20 Mac 2015

JOM TWEET HATI

Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu.

Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu.

Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat.

Tiada ulasan: