20 Jun 2008

KEMBARA DI UTARA.....MALAYSIA



(Di atas adalah pemandangan sawah padi di Kodiang Kedah)

Beberapa hari yang lepas iaitu Isnin 16/6/2008, saya dijemput ke Utara kerana ada beberapa hal yang perlu dilakukan, memandangkan agak sukar jika tidak membawa kenderaan maka saya memilih untuk membawa kereta sendiri, di sebabkan impak kenaikan harga minyak ini agak membebankan maka saya memilih untuk membawa kereta kecil sahaja, KELISA ikan yang memecut di jalanraya..ahaa..

Tempat yang saya tujui adalah daerah Kodiang Kedah..sebuah pekan kecil yang terpencil di negeri Kedah yang terletak di utara semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand dan Perlis.

Kepenatan memandu saya terubat apabila menghampiri utara Perak, dan seterusnya ke Kedah kerana pemandangan di kiri kanan jalan sangat indah dan mempesonakan...sawah padi sedang menghijau dan pemandangannya memang menyegarkan mata saya.Terkhayal seketika dengan keindahan yang terbentang di depan mata..dan tatkala senja semakin sampai ke penghujungnya, kami sampai di Kodiang....sempatlah saya seperti rusa masuk kampung, memberhentikan kereta di sisi jalan dan mengambil gambar mentari senja yang cukup cantik kelihatan di sebalik bukit-bukau dan terhampar sawah padi didepannya.

Hermm..perjalanan diteruskan ke Kangar kerana di Kodiang tidak ada tempat penginapan yang sesuai untuk menempatkan kami berlima di sana. Sebuah homestay di Tmn Utama, cukup selesa untuk kami bermalam.

Ini adalah lawatan saya yang ketiga kali ke Kodiang. Nampaknya saya sekarang sudah arif jugalah dengan tempat-tempat di sana. Teringat kisah makan Pasembor di gerai berhampiran dengan stesen bas pekan Kodiang (hairan, mengapa daif sekali stesen basnya...), ada kisah yang lucu di situ..tapi saya kata pada kawan saya, lepas ini saya tidak mahu makan di situ lagi. Nak tahu apa kisahnya, kawan saya kata, ada orang gila nak mengorat saya, sebab itulah saya tidak mahu makan di situ lagi..hehhehe... Itu komen kawan saya atas hal yang terjadi, saya pun tak tahu nak bercerita bagaimana...cukuplah komen kawan saya itu membayangkan apa yang berlaku. Nampaknya banyak yang perlu saya muhasabahkan dan ambil iktibar dari kisah itu...hermmm...

Kodiang berhampiran dengan Kuala Perlis, di Kuala Perlis kita boleh menikmati ikan bakar dan seafood...Saya suka sekali makan sotong goreng tepung di sana, rasanya agak unik jika dibandingkan sotong goreng yang boleh kita dapati di tempat tinggal saya di Selangor.

Saya rasa itu sahaja cerita yang dapat saya paparkan di sini. Apa tujuan saya ke sana biarlah saya simpankan sahaja kerana saya kira ia tidak penting untuk dikhabarkan.

Sekian.

Tiada ulasan: