Terhadap individu atau kumpulan yang tidak seperjuangan atau lain gaya perjuangan, dituduh dan mudah dijatuhkan hukuman fasik, zalim, kafir, murtad dan lain-lain. Hukuman semberono dan melulu ini dibuat menggunakan ayat AI Quran dan Hadis tanpa takut dan malu dengan Allah. Hal ini berlaku sejak badan politik yang ingin memperjuangkan Islam melalui pilihan raya ini ditubuhkan. Ia terjadi di mana-mana di dunia ini.
Hukuman atau menghukum jadi seperti mainan bibir untuk tujuan menghina dan memalukan orang Islam lain serta menarik orang kepada parti sendiri. Penuh bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya amat menderita bilamana terpaksa menjatuhkan hukuman. Takut kalau-kalau tersilap hingga hukuman itu kembali menimpa muka sendiri dan Allah akan tempelak di Akhirat nanti.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a., kalau dirasakan cakapnya sudah menyakiti hati orang Islam, lantas dia minta qisas atau mengadu pada Rasulullah SAW supaya dia segera dihukum. Begitulah iman orang mukmin yang memperjuangkan hukum-hukum Allah; sangat takut dengan Allah. Kerana itu, mereka berhati-hati dalam menghukum.
Sikap mudah menuduh-nuduh dan menghina-hina dengan tidak menggunakan hujah yang benar dan terhormat, akan membuatkan orang benci dan lari dari kita. Hingga terjadilah perpecahan yang dahsyat hasil perjuangan kita itu. Dalam sebuah masjid, ada dua imam yang mengimami sembahyang dalam satu masa. Pernah terjadi di Terengganu, dua ceramah dengan dua mikrofon dalam satu masjid. Walhal perjuangan Islam bermaksud meramaikan dan menyatu padukan ahli jemaah di bawah satu imam dalam satu masjid.
Tapi politik Barat ala pilihan raya mengecil, menyempit dan memecahbelahkan umat Islam dalam masjid. Juga membuatkan orang Islam tidak makan sembelihan orang Islam lain. Dan nikah kahwin sesama Islam dianggap tidak sah kerana berlainan pandangan politik. Inikah kebenaran?
Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berpecah. Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berkrisis. Kalau begitu, apa bukti Islam yang diperjuangkan itu agama selamat, membawa keamanan sejagat dan keharmonian masyarakat? Politik pilihan raya tidak akan dapat menyelesaikan kemelut ini. Ia hanya akan menambahkan masalah. Bahkan ia adalah punca masalah ini.
Harapan sekarang hanya tertumpu kepada politik Islam yang penuh kasih sayang.
3 ulasan:
Salam,
Pas yang memperjuangkan Politik Islam sepatutnya dengan terbuka perlu memberitahu tujuan nak dirikan Negara Islam jangan selindung dibawah kerana Al-Quran dan hadis.Kerana di Al-Quran dengan terang tidak ada konsep bagaimana cara nak memerintah Negara Islam.Hanya dikatakan sesebuah kerajaan yan didukung oleh pemerintah Islam perlu mengambil berat dan adil kepada Ummahnya.Pas juga perlu mendedahkan apakah mereka maksudkan "Pas Untuk Semua" dan perlu secara perinci beritahu rakyat bukan Islam dinamakan pandangan pas tenang sama rataan yang dimaksudkan.
Janganlah jadikan Islam sebuah agama yang bentuk sejarah yang statik.Islam untuk semua zaman.Untuk memahami peredaran perubahan Hukum Syarie di negara ini bukanlah mudah untuk memahami.
Tiada kerajaan sebenar sebenar 1400 tahun.Syura hanya boleh dilakukan dengan ijtihad.Bagaimana Ummah dapat memileh khalifah?.Dari pada korang semua siapa lebih afdal?..Anwar gaknya?Cerita hudud hanya diwujudkan pada tahun 1992 oleh Allahyarham Ust.Fadzil..semasa Ust.Yusuf Rawa hanya disebut Hukum-hukum Allah..Kadangkala bukan Islam di panggil dhimmi tetapi mengatakan dalam pilihanraya semua rakyat mempunyai hak yang sama.Sehingga tahun 2003 pas tidak mempunyai sebarang doktrin blue print tentang apakah sebenarnya dikatakan Negara Islam Pas...Apabila TDM memaksa apakah yang Pas maksudkan Negara Islam maka dengan tergesa-gesa Pas keluarkan Doktrin blue print di Muktamar Pas pada 12 Nov. 2003.Dokumen yang dikeluarkan oleh Pas bukan sahaja mengelirukan bukan Islam tetapi orang Islam pun jadi keliru.Maka PR2004 menjadi paling teruk bagi pas dan mula golongan edorgan telah muncul untuk pastikan parti Pas akan menag besar di PR12...ha..ha..rumuskankanlah sendir perjuangan parti pas ini....Dokumen Negara Islam yang dikarang Haron Din apa dah jadi?wassalam.
p/s:Satu nukilan yang amat baik..mamak teruja untuk komen.Teruskan perjuangan saudara."Jangan Takutkan Sultan Tapi takutkan Syaitan".
Itu namanya mempolitikkan agama.
Negara Islam tak semestinya dipelopori oleh yg berserban dan berjubah sahaja. Malah boleh dibangkitkan oleh org2 yg memakai pantelon dan berbaju ala terkini, tetapi penghayatan Islam nya tinggi dan menepati ciri2 sesebuah negara Islam.
Sesorang pemimpin itu perlulah hatinya berpaksikan kepada Allah semata-mata dan takut kepada Allah bukan kepada manusia.
Seserang pemimpin Islam juga perlu berfikiran jauh kehadapan menyiapkan negara Islam bukan untuk tahun2 semasa kehidupan nya tetapi jangkauannya hendaklah menyiapkan negaranya untuk org2 selepasnya pula.
Jangan takut syaitan, takutkan Allah la.
Sebab bila takutkan Allah, kita patuh suruhan nya.
Tapi, bila takutkan syaitan, bila syaitan nak jerumuskan ke lembah dosa, kita pun main ikut sebab takut.
Syaitan (Abg Syai) lah kita perangi, sebab dia memang dah bersumpah nak sesatkan kita.
Bila nak perangi abg syai, mana boleh takut, kenalah berani.
Catat Ulasan