28 Mei 2008

KALIMAH NASIHAT

Nasihat Habib Umar Bin Hafidz di dalam syarahannya di Ijtima' Ulama di Madura dan Bandung, Indonesia :

" Kita meyakini bahawa mereka (syi'ah) ini telah tersasar dalam memahami fakta sejarah itu sendiri dengan mengambil daripada sumber-sumber yang tidak benar sahih. Walaubagaimanapun kita terikat dengan mereka dengan syahadat, maka kita mesti bersama mereka selagi mereka berpegang kepada syahadat itu. Jauh kan diri daripada berbahas dengan mereka, dan banyakkan doa bagi mereka agar mendapat hidayah & taufiq, ingat pesan 'ulama, kemenangan itu bukanlah dengan hebatnya berhujjah dan membanyakkan pembahasan. .... Mereka yang ingin benar tempoh jalan ahlul bait itu sendiri, hendaklah jauh kan diri daripada memaki-hamun dan mecela pada yang lain terutama bagi mereka yang telah Allah redhai, serta mempertikai apa yang telah menjadi suratan takdir."

24 Mei 2008

Syeikh Abu Khalid As Syamar



(Untuk pengetahuan kawan-kawan, semasa di Jordan tahun lepas, saya berkesempatan menziarahi Syeikh Abu Khalid dan Syeikh Abu Musab di rumah mereka, sila lihat gambar pertama yg diambil pada tahun 2007 manakala gambar di bawahnya pula di ambil pada tahun,1987) ) Jadi boleh kenal lagikan yang mana satu sheikh abu khalid dan sheikh abu musab di dalam gbr yang pertama tu? [ Selepas 20 Tahun...]




Syeikh Abu Khalid
adalah pemimpin 30 juta orang Baduwi di Jazirah Arab. Abuya pertama kali berjumpa dengan beliau pada tahun 1987 ketika Abuya mendapat tekanan dari pemerintah Malaysia dan tak diperkenankan kembali ke negaranya.

Kerana tidak diperkenankan pulang, Abuya malah mempergunakan kesempatan ini untuk berdakwah ke seluruh penjuru dunia dan tempat yang pertama disinggahinya adalah Jordan. Baru 2 hari menjejakkan kaki di situ, Abuya ditemui oleh seorang warga negara Jordan yang saat itu belum dikenalnya, seorang syeikh yang mengatakan bahwa sebelum Abuya datang ini dia telah diberitahu Rasulullah SAW perihal kedatangan Abuya. Orang tersebut adalah Syeikh Abu Mus'ab (dalam gambar ada di sebelah kiri).

Syeikh Abu Mus'ab kemudian mengajak Abuya dan rombongan ke rumahnya dan menunjukkan catatan-catatan pribadinya tentang mimpi-mimpinya dengan Rasulullah SAW. Setelah itu dia mengajak Abuya dan rombongan berjumpa dengan Mursyidnya, Syeikh Abu Khalid As Syamar di kediamannya.

Ketika berjumpa, Abuya dan Syeikh Abu Khalid berpelukan seperti sudah saling mengenal sejak lama. Padahal itulah kali pertama Abuya menginjak bumi Jordan. Syeikh Abu Khalid berkata bahwa Abuyalah yang disebut dalam Hadits sebagai orang yang akan membangkitkan Islam di akhir zaman. Abuya adalah Al-Fata At-Tamimi pendahulu perjuangan Imam Mahdi.

Syeikh Abdul Nasser Al-Khairy Asy-Syadzili


Syeikh Abdul Nasser Al-Hassani Asy-Syadzili


Beliau adalah Mursyid Thariqah Syadzaliah yang bermukim di Madinah (Seorang Syarif dari galur Saidina Hassan). Kisah perjumpaan beliau dengan Abuya cukup dramatik. Pada tahun 1995 beliau (yang belum kenal Abuya saat itu) datang ke Malaysia bersama beberapa muridnya untuk mencari “seseorang” yang ciri-cirinya telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW pada beliau. Setelah beberapa hari berkeliling Kuala Lumpur untuk mencari orang yang dimaksud, mereka belum berhasil.


Hingga hari terakhir mereka akan pulang ke Madinah, mereka menyewa taksi. Kebetulan (sebenarnya bagi Allah, tiada yang kebetulan) pemandu teksi tersebut adalah murid Abuya.

Disingkatkan cerita, beliau dan murid-muridnya dibawa ke rumah Abuya yang saat itu sedang dalam tahanan rumah dibawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Rawang Selangor.

Begitu sampai di rumah Abuya dan melihat Abuya, Syeikh Abdul Nasser langsung mencium tangan dan memeluk Abuya dan mengatakan bahwa Abuyalah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW pada beliau.

Bahkan secara terang beliau mengatakan, “Inilah Putera Bani Tamim!”. Saat ini, untuk lebih mengikat persaudaraan, salah seorang murid beliau menjadi menantu Abuya pada tahun 2006.

ADAB_ADAB DALAM ISLAM


ADAB BERHIAS DIRI

a. Berhias melambangkan keperibadian Islam.
b. Apabila mengadap cermin, berdoa

Maksudnya:" Ya Allah, sebagaimana Engkau mencantikkan wajahku tinggikanlah budi pekertiku."

Adab Memakai Serban

a. Berniat ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Gulungkan kain serban dengan kemas.
c. Sunat memakai serban sambil berdiri.
d. Menjulurkan ekor serban sama ada di belakang atau di bahu kanan.
e. Panjang ekor serban tidak kurang dari empat jari dan tidak lebih dari 1
hasta.
f. Sunat memakai warna putih, hijau atau hitam.
g. Sederhana besarnya.

Adab Bercelak Mata

a. Berniat kerana ingin mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
b. Pilih celak yang baik dan gunakan alat yang panjang lagi bersih.
c. Dahului menyapu di kelopak mata yang kanan 3 kali, kemudian sapu kelopak mata kiri 2 atau 3 kali.


Adab Penjagaan Janggut Dan Misai


a. Menipiskan misai dengan mengguntingkannya, hingga menampakkan warna kulit (bahagian antara hidung dan bibir atas)
b. Jangan biarkan misai panjang hingga mencecah bibir atas.
c. Sunat membiarkan janggut tebal dan panjang sehingga segenggam (selebar lebih kurang 4 jari dari hujung dagu)
d. Guntingkan bahagian hujung janggut supaya bersih dan kemas.
e. Sikat janggut.
f. Jangan mencabut janggut yang ada.
g. Sunat menginai janggut.

Adab Memotong Kuku

a. Berniat kerana ingin mencontohi Rasulullah SAW.
b. Sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
c. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk tangan kanan, diikuti dengan jari tengah, jari manis dan jari kelingking.
d. Kemudian dipotong pula kuku jari kelingking tangan kiri, seterusnya jari manis, jari tengah, jari telunjuk, diikuti dengan ibu jari tangan kiri.
e. Di akhiri dengan ibu jari tangan kanan.
f. Bagi kuku kaki, mulakan dengan memotong kuku jari kelingking kaki yang kanan seterusnya bergerak ke kiri satu persatu, berakhir dengan kuku jari kelingking kaki kiri.

Adab Memakai Cincin

a. Pilihlah cincin yang tidak dibuat dari emas (bagi lelaki haram memakai emas)
b. Boleh dipakai ditangan kanan atau pun tangan kiri.
c. Sunat memakai cincin di tangan yang kanan seelok-eloknya pada jari manis.
d. Dilarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah.
e. Sayidatina Aisyah pernah meriwayatkan larangan Rasulullah SAW memakai cincin dijari tengah kerana menyerupai kaum Nabi Lut.
f. Rasulullah pernah menyarankan supaya memakai cincin daripada batu akek.
bersambung

20 Mei 2008

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

"Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

16 Mei 2008

CAIRO..yang MISTERI dan membangkitkan CURIOSITY.

JOM kita cari waktu pergi melawat ke bumi para anbiya MESIR, JORDAN dan SYRIA

Saya sudah sampai ke sana pada tahun lepas. Satu perjalanan yang sangat mengesankan bermula dari penerbangan awal ke Cairo Mesir.

