May 14, 2011

TAKSUBKAN ANWAR, MENJAMIN SYURGA ?

Nak tergelak saya baca fatwa baru Nik Aziz hari ini...beria sungguh mempertahankan Anwar Ibrahim, sampai menyatakan :

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga. “Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka. "Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” katanya dalam kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

April lalu, Nik Aziz ketika ditanya pemberita di Kediaman Rasminya, di JKR 10, dekat sini, mengenai video itu, beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T'.


Taksub sungguh Pok Nik dengan Anwar sampaikan menerakakan orang lain yang mempercayai bahawa video seks itu adalah pelakunya Anwar dan pengedar video seks tersebut perlu jilat kaki Anwar untuk masuk syurga..agak-agak bila agaknya "wahyu" tersebut turun kepada Nik Aziz ?...

Inilah cerminan akal dan minda serta keimanan orang yang TAKSUB atas kepentingan kuasa dan politik......kejar nama, pangkat dan kuasa, terbarai serban, .....muga-muga iman sempat diselamatkan...

0 comments: