18 Feb 2008

MARILAH BERSAMA MENCARI TUHAN




MARILAH bersama mencari Tuhan
Bersama-sama mencari Tuhan tidak ada saingan
Lebih-lebih lagi tidak ada pertarungan dan peperangan
Marilah bersama-sama mencari keredhaan-Nya
Ia akan berlaku tenang menenangkan,
bahagia membahagiakan
Rebutlah Tuhan!
Tidak ada yang kecewa dan kecundang
Tapi rebut harta, pangkat, betina dan kekayaan ada saingan
Bahkan akan ada perlawanan dan akhirnya ada permusuhan
Dan akan berlaku ada yang kecundang dan kekecewaan
Merebut keredhaan Tuhan membawa ketenangan
Jiwa lapang
Merebut dunia membawa keresahan dan jiwa tidak tenang
Sama-sama mencari Tuhan membawa orang
berukhwah dan berkawan
Sama-sama mencari dunia
membawa pecah-belah dan permusuhan
Mengejar dunia, fikiran berserabut dan kusut
Mengejar Tuhan, fikiran lapang, tenang menenangkan
Carilah keredhaan Tuhan, tidak ada yang kecewa
Mazmumah hilang, orang senang
Mencari keredhaan orang, kita akan kecewa bahkan terhina
Mazmumah makin menebal, orang pun benci pula
Kejarlah Tuhan, jalan luas dan lapang,
selamat dan menyelamatkan
Kejar dunia jalan sempit, himpit-menghimpit
dan memudharatkan

1 ulasan:

masri berkata...

indung indung

anak dagang pergilah merantau
membawa keris lok tujuh belas
hai besi ngedi titik
besilah dititik
ngedi ngesap hai kemenyan tunggal
dibasuh air belimbing buluh

indung indung lagu indung
bisanya keris tidaklah terkira

sebulan dagang menggalas lalu
jejaknya ditikam mati juga

setitik darah jatuh lah ke laut
setahun ikan tidak bermain

setitik darah jatuh lah ke darat
semusim padi tidaklah menjadi

indung indung lagu indung
bisanya keris tidak lah terkira..

.. ini lagu rakyat pahang..

oleh kerana blog ni bertajuk KEMBARA DI PERJALANAN INI, maka lagu anak dagang ini ada kerelevenannya juga..

maka lagu ni kira sebagai buah tangan dari rakan senegeri.. hehe