Penerbangan ke CAIRO tertangguh selama 24 jam, kerana flght yang sepatutnya di naiki ada masalah teknikal. Hermm..apa-apapun kami terpaksa bermalam di Kuala Lumpur dan pada malam itu selepas kepenatan menunggu flight yang sepatutnya tiba di KLIA pada pkl 3 petang tetapi tidak juga kunjung tiba sehingga ke petangnya, dan akhirnya pada pukul 9.00 malam kami diberi peluang untuk tidur di Concorde Inn, PutraJaya. Nasib baik, semua makanan di tanggung sejak dari buffet dinner hinggalah ke buffet breakfast..apa orang kata memang berbaloi le..makanan pun sedap-sedap...hehehe

Keesokannya dengan harapan yang menyala dan setelah mengisi perut dengan penuh semangatnya sewaktu buffet breakfast, ana dan kak Ita serta kumpulan kami yang semuanya seramai 13 orang itu bertolak kembali ke KLIA untuk menaiki flight yang khabarnya akan bertolak jam 10 pagi.

Apa yang berlaku, tunggu punya tunggu, hanyalah pada pukul 4.00 petang barulah kami dapat menaiki flight ke CAIRO tersebut. Ahaaa...baru teringat syarikat penerbangan yg kami naiki itu adalah ETTIHAD..yup ETTIHAD...Selepas 4-5 jam di dalam flight, kami transit di Bahrain selama lebihkurang 4 jam juga..tetapi waktu kami sampai itu sudah malam, jadi tidaklah dapat kami kemana-mana hanya berlegar-legar di sekitar airport yang tidaklah sebesar mana itu.

Akhirnya kami menaiki flight ETIHAD untuk sampai ke CAIRO. Oooohh..tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke CAIRO..ahaa...kami sampai ke CAIRO pada waktu tengahmalam lebih kurang pukul 2 pagi...terkejut dengan suasana airport CAIRO yang seperti airport lama, kalau di Malaysia tu, macam airport zaman 60-70an dululah..hehhe

Kami dibawa oleh kenalan untuk bermalam di rumah mereka di tengah bandar CAIRO. walaupun waktu itu jam sudah pukul 4 pagi tetapi suasana malam di bandar CAIRO masih meriah lagi..baru saya tahu rupanya budaya ARAB ini, menjadikan malam sebagai waktu mereka beraktiviti kerana siang mereka di sana sangat panas dan tidak selesa untuk beraktiviti.

Sewaktu itu, CAIRO sudah tidak berapa panas cuacanya malah sudah menghampiri musim sejuk. Angin bertiup kencang dan bagi saya ia sangat menyeronokkan. Angin dari laut merah itu sangat segar sebenarnya...saya sangat suka membiarkan diri menikmati kesegaran angin laut Merah ini..sungguh nyaman dan segar sekali...hermm..masih terasa-rasa akan kesegarannya yang sukar dilenyapkan dari ingatan.

Rumah yang kami tinggal selama 6 hari itu, adalah sebuah apartment yang berada ditingkat empat dan ahaa, tidak ada lif..bayangkan beg-beg yang diangkut naik dan turun dari tangga untuk sampai ke rumah kenalan kami itu..mujurlah waktu itu, barang-barang belum banyak lagi yang dibelikan...

Dari apartment, saya dapat melihat apartment yang lain-lain. Ciri bangunan apartment di CAIRO tidak berapa menarik..mungkin kawasan yang kami tinggal itu bukanlah kawasan tempat tinggal mewah..apartmentnya memang benar-benar seperti kotak demi kotak..hehhe...kata mereka di CAIRO, kalau hendak melihat tempat tinggal ekslusif pergilah ke ISKANDARIAH, sebuah bandar di tepi pantai yang diduduki oleh golongan berada yang mahukan hidup yang lebih privasi kerana di bdr CAIRO sudah terlalu padat dengan manusia. Kepadatan penduduk di CAIRO sangat mengejutkan saya kerana di bandar CAIRO sahaja ada lebihkurang 2o juta manusia dan itu hampir sama dengan jumlah penduduk di Malaysia ini.

Pengalaman di CAIRO memang menarik, dan ia memang bandar yang UNIK..bayangkan usia bandar itu sendiri sudah beribu-ribu tahun. Memang sangat unik dan menarik, dan satu perkataan yang saya kira sesuai digunakan ia satu tempat yang MISTERI dan mengamit CURIOSITY....ahaaa..


bersambung...

12 Mei 2008

BANGSA YANG BERJIWA BESAR MEMPUNYAI CITA-CITA BESAR



Dulu umat Islam dari kalangan orang Arab, bangsa Kurdi, Turki dan sebahagian dari bangsa Eropah pernah menjadi Empayar Islam. Mereka dihormati oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka menjadi guru dan ikutan kepada dunia. Sempat bangsa-bangsa di dunia menerima ilmu dari umat Islam. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Setelah nikmat yang besar itu di beri oleh Tuhan tidak dijaga dengan baik, setelah umat Islam cinta dunia, lahirlah hidup nafsi-nafsi dan takut mati untuk perjuangkan Tuhan, Akhirat, Rasulullah SAW, syariat dan akhlak mulia, Akhirnya Tuhan hukum umat Islam. Maka jatuh satu empayar Islam yang besar kemudian dijajah oleh penjajah dari Barat. Ada yang dijajah oleh British, Belanda, Sepanyol, Amerika, Jerman, Itali, Portugis dan Perancis. Ada negara yang dijajah 300 dan 400 tahun. Paling tidak 100 tahun. Empayar Islam jatuh kerana jiwa umat Islam sudah rosak dengan cinta dunia dan takut mati dalam untuk mempromosikan Tuhan.

Bila penjajah ambil kesempatan untuk menjajah, umat Islam dirosakkan pula oleh penjajah. Umat Islam dirosakkan aqidah dan fikirannya melalui pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Akhirnya tercetuslah kerosakan yang begitu luas hingga ke surau, masjid, tempat hafal Quran dan hadis, rosak di tempat-tempat Islam dan di tempat-tempat fekah. Walaupun sekarang seluruh negara Islam sudah merdeka tetapi yang merdeka hanya fizikal. Aqidah, fikiran, perasaan, akhlak, syariat dan perpaduan belum merdeka. Sebab itu walaupun negara umat Islam ada yang sudah 100 tahun merdeka, negara kita sendiri 50 tahun dan ada yang 30 tahun namun begitu bukan sahaja tidak ada sebuah negara Islam yang menjadi empayar bahkan untuk dapatkan sebuah negara Islam yang boleh berdiri sendiri, kuat, dihormati dan dikenali oleh dunia seperti Jepun dan Korea, itupun tidak ada. Betapalah untuk jadi empayar. Sebaliknya negara-negara yang sangat kusut hari ini adalah negara-negara yang diduduki oleh umat Islam. Yang menjadi masalah hari ini ialah negara umat Islam.

Kenapa? Kerana jiwa kita sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membawa diri masing-masing dan fikir diri. Akhirnya tiada lagi bangsa umat Islam di dunia samada bangsa Melayu, India, Turki, yang berjiwa besar. Walaupun ilmu sudah besar, kekayaan sudah besar, langkah sudah jauh boleh round dunia, tetapi cita-cita kecil sangat. Apa cita-cita kita? Ada yang dari kecil sudah dididik oleh ibubapa dan guru, kalau pandai dapat sijil, dapat gaji besar, maka hebatlah hidup kita. Kecil sangat cita-cita. Hanya cita-cita diri. Kalau ada cita-cita kampung, mukim, daerah, negeri, negara, bangsa, masih boleh tahan. Tetapi setakat itu pun tidak ada. Masing-masing fikir tentang rumah, kereta, diri, keluarga sendiri. Semua orang di kampung dan di bandar sama pemikirannya. Mufti dan ulamak juga berfikiran begitu. Perjuangan menjadi tidak besar akibat dari jiwa bangsa umat yang tidak besar. Kita fikir diri dan keluarga sahaja. Kalau bertemu satu sama lain samada antara keluarga atau dengan yang bukan keluarga, kita bercerita tentang makan, minum, pakaian, kasut, songkok, makan, ayam dan itik. Tidak lebih dari itu. Umat Islam tidak ada lagi jiwa besar. Bila tidak ada jiwa besar, tidak adalah cita-cita besar maka tiadalah perjuangan yang besar. Sebab itu kalau kita baca sejarah sejak 5, 6 ribu tahun dahulu sampai hari ini, bangsa yang jadi empayar itu bukan bangsa yang besar, yang bilanganya ramai, bukan yang negaranya luas tetapi bangsa yang menjadi empayar adalah bangsa yang:

1. Berjiwa besar
2. Ada bercita-cita besar


Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan bangsa itu kecil sahaja. Hari ini umat Islam dari kalangan bangsa Arab berjumlah lebih kurang 100-150 juta orang. Sewaktu menjadi empayar, hanya 2 atau 3 juta orang sahaja. Perjuangan tidak bergantung kepada ramai orang. Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salehuddin Al Ayubi. Bilangannya pada waktu itu lebih sedikit iaitu sekitar 100-120 ribu. Sekarang puak Kurdi ada 5 atau 6 juta orang. Bangsa Turki pula sekarang ada 50 juta orang. Sewaktu menjadi empayar umat Islam, Turki hanya 1-2 juta sahaja. Waktu itu Turki menguasai 29 negara termasuk sebahagian Eropah.

Ada bangsa yang besar tetapi tidak jadi empayar kerana cita-citanya kecil. China dan India, jumlah penduduknya besar tetapi tidak pernah jadi empayar. Orang Melayu sehingga sekarang ada 300 juta tetapi tidak menjadi empayar kerana cita-citanya kecil. Hanya fikir tentang makan, minum, ayam dan itiknya.

Tidak kira apa bangsa, mereka yang berjaya dan cemerlang memiliki sekurang-kurangnya lima ciri asas:


Rajin, Berani, Sabar, Bertanggungjawab, Kreatif


Lima ciri di atas adalah natijah atau buah dari berjiwa besar. Siapa saja yang berjiwa besar automatik akan mendorong dan merangsang mereka untuk memiliki ciri-ciri di atas.

Saiz jiwa manusia, yakni kuat atau lemah, kecil atau besar boleh diukur sejauh mana mereka memiliki lima ciri-ciri di atas. Manusia yang berjiwa lemah, masalah yang kecil dan remeh dirasainya amat besar dan sukar. Urusan yang mudah dan ringan dirasai sebagai susah dan beban yang berat. Sebaliknya mereka yang berjiwa besar urusan yang sukar dirasai mudah dan ringan. Masalah yang berat dan besar dihadapinya seolah-olah tiada masalah.

Besar atau kecilnya jiwa sesuatu bangsa itu ditentukan oleh besar atau kecilnya cita-cita mereka. Bangsa yang bercita-cita kecil, jiwa pun turut kecil dan lemah. Bangsa yang bercita-cita besar maka jiwanya juga adalah besar.

Beberapa kategori cita-cita manusia:

1. Cita-cita dan matlamat memenuhi keperluan atau kemahuan diri dan keluarga.
2. Cita-cita untuk etnik atau kampung.
3. Cita-cita instituasi atau kumpulan.
4. Cita-cita negara
5. Cita-cita bangsa
6. Cita-cita agama
7. Cita-cita dan matlamat Tuhan

Semenjak zaman berzaman bahawa bangsa yang memiliki cita-cita kategori ketujuh iaitu cita-cita dan matlamat Tuhan adalah bangsa yang memiliki jiwa paling besar. Tidak ada bangsa lain yang mampu melawan yahudi kerana mereka yang paling besar jiwanya kecuali para rasul serta pengikutnya yang memperjuangkan Tuhan.

Bangsa Arab dan Bangsa Kurdi pernah berjaya membangun empayar bukan atas nama bangsa masing-masing tetapi atas nama Tuhan dan Islam. Insya Allah sekali lagi umat Islam akan menjadi empayar apabila benar-benar berjuang atas cita-cita dan matlamat Tuhan. Inilah janji Rasulullah kepada umat Islam di akhir zaman.