10 Jan 2010

JANGAN TERTIPU DENGAN "HIDDEN HAND"

Isu gereja dibakar dan surau dirosakkan seperti menjadi rentetan kepada isu kalimah Allah sebelum ini. Ada puak yang menangguk di air keruh, bertujuan untuk mengharu birukan lagi keadaan dan perpaduan kaum di negara ini. Yang pelik dan memualkan lagi, ada pula segolongan pemimpin masyarakat yang atas nama parti mereka menuduh parti lain pula berbuat dajal tersebut. Nampaknya golongan pemimpin (yang sedih mereka adalah orang Melayu dan beragama Islam) seperti ini sudah dikuasai oleh tangan-tangan ghaib tersebut untuk turut sama bersekongkol menjalankan hidden agenda mereka di Malaysia ini. Hidden agenda untuk mereka menguasai negara ini, secara mewakilkan boneka mereka untuk memerintah.

Tangan ajaib ini sangat mengetahui RAHSIA yang terpendam di nusantara ini dan satu-satunya benteng pertahanan terakhir yang perlu mereka bolosi adalah negara kita ini iaitu Malaysia atau nama lainnya Tanah Melayu. Sejak ratusan tahun, perancangan mereka berjalan, licik, halus dan penuh strategi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kerana yang mengetahuipun perlu bertahan dalam diam-diam kerana akhir zaman ini menyaksikan yang benar akan difitnahkan, dan yang salah akan disanjung.

Agenda mereka sekarang adalah untuk mengambilalih atau membonekakan orang Melayu dari segi pemerintahan. Sebenarnya bukanlah mereka mahu musnahkan bangsa Melayu, tetapi mahu agar Islam yang dianuti oleh orang Melayu itu disekularkan atau diliberalkan. Supaya tidak bangkit lagi di kalangan orang melayu kecintaan kepada Allah, Rasul dan agamanya. Muga-muga dengan ini, mereka dapat melambatkan TAKDIR yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT di akhir zaman ini bahwa mereka iaitu tangan-tangan ajaib (hidden hand) ditewaskan oleh satu golongan kecil yang tidak sedikitpun dikenali oleh masyarakat umum tetapi akan muncul dan mengalahkan mereka. Dengan hanya bersenjatakan satu-satunya anugerah paling bernilai kepada umat RSAW iaitu cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segala rahsia, ia adalah Nur Muhammad. Nur Muhammad yang ditentang oleh golongan wahabi atas caturan hidden hand untuk dibidaah dan disesatkan.

Sedikit maklumat mengenai tangan-tangan ajaib atau hidden hand ini.

-----------------------------

Tangan-tangan mereka berfungsi dari belakang, dan tangan-tangan yang di belakang itulah yang sebenarnya mencatur dunia. Mereka lebih berminat menyesatkan pemikiran umat Islam kerana pada pandangan mereka, jika pemikiran umat Islam berjaya diyahudikan, umat Islam akan meninggalkan agama mereka tanpa perlu disuruh-suruh atau diperangi lagi. Golongan remaja dan wanitalah yang nampaknya paling berjaya ditakluk oleh mereka.


Maka pada hari ini kita lihat di atas kejayaan pihak Kristian menakluk dunia dan mengatur agar sistem mereka diterapkan dalam seluruh aspek, seluruh dunia dapat melihat pula bahawa pihak Yahudilah yang sebenarnya menjadi dalang di sebalik kejayaan Kristian itu. Kita dapat melihat bahawa sebenarnya Yahudilah yang memainkan peranan besar di atas kejayaan pihak Kristian itu. Ertinya, kedua-dua musuh Islam itu berganding bahu dalam usaha mereka menghancurkan Islam dan umat Islam, seperti yang dapat kita lihat pada hari ini.

Umat Islam perlu menanti datangnya seorang pemimpin yang dijanjikan oleh Allah sebelum Umat Islam perlu menanti datangnya seorang pemimpin yang dijanjikan oleh Allah sebelum mereka boleh mengalahkan Yahudi dan Kristian, seterusnya menabalkan semula Islam di persada dunia, sebagai tuan yang sebenar ke atas seluruh muka bumi ini. Mana pemimpin yang mampu berbuat demikian? Adakah orangnya pada hari ini? Jika ada, siapakah dia? Di mana dia berada sekarang? Di mana tempat bermulanya pemerintahan Islam yang bersifat universal itu? Adakah ulama itu sedang berjuang ke arah itu atau tidak? Adakah orang ramai menyambut perjuangan ulama itu?

Ternyata, pemimpin yang ada pada hari ini tidak mampu menyatukan kembali umat Islam seluruhnya. Para ulamanya lagilah tidak mampu. Jumlahnya amat ramai pada hari ini, tetapi yang benar-benar diterima oleh seluruh umat Islam itu, siapa orangnya? Tunjukkan mana dia seorang ulama, cendekiawan, sarjana, profesor atau apa-apa gelaran pun, yang tersohor pada hari ini, yang boleh benar-benar diikut oleh seluruh umat Islam. Taraf para ulama hari ini pun dipandang tidak lebih daripada orang awam juga, cuma mereka lebih bijak bercakap tentang agama daripada orang lain kerana mereka belajar agama lebih sedikit daripada orang ramai. Maka kerana itu, mereka pun dilabelkan sebagai ulama. Dari segi praktiknya, mereka sama sahaja dengan praktik orang awam.

Yang ada pada hari ini kebanyakannya hanyalah ulama yang lebih berminat mencari populariti diri, atau yang sibuk mengumpul harta untuk kepentingan diri sendiri, atau yang lebih berminat mencari pangkat yang tinggi dalam kerajaan, atau menjadi pensyarah di universiti-universiti. Masalah umat tidak dipedulikan langsung. Bukan tugas aku, katanya. Umat tunggang-langgang di depan mata pun, dibuat macam tak nampak sahaja. Para pemimpin lintang pukang di depan kakinya pun dibuat-buat tak nampak sahaja. Kena jaga hati pemimpin kita, nanti aku dipecatnya pula, katanya. Umat Islam bukan sahaja terbiar dan tidak dididik, malah ulamanya sendiri pun turut hanyut seperti mana hanyutnya para pemimpin mereka dan umat Islam secara umumnya. Malah sebahagian mereka sendiri lebih teruk hanyutnya daripada kedua-dua golongan tadi. Mereka kelihatan lebih tidak berpendidikan agama daripada orang awam yang sepatutnya menerima pendidikan Islam daripada mereka.

Pemimpin-pemimpin negara Islam pula dilihat lebih sibuk menguruskan hal ehwal dalaman di negara masing-masing daripada berusaha menyatukan seluruh negara Islam di bawah satu pemerintahan pusat yang bertaraf dunia. Masalah dalaman menurut pandangan mereka lebih besar dan mustahak daripada usaha menyatukan seluruh negara Islam. Hasilnya, umat Islam terus-menerus terbiar, tertekan, ditekan dan ditindas oleh musuh. Tiada siapa yang dapat membela mereka lagi jika berlaku peperangan atau pergaduhan dengan mana-mana pihak.

Umat Islam terus terbiar, dan terbiar. Pemimpin Islam dari negara lain hanya dapat melahirkan rasa simpati dan kasihan, tanpa dapat membantu. Habis-habis pun hanyalah bantuan kewangan, pakaian buruk dan ubat-ubatan yang dapat diberikan. Bantuan-bantuan lain yang lebih bererti tidak dapat diberikan lagi. Misalnya bantuan ketenteraan, senjata, semangat dan makanan keperluan tidak akan dapat diberikan lebih daripada hadnya. Kalau hendak beri pun, ikut jalan belakang, senyap-senyap dan sekali-sekala sahaja.

Bagaimana mereka hendak menolong orang lain? Kedudukan mereka sendiri pun sentiasa tidak menentu, bila-bila masa saja boleh dijatuhkan oleh pihak pembangkang atau digulingkan oleh pihak tenteranya sendiri. Perempuan upahan sentiasa menanti masa untuk mendedahkan ‘kekotoran’ peribadinya di khalayak umum. Jika tidak pun, rakyat akan bangun memberontak dan menunjuk perasaan di jalan-jalan raya. Masing-masing amat takut kepada bayang-bayang yang mereka buat sendiri. Tiada pemimpin yang benar-benar berwibawa untuk didengar cakapnya oleh seluruh umat Islam.

Maka, rasa-rasanya dalam keadaan sebeginilah, Allah akan utuskan seorang pemimpin untuk membantu umat Islam keseluruhannya. Pemimpin itu bukanlah sebarang orang atau peribadi, kerana peribadi-peribadi pemimpin yang ada pada hari ini dilihat amat lemah dan tidak mampu menyatukan seluruh manusia Islam di seluruh dunia, yang pada ketika ini sedang amat nazak imannya. Mereka ini semuanya ternyata gagal menyatukan kembali seluruh umat Islam. Bukan sahaja gagal menyatukan umat Islam di seluruh dunia, malah di dalam negara masing-masing pun masih gagal disatukan. Mereka juga tidak mampu mengangkat dan mengembalikan Islam seperti pada zaman gemilangnya, tepat seperti yang telah diisyaratkan oleh hadis-hadis. Persoalan demi persoalan ini membawa kita kepada isu Imam Mahdi yang disebut di dalam hadis dan atsar sebagai pemimpin akhir zaman umat Islam.

Sila lihat fatwa di bawah :

Fatwa yang lebih meyakinkan mengenai isu ini telah dikeluarkan di Makkah oleh Rabitah al‘Alam al-Islami (Muslim World League) pada 11 Oktober, 1976 (bersamaan 23 Syawal, 1396). Fatwa ini menyatakan bahawa terdapat lebih daripada dua puluh orang Sahabat RA yang meriwayatkan hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi, menyenaraikan nama ulama hadis yang menyampaikan riwayat ini kepada kita, di samping nama-nama ulama yang telah menulis kitab mengenai Imam Mahdi. Fatwa Rabitah itu berbunyi begini:

"The memorises (Hafiz) and scholars of Hadith have verified that there are authentic (sahih) and acceptable (hasan) reports among the traditions related to al-Mahdi. The majority of these traditions are related through numerous authorities (Mutawatir). There is no doubt that the status of those reports are Sahih and Mutawatir. (They have also verified) that the belief in Mahdi is obligatory, and that it is one of the beliefs of Ahl al-Sunnah wal Jama'a. Only those ignorant of the Sunnah and innovators in doctrine deny it."

Terjemahannya secara bebas kira-kira begini:

“Para hafiz dan ulama-ulama hadis telah mengesahkan riwayat daripada hadis-hadis berkenaan al-Mahdi adalah sahih dan hasan. Kebanyakan hadis ini adalah berbentuk mutawatir. Tidak ada keraguan lagi bahawa taraf riwayat ini adalah sahih lagi mutawatir. (Mereka juga menyatakan) bahawa kepercayaan kepada al-Mahdi adalah sah dan mempercayainya adalah salah satu kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya orang yang jahil tentang hadis-hadis dan pencipta bidaah sahaja yang akan menafikannya.”

Untuk mendapatkan teks penuh fatwa berkenaan dan garis panduan menyusun fatwa itu, bolehlah melihatnya dalam buku Al-Bayan Fi Akhbar Sohibuz Zaman, oleh Kanji as-Syafie, cetakan Beirut, tahun 1979 di bahagian Pengenalan, muka surat 76-79 dan pada bahagian Lampiran. Buku tersebut berbahasa Arab.

Dalam hal ini, saya tidak mahu menyentuh isu IM (Imam Mahdi) ini menurut sepertimana yang diyakini oleh Syiah atau golongan Hizbut Tahrir, saya mengikut pandangan dan ijtihad ulamak-ulamak ASWJ.

Hadis-hadis di bawah inilah yang sangat dikhuatiri oleh Hidden Hand iaitu :

Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,

Dari Abdullah RA katanya,

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua-dua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah dipilih oleh Allah akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan sebagaimana halnya ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.”

(Ibnu Majah)

“Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya.”
(Ibnu Majah & At-Tabrani)


Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

“Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?” Baginda SAW menjawab, “Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (diulang 3 kali).

(Muslim)

Atsar dari Abdullah bin Amru RA berkata,

“Seorang lelaki dari anak cucu Al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke arah gunung, akan dipukulnya hingga rata sehingga mereka berjaya melaluinya.”

Dengan jelas, dan muga kita semua difahamkan, di akhir zaman ini akan lahir seorang pemimpin yang diberi gelaran sebagai Imam Mahdi dan beliau akan dibantu oleh golongan yang diberi nama Ikhwan yang pemimpinnya pula diberi gelaran Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim ini adalah juga seperti Imam Mahdi merupakan golongan ahlulbait RSAW.

Pihak Hidden Hand mengusahakan sejak ribuan dan ratusan tahun dulu untuk mencari Timur yang manakah yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut dan menyelidiki siapakah kedua figur tersebut. Mereka tentu sahaja ingin membunuh mereka namun perancangan Allah SWT itu mengatasi segala keupayaan makhlukNya. Saya kira diwaktu ini Hidden Hand sudah mengetahuinya namun perancangan Allah SWT itu lebih sempurna dari mereka. Mereka sudah ketinggalan dan kini usaha terakhir mereka hanya untuk melambatkan sahaja penentuan TAKDIR yang akan menimpa ke atas mereka.

Sekian dahulu. Wallahualam.

6 Jan 2010

USAH POLITIKKAN DAN WAHABIKAN ISU KALIMAH ALLAH

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)” padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Merenung ayat Al Quran di atas membuat saya berfikir panjang. Hanya kerana ingin mendapat kuasa dan undi dari orang bukan Islam atau atas dasar pegangan wahabi yang "superficial" dan sempit, kita melupakan ayat-ayat Allah dan sanggup kufur dalam berakidah dengan menyetujui bahwa kalimah Allah itu membawa maksud Allah itu ialah salah satu dari yang tiga. Prof Dr Haron Din memang tepat apabila menyatakan sesiapa yang bersetuju maka mereka sudah tergolong di dalam melakukan kesyirikan dan ini membawa maksud mereka tergolong sebagai kufur. Fahamkah kita apa implikasi syirik dan apa maksud kufur? Ingatilah, Allah sudah berjanji bahawa akan mengampunkan dosa orang Islam walaupun dosanya segunung maksiat dengan syarat, selagi mereka tidak mensyirikkanNya. Jelasnya, Isu Syirik ini bukan perkara yang boleh dipolitikkan ia adalah isu akidah. ISU AKIDAH !!!!

Saya melihat majoriti puak-puak Islam dan ulamak-ulamak yang menyokong isu kalimah Allah untuk digunapakai oleh orang bukan Islam ialah dari ulamak-ulamak politik dan ulamak-ulamak wahabi dan di ikuti secara taklid buta oleh pengikut-pengikut mereka. Alangkah dahsyatnya apabila ulamak suk berperanan mengelirukan masyarakat.

Pelbagai alasan mereka berikan untuk menegakkan hujah mereka yang penuh dengan pengeliruan, pembelitan dan pemunafikan itu.

Di sini saya petik kata-kata dari sebuah blog http://rausyanfikir.com yang saya dapati sependapat dengan saya dalam hal ini.

