Aug 25, 2010

KHUTBAHPUN JUMAATPUN MAHU DIPOLITIKKAN

Salam kembali, agak jarang saya menulis sekarang, apatah lagi di bulan puasa ini. Saya bukanlah orang yang suka bercakap pasal politik, hanya kerana jika ada isu-isu yang menarik untuk dikongsikan, saya akan postkan di blog ini. Kadang-kadang saya fikir, ada isu yang berulang-ulang berlaku, jika disebutkan macam jadi anjing menyalak bukit, yang kecelaruan, masih tetap celaru, dan tidak pernah faham-faham. Orang kata, macam pekak badak atau bodoh sombong.

Kes mendoakan orang bukan islam dalam khutbah, memang melampau, saya kira. Bagaimana ia boleh berlaku?..Dah jahil sangat ke orang Islam di Malaysia ini?. Kita boleh mendoakan orang bukan Islam, agar beliau diberi hidayah untuk masuk Islam, tetapi jika di doakan kesejahteraannya semasa di dalam khutbah Jumaat sebagai menghormatinya sebagai pemimpin negeri, maka itu tanda kita REDHA agama kita dipimpin oleh orang kafir. Dahsyat tu implikasinya pada akidah dan iman kita. Kurang ajar dah kita dengan Tuhan.

Entahlah, saya malas nak cakap panjang, fikir-fikirlah sendiri. Inilah IMPAKnya apabila agama dipolitikkan, dan dianggap sebagai barang dagangan untuk mendapat habuan dunia. jawablah di akhirat sana, wahai pemimpin yang mengaku diri sebagai ulamak dan tuan guru yang dipujai dan ditaksubi pengikutnya.

Akhir kata pada semua, selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya. Di hari raya nanti, kita lupakanlah soal politik, kita sebarkan kasih sayang tanpa mengira kepartian. Masanya sudah tiba, utk orang melayu Islam di Malaysia bersatu dan berdamai. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sekian.

0 comments: