Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat.
Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.
Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan dia juga akan tergolong dalam kaum itu.
Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti.
Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dari mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.
Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka.
Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman.
Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini berbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.
Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.
Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik ataupun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam.
Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tctapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan berdakwah di luarnegeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu? Islam pura-pura!
Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar.
Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin? Inikah negara Islam yang kita cita-citakan?
Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dari cinta kepada Allah semata-mata.
Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya ’kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman.
Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata.
Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam) Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!
Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pcngalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macarn kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.
Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!
Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.
Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dart diikuti dengan memberi tarbiah.
Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi tentu dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.
4 ulasan:
pihak yg tak berpolitik itulah yg akan selamatkan orang2 politik ?
itu agakan sayalah....
Fikir-fikirkan...Begitu juga dengan orang yang tidak mahu mengambil sedikit pun perhatian kepada perjalanan politik di dalam negara sendiri.Ada di antara mereka mengaku tersangat Islam,memikirkan Islam terlampau suci untuk dilibatkan dengan politik.Maka Islam terkurung di dalam masjid-masjid dan surau-surau sahaja.Politik tidak dihiraukan mereka malah apabila ada orang Islam mahu Islam dimuliakan melalui politik (bukan mempolitikkan Islam,ada beza di situ),dia pulak menjadi penentang dan penghalang utama.Ada di antara mereka seolah-olah tersangat alim.Berzikir 24 jam di dalam masjid tanpa mahu mengambil tahu siapakah yang menjadi pemerintah negerinya.Apabila orang kafir harbi naik menduduki takhta politik negerinya lantas meruntuhkan masjid tempat dia berzikir 24 jam dengan alasan untuk pembangunan,maka barulah dia tercengang dan terlompat-lompat ke sana-sini membantah orang kafir tadi.Padahal orang-orang macam mereka inilah yang menjadi bala kepada umat Islam.POLITIK DAN ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.Bagaimana Islam dapat didaulatkan jika tidak berkuasa dalam politik?Adakah Nabi Isa dan 12 sahabat Hawariyyun dapat mempertahankan dirinya ketika penyerbuan askar Pilatus,ketika Nabi Isa hanyalah seorang agamawan sahaja.Tetapi lihat Nabi Muhammad s.a.w,yang digeruni lawan dan kawan.Baginda bukan sahaja seorang ahli agama bahkan seorang negarawan dan ahli politik yang terbaik.Siasahnya bijak,sikapnya terpuji.Apabila ada sahabatnya dibunuh ketika menjadi utusan dakwahnya,baginda berkuasa mengerahkan angkatan perangnya memerangi pengkhianat tadi.Tetapi adakah Nabi Zakaria misalnya mampu menahan dari pengejaran orang-orang kafir sehebat Nabi Muhammad?Akhirnya Nabi Zakaria wafat digergaji batang lehernya akibat tidak mempunyai kuasa sepicing pun dalam politik Bani Israel ketika itu.Fikir-fikirkan.Tidak rugi anda berfikir sejenak DEMI KEBENARAN.Sampai bila anda hidup dalam matrix palsu ini dengan penuh kepura-puraan.
Mahu Islam dimuliakan melalui politik?
Tak adakah cara lain untuk dimuliakan? Dengan org2 islam tu sendiri bersifat dan berakhlak mulia. Bagaimana boleh mulia, bila sentiasa menyalah org lain, Org itu kafir dan org ini kafir?
Nak ikut nabi muhammad?, tapi akhlak kamu adakah seperti nabi muhammad? Kalau sifat basic2 tak qhatam, tak usah nak harap digeruni.
Lagipun, kalau sistem sekarang masih ikut sistem org bukan islam, malah kamu telah mengadoptasi hukum2 islam mengikut kehendak bukan islam semata2 menagih populariti dari parti2 bukan islam, bukan sahaja org bukan islam malah kami yg islam pun tidak menaruh kepercayaan pada kamu.
Cara politik beginikah yg diharapkan boleh memuliakan islam? bila kamu mula mengadoptasi ciri2 tidak mulia, wahai panglima daik bercabang tiga!
Islam itu kedudukan di atas dan digeruni jika kamu punya sifat2 terpuji dan tidak merendahkan nilai2 islam sprt menghalalkan sesuatu yg haram dan baru-baru ini membolehkan bangsa lain mengguna nama Allah pula. Orang2 kamu dan ketua kamu tidak tegas menjalankan syariat allah.
Kalau kamu boleh lebih kurang hal2 ugama semata nak popular dikalangan org2 degil dan tidak mempercayai allah, saya tidak yakin kamu boleh memuliakan Islam.
Malah kamulah yg saya fikir merendah2kan martabat org2 Islam dan nilai murni dalam agama islam.
Sofiya,
Pertamanya Sofiya perlu bersangka baik kepada sesama Islam. Itu syarat pertama..
Membaca gaya komen Sofiya, saya mendapati Sofiya ada banyak penyakit.. Maafkan saya, muhasabahlah demi kebaikan Sofiya sendiri.
Dalam soal politk, isunya kenapa Sofiya sangat anti terhadap perjuangan yang dibawa oleh sekumpulan yang mahu menegakkan sebuah negara Islam berpandukan sistem Allah dan RasulNya? Bukankah ini matlamat yang sangat indah lagi terpuji, tetapi kenapa seorang Islam seperti Sofiya begitu berprasangka negatif? Sepatutnya Sofiya sama-sama memberikan sokongan - menyokong dengan sangkaan baik mengenai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam yang dibawa oleh orang Islam - dan nantinya apabila negara Malaysia dikuasai sepenuhnya, sama-samalah kita lihat bagaimana Malaysia ditadbirkan mengikut sistem Islam bagi menggantikan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah Barat Yahudi.
Ironinya, Sofiya tidak pula anti kepada satu lagi gerakan politik yang sudah lebih 50 tahun melaksanakan sistem yang bercanggah dengan al Quran dan Sunnah.Tanyalah hati, kenapa Sofiya tidak bersikap adil terhadap diri puan sendiri dalam hal ini.
Dalam apa saja keadaan sudah jelas antara kebenaran dan kesesatan. Antara Islam dengan kesesatan.
Dalam hal politik, seluruh dunia berhadapan dengan perbalahan politik antara golongan Islam dengan kafir. Di negara-negara umat Islam seluruh dunia, telah amat jelas berlakunya perbalahan antara umat Islam yang mahu membentuk negara Islam dengan golongan umat Islam yang mahu mempertahankan sistem Barat Yahudi yang ditinggalkan oleh penjajah. Sofiya di pihak mana? Di sinilah timbulnya soal hukum dan aqidah! Hati-hati...
Tidak timbul soal orang Islam meniru politik orang kafir, kerana dalam ekonomi pun orang Islam terpaksa tunduk kepada sitem kapitalisme, riba, monopoli dll. Dalam sistem kehakiman dan perundangan, umat islam terpaksa menerima pakai sistem mahkamah dan perundangan Barat yang jelas berdosa mempertahankan dan melaksanakannya.Dalam pendidikan ialah sistem pendidikaan sekular yang telah menjadikan umat Melayu asyek dengan keduniaan, harta, pangkat dan hiburan di samping akhlak yang rendah. Hanya dengan menguasai politiklah baharu semua sistem tersebut dapat dimansuhkan untuk digantikan dengan sistem Islam kerana Islam adalah KUASA.Menguasai politik ertinya menguasai sebuah KUASA PEMERINTAHAN.
Janganlah letakkan prasangka buruk 'mereka itu sibuk merebut kerusi, kami tidak sibuk degan kerusi, tapi kami berusaha merebut hati'. Tanyalah dengan jujur, berapa banyak hati yang sudah direbut sejak sekian lama? Yang nyata, kumpulan anda makin bercemperakan..
Fahamilah dengan jujur, bahawa merebut kerusi ertinya merebut kuasa dan singgahsana, demi melaksanakan selurih perintah Allah dan RasulNya.
Sejak merdeka demikianlah satu-satunya cara yang disediakan oleh penjajah untuk menguasai pentadbiran negara. Tidak ada cara lain lagi. Justru umat Islam wajib berada di dalam medan terbuka, bukan dengan memencil diri duduk menunggu Ismam Mahadi muncul, lalu melarikan diri dari medan..sambil membiarkan orang kafir merobak-rabik maruah Islam sesuka hati...Sebagai umat yang sempurna Islam dan Iman, Sofiya perlu bersekutu dan bergabung dengan apa sahaja gerakan Islam baik bersifat politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dsb. sambil bersedia menghadapi apa jua tekanan dari golongan yang anti Islam dan sambil mengharapkan pertolongan Allah melalui Imam Mahadi yang dinanti.
Wassalamualaikum.
Catat Ulasan