Sepanjang saya berdebat dan membahas isu ini, saya lihat yang menjadi masalah bukan sangat golongan Ad-Dholin itu sebab kerja-kerja menyesatkan dan mengelirukan ini adalah tugas hakiki mereka TETAPI yang lebih menyedihkan bila mana sesetengah ulama' kita yang mempunyai pengaruh yang besar turut sama melihat isu ini secara naif dan penuh dengan kekeliruan!

Golongan yang keliru ini SELALUNYA datang daripada aliran yang menolak tradisi keilmuan Islam yang berusia lebih 1000 tahun, dan mereka ini lebih senang dikenali sebagai pemuka Salafiyyah/Wahabbiyyah dan juga Modenis/Reformis (political Islam).

Kedua-dua golongan ini SELALUNYA mengabaikan ilmu-ilmu penting yang telah bertindak sebagai tunjang tradisi keilmuan Islam seperti 'ilm kalam, 'ilm tassawuf, 'ilm falsafah Islamiyyah (al-mantiq al-suri = formal logic) kerana sifat literalisme (bagi Salafiyyah/Wahabiyyah) dan sifat "minda tertawan" terhadap Naratif Agung Barat yang halus menusuk akal-budi mereka (bagi Modernis/Reformis).

Tanpa kefahaman yang tuntas berkenaan ilmu-ilmu ini kita akan senang tertipu, dan
terkeliru malah boleh tersesat dengan serangan falsafah sekularisme jajaan Tamadun Barat, dan gerakan Kristianisasi yang telah lapuk di Barat menjadikan ombak perubahan ini sebagai pemangkin kepada limpahan tajaan agenda liberalisme, pluralisme agama di Dunia Islam seperti mana yang teruk melanda Indonesia.


Hujah yang diberikan beliau memang tepat kepada puncanya. Secara ringkasnya, punca berlaku sedemikian atas kefahaman mereka yang bercelaru dan keliru itu kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mempertahankan akidah mereka dari dicemari oleh penyelewengan dan kekufuran dari tipu muslihat sekularisme jajaan Barat/Yahudi.

Saya merasakan bangkitnya isu kalimah Allah ini ada hikmahnya. Pertama, ketika mana masyarakat masih keliru apakah fahaman wahabi itu mempunyai kesan ke atas akidah atau semata-mata berkaitan perkara furukiyah feqah maka pada hari ini, saya kira ramai yang sudah mengerti bahwa fahaman wahabi sebenarnya terkait dengan akidah, walaupun pada mulanya mereka (sang wahabi) hanya akan bermain dengan perkara-perkara furukiyah feqah untuk membawa orang Islam sedikit demi sedikit dikaburi oleh agenda tersirat yang dibawa oleh bapa pengasas fahaman Wahabi ini iaitu Muhammad Abd Wahab yang dibelakangnya adalah bertitik tolak dari agenda Yahudi laknatullah. Nama-nama ulamak mereka yang cukup sinonim pada hari ini yang bergerak sebagai reformis handalan adalah seperti Al Baz, Albani, Wahbah Zuhaily, Soleh Utsaimin, Soleh Fauzan Muhammad Abduh, Rashid Ridha dan lain-lain. Sila klik link di bawah ini untuk mendapatkan senarai reformis Wahabi antarabangsa dan Malaysia.

SENARAI WAHABI

Yang terkini, saya mendapat tahu bahawa tuan-tuan guru pondok di Kelantan khususnya menyedari bahawa Nik Aziz Nik Mat juga cenderung amat kepada fahaman wahabi ini.

Kedua, bangkitnya isu Kalimah Allah ini, turut memberi kita gambaran bahawa pendokong sistem politik Islam yang meniti di atas sistem demokrasi turut bersekongkol dan bersatu di dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam. Sungguh pelik, satu kumpulan parti politik yang mendakwa mereka lebih ISLAM dari orang Islam yang tidak mendaftar sebagai ahli parti mereka, di dalam hal isu kalimah Allah ini menjadi lemah tidak bermaya untuk bertegas menyatakan pendirian mereka. Majoriti mereka seperti ayam kena penyakit sampar, takut dan mengigil-gigil kerana memikirkan akan larilah undi untuk PAS for ALL dari kaum bukan Islam jika mereka bertegas untuk menyatakan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja kerana Allah itu bukan merujuk kepada Tuhan-Tuhan atau berhala tetapi Allah itu adalah yang Tuhan yang Esa. (Rujuk Ayat Al quran di atas)

Lebih berat lagi penyakit mereka ini, menuduh pula mana-mana orang Islam yang menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan kalimah Allah digunapakai oleh bukan Islam sebagai pro UMNO dan orang-orang bodoh yang ditipu oleh UMNO. Tidakkah mereka sedar bahwa ini adalah ISU AKIDAH bukan isu POLITIK. Tidakkah mereka sedar bahwa kita bukan bertuhankan PETI UNDI tetapi bertuhankan Allah?

Sila klik di bawah untuk membaca hujah ILMIAH Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu kalimah Allah.

ISU KALIMAH ALLAH

Ada yang bertanya kepada saya, jika bukan melalui jalan politik seperti yang diguna oleh PAS, bagaimana kita mendapat kuasa? Persoalan saya, apakah jalan politik yang dipilih oleh PAS itu adalah jalan yang mengikut Al Quran dan As Sunnah?...Apakah dengan mengikut jalan MUSUH (pilihanraya secara demokrasi yahudi) itu siasah yang dibawa oleh rasulullah? Mengapa sempit sungguh pemikiran kita hingga kononnya ingin mendapatkan kuasa maka kita perlu mengikut telunjuk jalan Yahudi? Inilah BALA kepada orang PAS dan pakatan Rakyat yang menjual agama untuk mendapatkan kuasa. Sudah buta, pekak dan tuli untuk mereka menilai dan memilih jalan nubbuwah lalu terikut jalan Jehovah.

Akhir kata, saya mengharapkan dan mendoakan muga kita semua selamat dan diselamatkan aqidah, iman dan taqwa oleh Allah SWT. Kita semua adalah saudara seIslam dan bersyahadah kepada Allah, Tuhan yang maha Esa dan RSAW, nabi akhir zaman. Lupakanlah perbezaan duniawi antara kita kerana kita mempunyai satu persamaan yang paling berharga iaitu kita ada Allah SWT. Saya tidak menyalahkan orang bukan Islam di dalam isu kalimah Allah ini kerana isu yang sensitif ini berpunca dari kelemahan kita sendiri sebagai orang Islam yang dilihat boleh diperkotak dan katikkan lantaran tiada kesatuan hati dan kasih sayang antara kita semua. Dalam hal ini, kita jangan salahkan musuh tetapi bermuhasabahlah, setiap dari kita menyumbang kepada berlakunya BALA yang dahsyat ini, oleh itu sebelum berlaku BALA yang lebih dahsyat dari ini, marilah kita semua bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT. Asahkan kembali pedang malam yang telah lama dilupakan, amalan orang-orang soleh sepanjang zaman.

Sekian, wallahualam.

5 Jan 2010

KUFUR JIKA SOKONG GUNA NAMA ALLAH : PROF DR HARON DIN





Alhamdulillah, saya melihat kejujuran dan ketelusan Prof Dr Harun Din di dalam hal isu kalimah Allah ini. Saya mendoakan lebih ramai lagi yang sedar mengenai hal isu kalimah Allah ini bukan hal politik dan jangan sesiapa menjadi kufur kerananya dek kerana ketaksuban politik. Blog-blog PR yang terlanjur itu bawalah bertaubat dan akuilah kesalahan kerana telah songsang menyetujui pendapat yang tidak menurut laras kefahaman yang tepat. Secara peribadinya, saya mengenali Prof Harun Din sebagai seorang ilmuwan agama yang berfirqah ASWJ dan bertarekat. Ini menguatkan lagi hujah saya sebelum ini yang menyatakan bahawa jika seseorang itu berpegang kepada fahaman Sifat 20 yang dipelajari dari firqah ASWJ, maka ini akan menyelamatkan mereka dari kekufuran dan penyelewengan aqidah. Aqidah bukan perkara untuk diabai dan tidak dipeduli, apatah lagi bukan barang untuk dijual beli. Aqidah adalah kunci kepada iman dan taqwa kita dan amalan kita dunia dan akhirat. Bukan parti atau ulamak politik yang perlu kita rujuk di dalam hal aqidah tetapi ulamak sejati yang berpegang kepada aqidah ASWJ yang perlu kita jadikan panduan.

(Sayang sekali blog seperti Al Hussyein, blogger fanatik PAS menulis dengan mengelirukan pembaca dengan menyatakan PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian. Mereka ini memang pandai memutarbelitkan perkataan malah ayat Allah sendiri agar mengikut kepentingan nafsu mereka. Kedapatan juga di dalam komentar di blog tersebut yang mencaci dan menyuruh Zul Kulim dan Dr Haron Din untuk menjilat ludah sendiri, begitu hebat mereka sekarang, mereka sudah tidak peduli siapa lagi hatta yang bertaraf ulamak dalam PAS. Inilah jenis blogger yang kita perlu selidiki atas AGENDA dan siapa DALANG atau TANGAN AJAIB di belakang mereka.)

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.

3 Jan 2010

MENGAPA PEJUANG POLITIK ISLAM, MAKIN BERJUANG MAKIN TERHINA?


Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan.

Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam.

Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.

Sabda Rasulullah SAW: Terjemahannya:
Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu.

Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti.

Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dait mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak, Islam atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam). Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkan di dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!

Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun taraf hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macam ke mewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dart krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.

Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secam bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa. Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing
terus dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi terus dibimbing melalui didikan secara praktikal.
Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.

Firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya tidak ada jawapan dari orang mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul menghukum di antara mereka melainkan ucapan: Kami dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An Nur : 51)

Melalui ayat ini, jelas kita lihat bahawa hanya orang mukmin sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah. Orang mukmin yang telah ditarbiah ini, akan melaksanakan apa sahaja perintah Allah tanpa banyak soal, tidak kira di mana pun jua dan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika ia menjadi wakil rakyat, maka ia akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara Islam. Jika ia menjadi penghulu, ia akan mentadbir diri dan kampungnya secara Islam. Begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pemimpin negara.

Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat. Tidak ada nas secara jelas dan Qat’ie menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pemah disebut secara tepat dan soreh tentang nas-nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik . . . Tidak ada! Tidak pernah kita temui kalimah maksudnya:

“Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik.” Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah-kalimah seperti:

Terjemahannya: Hendaklah kamu sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.
Firman Allah lagi:
Terjemahannya: Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya.
(An Nahl : 125)

Di dalam ayat ini disebut perkataan hikmah. Dan hikmah yang dimaksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.

Selanjutnya, Firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya tidak ada kewajipan bagi Rasul-rasul itu melainkan untuk menyampaikan. (Surah Al Maidah : 99)

Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan” melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siasah (politik Barat).

Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari-hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat dibuat perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang ditegakkan melalui Dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Ramai orang yang telah kembali menghayati dan mengamalkan ajar-an Islam hasil dakwah dan tarbiah. Sembahyang mula ditegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita-wanita menutup aurat pengajian agama hidup di merata-rata, pakaian Islam seperti jubah dan serban mula banyak kelihatan dan lain-lain tanda kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah.

Hukum-hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalui dakwah. Sedangkan sebelum ini, iaitu ketika perjuangan Islam melalui politik telah lama dilaksanakan oleh parti-parti tertentu... tidak nampak tanda-tanda kebangkitan Islam seperti yang telah disebutkan tadi. Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang-orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela. Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam. Dari hati, tanpa dolak-dalik lagi.

Jadi kewajipan para da’i dan ulama-ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat. Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah. Kalaulah ulama dan para da’i mesti memerintah,mengapakah para-para ulama di zaman dahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara, sudah tentu ulama-ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah. Ini membuktikan: mengambilalih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti! Rasulullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memerintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu di peringkat Makkah). Tetapi beliau menolaknya.

Mengapa Rasulullah tidak memikirkan untuk bermain strategi dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunakannya untuk menegakkan Islam? Ini kerana Rasulullah sedar tanpa penanaman iman melalui dakwah dan tarbiah, Islam tidak akan dapat ditegakkan menurut apa yang Allah kehendaki. Rasulullah juga sedar, untuk mentadbir sesebuah negara perlu kepada tenaga yang ramai, tidak boleh dibuat secara berseorangan. Mana hendak dicari individu seramai itu, sedangkan masyarakat ramai masih belum faham dan tidak bersedia untuk menerima peraturan-peraturan Islam? Jika pun dapat dicari, tetapi belum ada jaminan individu-individu yang bakal mentadbir itu terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman dan kuat memegang syariat. Atas dasar ini, Rasulullah tetap memegang prinsipnya iaitu menegakkan Islam mestilah melalui dakwah.

Tindakan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mestilah dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti bejaya, dalam ertikata mendapat keredhaan Allah. Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal. Malah semakin berjuang, semakin terhina. Ini bukan sahaja melanda parti politik yang bercita-cita Islam di Malaysia bahkan turut menimpa parti-parti politik yang seumpamanya di seluruh dunia.

Jadi jelaslah Allah menyuruh kita memberi nasihat, samada melalui lisan atau tulisan. Nasihat ini pula mesti disampaikan penuh kasih sayang dan hikmah. Kita diperintahkan berlaku lembut dalam sikap tetapi tegas dari segi prinsip.

Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah orang lebih suka menghentam, mengutuk dan mengumpat individu-individu yang masih lalai dan belum faham tentang kehendak-kehendak Islam. Jarang benar para ulama dan para da’i memberi nasihat secara empat mata melalui pertemuan-pertemuan dari hati ke hati. Logiknya, pertemuan-pertemuan seumpama ini hanya boleh dilakukan melalui usaha-usaha dakwah bukan politik, kerana politik selalunya adalah medan yang penuh kecaman dan nista antara parti-parti yang bertentangan.

Ada pihak yang berpendapat, politik berpilihanraya adalah satu-satunya jalan untuk menguasai negara bagi menegakkan Islam dan kerana itu mengikut kaedah usul Feqah ia dihukumkan wajib aradhi. Ini berdasarkan kaedah usul feqah yang berbunyi:

“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan satu perkara yang lain maka perkara yang mendatang itu dikira wajib juga.”

Dalam kata-kata yang lain mereka berpendapat, politik berpilihanraya adalah sebagai wasilah menuju matlamat (iaitu menegakkan Islam). Oleh kerana menegakkan Islam itu wajib maka politik pilihanraya (wasilah menujunya) dihukum wajib juga. Begitulah pendapat mereka! (Catatan Puteri : Rujuk Hj Hadi Awang)

Sebenarnya pendapat mereka itu tertolak. Yang dikatakan terpaksa menempuh jalan (wasilah) yang ada ialah apabila wasilah yang lain tidak ada. Tetapi jika masih ada jalan-jalan lain menuju matlamat yang sama maka jalan itu tidak dihukum wajib. Contohnya, kita wajib menggali perigi untuk mengambil wuduk bila air paip tidak ada, air sungai tidak ada, air tasik, air laut dan sebagainya tidak ada.Yang mampu kita buat untuk mendapatkan air hanyalah melalui perigi maka ketika itulah menggali perigi jatuh wajib hukumnya. Tetapi jika air paip masih ada ataupun lain-lain sumber masih ada maka menggali perigi tidak boleh dihukumkan wajib. Ketika itu menggali perigi hanya dihukumkan sunat sahaja.

Tegasnya wajibnya kita menempuh sesuatu jalan yang sedia ada ialah apabila tidak ada jalan lain. Politik pilihanraya bukanlah satu-satunya jalan untuk menegakkan Islam. Ada berbagai-bagai jalan lain untuk menegakkan Islam. Malah jalan ini terbukti lebih berkesan dan menepati syariat.

Mengapa kita harus mengorbankan jalan yang jelas nasnya dalam Al Quran untuk meminjam jalan politik barat demi memperjuangkan Islam? Sudah tertutupkah jalan bagi kita untuk berdakwah, berziarah, berdialog, bertemu melalui majlis silaturrahim untukmenarik manusia kepada Islam? Tidak! Jalan-jalan ini masih terbuka luas untuk kita dan masyarakat sentiasa menunggu-nunggu untuk mendengar dakwah kita.

Jika kita terus mempertahankan cara berpolitik barat untuk menegakkan Islam, ertinya kita telah menyempitkan ajaran Islam itu samada secara sedar ataupun tidak.

Mengapa? Ini kerana seolah-olah kita menanggap ajaran Islam tidak syumul, sehingga terpaksa mengambil kaedah orang kafir (barat) untuk menegakkan Islam. Secara tidak sedar kita telah menghina Allah dan Rasul kerana menganggap Allah tidak menggariskan kaedah yang jelas dan tepat untukmenegakkan agama-Nya. Ini satu kesalahan yang berat!

Apakah kita menganggap Allah hanya memperjelaskan matlamat perjuangan tetapi tidak memperjelaskan kaedah untuk menuju matlamat itu, sehingga kita terpaksa mengambil kaedah orang barat? Tidak sekali-kali. Sedangkan yang sebenarnya Allah SWT melalui Rasul-Nya telahpun menggariskan satu garis perjuangan yang tepat untuk memperjuangkan Islam. Kaedah ini telah dicatit oleh sejarah dan terbentang di hadapan mata kita.Mustahil kita tidak dapat melihatnya.

Jadi, jika ada orang yang menuduh kita berdosa kerana tidak mengikut jalan politik pilihanraya seperti yang ada sekarang ini, maka itu adalah satu kesalahan. Meskipun yang berkata demikian ulama, terutama ulama-ulamak politik. Mereka itu bukanlah ulama-ulama mujtahid.Lebih-lebih lagi pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin.

Walaupun mereka berkata itu adalah ijmak ulama tetapi bagi kita tetap menolaknya jika ijmak ulama itu bukan ijmak ulama-ulama bertaraf mujtahidin. Oleh kerana pendapat itu bukan ijmak ulama mujtahidin maka tidak salah jika ada individu lain (yang mampu berijtihad) menolaknya. Dan mungkin pendapat daripada ulama yang seorang itu lebih bemilai daripada pendapat ramai yang kurang arif dalam agama.

Sebenamya, usaha menegakkan negara Islam mestilah bermula dari tapaknya, iaitu diri. Setiap individu mestilah menegakkan Islam dalam dirinya. Jika ini dapat dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat ertinya Islam telah wujud dalam diri rakyat, guru-guru, petani-petani, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah, imam-imam, hakim-hakim, menteri-menteri dan seterusnya.

Dengan ini barulah tertegak negara Islam melalui perpaduan seluruh lapisan masyarakat atas dasar iman dan sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam agama melalui bidang masing-masing.

Jadi jelas menunjukkan mengIslamkan diri itu lebih penting datipada mengIslamkan negara kerana dengan tegaknya Islam dalam diri dengan sendiri-nya tertegak Islam dalam negara.

Tetapi jika negara kita diisytiharkan sebagai negara Islam sedangkan peribadi- peribadi yang ada di dalam negara itu belum Islam dalam ertikata sebenarnya, maka itu masih dikira gagal!

Sebab itu Hukamak ada berkata, “Tegakkan Islam pada dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di negara kamu.”

Firman Allah:
Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka.
(Surah At Tahrim : 6)

Melalui ayat ini Allah memerintahkan kita supaya memulakan usaha menegakkan Islam (agar terhindar daripada neraka) daripada diri, kemudian keluarga dan akhimya barulah ke tahap yang lebih besar iaitu dalam jemaah perjuangan kita, masyarakat, negara dan dunia seterusnya. Bila diri telah berubah maka mudahlah keluarga berubah dan selepas itu dengan sendirinya jemaah berubah diikuti oleh masyarakat, negara dan insya-Allah dunia seluruhnya. Iman yang telah bertapak kukuh dalam diri nescaya dengan berperingkat-peringkat mempengaruhi masyarakat sekeliling.

Seperkara lagi, orang akan mudah ditarik kepada Islam dengan adanya contoh-contoh atau model yang dapat dilihat dan dirasa keindahannya. Tidak ada gunanya kita hanya pandai berteori tentang kesempumaan Islam jika amalan Islam kita sendiri nampak serpih! Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota sesebuah jemaah Islamiah untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam jemaah memka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?

Atas dasar ini, mewujudkan amalan Islam samada Habluminallah mahupun Habluminannas dalam sebuah jemaah Islamiah adalah penting. Orang akan meneropong ke dalam diri jemaah Islamiah yang bercita-cita hendak menegakkan negara Islam, apakah telah wujud amalanamalan Islam secara praktikal dalam jemaah berkenaan?

Bagaimana dan apakah bentuk amalan Islam yang perlu ditegakkan dalam sesebuah jemaah Islamiah? Ini boleh dibuat dengan bermacam-macam cara. Jemaah Islamiah mestilah menegakkan ekonomi Islam sebagai alternatif ekonomi riba yang mereka tentang. Jemaah Islam mesti menegakkan pendidikan Islam (sekolah dan pusat-pusat tarbiah) sebagai jawapan kepada pendidikan sekular yang di dalam jemaah mereka sendiri supaya contoh itu dapat dilihat dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Jika jemaah kita hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat bagaimana orang-orang luar mahu yakin dengan seruan kita?

Sebelum kita memberi khidmat kepada masyarakat melalui negara (seperti yang dicita-citakan) cubalah memberi khidmat kepada masyarakat melalui jemaah yang telah kita kuasai. Tetapi jika melalui jemaah yang ada kita kuasai pun belum boleh membuat khidmat kepada masyarakat, sudah tentu bila negara kita kuasai, kita juga akan gagal memberi khidmat kepada orang lain.

Mungkin kesempatan itu nanti akan kita selewengkan, kita salah-gunakan berkhidmat kepada diri sendiri! Lebih malang lagi jika sesuatu jemaah Islamiah itu bukan sahaja tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat di luar jemaahnya, bahkan ia juga gagal
memberi khidmat kepada anggotanya sendiri.

Kebajikan ahlinya terbarai, pendidikan anak-anak tidak disediakan, tiada khidmat perubatan kepada ahli-ahli yang sakit, ada ahli-ahli yang miskin tidak dibantu dan berbagai-bagai lagi kelemahan. Malah akhlak mereka hancur dan tidak melambangkan keindahan Islam yang penuh kasih dan sayang. Ini akan menghilangkan keyakinan semua orang. Bukan sahaja kepada masyarakat di luar jemaah bahkan ahli-ahlinya nanti akan bosan dan akhirnya mengundurkan diri daripada perjuangan.

Inilah perkara-perkara penting yang mesti difikirkan, difahamkan dan diperjuangkan oleh semua jemaah Islamiah, tidak kira apa namanya ataupun di mana sahaja mereka berada. Mudah-mudahan perjuangan kita diredhai Allah. Amin.

