16 Apr 2009

INIKAH PERJUANGAN ISLAM ? (3)

Saya terjumpa artikel ini, kemungkinan besar seorang peminat fanatik TGNA, sila lah rujuk kepada artikelnya yang memberi gambaran tentang didikan sebenar parti PAS kepada orang Islam di Malaysia ini.

AL-BAKISTANI KE FIKRAH HAI; KENAPA AKU BENCI UMNO

SILA KLIK DI SINI

Saya tahu jika ada peminat fanatik TGNA membaca artikel ini mereka akan bersetuju dengan propaganda artikel di atas, dan memang realitinya begitu di dalam masyarakat mereka.

Mereka juga akan menuduh saya seorang kafir kerana tidak menyokong parti PAS seperti mana mereka menganut ajaran PAS. Tidaklah menghairankan saya kerana bagi mereka PAS itu adalah passport ke syurga. Ahaa...

Namun alhamdulillah, saya rasa masih ramai pembaca di sini yang masih berfikir dengan rasional dan tidak jumud, yang sedar bahawa betapa bahayanya pegangan seperti ini dan betapa mereka telah jauh dari ajaran sebenar yang dibawa oleh RSAW.

Cuba lihat apa ulasan dan alasan penulis ini di dalam bab mengapa MASJID boleh dijadikan tempat BERPOLITIK

Dan aku juga masih ingat, hujjah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid dengan hujjah beliau;

”mengapa masa kita azan, kita sebut ”Asy-hadu alla ilaha illallah” atas masjid. Dan kenapa kita sebut ”Asy-hadu anna muhammad rasulullah” atas masjid juga. Sedangkan, Allah maha suci. Dan nabi muhammad ini adalah manusia yang sama jenis dengan kita kencing dan berak??”


Sungguh mereka ini memandang RSAW itu seperti sama taraf dengan mereka sahaja, jadi apakah ini bermakna jika RSAW boleh menggunakan masjid untuk mendidik orang islam maka mereka juga berhak seperti RSAW menggunakan masjid untuk memancing undi parti mereka ?...

Sedarkah mereka apa bezanya ajaran dan dakwah RSAW dan akhlak RSAW yang mulia itu dengan dakyah dan ceramah pemimpin-pemimpin parti mereka di dalam masjid? Tentu mereka tidak sedar kerana mereka sendiri sebut RSAW itu hanyalah "manusia yang sama jenis dengan kita....." dengan penambahan ayat yang saya rasa sungguh kasar dan biadap untuk disebut dan dirujuk kepada RSAW. Sehingga untuk saya tulis semula ayat tersebutpun, saya merasa tidak sanggup kerana merasa sungguh tidak beradab menyamakan RSAW sebegitu sekali..namun apakan daya begitulah tren pemikiran orang islam yang hanya ada ilmu Islam tetapi ilmu mereka hanya sampai di halkum sahaja. Inilah golongan yang RSAW sebut sangat ramai di akhir zaman, di mana mereka begitu sombong dan angkuh hingga merasa layak disamakan taraf dengan RSAW sendiri walaupun dari segi logiknya tidak salah, tetapi sedarlah, mereka sudah kehilangan ROH islam di dalam diri mereka. Mereka ini ibarat rangka yang tidak ada isinya, lompang roh iman dan taqwanya.

Mereka merendahkan kemuliaan RSAW walaupun mereka mendakwa parti mereka adalah parti syurga. Inilah didikan mereka di dalam ceramah-ceramah mereka dan tidak hairan mengapa semakin lama semakin mereka di istidrajkan oleh Allah SWT.

(Saya terkilan sekali apabila dlm artikel ini, mereka menggunakan nama seorang ulamak yang berkecuali dari politik untuk mengumpan pembaca agar merasakan mereka di sokong oleh golongan ini....bicara berhelah juga antara kepandaian penulis artikel itu)

Baiklah kita sambung artikel INIKAH PERJUANGAN ISLAM..


Cara dan strategi peperangan fikiran tidak sama dengan peperangan senjata. Dalam perang senjata, kita boleh terus menyerang tetapi berdisiplin dan tidak menzalim. Tetapi secara politik, untuk pancing undi dan menarik simpati orang yang yakin cara itulah perjuangan, tentu tidak boleh gopoh dan main kasar. Kita kena berlembut, kalau boleh biar lebih lembut gigi dari lidah. Supaya orang tertarik dan tertawan dengan kita. Kita disuruh berakhlak. Itulah strategi namanya. Dan ia pula memang diperintah oleh Islam. Kerana ia adalah buah ibadah dan buah perjuangan.

Tetapi sayang, orang-orang politik ala Barat ini berkasar dengan orang. Mudah menyerang, mudah mengata-ngata, menuduh dan melempar tohmah tanpa usul periksa. Ini se­mua meramaikan musuh, bukan meramaikan kawan. Orang lari, bukan orang mendekati. Ceramah mereka panas, hanya berslogan, berpropaganda, menghasut dan membangkitkan semangat marah. Lalu tercetuslah di tengah masyarakat pe­rasaan gelisah, tegang, benci-membenci, rasa permusuhan, dendam, dengki, buruk sangka, kata-mengata dan lain-lain lagi.

Punah segala kasih sayang, harmoni, kedamaian, bertolak ansur, maaf-bermaafan, perikemanusiaan, hormat-menghor­mati dan lain-lain sifat mulia dari umat Islam. Sedangkan Islam membawa segala kebaikan ini dan kerana inilah ia kelihatan indah, cantik dan dapat menawan hati manusia. Kalau itu semua tidak ada, di mana keindahan dan kecantikan Islam itu?

Struktur kepimpinan dalam parti politik yang dijadikan platform perjuangan Islam itu selalu berubah-ubah dan bertukar ganti, yang berpunca daripada krisis-krisis peribadi, perebutan jawatan, jatuh-menjatuhkan hingga tercetus ber­bagai kern dan team dalam parti. Kadang-kadang pemimpin nombor dua lebih popular daripada pemimpin nombor satu. Perbuatan sepak terajang hingga pemimpin tergolek dan terguling, biasa berlaku. Naiklah orang lain memegang ja­watan yang diidamkannya. Sungguh tidak patut sekali hal ini berlaku dalam parti yang bernama Islam. Namun begitulah realitinya. Betapa malang­nya kita kalau hal begini terjadi dalam negara Islam yang mereka laung-Iaungkan dan idam-idamkan. Kemungkinan terjadi memang besar. Sebab dalam parti pun boleh terjadi, apalagi dalam negara? Sedangkan dalam negara Islam tulen, kepimpinan seorang khalifah adalah untuk seumur hidup. Pengikut taat, kasih dan cinta serta terhutang budi padanya seperti terhutang budinya kita kepada ayah, guru dan sahabat.

3 ulasan:

Merbawi Jr. berkata...

Salam.

Al-Bakistani @ Wanji saya kenal. Saya pun xsetuju dengan beliau. Al-Bakistani bukanlah PAS dan PAS bukanlah semata-mata Al-Bakistani.

Aku berkata...

salam saudari,

Dan aku juga masih ingat, hujjah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid dengan hujjah beliau;

”mengapa masa kita azan, kita sebut ”Asy-hadu alla ilaha illallah” atas masjid. Dan kenapa kita sebut ”Asy-hadu anna muhammad rasulullah” atas masjid juga. Sedangkan, Allah maha suci. Dan nabi muhammad ini adalah manusia yang sama jenis dengan kita kencing dan berak??”

-----------------------------------

saya berasa sungguh kesal dan kecewa apabila melihat kata kata begini menghina kedudukan Rasulullah SAW yang menggambarkan seolah olah rasulullah sama seperti mereka. tak cukup itu dituduh mereka pula Nabi juga berkroni. dahulu mereka melaung laung kemarahan kerana mengatakan tun mahathir menghina nabi tetapi tak nampakkah 'kejahatan' mereka terhadap Nabi juga?

Benar seperti kata-kata Imam ALi;

""One who says unpleasant things about others, will himself quickly become a target of their scandal'"

SuaraMuda berkata...

Salam,

1 - Ustaz ini berjaya di Khawarijkan oleh Ulama-ulama suk didalam PAS.

2 - Umur sudah menjangkau 27 tahun, tetapi berhujah seperti seorang budak sekolah. Hujahnya penuh berapi-api membenci saudara seaqidahnya tetapi kosong, tiada pengisian. Syaitan menguasai diri!.

3 - Mengenepikan Kata-kata ayahnya agar tidak menjadi seperti Nik Aziz, penulis lebih mengutamakan kata-kata rakannya... Lupakah akan bait-bait lagu dendangan Allahyarham Sudirman ini: "Ayah dan Ibu wali-wali keramat, pada mereka kita beri hormat. Pakailah tunjuk ajar dan nasihat, supaya hidup kita akan selamat."

4 - Tidak peliklah saya, majoriti produk keluaran pondok adalah anti-UMNO kerana PAS menaja mereka.

5 - Berkenaan doktrin bid'ah "UMNO adalah kafir"... Ini peringatan dari Nabi junjungan kita: “Sesiapa yang memanggil seseorang dengan perkataan (tuduhan) kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada si penuduh.” – Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

6 - Fatwa undi PAS itu wajib adalah suatu yg mensyirikkan Allah Taala, fatwa yang dangkal, SESAT LAGI MENYESATKAN!.

7 - Jikalah PAS benar-benar memperjuangkan Islam, mengapa PAS lebih rela melihat perpecahan ummat Islam untuk survivor politik PAS sendiri!

8 - Tak mustahil yang dibenci itulah kelak akan dicintai.

Allahualam.