
Apakah benar dakwaan PAS dan mursyidul Am PAS bahawa mengundi mereka akan mendapat PAHALA, malah memandang wajah Nik Aziz juga mendapat pahala?...Apakah ada wahyu Allah selepas wafatnya Rasulullah memberitahu hal sedemikian?
Apakah ada RSAW menyatakan bahawa sebuah parti yang dianggotai oleh orang ISlam dan bersekongkol dengan bukan ISlam yang menggunakan platform pengundian cara demokrasi Yahudi adalah satu jemaah Islam yang Allah dan RSAW redha pada mereka?..Dan mengundi mereka adalah satu JIHAD dan mendapat PAHALA?
Nampaknya Nik Aziz dan Anwar sekarang ini seperti orang yang cukup terdesak untuk mendapatkan SOKONGAN UNDI DEMOKRASI untuk mempertahankan parti dan jawatan masing-masing..Bagi saya, tidak ada BEZAnya Nik Aziz dengan Anwar, dan memang patutlah kedua-duanya menjadi kawan kamcheng..sebab mereka mempunyai agenda yang sama.
Apa yang saya perhatikan, di saat ini, orang sudah ramai muak dan jelak dengan Mr Spin Anwar, dan saya melihat jika Nik Aziz terus-terusan tidak dapat menahan dirinya dari melatah dan meraban, maka kelak, akan senasib jugalah beliau dengan Anwar Ibrahim yang sekarang ini mengemis populariti di kalangan puak pluralisme agama.
Saya tidak mahu mengulas panjang namun saya kongsikan di sini satu pendapat lain yang turut memperkatakan hal ini.
Ini adalah antara jawapan yg dibuat oleh ustaz Azli Shukri:
Jawapannya untuk Nik Aziz :
Pertama, memang sirah membuktikan bahawa nabi Muhammad pernah memusnahkan sebuah masjid kerana masjid tersebut dibina atas kemunafikan, namun demikian kita harus bertanya, siapakah Nik Aziz di sisi Allah? berbandingan dengan nabi Muhammad? Apakah pada hari ini, kita boleh begitu mudah mengikut cara nabi dengan membakar masjid atau menghukum sesiapa sahaja yang kita suka sebagai orang Islam yang tidak beriman? Apakah Nik Aziz diizinkan oleh Allah untuk menjatuhkan apa-apa sahaja hukuman ke atas ahli-ahli UMNO? Keceluparan Nik Aziz sehingga hari ini sangat melampau dan merbahaya, menjatuhkan hukuman kononnya UMNO adalah sama dengan Komunis dan Ayah Pin, merupakan cakap orang yang sombong dan bongkak dengan ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Saya percaya, jika UMNO adalah sama dengan Komunis, antara manusia terawal yang dibunuhnya ialah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Malah, saya juga yakin jika UMNO itu sama sahaja dengan Komunis, sudah lama PAS dan PKR berkubur, manakala pemimpin-pemimpinnya mungkin sudah lama dipenggal lehernya.
Kedua, Nik Aziz menyatakan bahawa apakah sama orang beriman dengan orang yang tidak beriman? Jawapannya adalah tidak sama. Ia Jelas. Namun demikian, Nik Aziz harus faham bahawa iman itu sifatnya ada tinggi dan ada rendah. Tidak semua orang beriman, sama kualiti imannya. Maka, tidak bolehlah orang yang lemah imannya dituduh sebagai manusia yang terkeluar daripada Islam dan persaudaraan Islam. Soalnya sekarang, Nik Aziz seolah-olah mendakwa bahawa orang-orang UMNO tidak beriman, kerana menolak Islam. Benarkah UMNO menolak Islam? UMNO tidak menolak Islam, UMNO menolak PAS! PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukannya PAS. PAS adalah sebuah parti politik. Islam itu adalah agama. Tak kan Nik Aziz tidak tahu membezakannya. Dalam kenyataan di atas, Nik Aziz mendakwa, "Dalam konteks UMNO mereka tiada "aamana"(tidak beriman) Ada Islam sahaja. Nak dikatakan beriman macam mana? UMNO menerima Islam, tetapi mereka tidak beriman." Lantaran itu, kami juga ahli-ahli UMNO boleh mendakwa sebegitu rupa, dengan menuduh bahawa PAS juga tidak "aamana" (tidak beriman) dengan seluruh ayat-ayat al-Quran, yakni ada ayat-ayat Allah yang PAS terima dan ada ayat-ayat Allah yang PAS tolak, umpamanya surah Al-Hujraat ayat 10-11. Begitu juga dengan hadis-hadis nabi, banyak hadis nabi yang PAS tolak, khususnya berkenaan ketaatan kepada pemerintah dan keharaman menentang pemerintah Islam serta melakukan kerosakkan kepada negara, melalui jalan demonstrasi dan fitnah. Jadi, PAS juga tidak beriman kepada seluruh ayat-ayat Allah.
Dan persoalan yang lebih jauh, bagaimana pula dengan PKR dan DAP? apakah mereka beriman sungguh-sungguh? Apakah DAP mahu membina negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud? Jika tidak, maknanya DAP dan PKR juga masih belum beriman, dan dalam hal ini, bagaimana PAS boleh mempercayai kedua-dua buah parti tersebut yang keimanan mereka masih diragui.Wah! macam seorang nabi Nik Aziz bercakap. Mudah sungguh Nik Aziz menghukum orang-orang UMNO tidak beriman. Siapa Nik Aziz untuk berkata sebegitu? Nabi ke beliau? atau bertaraf sahabat nabi ke beliau? Nik Aziz akan menanggung dosa yang berpanjangan kerana menuduh orang-orang UMNO tidak beriman. Apakah Nik Aziz tidak faham bahawa ayat "apakah sama antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman" itu hakikatnya merujuk kepada perbezaan antara orang mukmin dengan orang kafir. Dalam konteks ini, kiasanya adalah lebih tepat jika merujuk kepada DAP dan bukan ahli-ahli UMNO yang jelas mengucap syahadah dan bersaksikan keesaan Allah SWT. Ahli-ahli PAS dan UMNO semuanya beriman, tetapi setinggi mana iman masing-masing hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak boleh mendakwa iman Nik Aziz lebih tinggi daripada Hj Hadi, atau iman Nik Aziz lebih tinggi berbanding dengan Yusuf Al-Qardhawi - itu tidak adil dan tepat. Iman bisa boleh naik dan bisa boleh turun mengikut kondisi atau keadaan, namun demikian, ia sama sekali tidak boleh diukur oleh manusia biasa - hanya nabi sahaja yang boleh menilai begitu (kerana nabi ada ilmu khususiah), dan bukan Nik Aziz. Yang boleh diukur sama ada tinggi atau pun rendah adalah ilmu pengetahuan, bukan iman - sifat iman itu ada tinggi dan ada rendahnya, tetapi tidak boleh diukur oleh manusia biasa, itu adalah soal Allah dan Rasul-Nya, jangan kita memandai-mandai menuduh orang itu atau orang ini tidak beriman dan sebagainya. Itu bukan hak kita.
Ketiga, banyak kiasan Nik Aziz tidak betul dan bercanggah dengan al-Quran. Terdahulu, sewaktu Nik Aziz mahu membela Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang mengarang novel Shit, Nik Aziz sanggup membuat kiasan bahawa Allah juga mencarut, malah lebih jauh daripada itu, beliau juga pernah membuat perumpamaan bahawa Allah bersifat samseng - semua ini merupakan kenyataan manusia yang jahil terhadap agamanya sendiri. Tiada seorang ulama pun yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jadi, adalah mustahil Nik Aziz seorang sahaja yang betul dalam hal tersebut? Satu ketika dahulu, Nik Aziz pernah mendakwa bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa pun, termasuk dengan syaitan bagi menegakkan negara Islam. Hal ini sangat bercanggah dengan ayat Allah yang jelas, "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata".Pada perkiraan saya, jika dilihat secara teliti, terbukti bahawa fahaman Islam Nik Aziz lebih merbahaya daripada ajaran Ayah Pin sendiri. Hal ini adalah kerana, Nik Aziz sanggup melakukan apa-apa sahaja cara tidak mengira betul atau pun salah, yang penting PAS menang dalam pilihan raya. Dengan syaitan ke, dengan Komunis ke, dengan Ayah Pin ke, dengan DAP ke, semuanya halal belaka - asalkan mereka menyokong PAS untuk menubuhkan negara Islam, cara tidak penting bagi PAS, yang utama adalah matlamat. Apakah ini cara Islam? Tetapi hampir semua penyokong PAS buta terhadap hal tersebut.
Pada mereka dosa Nik Aziz tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kezaliman UMNO/BN.Soalnya benarkah UMNO itu zalim? atau UMNO zalim terhadap manusia yang jelas kezalimannya seperti Anwar Ibrahim? Jika UMNO zalim terhadap Anwar, mengapa mesti rakyat pula yang kecoh dan memberontak - khususnya PAS. Apakah PAS tidak mengajar ahli-ahlinya agar berpegang teguh dengan ayat al-Quran dan Sunnah nabinya yang menyuruh agar rakyat harus taat kepada pemerintah? Apakah Nik Aziz tidak mengajar kepada ahli-ahli PAS berkenaan hadis shahih nabi yang berbunyi,
"Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara (pemerintah) yang tidak mengikut petunjukku dan tidak menjalani sunnahku. Dan akan bangun pada mereka laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Kata Huzaifah : Aku bertanya, Bagaimana saya hendak lakukan jika saya menemuinya ya Rasulullah? Rasulullah bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim).Dan apakah Nik Aziz juga tidak mengajar hadis shahih ini dalam setiap kuliyyah subuhnya, nabi bersabda, "Para imam yang jahat ialah yang kamu benci mereka dan mereka benci kepada kamu. Kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya, Ya Rasulullah, bolehkah kami melawan mereka dengan pedang? Baginda menjawab, Tidak! selama mereka mendirikan solat. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalannya dan jangan kamu menarik tangan kamu dari ketaatan" (Riwayat Muslim) dan, "Satu ketika nabi ditanya, Ya Rasulullah, jika kami mempunyai pemerintah-pemerintah yang mengerjakan selain ketaatan kepada Allah, bagaimana? Rasulullah bersabda, Mereka memikul apa-apa yang dibebankan ke atas mereka dan kewajiban kamu adalah apa-apa yang dibebankan ke atas kamu" (Riwayat Bukhari).
Oleh Sebab itu, PAS tidak boleh disokong kerana jelas mereka mendakwa bahawa umat Islam wajib menjunjung al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya mereka sendiri tidak mengikutnya. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang tidak diikuti oleh PAS, jadi bagaimana mungkin rakyat boleh mendakwa bahawa PAS berjuangkan Islam? memperjuangkan Islam bermakna kita terlebih dahulu mengikut al-Quran dan As-Sunnah dan bukan menyuruh orang lain dahulu melakukannya. Jika al-Quran mewajibkan umat Islam berdamai, melalui firman-Nya,
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Wahai, orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka yang mengolok-ngolokkannya. (al-Hujurat ; 10), Maka adalah wajib bagi PAS mengikut suruhan Allah ini.
Soalnya sekarang mengapa PAS tidak melakukannya?
Inikah Islam dan pejuang Islam yang sebenarnya?
Catatan :
Ada satu artikel dari Sayuti Omar mengenai keletah Nik Aziz yang Suka Klu Klek..Sila Klik Tajuk Ini.
KINI NIK AZIZ PULA MERABAN


5 comments:
yang bestnya.. pengikutnya akan berkata .. nik aziz tu tinggi ilmu mantiknya .. insan kashaf ..
muahaha
Orang tua pembela amoi sundal tu tinggi ilmu...? Khashaf..? Kalau tinggi ilmu makin rendah diri. Tak bongkak, angkuh, tertib. Ni harap je pakai jubah, berserban, berjanggut tapi mulut jahat. Berdusta bila berkata. Tidak amanah untuk membangunkan tanah jajahan dia, ingkar dengan janji2 pilihanraya yang dicanangkan. Macam tu khasaf... mace menate ado loh.......
Ada dua teinga.Satu sebelah kiri, satu sebelah kanan. Di tengah-tengahnya terletak otak untuk berikir bagi memperolehi akal. Kalau tutup telinga kiri, tak tahu kejahatan musuh/dajal/iblis. Kalau tutup telinga kanan sesat dalam zulmat. Jadi yang betul gunakanlah kedua-dua telinga lepas itu gunakanlah akal...
Dalam isu Melayu PAS dengan UMNO jangan tutup sebelah telinga. Ini menzalimi diri sendiri namanya. Dengar dua-dua, lalu kalau masih ada iman di hati imanlah yang buat keputusan.
Jenguk-jenguklah blog kami http://wwwfafiruilallah.blogspot.com demi perpaduan Melayu dam Islam.
Buat Pelita dalam KACA,
Saya melihat melalui mata hati, bukan setakat mata akal.
Salahnya orang yg taksub dengan Nik Aziz, mereka hanya guna mata akal bukan mata hati..
Seharusnya, pentaksub Nik Aziz melihat dengan mata akal dan mata hati, barulah bertemu dgn HIKMAH.
Apapun, yg saya rasa, pentaksub NIk Aziz, mata hati pun mereka tak faham apa bendanya..usahkan maknanya..
Insya Allah, sy dah jenguk blog anda, sebab dulukan anda pernah promosi blog itu pada saya.
nice blog..
dunia blogger era skarang sgt bermanfaat untuk org2 yg mahu berfikir..
masing2 dari kita berhak menulis pendpat sama ada pendapat berasakan NAFSU ataupun IMAN..
...tapi sebagai pembaca, kita perlu berhati2 dalam menelan ilmu yg btol2 hak..sama2lah kita fikir2kan..
Post a Comment