Sambil berborak dengan kawan-kawan di pejabat, dia kata, "9 Julai ini, suami dan anak nak pergi bersama-sama berdemonstrasi untuk perhimpunan BERSIH, ada pula dengar seorang kawan perempuan tu bersemangat untuk sama-sama berdemonstrasi di perhimpunan haram tersebut.
Kedua-duanya penyokong kuat PAS, cara kehidupan nampak cenderung kepada Islamik, rajin berusrah, rajin pergi majlis agama. Usiapun dah 40 an ke atas, tetapi hairan saya mengapa masih tertipu dan terpedaya dengan propaganda retorik tersebut ?..Adakah selama ini mereka dihalang dari membuat undian ke atas parti kesukaan mereka?..ada poliskah yang menghunus senjata menahan mereka dari mengundi parti pembangkang walaupun mereka bekerja di bawah jabatan kerajaan atau GLC ?...
Saya pelik, memang sangat pelik..mengapa begitu tidak rasional mereka ini?..Tidak terfikirkah perbuatn mereka menyusahkan orang ramai?..yang berniaga di kaki lima, golongan marhaen yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, menganggu keselesaan orang awam dengan berdemo di tempat-tempat awam, menghalang lalu lintas dsbnya. Kalaulah sekiranya pada hari tersebut ada ibu hendak bersalin, pesakit jantung kritikal, mangsa kemalangan parah tersekat di tengah jalan disebabkan demo haram BERSIH itu, apa perasaan mereka jika perkara tersebut berlaku dan terkena btg hidup sendiri atau keluarga ?...Mereka ini SELFISH...apa sebenarnya yang mereka perjuangkan?...PERJUANGAN DI ATAS JALAN RAYA itu beranikah?..saya meletakkan taraf mereka seperti mat rempit malah lebih hina adri mat rempit....itu hakikatnya..
Sedarlah wahai saudara-saudaraku sekelain, saya hanya mengambil contoh mudah sahaja, saya tak suka nak cerita berat atau panjang2, tetapi fikirlah dengan hati yang BERSIH, bahawa dalam hidup seorang ISlam, kita wajib menjaga dua hubungan, iaiatu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Jika niat bukan kerana Allah, tetapi hanya kerana terpedaya dengan retorik politik, ingatlah bahwa setiap inci langkah saudara-saudari itu adalah HARAM.
Jadi di mana BERSIHnya?
Manjungmari sakit hati dengan Dr Zambry
27 minutes ago


1 comments:
Koi nok bersihkan rumoh je...
Post a Comment