16 Mei 2008

CAIRO..yang MISTERI dan membangkitkan CURIOSITY.

JOM kita cari waktu pergi melawat ke bumi para anbiya MESIR, JORDAN dan SYRIA

Saya sudah sampai ke sana pada tahun lepas. Satu perjalanan yang sangat mengesankan bermula dari penerbangan awal ke Cairo Mesir.

Penerbangan ke CAIRO tertangguh selama 24 jam, kerana flght yang sepatutnya di naiki ada masalah teknikal. Hermm..apa-apapun kami terpaksa bermalam di Kuala Lumpur dan pada malam itu selepas kepenatan menunggu flight yang sepatutnya tiba di KLIA pada pkl 3 petang tetapi tidak juga kunjung tiba sehingga ke petangnya, dan akhirnya pada pukul 9.00 malam kami diberi peluang untuk tidur di Concorde Inn, PutraJaya. Nasib baik, semua makanan di tanggung sejak dari buffet dinner hinggalah ke buffet breakfast..apa orang kata memang berbaloi le..makanan pun sedap-sedap...hehehe

Keesokannya dengan harapan yang menyala dan setelah mengisi perut dengan penuh semangatnya sewaktu buffet breakfast, ana dan kak Ita serta kumpulan kami yang semuanya seramai 13 orang itu bertolak kembali ke KLIA untuk menaiki flight yang khabarnya akan bertolak jam 10 pagi.

Apa yang berlaku, tunggu punya tunggu, hanyalah pada pukul 4.00 petang barulah kami dapat menaiki flight ke CAIRO tersebut. Ahaaa...baru teringat syarikat penerbangan yg kami naiki itu adalah ETTIHAD..yup ETTIHAD...Selepas 4-5 jam di dalam flight, kami transit di Bahrain selama lebihkurang 4 jam juga..tetapi waktu kami sampai itu sudah malam, jadi tidaklah dapat kami kemana-mana hanya berlegar-legar di sekitar airport yang tidaklah sebesar mana itu.

Akhirnya kami menaiki flight ETIHAD untuk sampai ke CAIRO. Oooohh..tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke CAIRO..ahaa...kami sampai ke CAIRO pada waktu tengahmalam lebih kurang pukul 2 pagi...terkejut dengan suasana airport CAIRO yang seperti airport lama, kalau di Malaysia tu, macam airport zaman 60-70an dululah..hehhe

Kami dibawa oleh kenalan untuk bermalam di rumah mereka di tengah bandar CAIRO. walaupun waktu itu jam sudah pukul 4 pagi tetapi suasana malam di bandar CAIRO masih meriah lagi..baru saya tahu rupanya budaya ARAB ini, menjadikan malam sebagai waktu mereka beraktiviti kerana siang mereka di sana sangat panas dan tidak selesa untuk beraktiviti.

Sewaktu itu, CAIRO sudah tidak berapa panas cuacanya malah sudah menghampiri musim sejuk. Angin bertiup kencang dan bagi saya ia sangat menyeronokkan. Angin dari laut merah itu sangat segar sebenarnya...saya sangat suka membiarkan diri menikmati kesegaran angin laut Merah ini..sungguh nyaman dan segar sekali...hermm..masih terasa-rasa akan kesegarannya yang sukar dilenyapkan dari ingatan.

Rumah yang kami tinggal selama 6 hari itu, adalah sebuah apartment yang berada ditingkat empat dan ahaa, tidak ada lif..bayangkan beg-beg yang diangkut naik dan turun dari tangga untuk sampai ke rumah kenalan kami itu..mujurlah waktu itu, barang-barang belum banyak lagi yang dibelikan...

Dari apartment, saya dapat melihat apartment yang lain-lain. Ciri bangunan apartment di CAIRO tidak berapa menarik..mungkin kawasan yang kami tinggal itu bukanlah kawasan tempat tinggal mewah..apartmentnya memang benar-benar seperti kotak demi kotak..hehhe...kata mereka di CAIRO, kalau hendak melihat tempat tinggal ekslusif pergilah ke ISKANDARIAH, sebuah bandar di tepi pantai yang diduduki oleh golongan berada yang mahukan hidup yang lebih privasi kerana di bdr CAIRO sudah terlalu padat dengan manusia. Kepadatan penduduk di CAIRO sangat mengejutkan saya kerana di bandar CAIRO sahaja ada lebihkurang 2o juta manusia dan itu hampir sama dengan jumlah penduduk di Malaysia ini.

Pengalaman di CAIRO memang menarik, dan ia memang bandar yang UNIK..bayangkan usia bandar itu sendiri sudah beribu-ribu tahun. Memang sangat unik dan menarik, dan satu perkataan yang saya kira sesuai digunakan ia satu tempat yang MISTERI dan mengamit CURIOSITY....ahaaa..


bersambung...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sambung la lagi... Saya suka baca kisah2 pengalaman yang camni.. Sebab saya leh tumpang 'merasai' suasananya hehee..


-gergasi-