
(Mengapa semua nampak MURAM?)Keputusan RASMI:
Tuan Aziz Tuan Mat - 5283 undi
Mohd Fauzi Abdullah - 5348 undi
• Bil Undi Majoriti: 65 undi
- Peratusan Undi : BN 50 %, PAS 50 %. (Perbundaran)
Peratusan Kaum : 99 % Melayu, 0.5 % Cina, 0.2 % India
• Pemenang: Mohd Fauzi Abdullah, 50 (Pas)
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12
• Ismail Yaacob (Pas) - (5,746 undi)
• Mohamed Zulkifli Omar (BN) - 4,394 undi
Majoriti : 1352
Perkembangan politik
1969 (Pas); 1974 (BN);
1978 (Pas); 1982 (BN);
1986 (Pas); 1990 (Pas);
1995 (Pas); 1999 (Pas);
2004 (BN) ; 2008(Pas)
Keputusan ini sebenarnya menunjukkan berlaku kemerosotan undi yang sangat ketara kepada PAS, walaupun menang tetapi kemenangan yang amat tipis dan jika dilihat dari peratusan hanya 50-50 sahaja, maknanya SERI dari segi peratusan undi.
Walaubagaimanapun, mengikut bilangan undi, PAS lebih 65 undi dari BN. Manakala undi rosak lebih banyak dari majoriti undi yang diterima PAS iaitu 90, ada juga yang kata 115 undi rosak pula.
PAS menang kerana begitulah sistem demokrasi yang menipu dengan bilangan undi walaupun bezanya hanya 1 undi berlaku, ia dikira dengan kadar objektif iaitu 1 lebih banyak dari 0.
Apapun, saya tidak terperanjat apabila PAS masih merasa mereka hebat walaupun ditakdirkan mereka menang undi 1 majoritipun, namun mereka harus sedar, jika bermain digelanggang sendiri dan majoritinya begini, itu tanda-tanda bahawa mereka sudah mula hampir dilanda tsunami, tsunami kebangkitan suara rakyat melayu Islam yang mencintai kedamaian dan perpaduan.
Keputusan peratusan 50-50 atau majoriti "nyawa-nyawa ikan" ini sebenarnya jika di cari hintnya memberi tanda agar PAS dan BN bersatu kembali atas nama Islam, kepada kedua calon yang bertanding, korbankanlah ketaksuban kepada kepartian masing-masing tetapi sama-sama berganding bahu dengan penuh kasih sayang sesama Islam untuk memajukan rakyat di Manek Urai sama ada dari segi pembangunan lahiriah dan rohaniah, kedua-dua pembangunan ini harus diseimbangkan. Walaupun BN kalah, teruskan agenda untuk membina jambatan tersebut, janji harus ditepati, bukan dilupai.
Sudah sampai masanya bangsa Melayu Islam bersatu dan semuga perpaduan yang terurai akan bertaut kembali bermula di Manek Urai.
Saya kongsikan sedikit KOMENTAR dari seorang pemerhati di Manek Urai.
Bagaimanapun, berbeza dengan pilihan raya kecil itu, yang dicemari oleh pelbagai kejadian angkara penyokong parti-parti bertanding, keadaan di Manek Urai jauh lebih tenang, aman dan memperlihatkan semangat 'persaudaraan Melayu/Islam'semangat yang sudah lama dilihat hilang apabila Umno dan Pas bertembung. Apa yang berlaku di Manek Urai ialah penyokong kedua-dua calon masih boleh minum dan makan bersama di warung-warung tom yam selepas habis berkempen atau mendengar ceramah.
Di sesetengah tempat, walaupun bilik gerakan BN dan Pas terletak bersebelahan antara satu sama lain, tiada cabar mencabar di kalangan petugas parti seperti berlaku di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Malah, kandungan ceramah BN dan Pas kali ini tidak terlalu keras dengan kedua-dua pihak seperti mengelak daripada memfitnah peribadi calon atau pemimpin parti lawan secara keterlaluan.
Kejadian mengoyak poster yang sudah menjadi lumrah dalam pilihan raya sebelum ini, juga tidak berlaku di Manek Urai. Namun kepada orang luar, terutama petugas media yang sudah berkampung di Hulu Kelantan itu sejak lebih seminggu lalu ialah budi bahasa penduduknya. Mereka bukan saja dilihat ikhlas menyambut kehadiran orang luar, malah menjamu tetamu dengan durian yang kebetulan musimnya sekarang. Tidak ada renungan tajam terhadap orang yang tidak dikenali turun dari kereta yang bukan bernombor pendaftaran dari Kelantan.
Begitupun, kita masih belum boleh mengharapkan suasana itu menjadi budaya baru dalam pilihan raya kecil di negara ini, walaupun sebahagian besar rakyat yang berfikiran waras memang mahukan sedemikian. Menurut teman-teman di Kelantan, ketegangan tidak berlaku di Manek Urai kerana sebahagian besar kempen dan ceramah dikendalikan oleh pemimpin BN dan Pas tempatan, yang memahami budaya pengundi di negeri itu, apa lagi di kawasan pedalaman yang masih menyanjungi adab dan pekerti.
Dalam kata lain, budaya memaki hamun dan menyerang peribadi lawan dalam kempen atau ceramah tidak diterima oleh penduduk Manek Urai apalagi sebahagian besar mereka saling mengenali atau mempunyai tali persaudaraan antara satu sama lain.
(Saya kira Manek Urai patut menjadi contoh kepada semua orang di Malaysia ini)
Catatan :
1. Pelik sungguh sistem undi cara demokrasi ini, kalau ikut logik akalpun, macam tak logik. Failure methodology.
2. Satu lagi pelik, siapalah yang membaling botol dan sebagainya itu kepada petugas wanita di Manek Urai itu, sungguh tidak beradab sekali perbuatan tersebut.
3. Posting saya ini adalah posting yang ke 77 dan dihantar pada bulan 7. Jadi ia kelihatan seperti 777. Ini adalah nombor yang melambangkan perpaduan. Kebetulan, di atas saya ada nyatakan bahawa keputusan di Manek Urai memberi hint kepada PERPADUAN. Namun di sisi Allah, kita harus percaya tidak ada kebetulan semuanya. Sememangnya mari kita sama doakan Manek Urai menjadi titik tolak kepada perpaduan dikalangan melayu Islam..Ameen.


0 comments:
Post a Comment