Dalam diri saya mengalir darah perjuangan itu bersama darah merah yang mengalir, tetapi saya dididik untuk berjuang dengan berHIKMAH, bukan dengan semborono atau berjuang menggunakan kaedah YAHUDI untuk membela AGAMA.
Marilah kita mengkaji sejarah perjuangan RSAW dan para sahabatnya, kerana itulah KAEDAH yang satu-satunya amat ditakuti oleh Yahudi dan Musyrikin serta Munafik.
Apapun, sebagai INFO marilah kita mengkaji kronologi PERANCANGAN YAHUDI yang hampir berjaya memusnahkan ISLAM satu masa dulu tapi dengan barokah bumi para wali dan janji ALLAH, Malaysia masih mempunyai peluang untuk mengembalikan maruah AGAMA dan diperjuangkan hingga ke hari ini.
WAHAI IBUBAPAKU, PELIHARALAH HAK-HAK KAMI SEMENTARA KAMI MEMBESAR
Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri
22 .03.1944 ; Mesyuarat “War Cabinet” membincangkan mengenai dasar untuk menyatukan Tanah Melayu.
25 .04.1944 ; Pejabat Tanah Jajahan telah menerima memorandum daripada Kesatuan Melayu Great Britain membuat suatu jangkaan bhw matlamat akhir orang Melayu dalam perjuangan politik ialah menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia.
31.05.1944 ; “War Cabinet” bersetujui mengenai rancangan masa depan Tanah Melayu dan Borneo, di bawah satu perlembagaan dengan kuasa memerintah diserahkan kepada King’. Terbuktilah bahawa kerangka Malayan Union telah disediakan lebih awal.
12 .08.1945 ; Perjumpaan Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanudin Al-Helmy dgn Soekarno & Hatta di Taiping, merungsingkan kerajaan British terutamanya hubung kaitnya dengan konsep Melayu Raya (iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia).
3 .09.1945 ; Kabinet British mempersetujui dasar mengenai ‘penyatuan’ Tanah Melayu dan bersetuju dengan lawatan Sir Harold MacMichael ke Tanah Melayu.
13.09.1945 ; Kerajaan British terima telegram dari Mountbatten, Panglima Agung Asia Tenggara meminta supaya menyegerakan misi ke Tanah Melayu kerana ‘sikap berbaik-baik di kalangan Raja-raja’ masih ada.
21.09. 1945; Draf akhir Triti Malayan Union telah diluluskan oleh Setiausaha Tanah Jajahan.
4 .10.1945 ; Akhbar Majlis menyeru orang Melayu supaya bersatu. Majlis menyeru supaya persatuan politik Melayu di Semenanjung bersatu dan mengemukakan ‘suara ramai Melayu di dalam membela nasib orang-orang Melayu’.
10.10.1945 ; Pengumuman secara rasmi mengenai rancangan Malayan Union di Parlimen British. Antara perkara-perkara penting ialah kuasa Raja-raja akan diserahkan kepada King dan taraf kerakyatan di Tanah Melayu dipinda. Esoknya MacMichael pula tiba untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja
11.10 1945 ; Ketibaan Harold MacMichael untuk misi Malayan Union. MacMichael langsung tidak tahu mengenai adat istiadat orang Melayu, malah tidak faham mengenai kuasa Raja-raja.
13.10. 1945 ; Majlis menyuarakan pendapat bahawa rancangan Kesatuan Malaya (Malayan Union) ‘dijangka akan disambut baik oleh orang-orang Cina dan India tetapi akhbar itu tidak dapat mengukur lagi perasaan & pandangan orang Melayu’.
17 .10. 1945 ; Majlis mula menyatakan kebimbangannya dan memohon Raja-raja memberi pertimbangan yang sehalus-halusnya terhadap cadangan ini.Orang-orang Melayu seluruh tanah air mula mencurahkan suara hati mereka mengenai maruah & hak bangsa Melayu .
20.10.1945 ; Triti yang dibawa oleh MacMichael ditandatangani oleh DYMM Sultan Johor.
24 .10.1945; DYMM Sultan Selangor menandatangani Triti MacMichael.
2.11.1945; DYMM Sultan Pahang menandatangani Triti MacMichael.
10.11.1945 ; Majlis Menyatakan bahawa di Kedah telah tercetus perasaan tidak puas hati orang Melayu terhadap persamaan hak kerakyataan di bawah Malayan Union. Majlis memberi amaran kepada British mengenai resmi orang Melayu yang memendamkan perasaan dan boleh diumpamakan seperti api di dalam sekam.
14.11.1945; DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tandatangan Triti MacMichael.
22.11.1945; DYMM Sultan Perak menandatangani Triti MacMichael.
2.12. 1945; DYMM Sultan Kedah menandatangani Triti MacMichael.
4.12.1945; DYMM Raja Perlis menandatangani Triti MacMichael.
17 12.1945 DYMM Sultan Kelantan menandatangani Triti MacMichael.
21.12.1945; DYMM Sultan Terengganu menandatangani Triti MacMichael. Perlu diingat bahawa MacMichael berjaya mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dalam tempoh lebih kurang 83 hari sahaja.