-----------------------------

Artikel ini ditulis oleh penulisnya pada tahun 1988...namun sangat relevan untuk direnung kembali kerana persoalan yang dibawanya itu mungkin tidak ketara pada tahun 1988 tersebut tetapi sekarang ini, terserlah kebenaran dari pendapatnya.

Apa yang berlaku pada hari ini, pejuang politik Islam Malaysia khususnya PAS dan para pemimpinnya, sudah semakin terhina dan dihina Allah SWT. Hanya dengan jalan bertaubat dan bermuhasabah diri serta mengamalkan sikap tawaduk dan kehambaan yang tinggi sahaja mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, kita nantikan sahaja takdir untuk mereka, perancangan Allah SWT itu sangat sempurna.

Tentang isu kalimah Allah, saya berpendapat memang benar bahawa Allah adalah Tuhan untuk semua makhluk, TETAPI Allah bukan Tuhan untuk semua agama. Hanya agama Islam yang bertuhankan Allah yang sifatnya Esa. Tetapi agama lain tidak bertuhankan Allah, mereka bertuhankan berhala, triniti , nabi Isa dan sebagainya. Mereka ada Tuhan-tuhan dan Islam hanya ada satu Tuhan iaitu Allah yang Esa. Besar perbezaan itu, mengapa masih ada yang keliru? Penganut agama lain selain dari Islam tidak boleh menggunapakai nama Allah untuk Tuhan mereka kerana istilah Allah dalam pemahaman mereka ialah Tuhan-tuhan. Jika mereka faham bahawa Allah itu Esa, sudah tentu mereka beragama Islam dan waktu itulah baru mereka BOLEH menggunapakai kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.

Bawa2lah bertaubat... kalau istilah Allah dan sifat2 Allahpun tak faham bagaimana nak kenal Allah? itulah BALA kepada PAS nampaknya, sibuk sgt politik dan kemaruk kuasa, sampai hal-hal berkaitan akidahpun masih mahu dipolitikkan juga. Sungguh mengaibkan.

2 Jan 2010

ISU KALIMAH ALLAH : INSAFLAH PUAK ISLAM YANG JADI "DURI DALAM DAGING"

Saya memandang dengan penuh keprihatinan tentang isu kalimah Allah yang diputuskan oleh mahkamah boleh digunakan oleh penganut agama lain. Saya melihat kejayaan pihak-pihak yang berkepentingan peribadi dan politik dalam usaha ini di kalangan orang Islam sendiri. Ringkas kata, orang-orang Islam yang sanggup menjual agamanya sendiri untuk kepentingan duniawi. Mereka ini dari golongan yang berlainan tetapi mempunyai kefahaman yang sama, mungkin berbeza parti, berbeza bangsa, berbeza fahaman tetapi hakikatnya mereka berada dilandasan yang sama. Puak-puak Islam ini akan bersekongkol walaupun "tidak ketara di mata kasar " dengan penganut agama lain untuk menjayakan KEDURJANAAN ini. Sesungguhnya yang selamat dan akan memahami dengan TEPAT isu sebenar kalimah Allah ini wajib dipertahankan adalah dari pihak yang masih berpegang kepada firqah Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Jika mereka orang Islam yang berfahaman liberal, wahabi, syiah, feminisme, sekular, dan yang sewaktu dengannya maka sekiranya mereka adalah ditarafkan sebagai TUK GURU atau ULAMAK di dalam komuniti mereka, maka kita akan lihat mereka tidak sedikitpun ada masalah dengan isu kalimah Allah ini. Mereka akan menjadi pemimpin yang memimpin orang Islam ke arah kekeliruan yang implikasinya boleh menjejaskan akidah orang Islam itu sendiri dan membawa kepada perpecahan dan pertikaian yang hebat di kalangan orang Islam. Ingatlah bukan ilmu yang tinggi yang tercatat di sijil-sijil atau pengiktirafan manusia ke atas mereka yang menjadi BUKTI bahawa mereka BENAR di dalam berijitihad. dan juga ingatlah, memahami dan menghayati iman dan taqwa bukan sekadar dengan ilmu apatah lagi bukan dengan akal logik semata-mata tetapi dengan roh Islam yang ada di dalam diri sendiri. ROH ISLAM itulah yang memerlukan HIDAYAH dari Allah, jika tiada hidayah maka matilah ROH ISLAM itu, jika tidak ilmu hanya tinggal sebagai ilmu tetapi tidak mampu difahami dan dicernakan, maka implikasinya akan berlaku kesongsangan dalam pemahaman dan pengamalannya.

Sayugianya, puak-puak ini adalah seperti duri dalam daging di dalam komuniti Islam dan sepatutnya dijauhi jika orang Islam yang lain mahu selamat dunia dan akhirat. Namun seperti yang pernah saya titipkan di dalam artikel-artikel yang sebelum ini bahawa HIDAYAH dan TAUFIK itu adalah hak Allah SWT maka tiada daya dan upaya kita sebagai makhluk selain dari memohon kepadaNya agar kita selalu dipandu di jalan yang lurus dan dijauhkan dari fitnah akhir zaman yang bagai semut hitam di malam yang gelap gelita.

Artikel yang saya link di bawah ini, sangat menarik untuk dikongsikan kerana jika tuan puan membacanya dengan penuh tertib dan memohon petunjuk dari Allah untuk melihat kebenaran dan menyingkap rahsia kebobrokan yang tersimpan, maka saya kira lebih mudah untuk tuan puan menyirat dari apa yang disuratkan.


-------------------------------------
Isu Nama Allah : Menjawab Kebobrokan Khalid Samad


SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily) : Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.

"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.

Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja."Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka. Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

Ulasan Saya : Salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah mindanya ialah Ahli Parlimen Shah Alam - saudara Khalid Samad. Beberapa kenyataan beliau berhubung isu penggunaan nama Allah dalam penerbitan mingguan suratkhabar Herald - The Catholic Weekly , benar-benar mencerminkan kegagalannya dalam melihat realiti agama Islam di bumi Malaysia ini. Perbandingan dan hujah yang digunakan adalah sangat dangkal dan sama sekali tidak menggunakan kaedah usul fiqh bagi menyelesaikan persoalan yang rumit ini. Apakah ilmu beliau lebih tinggi jika dibandingkan dengan ulama-ulama yang menganggotai Majlis Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan?

Bukankah sudah jelas pendirian yang diberikan oleh Majlis Mufti berkenaan isu ini? Yang mana penggunaan nama Allah sama sekali tidak diizinkan penggunaannya di dalam penerbitan mingguan Gereja Katholik tersebut? Apakah Khalid Samad lebih alim dan bijak daripada mufti-mufti yang ada di Malaysia ini? Kebobrokan fikiran Khalid tampak jelas melalui kenyataannya yang saya "bold"kan dengan warna merah di atas. Dari mana agaknya Khalid Samad mendapat kefahaman Islam dengan hujah bahawa kononnya yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam bukanlah berpaksikan kepada tuhan orang Islam itu dipanggil Allah, dan tuhan orang bukan Islam itu pula tidak dipanggil dengan nama Allah, sebaliknya menurut Khalid lagi, yang membezakan antara orang bukan Islam dengan orang Islam adalah kefahaman mereka terhadap ajaran Islam itu sendiri.


Wah! mudah benar membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam melalui kaca mata Khalid Samad ini. Jadi, nampaknya selepas ini, bolehlah kita panggil para orentalis Barat yang hafal al-Quran sebagai ulama, dan kita jadikan tulisan-tulisan mereka sebagai rujukan, sekali pun mereka tidak beriman kepada Allah - kerana jika menurut Khalid untuk membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam hanyalah melalui sejauh mana seseorang itu memahami ajaran Islam.


Khalid Samad "agaknya" mungkin terlupa bagaimana lafaz syahadah untuk mengesahkan seseorang itu benar-benar sudah masuk Islam, lafaznya ialah (biar saya ingatkan Khalid Samad semula) 'Asyhaduallailahaillallah,wa Asyhaduannamuhammadarrasulullah' - bukankah dalam kalimah tauhid ini sudah jelas wujudnya perkataan Allah? Sekaligus membuktikan bahawa antara ciri yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah termasuk nama Tuhan yang kita sembah - dalam konteks ini, Tuhan yang kita sembah dan yakini ialah Allah! Dan orang kafir hanya mengakui Allah sebagai pencipta semata-mata, tetapi mereka sama sekali tidak mengakui Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.


Kekeliruan Khalid Samad semakin menjadi-jadi tatkala beliau cuba berhujah bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang masyarakat bukan Islam daripada mengakui Allah sebagai Tuhan mereka - memang benar Rasulullah tidak menghalang, (kerana sememangnya hakikat bahawa Allah ialah Tuhan semesta alam) tetapi dengan syarat mereka memahami Allah melalui ajaran yang hak, dan bukan untuk mewujudkan kekeliruan kepada manusia. Namun demikian, dalam konteks dan isu yang sedang kita hadapi pada kali ini - niat dan objektif surat khabar Herald yang beria-ria mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka sangat-sangat diragui matlamatnya! Mengapa baru sekarang isu ini timbul? Bukankah semua orang tahu isu ini hanya mengundang fitnah kepada umat Islam di Malaysia dan merosakkan pemikiran generasi muda pada masa akan datang! Sekali pun di dalam sunnah rasulullah terdapat petunjuk yang membenarkan orang bukan Islam menyebut dan menggunakan nama Allah - tetapi kondisinya sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita pada hari ini. Lantaran itu - para ulama harus menguasai ilmu Fiqh al-Waki bagi memastikan keputusan atau fatwa yang bakal mereka nyatakan dalam isu ini - benar-benar menepati suasana, keadaan dan realiti sesuatu masyarakat Islam itu.


Malah, adalah jelas perlu ada pertimbang dari aspek kesan jika penggunaan nama Allah diizinkan untuk digunakan di dalam terbitan surat khabar milik Gareja Katolik itu. Isu ini pernah saya sentuh sebelum ini, maka saya perturunkan sekali lagi jawapan-jawapannya :


Posting Saya Pada 15 March 2009 : Isu ini pada hakikatnya sudah selesai, apabila penggunaan nama Allah tidak diizin untuk digunakan oleh penerbitan dalam surat khabar kristian. Tetapi isu ini timbul semula, apabila terdapat segelintir bloggers yang mengutip pandangan Nik Aziz dan Dr Asri bagi menghalalkan perbuatan tersebut. Saya tidak menyalahkan Nik Aziz dan Dr Asri dalam hal ini, mereka menulis dengan ijtihad mereka, berasaskan kepada ilmu yang mereka miliki.

Namun demikian, pada pandangan saya hujah yang lebih menghampiri kebenaran berasaskan kepada (waki') atau realiti semasa, maka suka saya menerima hasil ijtihad Mufti Perak, Datuk Harussani. Dr Asri berhujah bahawa ada beza antara merebut nama Allah dengan mempertahankan aqidah, lantaran itu, Dr Asri melihat isu tersebut berasingan, maka kerana itu beliau tidak melarang penggunaan nama Allah tersebut.Dr Asri perpandangan, "Di samping, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan aqidah Islam dan selainnya bukanlah kepada rebutan atau sebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik, Di samping itu, kita harus bertanya kepada diri kita, mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah?" dari satu segi saya sependapat dengan Dr Asri, hal ini adalah kerana bukti-bukti yang sahih telah dikemukakannya dalam artikel beliau, namun begitu saya jelaskan isu tersebut bukanlah isu ringan pada masa kini dan ia perlu dilihat dari sudut yang lain.


Datuk Seri Harussani melihat isu tersebut dalam konteks fiqh waki' oleh sebab itu ijtihad beliau berbeza dengan Nik Aziz dan Dr Asri - Harussani lebih banyak terlibat dengan pelbagai isu kristianisasi sebelum ini, beliau lebih arif tentang bagaimana halusnya para pendakwah kristian untuk cuba menyesatkan umat Islam di negara ini - kita harus faham latar belakang Harussani dalam hal tersebut.Dalam usaha kita mengeluarkan ijtihad - kita harus menguasai fiqh waki' yakni fiqh yang menguasai hal-hal terkini, serta segala ancaman terbaru yang dihidangkan kepada umat Islam dan aqidahnya. Justeru itu, dalam hal ini - Harussani mendahului dari mufti-mufti yang lain. Harussani dapat melihat apa-apa yang kurang diberi perhatian oleh ulama lain, inilah yang mengagumkan saya berkenaan diri Harussani. Dalam mengemukakan sebarang ijtihad, kita tidak cukup sekadar menguasai ilmu hadis atau syariat semata-mata, sebaliknya pelbagai disiplin ilmu agama harus kita kuasai - khususnya untuk menghadapi ancaman terhadap umat Islam pada masa kini.


Ulama harus bijak menangkap tipu muslihat musuh-musuhnya, dan dari situ ijtihadnya akan lebih tepat dan berwibawa.Berbalik kepada isu di atas - Harussani melihat fasad (kerosakan) yang timbul akibat daripada penggunaan nama Allah dalam penerbitan pihak kristian itu jauh lebih besar daripada kebaikannya, terutama ketika umat Islam begitu lemah dengan pelbagai masalah dan kelemahan. Harussani berpandangan, jika diizinkan kelak - ia membuka pintu fitnah kepada agama Islam dan umatnya - inilah ancaman yang dibimbangi oleh beliau. Harussani dengan segala ilmunya melihat waki' atau realiti umat Islam, khususnya generasi muda di Malaysia sangat lemah dari segi aqidah dan akhlak, dan lebih mudah terpesong aqidahnya jika hal tersebut tidak dibendung dari sekarang. Dan untuk jangka masa panjang, hal ini sangat merbahaya kepada aqidah umat Islam.Lantaran itu, Harussani melihat isu tersebut dari kaca mata yang berbeza dengan Nik Aziz dan Dr Asri.

Beliau melihat secara holistik, yakni kesan terhadap "keizinan tersebut" pada masa akan datang kepada agama Islam dan umatnya. Sekarang ini, nama Allah merupakan maruah umat Islam - kita tidak mahu fitnah melanda atas nama Allah yang Maha Agung dan Maha Besar itu melalui permainan oranq-orang kafir yang tidak faham akan agaran Islam yang sebenar - kita tidak mahu generasi muda menyalah tafsirkan nama Allah dan kefahaman terhadap-NYA melalui penerbitan media kristian yang tidak amanah. Jadi, menurut Harussani - fasad atau kerosakkan yang melanda agama Islam adalah lebih besar daripada kebaikannya, sekiranya nama Allah diizinkan untuk digunakan oleh penerbitan kristian tersebut.


Malah, menterjemahkan perkataan "God" kepada Allah merupakan penyelewangan fakta yang jelas. Hal ini adalah kerana perkataan Allah datangnya daripada bahasa Arab, manakala God daripada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, Harussani berpendapat untuk jangka panjang hal tersebut boleh merosakkan aqidah dan nama baik agama Islam itu sendiri.Bertitik tolak daripada itu, kaedah fiqh adalah mudah, jika sesuatu perkara itu jelas membawa fasad atau kerosakan yang lebih besar daripada maslahatnya (kebaikannya) maka haruslah kita tinggalkan. Dan dalam isu ini, saya percaya ijtihad Harussani lebih menghampiri kebenaran , beliau yakin kerosakannya adalah besar kepada agama Allah ini jika kita tidak berhati-hati dalam isu tersebut - semoga Allah memberikan ganjaran terhadap perjuangannya. Wallahualam.


Posting Saya Pada 8 March 2008 : Inilah Kesannya Apabila Nama Allah Diizinkan Kepada Gereja Katolik baca Lirik Lagu : Allah Peduli - Nyanyian Agnes Monica :

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti,

Mengapakah harus terjadi

Di dalam kehidupan ini

Suatu perkara yangKu simpan dalam hati

Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengertiAllah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sebab Allah mengerti

Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sebab Allah Yesus ku Mengerti



Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang. Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas minda umat Islam dan generasi muda yang lemah iman dan kefahamannya.


Nah, sekarang cuba lihat lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi separuh bogel Indonesia terkenal - Agnes Monica di atas. Bukankah ia merosakkan aqidah umat Islam, khususnya dalam kalangan muda-mudi Islam apabila mereka turut sama menghafal lirik lagu tersebut? Lalu menyanyi-nyanyi dengan riang-ria tanpa sedar, sesungguhnya mereka telah menghina dan mensyirikkan Allah? Masih tidak nampakkah kesannya kepada kita dan umat Islam untuk jangka masa yang panjang? Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang?


Mula-mula mereka diizinkan dalam penerbitan majalah, lama-kelamaan nama Allah dipersenda dan dipermainkan dalam pelbagai cara. Inilah yang sangat kita bimbangkan.Lirik tersebut - perkataan Allah Yesus Ku - sangat jelas boleh memesongkan aqidah para remaja Islam yang masih lemah aqidah dan pegangannya. Sedarlah kita bahawa sesungguhnya - agama Islam makin terancam, lantaran pemimpin-pemimpinnya lebih sibuk berpolitik daripada mempertahankan aqidah penganutnya.


Soal aqidah dan iman harus dipandang serius, baik PAS mahupun UMNO. Hal ini adalah kerana, kekuatan umat Islam adalah bergantung sejauh mana kekuatan aqidah dan iman mereka kepada Allah. Kita bimbang, tanpa sedar musuh-musuh Islam memasukkan racun dalam minda generasi muda bagi memastikan mereka jauh daripada agama dan aqidah Islam. Inilah sebabnya mengapa kita sangat menentang penggunaan nama Allah dalam penerbitan majalah Kristian tersebut. Seluruh ulama di Malaysia harus seia-sekata dalam hal ini, jangan hanya Mufti Perak sahaja yang bersuara. Wallahualam.



Posting Saya Pada Februari 2008 : Maafkan saya, kerana agak lambat sedikit untuk memberi komen berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan dengan agama Kristian - kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut sebenarnya tidak hanya "mengejutkan" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani semata-mata, bahkan sekalian monyet, beruk, beruang dan semua haiwan dan binatang di hutan-banat pun akan terkejut "beruk" dengan keputusan tersebut.


Apakah jenisnya manusia ini jika hal yang sangat asas dalam agama Islam pun, kita seolah-olah masih jahil dan tidak tahu membezakan antara niat menghina dengan niat untuk berdakwah. Kita harus faham kalimah Allah bukan daripada perkataan Melayu yang boleh diterjemahkan menjadi perkataan "Tuhan", itu salah dan terpesong jauh daripada kebenaran. Kalimah Allah adalah daripada bahasa Arab - ia mengandungi makna dan pengertian tertentu - tidak seperti pengertian umum perkataan "Tuhan" itu.


KDN harus memahami hal ini semua. Jika tidak arif tanyalah para mufti, jangan bertindak mengikut logik akal.Sebab itu, kita dari sekolah menengah lagi sudah diajar asas-asas tauhid dan mengenal Allah yang Esa - tak akan kita masih tidak tahu semua itu. Malah, agak ganjil jika para pegawai di KDN tidak tahu membezakan antara kalimah Allah dengan perkataan Tuhan secara umum. Apakah kita begitu jahil sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengenal Allah yang Maha Esa? Apakah kita selama ini tidak pernah belajar tentang tauhid Rububiyah (yakni menyakini bahawa Allah yang tunggal menciptakan langit dan seluruh alam ini dan menyakini bahawa tiada sebarang persamaan dari segi kuasa yang menyamai kekuasaan Allah ini.


Allah yang mencipta, mentadbir, mengurus, memiliki dan menguasai alam ini) dan tauhid Uluhiyah (yakni menyakini Allah yang tunggal yang berhak untuk dicintai, dipatuhi, ditunduki secara mutlak. Dan tiada lain yang boleh disifatkan sedemikian.) Malah, apakah selama ini, kita juga tidak pernah belajar erti tauhid Asma wa Sifat (yakni meyakini bahawa Allah yang tunggal memiliki semua sifat sempurna. dan tiada sifat Allah yang sama dengan sifat ciptaan-Nya.)Lantaran itu, jika kita memahami konsep tauhid ini, maka bagaimanakah kita boleh terfikir dan mengizinkan orang lain memandai-mandai mentakrif kalimah Allah itu sama dengan perkataan "tuhan" yang mereka fahami dalam agama mereka?


Kebodohan yang semacam mana lagi yang hendak kita katakan kepada diri kita andaikata hal yang semacam ini pun kita tidak fahami? saya tiada masa untuk meleret-leret panjang dalam soal ini, saya semakin sakit hati - apabila ada segelintir orang Islam yang beria-ria pula menyokong, agar diizinkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama Kristian. Jika tujuan untuk menerangkan tentang Islam dan ajarannya - itu lain, tetapi jika untuk menterjemahkan takrif Allah kepada perkataan "tuhan" yang difahami oleh agama kristian - itu sudah melampau. Malah itu adalah jelas untuk menghina atau ada niat tersembunyi bagi merosakkan pemikiran dan aqidah umat Islam di negara ini.Saya fikir sudah semakin ramai yang berani mempermainkan nama Allah dan agama kita. Sudah tiba masanya agar umat Islam di Malaysia bersatu hati menolak segala macam penghinaan kepada agama.

AZLI SHUKRI BLOGSPOT : ISU NAMA ALLAH MENJAWAB KEBOBROKAN KHALID SAMAD

1 Jan 2010

ISU KALIMAH ALLAH BAGAI GERHANA DI TAHUN BAHARU


Terjadinya gerhana bulan di malam tahun baharu 2010, memberikan kita peringatan bahawa Islam di Malaysia dan dunia amnya memerlukan PENCERAHAN seperti kata lagu P Ramlee, hilang gelap timbul terang.

Tahun baharu di Malaysia disambut dengan pengiktirafan perkataan Allah untuk digunapakai oleh semua masyarakat tanpa mengira agama untuk merujuk kepada Tuhan-tuhan mereka. Dan hal ini, memang sangat pedih dan melukakan kepada masyarakat yang sedar apa yang tersirat dari suratan tersebut. Kesedaran dan kesedihan ini tidak mungkin dirasai oleh orang yang sudah buta, pekak dan tuli dek kerana ketaksuban kepada parti yang disokongnya, dek kerana kepentingan peribadi atau dek kerana kejahilan sendiri.

Saya menyeru kepada semua yang masih boleh menggunakan akal fikiran yang rasional dan aqidah yang "cukup makan" untuk menyelami isu ini dan bersama memikirkan apakah tindakan yang paling BIJAKSANA dan berHIKMAH untuk menyelesaikan masalah ini.

Sebagai sumber ilmu saya titipkan di bawah ini artikel mengenai ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH untuk kita tatapi dan renung-renungkan bersama.

---------------------------------------------------------------

Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?
Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan
bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")

Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul
sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.

Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:

Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah
Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.

Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian
kepada semua pihak.

Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.

Sumber Dipetik : www.ikim.gov.my