7 Apr 2009

PILIHANRAYA TUHAN vs PILIHANRAYA MANUSIA

(Gambar ini tidak ada kena mengena dengan tajuk artikel, sekadar hiasan sahaja)


TAJUK LAGU : ILHAM PUJANGGA
PENYANYI : ISMAIL HARON
SUARA LATAR : CIKGU ZAHARAH

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Suara Latar :
Ia anak muda itu tidak mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya

berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan


Berikanlah tenaga untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu



Suara latar :
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara


Suara Latar :
Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...

Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.


Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf muda dan mudi
Kususun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa


Saya perasan setiap kali pilihanraya, lagu ini sering dikumandangkan di dalam radio. Bagaimanapun, itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya memang meminati lagu ini, lagu ini antara lagu kegemaran saya, seperti juga saya menyukai lagu-lagu lama yang lain. Walaupun saya bukan ahli muzik tetapi saya suka menghayati muzik. Muzik bagi saya adalah getaran jiwa yang diterjemahkan ke dalam bentuk suara dan irama, ia memberi hiburan yang memang menjadi fitrah manusia.

Apapun, kadang-kadang apa yg menyebabkan sebuah lagu itu saya minati kerana keserasian irama dan liriknya dan penghayatan penyanyinya. Seorang penyanyi yang baik adalah penyanyi yang menyanyi dengan hati, bukan sekadar mengucapkan ayat demi ayat. Seorang penyanyi perlu pandai bercerita di dalam lagunya. Dan biarlah cerita itu membawa pendengarnya kepada mengingati kebaikan, bukan berunsurkan kemaksiatan.

Mengapa di saat orang sibuk bercerita pasal pilihanraya, saya pula bercerita tentang lagu. Mungkin ini tanda bahwa saya kurang peduli dengan sistem pilihanraya demokrasi ini, kerana di hati saya lebih menyenangi sistem pilihanraya Tuhan malah saya yakin jika Islam mahu di daulahkan di negara ini, hanya pilihanraya Tuhan yang akan membawa misi dan visi tersebut, hanya satu kaedah, tidak dua, dan tidak tiga. saya ulang kembali, Hanya satu kaedah kerana kebenaran itu satu, tidak dua dan tidak tiga.

Apapun, keputusan pilihanraya nanti, saya mengharap semua menerima dengan redha, dan ingatilah bahwa setiap apa yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun yang terbaik itu mungkin sesuatu yang pahit untuk ditelan, namun Allah tahu ia adalah UBAT untuk diri kita.

Sekian. Wallahualam.

(p/s : Pilihanraya Tuhan sudah bermula beberapa tahun yang dulu, bermula dari gelombang Kuning..)

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Salam,
Saya setuju bahawa akhirnya Allah SWT yang menjadi hakim. Bagi saya orang yg mengejar matlamat semata-mata pasti akan kecewa jika tidak di dunia, di akhirat kelak.

Tidak ada apa yng perlu diragukan dgn 'keIslaman' Malaysia spt yg sy ulas dlm artikel terbaru sy.

Panglima Perang Cyber berkata...

siapa nyanyi lagu ni?

PUTERI berkata...

Ismail Haron, lagu ni sgt lama..sy belum lahir lagi masa lagu ni keluar..hehehe..