Kata-kata Nik Aziz seperti di bawah :
Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Quraisy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.
Persoalannya mengapa kesongsangan seperti ini masih boleh diterima oleh golongan fanatik dalam PAS?
Isunya telah dibincangkan dengan menarik sekali oleh penulis ini, iaitu GuruBashid (http://gurubashid.com/blog):
----------------------------------------------
Kejahilan sebahagian besar pengikut baru PAS mengenai ajaran Islam sebenar dan penghakisan ajaran Islam di kalangan pengikut setia mereka kerana kesibukan berpolitik adalah menjadi punca kepada berlakunya banyak perkara yang menyeleweng dan mungkar yang dilakukan oleh parti itu sejak akhir-akhir ini.
Kejahilan dan penghakisan itu dibiarkan sahaja oleh pemimin PAS yang terlalu sibuk berpolitik sehingga mereka tidak punya banyak masa untuk mentarbiyah pengikut-pengikutnya.
Ini ditambah lagi dengan kecenderungan ahli PAS yang lebih gemar mencari ilmu agama daripada ceramah-ceramah politik yang dihidangkan dari pentas politik sehingga program pentarbiyahan dan berguru secara lebih sistematik dan formal bukan lagi menjadi tumpuan.
Malahan sesetengah kemungkaran dan penyimpangan ajaran Islam itu dibiarkan tanpa cuba diperbetul demi menjaga kepentingan politik pemimpin PAS sendiri dan untuk menjaga hati ahli gabungannya yang bukan beragama Islam.
Para pemimpin mereka yang sudah selesa diulit dengan jawatan dan kemudahan tertentu hampir tidak mempedulikan penyelewengan demi penyelewengan ini malahan mereka turut menjadi punca dan membenarkan apa yang berlaku.
Ini termasuklah program menyampaikan bantuan di dalam ruang masjid/surau (bukan di serambinya atau di luar kawasan masjid, mendo'akan kesejahteraan Lim Guan Eng dalam Masjid di Pulau Pinang(sedangkan kata kesejahteraan dan keslamatan seperti yang terkandung dalam ucapan salam itu dikhususkan untuk orang Islam).
Malahan kenyataan terbaru Aziz (Nik) yang mendakwa Islam membenarkan orang bukan Islam kencing dalam masjid pun suatu yang sangat mengelirukan.
Sebagai penyelesaiannya saya menyeru kepada semua ahli PAS, baik yang masih baru mahupun yang sudah lama tidak menambah ilmu agama agar kembali kepada guru-guru agama yang yang memang mempunyai kepakaran dalam Islam yang tiada kepentingan politik.
Kebiasaan mendapat ilmu agama daripada ulasan-ulasan bersifat politik termasuk melalui ceramah-ceramah politik tidak akan menambahkan kefahaman kepada ajaran Islam sebenar.Malahan mudah dipesongkan oleh mereka yang mempunyai agenda peribadi dan parti.
-------------------------------------------
Memang islam dalam keadaan kritikal kerana pemimpin politik seperti Nik Aziz ini. Beliau adlah FITNAH BESAR kepada Islam di Malaysia ini, dan juga bangsa Melayu.


2 comments:
kesiannya disesatkan dipenghujung usia tapi masih ada masa utk bertaubat selagi nyawa masih ada.
salam tuan rumah & semua pelawat blog.
belajar dulu sebelum tulis/keluar hukum. saya dulu anti TGNA tapi manusia waras boleh berfikir dan berubah. dunia pun boleh iktiraf die antara 100 islamic leader terbaik, kenapa tidak kita?
diharapkan link kat bwh ni dapat membantu saudari & semua yang masih konfius tentang hukum kafir masuk masjid. wallahua'lam.
Post a Comment