28 Mei 2009

Antara CHENG HO dan CHIN PENG

Kedua-dua nama ini amat terkenal di kalangan warga Malaysia terutama di kalangan orang Melayu dan China. Walaupun terkenal mereka itu dari perspektif yang berbeza namun begitu ia memberi banyak signifikan kepada pensejarahan hubungan bangsa Melayu dan Cina di negara ini.

Cheng Ho atau Laksamana Cheng Ho adalah panglima dan pegawai besar dari kerajaan China sewaktu zaman keemasan China sebelum dijajah oleh doktrin nasionalisme dan kemudian doktrin kominis yang menjadikan negara China sebuah negara yang republik dan istana maharaja China tinggal sebagai satu monumen sejarah yang usang.

Laksamana Cheng Ho adalah pelayar terkemuka yang mempunyai armada yang hebat malah jumlah orang yang terlibat di dalam satu-satu pelayaran beliau dikatakan seramai 27,000 orang. Cuba kita bayangkan betapa hebat kepimpinan Laksamana Cheng Ho ini, malah di waktu beliau sudah mengembara secanggih itu, para pelayar Eropah masih lagi baru belajar mengenal peta.

Hari ini saya bertemu dengan salasilah Laksamana Cheng Ho ini. Rupanya beliau adalah berketurunan dari Sultan Bukhara yang kerajaannya dimusnahkan oleh tentera Monggol dan keturunan mereka dibawa ke Peking dan ke Yunan sebagai tawanan. Mereka ini berketurunan ahlulbait RSAW, sememangnya inilah yang dikatakan oleh pepatah melayu, benih yang baik itu jika dicampak ke laut menjadi pulau.

Keistimewaan, kehebatan, kebijaksanaan Laksamana Cheng Ho ini diarisi dari keturunan yang sememangnya terkenal sebagai pendakwah dan ulamak Islam dati titisan kemuliaan jurai ahlulbait RSAW.

Sejarah Cheng Ho ditutup, tapi kini diketahui bahwa beliau bukan sekadar sebagai duta kepada kerajaan China tetapi beliau menjalinkan hubungan dengan nusantara kerana menyokong kewujudan sistem kekhalifahan Islam di sini dan membantu raja-raja Melayu untuk melawan para penjajah yang diarahkan oleh Hidden Hand untuk memporakperandakan kesultanan Melayu Islam di nusantara ini.

Laksamana Cheng Ho bukan sahaja disukai dan disayangi dikalangan orang-orang Melayu namun hingga kini masih kita dapati orang-orang China di nusantara ini sendiri walaupun bukan beragama Islam ada yang menganggap Laksamana Cheng Ho ini sebagai satu figur yang mereka hormat dan puja.

Bagaimana pula dengan Chin Peng?..Chin Peng adalah bapa kominis Malaysia, satu idealisme yang berasal dari doktrin Karl Marx dan Mao Sze Tung, yang kewujudannya adalah bertujuan untuk menjadikan manusia bertuhankan kepada MATERIALISME dan kesan dari ideologi ini membawa kepada penghapusan kepada sistem beraja di seluruh dunia.

Betapa bezanya kedua figur ini, Cheng Ho adalah pembela kepada sistem kekhalifahan dan beraja manakala Chin Peng adalah pencacai kepada Hidden Hand untuk meruntuhkan sistem kekhalifahan Islam dan beraja.

Janganlah hendaknya kita semua BUTA SEJARAH untuk memahami hal ini.

Jadi, saya kira orang melayu Islam di sini bukan membenci Chin Peng kerana bangsanya kerana orang Melayu Islam itu mempunyai banyak keistimewaan peribadi yang mereka warisi, mereka ini bangsa yang berakalbudi, merendah diri, sabar, redha dan pandai bersyukur, jadi mereka tidak pernah mengamalkan sifat perkauman malah sentiasa berlemah lembut dan bertimbangrasa dengan bangsa lain.

Namun, orang melayu itu amat sensitif jika agama dan adat mereka yang berlandaskan syariat dihina, jika negara mereka ingin dijadikan tempat HIDDEN HAND memerintah, jika raja mereka diperlekehkan, melayu itu akan bangkit dan akan bersatu atas nama Allah dan RasulNya, walaupun mungkin ada melayu yang sudah tidak kenal jati diri dan hakikat dirinya namun kekuatan KESATUAN MELAYU yang benar faham hakikat dan makrifat Melayu dalam diri mereka itu, jangan dipandang rendah.

Orang melayu tahu KOMINIS itu satu ajaran yang SESAT dan menolak Tuhan, sesekali mereka tidak akan menerimanya. Menerima kominis adalah seperti MURTAD dari Islam.

Maka itu jangan ada orang melayu yang ingin menjadi munafik pada agamanya, seorang Islam yang baik itu TEGAS dalam prinsipnya, tahu membeza bilakah waktu untuk bertenggang atau bertegang, maka jika ada Melayu yang bersekongkol dengan para munafik dan para pencacai HIDDEN HAND ini, berjaga-jagalah...

Sarang tebuan jangan dijolok...

27 Mei 2009

ILMU TENTANG ROH @ ROHANIAH @ SPIRITUAL

Saya rasa elok juga saya berikan penjelasan mengenai makna ROH kerana ada antara para pembaca di sini mempertikaikan artikel saya yang menceritakan mengenai teknologi ROH kerana menurutnya, ilmu ROH atau ilmu ROHANI itu tidak boleh diperbincangkan. Ini berlaku kerana mereka tidak cukup memahami apakah definisi ROH tersebut dan perkara ini saya kira merupakan satu KEPERLUAN untuk saya bentangkan ilmunya.

Roh itu terbahagi kepada dua iaitu :

Ruhul Hayah
Ruhul Tamyiz



Ruhul hayah
terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh.Begitu juga pada semua jamadat seperti batu,kayu dan sebagainya.

Manakala

Ruhul tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat.Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan,mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan :

Maksudnya: “Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berÔ¨Ārman kepada akal:‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala’.” (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada ke Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat,mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin,jin akan mati.Kalau ia keluar dari haiwan,haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh,dapat melihat alam ghaib,dapat melihat alam kubur,dapat melihat alam Akhirat,dapat melihat alam jin,dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam mawaraa-ul maddah) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar diwaktu jaga,secara yakazah,dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajlis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Kesimpulannya :

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran:

Maksudnya: (Malaikat itu) tidak pernah menderhakai Allahterhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 6)

1 Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

2 Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.

--------------

Saya harap ini penjelasan yang ringkas untuk kita sama-sama kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan ROH itu. Sekiranya ada yang ingin bertanya lebih lanjut, insyaAllah boleh dimajukan soalan di dalam ulasan.

Sekian.

Muga mendapat kefahaman kerana ilmu ROH ini adalah ilmu yang cuba disembunyikan selama ini, sehingga sebahagian umat Islam dimomokkan bahawa kita tidak diperintah untuk mencari ilmu dan belajar tentang ROh. Sedangkan ilmu mengenai ROH ini sudah banyak ditulis oleh ulamak-ulamak islam silam dan kitab-kitab mereka digunakan oleh orang bukan Islam untuk mencungkil rahsia-rahsia ini untuk mereka kuasai. Namun janji Allah bahwa ilmu ROH itu hanya milik orang-orang Islam yang Allah izinkan pada hambaNya yang terpilih sahaja untuk dikuasai.

26 Mei 2009

MUTIARA YANG HILANG


Apabila saya menceritakan mengenai teknologi ROH, ada yang memberi pelbagai ulasan, dan ada ulasan yang saya tidak pamirkan di dalam blog kerana saya tidak mahu memanjangkan isu.

Saya sedar tidak semua mempunyai aliran fahaman yang sama kerana dikalangan kita ada yang wahabi, ada yang syiah, ada yang anti hadis dan sebagainya. Sedangkan jika saya sendiri katakan bahawa saya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaahpun, ada yang akan bertanya versi yang mana. Jadi kita lupakanlah soal aliran ini, kerana teknologi ROH dan ROH itu adalah hak milik semua insan yang bernama manusia.

Teknologi ROH seperti yang saya katakan sebelum ini adalah dari kuasa cahaya yang disebut sebagai cahaya dari segala cahaya yang berasal dari Nur Muhammad. Ia berlainan dengan kuasa api, malah kekuatan cahaya ini mampu melawan kuasa api dengan sangat mudah.

Contohnya apa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim, sewaktu beliau dicampak ke dalam kawah api yang besar, mukjizat yang dimiliki oleh beliau ialah beliau tidak sedikitpun terbakar dan terjejas dalam api, walaupun berada di dalam lautan api tersebut selama 40 hari 40 malam. Jikalah di akalkan oleh akal kita, sudah tentu sejirimpun sudah tidak wujud lagi fizikal Nabi Ibrahim AS. Inilah yang dinamakan khawariqul adah. Sesuatu yang mencarik akal. Sesuatu yang tidak mampu dilogikkan oleh akal. Inilah contoh kekuatan teknologi ROH yang dengan mudah menandingi kuasa API.

Bagaimana Nur Muhammad ini sudah mula berfungsi di waktu zaman Nabi Ibrahim dan nabi-nabi sebelumnya ?

Sila baca catatan di bawah ini.


Ketika dia sampai kepada Nama ar-Rahman (Maha Kasih), pandangan ar-Rahman jatuh kepadanya dan ruh itu mulai berkeringat karena kerendahan hatinya.
Tetesan keringat jatuh dari padanya, sebanyak yang jatuh itu menjadi nabi dan rasul, setiap tetes keringat beraroma mawar berubah menjadi ruh seorang nabi.

Mereka semua berkumpul di sekitar lampu di pohon itu, dan Azza wa Jala berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Lihatlah ini sejumlah besar nabi yang Aku ciptakan dari tetesan keringatmu yang menyerupai mutiara.”

Mematuhi perintah ini, dia memandangi mereka itu, dan ketika cahaya mata itu menyentuh menyinari objek itu, maka ruh para nabi itu sekonyong konyong tenggelam dalam Nur Muhammad s.a.w., dan mereka berteriak, “Ya Allah, siapa yang menyelimuti kami dengan cahaya?”

Allah menjawab mereka, “Ini adalah Cahaya dari Muhammad Kekasih Ku, dan kalau kamu akan beriman kepadanya dan menegaskan risalah kenabiannya, Aku akan menghadiahkan kepada kamu kehormatan berupa kenabian.”

Dengan itu semua ruh para nabi itu menyatakan iman mereka kepada kenabiannya, dan Allah berkata, “Aku menjadi saksi terhadap pengakuanmu ini,” dan mereka semua setuju. Sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang Suci:

Dan ketika Allah bersepakat dengan para nabi itu : Bahwa Aku telah memberi kamu Kitab dan Kebijakan; kemudian akan datang kepadamu seorang Rasul yang menegaskan kembali apa-apa yang telah apa padamu–kamu akan beriman kepadanya dan kamu akan membantunya; apa kamu setuju? Dia berkata. Dan apakah kamu menerima beban Ku kepadamu dengan syarat seperti itu. Mereka berkata, ‘Benar kami setuju.’ Allah berkata, ‘Bersaksilah demikian, dan Aku akan bersama kamu diantara para saksi.’
(Ali Imran, 3:75-76)

Sila rujuk :

PENCIPTAAN NUR MUHAMMAD (ENGLISH)

PENCIPTAAN NUR MUHAMMAD (BAHASA MELAYU)



Jadi jelas kepada kita kedudukan Nur Muhammad itu yang bermula sejak awal dunia ini terjadi, dan kesemua para nabi dan rasul sebelum RSAW sendiri mengetahui rahsia ini dan mereka di beri teknologi ROH tersebut melalui Nur Muhammad ini membawa risalah Allah kepada umat-umat manusia.

Teknologi ROH ini memberi kekuatan ROH kepada para nabi dan rasul di dalam bentuk mukjizat dan juga kepada para-para wali di dalam bentuk yang dipanggil karomah. Kepada para-para wali, kekuatan ROH ini bergantung kepada tahap kewalian mereka dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Contoh yang pernah berlaku di Malaysia ini adalah seperti kisah yang berlaku di zaman Tokku Paloh yang mempertahankan bumi Terengganu dari dicampur tangan oleh penjajah, Tokku Paloh diberi karomah untuk membantu Terengganu dari dijajah oleh British dengan menimbulkan ketakutan kepada British.

Mengikut ceritanya, telah berlabuh beberapa kapal penjajah di Terengganu dengan tujuan untuk menakutkan para pemerintah di Terengganu agar tunduk kepada tuntutan penjajah ini. Lalu apa yang berlaku, Tokku Paloh pergi ke tepi pantai di mana kapal-kapal itu berlabuh dan memutar-mutar dan mengibas-gibas serbannya, apa yang berlaku kepada kapal itu adalah satu khawariqul adah, di mana kapal-kapal itu dengan tidak semena-mena bergoyang-goyang seperti dilanda ombak besar hinggakan kelasi-kelasi di dalamnya merasa takut yang amat sangat. Maka mereka menjadi ketakutan dan beredar bersama kapal tersebut dari pantai Terengganu.

Cubalah kita kaitkan di mana logiknya hanya dengan gerakan serban atau semutar itu boleh membuat sebuah kapal yang besar dilanda gegaran yang maha menakutkan..

Inilah kekuatan ROH, inilah teknologi ROH yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang sudah menguasai teknologi ROH itu, walaupun hanya seorang namun kekuatannya mampu bersamaan dengan satu bala tentera yang memerlukan kepakaran dan peralatan yang canggih untuk melakukan hal yang sedemikian.

Teknologi ROH ini sangat ditakuti oleh Hidden Hand kerana mereka tahu inilah satu-satunya teknologi yang mampu mengalahkan mereka dengan mudah. Selama ratusan tahun, tenologi ROH ini cuba mereka lenyapkan ilmunya dari umat Islam, Nur Muhammad itu mereka sesatkan dan mereka rangka satu aliran yang bertopengkan Islam untuk menghilangkan ilmu ini dari orang Islam.

Salah satu caranya ialah Hidden Hand dengan liciknya mencipta satu fahaman baru di dalam Islam iaitu fahaman wahabi untuk menjadikan umat Islam tidak yakin dan ragu-ragu tentang hal teknologi ROH ini, mereka hanya melihat Islam dan menghayati ilmu ISlam hanya dengan akal yang bersandarkan LOGIK AKAL semata-mata. Ini adalah fahaman yang disebarluas oleh HIDDEN HAND agar umat Islam akhirnya tidak mengetahui satu-satunya TEKNOLOGI yang Allah khususiah untuk umat Islam di dalam menghadapi fitnah akhir zaman ini.

Teknologi ROH adalah mutiara yang sekian lama hilang di kalangan umat Islam hari ini.

Ia adalah MUTIARA yang hilang yang perlu kita gali kembali dengan mengusahakan TAQWA yang sebenar-benar TAQWA.

22 Mei 2009

POLITIK JADI GELANGGANG CARI MAKAN


Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan. Ia telah dijadikan gelanggang tempat mencari makan. Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan. Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran. Kerana tempat cari makan ia telah jadi politik wang.

Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan ladang yang penuh dengan tanaman.Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan. Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar tempat mengeluarkan barang. Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan

Berebut-rebutlah mereka bergelanggang di dalam politik melalui parti politik. Apa sudah jadi bukan bertarung dengan parti lawan, bertarung sesama sendiri. Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti. Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan. Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuhkan, di sesetengah negara berbunuh-bunuhan.

Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin menjaga negara dan rakyat dan agama. Maka lahirlah penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah. Lahirlah lanun-lanun terhormat, pencuri-pencuri berlesen mengaut wang rakyat dan negara.

Rakyat mengharap setiap musim agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka. Yang senang hanya segelintir, yang susah dan menderita itulah yang ramai.Tunggu lagi setiap musim pilihanraya. Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara. Hasilnya sama juga.

Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela dari musim ke musim pilihanraya. Jawapannya sama juga, apa yang berlaku sebelumnya, berlaku perkara yang sama. Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi. Hanya mengharap dan mengharap, harapan tidak kunjung tiba. Begitulah terjadi di setiap pilihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela.

19 Mei 2009

APA ITU TEKNOLOGI ROH?


Teknologi Roh adalah satu teknologi yang mampu menandingi segala teknologi yang pernah dicipta manusia di dunia ini..

Teknologi roh hnya milik org2 yang bertaqwa..sedangkan orang2 yang bertaqwa itu amat sedikit jumlahnya di dunia ini..

Teknologi roh pernah meriah di waktu zaman RSAW kerana di waktu itu syafaat dan barokah RSAW meliputi langit dan bumi..itulah NUR MUHAMMAD.

Teknologi Roh adalah bersumberkan cahaya yang bersifat amat pantas dan boleh diserakkan sehingga 360 darjah kawasan liputannya

Teknologi Roh adalah teknologi yang jauh lebih berkuasa dan power dari teknologi bebola API yang digunakan oleh ilmu-ilmu hitam seperti sihir, jin dan syaitan. Jelasnya, kuasa Bebola API adalah kuasa yang dimiliki oleh Hidden Hand.

Teknologi Roh tidak boleh dipelajari dengan semata-mata ilmu tetapi haruslah disertakan dan digandingkan dengan iman dan amal yang tepat bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Tidak sesekali melanggar syariat lahir(fekah) dan batin(aqidah dan tasawuf).

Demikian serba sedikit mengenai teknologi Roh yang maklumat mengenainya sudah dilupakan oleh orang Islam sejak ilmu pendidikan secara global dikuasai oleh sistem pendidikan sekular sama ada dalam ilmu teknologi atau ilmu Islam.

13 Mei 2009

HIDDEN HAND DAN 13 MEI


Hari ini 13 Mei 2009, telah 40 tahun 13 Mei 1969 berlalu dan meninggalkan kita dengan kenangan pahit. Bahawa, buat baik biarlah berpada-pada, jangan sampai orang pijak kepala.

Sayang sekali hari ini, ramai orang melayu membenarkan diri mereka diperkuda dan dikeldaikan untuk memenuhi agenda HIDDEN HAND yang bergerak di bawah satu percaturan kuasa-kuasa yang melaksanakan kaedah divide and rule kepada bangsa Melayu sendiri melalui wadah kepolitikan.

Maka orang melayu yang tertipu dan terpedaya ini disogok dengan slogan-slogan dan provakasi-provakasi panas untuk menyalakan sentimen mereka ke arah jiwa AMUKAN yang memang ada terpendam di dalam genetik orang Melayu. Amuk orang melayu bukan hanya dalam rentak silat atau demonstrasi tetapi kadang-kadang amuk mereka berlaku di dalam penulisan dan pengundian...Inilah yang dimahukan oleh HIDDEN HAND untuk menguasai KAWALAN MINDA ke atas bangsa Melayu ini.

Sedikit demi sedikit KAWALAN MINDA ke atas orang Melayu digerakkan, pertama, dengan menimbulkan keraguan kepada pihak-pihak keselamatan, perundangan, kehakiman, penguatkuasaan, kemudian meransang kebencian kepada pihak pemerintahan, kemudian mempertikaikan perlembagaan dan sebenarnya, HIDDEN HAND merangka pendekatan ini langkah demi langkah untuk sebenarnya, menjatuhkan Raja-raja Melayu agar, ketakutan mereka terhadap RAHSIA yang dipegang dan diwarisi oleh genetik-genetik kesultanan ini dapat dihapuskan. HIDDEN HAND cuba mengubah nasib mereka sendiri kerana mereka sangat tahu KISAH AKHIR ZAMAN yang akan berlaku ke atas mereka di sebabkan kewujudan sistem pemerintahan raja berwarisan, kerana kesultanan melayu masih berpotensi membentuk sistem kekhalifahan yang sangat mereka takuti.



HIDDEN HAND semenjak ratusan tahun berusaha untuk menghancurkan sistem kekhalifahan kerana mereka sudah mengkaji sejak ratusan tahun dahulu, bahawa tidak selama-lamanya mereka dapat menguasai dunia kerana mereka akan dihancurkan oleh satu sistem kekhalifahan yang akan muncul di akhir zaman ini. Mereka sibuk kini mempropagandakan 2012 sebagai kiamat yang akan berlaku, dunia sebenarnya belum kiamat, puak Maya adalah puak yang bersekongkol dengan HIDDEN HAND dan mereka dapat curi maklumat bahawa 2012 menyaksikan kekiamatan untuk HIDDEN HAND. Percaya dengan kata-kata ini?...Kita tunggu dan lihat.

Orang melayu yang NAIF dan tidak mengerti memang akan terpinga-pinga, mereka tidak dapat mengaitkan apa yang saya tulis ini dengan apa yang berlaku sekarang, mereka tidak dapat mencantumkan jigsaw puzzle tersebut kerana mereka hanya nampak ia di dalam kepingan yang terasing-asing..mereka tidak dapat meneka apa gambaran atau the whole picture. Mungkin juga ada yang mengatakan, ini tulisan orang gila.

Siapa yang sebenarnya gila adalah orang yang tidak tahu bahawa mereka di jadikan keldai dan kuda untuk HIDDEN HAND, mereka gila kerana MINDA mereka sudah dikuasai dan dikelirukan oleh HIDDEN HAND..seba itu mereka akan melihat syurga itu neraka, dan neraka itu syurga.



13 Mei 2009, hanya menyaksikan bangsa Melayu yang sudah layu akal budinya, jati dirinya, akhlak Islamnya.
13 Mei 2009 menyaksikan bangsa Melayu sudah berpecah-pecah, sudah tidak bersatu kerana mereka sudah lupa pesanan RSAW


Kembalilah kepada Islam secara menyeluruh, tinggalkan semua sistem ideologi yang dicipta HIDDEN HAND, jika kamu benar-benar memperjuangkan Islam, maka berjuanglah mengikut perjuangan RSAW dan khalifahnya, bukan sekadar slogan dan retorik tetapi ikutilah RSAW dalam setiap segi dan aspek...

RSAW memperjuangkan Islam dengan kasih sayang, dengan kasih sayang dan akhlak mulia, itulah harta perjuangan yang dilagangkan RSAW.

Iman, Ilmu dan Amal bukan sekadar retorik tetapi realitikanlah ia di dalam kehidupan.