28.12.1945; Satu demonstrasi raksaksa yang disertai oleh hampir 10,000 orang yang membawa sepanduk anti-Malayan Union.
19.01.1946; Satu perarakan raksaksa dan rapat umum oleh 50,000 orang diadakan di Alor Setar yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Kedah untuk menentang Malayan Union dan kenaikan harga harang. Sepanduk yang paling menarik di bawa oleh kanak-kanak sekolah yang menyatakan ‘Wahai ibu bapaku, peliharalah hak-hak kami sementara kami membesar’. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika itu berumur 21 tahun juga terlibat dalam demonstrasi menentang Malayan Union.
24.01.1946; Majlis melaporkan mengenai seruan Dato’ Onn Jaafar supaya diadakan Kongres Persatuan-perastuan Melayu di Semenanjung.
29.01.1946; Geroge Hall mengumumkan nama Gabenor Janeral Malaya iaitu Malcolm Mac-Donald dan Gabenor Malayan Union iaitu Edward Gent.
10.02.1946; 15,000 orang Melayu (termasuk 450 wanita) telah mengadakan demonstrasi
13.02.1946;George Hall memaklumkan di Parlimen mengenai bantahan terhadap Malayan Union daripada Sultan Kedah dan Sultan Perak.
15.2.1946; DYMM Sultan Johor memaklumkan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa Baginda menuntut balik tandatangan dari Triti MacMichael.
1.03.1946; 115 wakil dari 41 Persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur untuk menubuhkan Kongres Kebangsaan Melayu Se-Malaya yang menjadi teras kepada UMNO. 3,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dilaporkan berhimpun beramai-ramai di upacara itu yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor.
1.04.1946; Upacara perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Upacara ini diboikot oleh Raja-raja Melayu, orang-orang Melayu mengadakan demonstrasi dan berkabung. Tarikh pentadbiran Tanah Melayu di bawah Malayan Union dimulakan.
2.04.1946; Edward Gent menawarkan kepada Raja-raja untuk berunding mengenai cadangan Malayan Union. Raja-raja menolak cadangan ini.
12.04.1946; DYMM Sultan Johor menulis surat kepada Raja-raja mencadangkan baginda semua berangkat ke London untuk mengemukakan bantahan kepada King.
13.04.1946; DYMM Sultan Pahang hantar telegram ke London menyatakan Raja-raja akan ke London.
8.05.1946; Majlis memaklumkan mengenai keputusan Raja-raja untuk berangkat ke London untuk membatalkan Triti dengan MacMichael.
11.05.1946; UMNO ditubuhkan di Johor Bahru di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.
21.05.1946; Malcolm MacDonald tiba di Singapura untuk memegang tugas sebagai Gabenor Genral Malaya.
22.05.1946; Perlantikan Malcolm MacDonald sbg Gabenor General Malaya. Raja-raja boikot majlis ini.
25.05.1946; Gammans sampai di KL dalam rangka lawatan ke Bandar-bandar di Tanah Melayu untuk meninjau pendirian orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.
28/23.05.1946; Lawatan Gammans dan Theodore Adams ke Kuala Kangsar disambut 6,000 orang Melayu berhimpun untuk menyampaikan bantahan rancangan Malayan Union.
29.06.1946; UMNO mengemukakan cadangannya kepada Malcolm MacDonald, Gent dan Raja-raja Melayu.
2.07.1946; Persidangan UMNO di Ipoh mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan berganjak dari keputusan tidak mengiktiraf Triti MacMichael dan membantah Malayan Union.
23.11.1946; Persidangan di antara Raja2, UMNO dengan British mengenai Perlembagaan Tanah Melayu untuk menggantikan Malayan Union.
7 .12.1946; Pengumuman Creech-Jones, SU Tanah Jajahan British, Malayan Union akan dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Negeri-negeri Melayu.
13.01.1947 ; Persidangan UMNO di Alor Setar telah menerima pada dasarnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
24.07. 1947; Kertas Putih Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu diumumkan di London.
20.10.1947 ; Mogok Hartal yang dianjurkan oleh AMCJA, PUTERA dan Dewan Perniagaan Cina untuk membantah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
21.01.1948; Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di Kuala Lumpur yang mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu.
1.02.1948; Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan menggantikan Malayan Union.
16.09.2008 ;
60 TAHUN KEMUDIAN ADA PULA PEMIMPIN MELAYU NAK HIDUPKAN SEMULA MALAYAN UNION VERSI BARU DENGAN NAMA MALAYSIAN MALAYSIA (KETUANAN RAKYAT)!
Orang Dulu tolak - Malayan Union...
Orang Sekarang terima - Malaysian Malaysia...
Dua Generasi berbeza (Orang Dulu-Orang Sekarang)...
Dua perkara yang Sama (Malayan Union-Malaysian Malaysia)...
Orang Dulu pandang masa depan....
Orang Sekarang pandang ke belakang..
Orang Dulu susah payah membangunkan Agama, Bangsa dan Negara...
Orang Sekarang Senang meruntuhkan Agama, Bangsa dan Negara...
Orang Dulu menangis... kesusahan
Orang Sekarang Ketawa... Kesenangan
Orang Dulu fikir anak cucu...
Orang sekarang fikiran celaru...
Fikirkan Kembali Sejarah lalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan