepanjang zaman.

Sekian, wallahualam.

3 ulasan:

10 BUDAK HITAM berkata...

Salam sejahtera saudara,

Saya dengan ini secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

http://10sibudakhitam.blogspot.com

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau anda tergolong dlm golongan pandai dan kasyaf,sila tunjukkan jalan untuk mendapatkan kuasa memerintah,tanpa membuka mudarat yg lebih besar. Sila..jgn cakap saja.

Sesumpah berkata...

jalan kuasa utk memerintah tidak ada sama sekali.. nabi saw tidak pernah mengajar utk menegakkan agama dengan menjatuhkan pemimpin muslim.. jalan yg paling betul adalah meneruskan usaha dakwah nabi s.a.w.. seru kepada semua umat utk bertaubat dan kembali ke jalan yg benar.. apa bila umat sudah bertaubat dan bertakwa tibalah pertolongan Allah utk dikurniakan pemimpin yang bertakwa..