Dalam tempoh empat hari, tiga Raja Melayu bersuara. Nada ketiga-tiga raja kita itu tegas dan mesejnya jelas kepada semua. Pada 5 Disember, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang nampak ketara dan banyak sangat sekarang. ‘‘Melayu tidak minta lebih, cuma apa yang kita ada kena jaga,’’ titah baginda dalam wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu.
Pada sambutan Maal Hijrah Negeri Perak, 7 Disember, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka terhadap bangsanya.
Sehari selepas itu, Sultan Johor mahu orang Melayu bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu. Ketiga-tiga peringatan tersebut menjadi berita utama di muka depan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Apa yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu ini amat bertepatan pada ketika kedudukan Melayu makin diasak. Semua ini angkara muslihat golongan kaduk naik junjung yang berhasrat menjadikan Malaysia negara republik suatu hari nanti. Golongan tersebut kian membesar dan membentuk gelombang yang kuat. Semua tahu bahawa ada pemimpin pembangkang Melayu yang membuka pintu pengkhianatan untuk kepentingan politik diri sambil membawa keuntungan besar kepada kaum tertentu.
Maka Awang menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu yang tampil ke hadapan untuk membantu menyelamatkan kedudukan Melayu. Sejak merdeka, tidak pernah rasanya institusi raja kita sebegini lantang. Ternyata senario pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berisiko kepada masa depan umat Islam, tidak lagi boleh diambil mudah.
Titah Sultan Perak perlu dijadikan pemula kejutan. ‘‘Adalah menjadi tanggungjawab Raja-Raja Melayu bersama umat Islam dan orang Melayu di bumi ini, untuk terus mempertahankan segala hak dan keistimewaan Islam dan orang Melayu daripada sebarang usaha menghakisnya.’’ Awang sudah lama sahut dan bangkit. Sesungguhnya, ia adalah semboyan untuk umat Islam dan orang Melayu. Kita tiada pilihan melainkan bersatu. Apa lagi.
4 ulasan:
Salam...
Tahniah dan syabas tuan,tulisan dan artikel dalam blog tuan banyak memberi saya semangat dan dorongan untuk berjuang di arena media baru ini.
Semoga blog tuan dapat dilinkkan dengan blog saya.
Minta tunjuk ajar dari tuan kerana saya budak baru belajar =)
SINGGAH SEBENTAR DI BLOG SAYA (PEMIKIRAN ANAK MUDA MAHASISWA PEDULI) ( ~ALIF~BA~TA~ )http://www.hazwanmohamad.blogspot.com
Blog tuan juga telah saya link di blog saya. TQVM
Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.
http://tenangprk.blogspot.com/
Terima kasih.
Alhamdulillah akhirnya. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yg Rasulullah telah sampaikan pada satu ketika dahulu. Islamkan rajanya. Di dalam sulalatus salatin.
Alhamdulillah akhirnya. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yg Rasulullah telah sampaikan pada satu ketika dahulu. Islamkan rajanya. Di dalam sulalatus salatin.
Catat Ulasan